click here!

Tuesday, December 31, 2013

2013 dan aku

Salam
Hai

Last day di tahun 2013. Ayat klise. Semua orang pun buat ayat ni bila tiba hari baru. 2013 yang aku jangka excellent tidaK lah mana pun,

Awal tahun di 2013 aku mulakan dengan presentation thesis. Viva. Dan markah kedua2nya pun suam2 kuku aje. But at least, aku tamatkan degree dengan jayanya.

Dalam tiga empat bulan meroyan cari kerja. Pergi sana, pergi sini. Cari kerja sana, cari kerja sini. Interview sana interview sini. Wah. Masuk kerja sehari, dua hari, aku berhenti. Cuba lagi di tempat lain, kerja dua hari, berhenti lagi. Losernya aku.

Aku mula rapat dengan orang yang aku tak rapat. Mereka beri aku macam2 pengalaman. Orang bersilih orang. Dan.. mereka pergi bagai angin....... fuihhhhhhhhh... bunyi angin nya.

2013. Hampir ke semua teman2 baik, kawan2 lepak, mendiri kan masjid. Tahun paling active aku menghadiri majlis2 kahwin kawan2 aku. Walaupun belom turn aku. Aku, tetap menanti dan beharap ada turn aku untuk itu....

Aku grad officially dalam bulan 5. And yeah walaupun tak berSElempang pink. Aku dapat first class. At least.

Aku mula bekerja di damansara lebih kurang lepas konvo. Sebuah kilang china muslim. And yeah. Jauh gila bapak dari rumah. Jem gila bapak nak pergi dan balik. And yeah, stress gila bapak. Botingkek2 stressnya. And aku ubah fikiran aku. Keluar dari dunia bodoh itu. Macam mimpi ngeri. Hr officer dah macam budak par.

And alhamdulillah. Kptm menyelamatkan aku. Aku tiba2 jadi lecturer di sana. Tiba2. Dengan jiwa raga kosong aku. Aku terjebak. Terjebak. Masuk ini sudah gaji bulan ke enam di sana. Macam2 jadi. Life ups and downs there. Perjalanan masih kabur. Aku belajar mencari diri aku sendiri di sana.

And yeah. Aku ada cinta hati baru. Aku punyai dia masa first gaji aku bekerja di damansara. And yeah si pepel masih berkeadaan baik. The one and only harta yang aku ada so far.

And julung2 kali nya, setelah lebih kurang 10 tahun memegang lesen kenderaan bermotor D, aku accident. Dengan satu kereta perdana. Memang terkezut berox.

2013. Aku masih macam aku. Masih seorang. Masih terumbang ambing. Mencari diri. Mencari jalan membahagiakan mak aku. Mencari jalan menaikkan nasib keluarga aku. Mencari seseorang yang boleh menerima aku apa adanya. Dan langkah, dan niat untuk 2014 supaya yang terbaik dan baik2 aja.

Aku tinggal kan kau dan segala kenangan kau....

2014. May Allah bless me. :)

Nonasanjanaaziz♥

Friday, December 27, 2013

Imperfection

Salam
Hai

Aku dan investigation memang tak ubah seperti aur dengan tebing. Aku dapat jawapan lagi hari ini. Nice.

Satu lagi aku pelajaran hari ini. Wanita tidak perlu kan wajah cantik untuk memikat lelaki. Cukup dengan cara membuat orang lain senang dengan mereka. My imperfection. Aku selalu merasakan untuk hidup seperti manusia, aku perlu perfect seperti orang lain. And again nobody perfect!

That's my imperfection. Aku susah menjadi diri sendiri. Mengapa? Hmm... aku duduk pandang ke depan. Kekalahan ini bukan kali pertama. Kekalahan ini kerana my imperfection.

Dan satu ayat kembali, hidup, tak perlu rumah besar2 cantik2, biar kecil, asal, kita happy di dalam.... aku terharu..

My imperfection.

Wednesday, December 25, 2013

Semua nya cantik

Salam
Hai

Hari malas sedunia. Aku dari bangun tidur tadi memang mood sedikit tidak best. Aku duduk berehat. Sambil membelek2 ruangan fb. Segala pic kawin, honeymoon, babymoon dan newborn aku scroll ke bawah. Satu satu aku like. Dengan harapan aku ada turn untuk itu.

Aku terhenti di satu dua picture. Rakan2 lama. Yang bukanlah jelita anggun bagai fazura segala. Nampak berseri. Cantik. Manis. Dan ayu. Aku admit.

Setiap isteri, nampak cantik manis dan ayu bila di sisi suami. Dan setiap wanita perlu mengahwini lelaki yang buat dia nampak cantik dan rasa cantik bila disisi suami mereka.....

Aku diam dan scroll lagi..

Wednesday, December 18, 2013

Zaman bodoh aku

Salam
Hai

Sehari ke sehari aku nak meblog, tapi asyik takda mood saja. Ahaha. Bukan semua perkara boleh di share disini. Ada la dua tiga malam yang lepas. Aku macam lost sekejap. Yang macam kita tiba2 rasa nak nangis. And yes, aku nangis sepuas2nya. Sampai esok bila bangun memang eyebag sekilo jugak. Memang ada kan moment yang kita sendiri tak tahu mengapa kita rasa sedih. Guilty dengan diri sendiri mungkin.

Dan sekarang. Waktu2 gagah berwibawa begini, bila kena recall apa yang aku sedihkan sampai berjejeh air mata, aku tak dapat rasa pon feeling yang sama macam malam itu. Ehem!

Kita takkan tahu bagaimana orang lain merasa dengan hidup mereka2. Begitu juga mereka, takkan tahu apa yang kita rasa kan tentang diri kita. Cumanya, hidup lah dengan yang realiti ini, dan jangan hidup dengan apa yang kamu harapkan. Kehidupan bukan boleh dibuat2.

P/s: kita memang kadang2 tak faham dengan kisah lalu yang selalu kita anggap "zaman bodoh aku..." dan percayalah, setiap hari pun kita menukilkan kehidupan yang kita akan kata "zaman bodoh aku..." untuk masa hadapan. ;D

Just live your live!

Friday, November 15, 2013

Bab seterusnya

Salam
Hai

Kebetulan tempoh hari bukan lah satu kebetulan yang menggembirakan. Benar kata orang tua, 'jangan suka sangat... nanti menangis...' hee... bukan mudah menyusun tangga ke angkasa.;)

Terbukunya yang ada dalam hati ini bukanlah terbuku yang main2. This is serious bro. Dalam masa yang sama, hati dan semangat bagai dibawa bersama. Hilang. Lesap. Macam nak mencarut sedetik. Bab 1.

Aku tunduk, dan membisu..... :)

Ps;* syaitonirojim.....

Sunday, November 10, 2013

Rumah mewah

Salam
Hai

Kehidupan adalah pinjaman. Pinjaman yang entah bila kita akan pulangkan. Manusia hidup di muka bumi untuk mengecap bahagia. Begitu juga aku, mencari bahagia yang dah lama pergi tinggalkan aku jauh2. Setiap hari, setiap langkah aku atur untuk mendapatkan bahagia.

Aku pergi ke sana, ke sini, aku beli itu, ini, aku rasa itu ini, aku kenal dia, dia, dia, aku buat macam2, berbagai2 cara. Tapi aku tetap aku. Tetap mencari makna sebenar untuk terus hidup. Masih lagi aku tak puas dengan sekeliling aku. Hmm... terduduk. Termenong aku dalam ramai.

Benarlah kata seorang kawan, rumah tak perlu besar, tak perlu mewah, asal kita seronok di dalam. Bahagia takkan dikecap kalau membelakangkan Allah.

Aku diam. Bermuhasabah.

Thursday, October 31, 2013

Tak perlu

Salam
Hai

Aku terpandang, gambar wanita bertelekong. Post di facebook, twitter, blogspot dan sebagainya. Gambar bertelekong ala2 sedang mengaji alquran. Bersedih. Atau mengabdikan diri. Motip..? Nak menunjuk2 beribadat ke apa. Haih la. Kalau sembahyang, tak payah menunjuk2 sangat kot. Awak sahaja tahu pon cukup kot.... dunia2.

Tuesday, October 29, 2013

Berungot

Salam
Hai

Musim2 sekarang, aku tak henti2 nak cakap bosan, macam minta penampar secawan. Dasar manusia, bila busy berungot sibuk, bila senang lenang bosan pulak. Begitulah kehidupan, ada pasang surutnya.

Malam ini tak macam malam yang sudah2. Biasa malam2 aku rushing utk prepare apa nak ajar esok. Tapi sebab sekarang zaman study week aku tak berapa nak rushing. Untuk semester yang pertama ini aku masa lagi mencari irama yang sesuai untuk aku alun. Aku masih belum imune dengan student. Yang bangsa nampak student wat muka seposen, aku rasa nak menangis. Tak macho langsung lecturer macam ini.

So far, ke lapan2 kelas aku ajar dengan kasih sayang. Walau banyak cacat cela, what do u expect from cutest lecturer like me hoh!? Aha. But pada aku, aku buat the best. Ikhlas dari hati. Cuma satu kelas. Bermasalah dengan aku, it's ok guys. Btw thanx for being my great students. Satu hari nanti uol akan tahu why ur lecturer act such a anoyying person. I just want to help u up. If u read this, i want u to know that i really try hard to understand each of u. But it's ok. Masa terlalu pantas utk awak2 semua kenal apa ada dalam hati saya.

Aha. New work setting. New roomates. New spirit. And ofkos, i have to renew my energy too. Hope the best for future. Thinking of unknown.

Si pepel masuk wshop perodua. Aku naik si otai. Rindu nya pada si pepel. Get well soon darling. Cepat2 balik yeh. Kita rindu.

Wednesday, October 23, 2013

Speechless

Salam
Hai

Aku termenung. Speechless. Dalam hati asyik saja aku ulang, kalau la aku tak lalu situ. Huu. Air mata macam nak jatuh. Tapi aku tahan. Tak perlu kot.

Tadi pagi2 aku keluar rumah dengan hati tenang. Angan2 aku, semuga aku dapat habis kan sylabus budak2 student. Tapi segalanya terhenti bila aku tak tahu mana datangnya kereta perdana hijau tadi dengan perasaan yakin membantai bahagian depan kereta aku. Siot.,! Aku tergamam. Aku tak mampu cakap apa2.

"Bodoh!" Itu yang keluar dari mulut perempuan bertudung itu. Dia seorang ibu. Sebab bawa dua anak bersama dia. Aku buat isyarat mintak dia ketepi jalan. Dia turun dari kereta. Cukup mantap makian dia terhadap aku. Lengkap, padat dan tepat. Perkataan bodoh je entah berapa kali. Aku tetap dengan maaf aku, tapi di masih membodohkan aku.

Menggugat keperempuanan kental aku. Aku laju2, maki dia balik. Bagitahu pada dia, dia juga salah sebab overtake 3 kereta dihadapan dia. Dia slow kembali. Aku kata pada dia, perempuan, ibu, tapi pagi2 dah bodoh2 kan orang. Sekarang jangan banyak hal. Pergi report la. Ingat aku takot!!?

Dan petang ini. Aku hilang semangat. Si pepel dah tak dara lagi. Tadi di perodua mereka dan buka2 si pepel. Sedeih nya. Baru nak masuk 4 bulan umor dia. Dah kena begitu. Aku tak mampu senyum lagi mengenangkan si pepel. Sedih nya. Kalau la aku tak lalu situ. :(

Ps: perempuan meroyan tu cikgu. Cikgu gaya gitu? Eh i lecturer ok...... haaaa

Friday, September 6, 2013

Aku fai dan fereroroche

Salam
Hai

Demam. Konon tidor ingat boleh bangun dengan keadaan segar. Sekali rupanya macam getting worse pulak, lebih baik tak payah tidur. Kan..

Bangun2 tidur, aku wasep semua orang. Semua orang tak reply. Mana semua orang?! Huuu

Last2 aku wasep fai, kawan sepraktikal dulu, bukan main lama tak jumpa, nak dekat tujuh lapan sembilan bulan la jugak. Jap nak lap hingus, puiii.. ahahaha

Lepas tu apa lagi, bukak la gusip segala macam pasal tempat masa kitorang buat praktikal, and now baru aku tau banyak benda jugak aku missed lepas aku dah blah bulan 12 itu hari. Ingat semua dekat dengan aku! Ceit. The value now is, all the kakaks there still remember me and keep inviting me to visit them again and again, tapi malas la. Malas nak terserempak dengan wajah kawan yang agak puaka di sana, kadang2 aku terfikir, syaiton jenis apa yang merasuk aku itu hari sampai boleh terjebak berkawan dengan manusia sepuaka itu. Demmmmmm! Bad memory and history lah!

Hope semua aku akan lupa kan dan dia pun lupa kan. Tersalah kero la nyah.

Bila fai bukak cerita, aku macam nak kata, akak tauuu, tapi sebab sebenanya aku macam tak terkata gak bila dengar, aku diam kan aja. Demmm!

Hu... i miss u fai. Hope all the memory remain in your mind. Hope the friendship will remain forever, ingat tak zaman beli fereroroche untuk orang. Romantik kan kita? Wow sgt.!

#saiko#gedik#buku#dan#ruas

Wednesday, September 4, 2013

Tired

Salam
Hai

Rentetan dari peristiwa kakak yang mengandung tu dah start cuti, makanya aku ambil semula 2 class yang dia pinjam dari jadual aku. Makanya, jadual aku yang sebelom ni ada lopongnya, menjadi penoh kembali.

Hari ni merupakan class pertama aku bersama 2 class ber image corot di mata lecturer2 lain. Buat pertama kali bersama mereka, impression aku positif aja. They make me feel good actually. Mengajar budak bijak lebih susah dari budak yang kononnya corot. Buat apa budak bijak kalau tak pandai mengambil hati orang tua, i mean guru mereka yany lebih tua walau setakat 4 5 tahun. Oho.

Aku selalu cepat judge orang. Lebih baik aku diam dulu. Uhu, beginilah penatnya aku hari ini. Class sambung menyambong. Macam kilat. Oho. Semuga hari esok lebih baik dari hari ini.

May Allah bless me. Niat kena sentiasa suci.:)

Tuesday, August 27, 2013

Paralyse

Salam
Hai

Aku selalu ingatkan diri aku untuk menjadi diri sendiri, untuk selalu buat baik tanpa menanti balasan, untuk buang rasa lebih kepada manusia lain. Aku tahu bukan semua perkara yang diimpikan boleh menjadi kita punya.

Pengalaman dari kebodohan diri banyak mengajarkan aku untuk matang, bukan satu, banyak! Aku fikir diumur begini aku tak mengulangi kesilapan yang dahulu, yang masa umor belasan tahun, tapi ternyata, aku manusia biasa, gagal mengawal diri dan aku ulangi kesilapan yang aku anggap aku sudah faham. Bodoh nya aku.

Dan hari ini, aku seakan putus asa dengan kehidupan aku, putus asa dengan harapan. Putus asa dengan cita2. Impian bodoh. Ini bukan cerita cinderela. Dah banyak yang datang dan pergi. Singgah sahaja. Singgah untuk beri aku pengajaran. Putus asa,

Aku bukan superwoman. =(

Tuesday, August 20, 2013

Ohoi

Salam
Hai

Dah lama bebenau aku tak tulis dekat sini. Kenapa? Takda cerita menarik pun.

Huu. Aku sedang golek2 berehat di malam hari. Pekerjaan sekarang belum menekan aku lagi setakat ini. Aku masih berada dalam comfort zone. Setiap hari aku masuk kerja pukul 8. Aku tak tahu kenapa, kalau kelas lewat pun aku mcm over masuk kul 8. Jadi nya kalau kelas habis lewat memang dekat 11 12 jam jugak aku berkerja sehari. Tapi tak stress. Hidup macam sekarang so far memang relax gila. Cuma dalam seminggu dua lagi, dah masuk phase untuk di observe. Gila kau tak nebes kalau kene observe. Dari sekarang pon dah rasa nehbes dia.

Aku memilih untuk jadi lecturer yang sangat sempoi gila habis. Malas nak bising2. Cumanya kalau tak tahan sangat aku memang lepas kaw2 depan muka student. Tapi lepas tu aku aku ok balik spoting macam biasa. Saiko kan lecturer camni.? Tapi sebenarnya student lagi saiko.

Aku ada 2 orang student yang bermasalah. Pendek kata kerja dorg membongak je setiap masa. Menyesal pulak aku approve dorg masuk kelas aku. Aku dah drop kot nama diorang hari tu. Sumpah menyesal. Ha.. lantak kau lah. Kalau dah tak boleh dibantu sangat kau pandai2 lah nak hidop. Aku harap mereka berubah. Baru je text diorg tanya pasal take home kuiz yg aku bg dari mggu lepas. Tak submit2 lg. Tiba2 rs nak marah.=/

Ok xde mood lak dah nak tulis. Oh how to handle problematic student yang superduper macam ini!

Thursday, July 25, 2013

Ada yang kita kena sabar

Salam
Hai

Aku macam samseng. Mungkin itu yang terlintas di minda orang bila tahu aku dengan tegas dan emosi halau student yang kurang adab dari class aku semalam. Aku tak boleh kawal marah. Dia mencabar aku. Mungkin aku salah kerana mengikut kata hati muda aku.

Aku kurang pasti, kisah halau itu sudah tersebar luas kepada pihak jabatan. Aku kurang pasti. Tapi bila si jantan kepoh mula merisik2 kisah subjek yang aku anti amat, aku mulai syak wasangka. Lantak lah kau. Aku mengajar student aku. Aku mendidik mereka untuk jadi insan bukan sekadar akademik dan kepahaman pelajaran. Aku mahu mereka jadi manusia yang beradab. Itu saja.

Dan layan ini. Motip sangat semua ini. Dah tak boleh padam kan? Dah berat sangat tangan semua nak upload facebook. Huh. Sabar lahhh.

Tuesday, July 23, 2013

Students

Salam
Hai

Accomplish my day. Aku mula mengaja hari ni. First class tadi aku agak lost yang sampaikan blank habis. Tapi aku cover konon lah macam 'saya relax aje..' haha

Masa class first tadi aku ada ter'anoyed' dengan satu dua student yang aku fikir bapak poyo dan bodoh sombong kau. So itu satu.

Untuk class kedua i manage to handle them well. Excellent explaination and gorengs. Hope depa semua paham betoi lah.

The next class, class orang dah besau. Aku rasa kalau aku one of them sure aku happy berada di dalam. Diorang student yang bagus. Commited dengan study. Cuma aku harus polish untuk lebih knowledgeable. Oh.

Esok rabu, kmis, dan jumaat. Aku ada cita2 untuk buat slide dan beri pada mereka untuk mudahkan kerja explain aku. =/

Hope esok better dari hari ini.

Sunday, July 21, 2013

Aku cerita pasal kos HR lagi

Salam
Hai

Entry ini aku buat khas sebab ada permintaan dari rakan blogger untuk aku share sedikit tentang kos human resource management atau dalam bahasa melayunya kos pengurusan sumber manusia. Aku rasa masih ada lagi mereka2 yang kurang paham tentang apa itu HR atau sumber manusia.

Dalam sesebuah organisasi, jabatan sumber manusia atau hr bertindak sebagai satu jabatan yang menyelia atau menguruskan sumber manusia yakni pekerja2 dari segi gaji, pengambilan, latihan, hal2 disiplin dan juga bonus kenaikan pangkat dan berkaitan dengan pekerja. Ada juga sesetengah syarikat atau organisasi yang tidak ada jabatan hr atau memiliki jabatan hr yang kecil.

Tentang kos sumber manusia, aku merupakan salah seorang graduan sumber manusia dari uitm melaka. Kos pengurusan sumber manusia atau HR adalah berada di bawah fakulti pengurusan perniagaan. Maknanya ia adalah salah satu cabang management atau business admin atau BBA (bachelor business admin).

Semasa diploma, aku merupakan salah seorang dari student diploma in business. Berada di bawah fakulti business. Begitu juga dengan kos2 seperti banking, om, apa lagi dan lain2. Jadi bila masuk ke degree, aku terus lompat ke part3 memandangkan kami, yang berada di bawah fakulti yang sama diberi pengecualian keredit. Apa itu pengecualian kredit? Pengecualian kredit adalah kelebihan di mana pelajar yang berada di diploma di fakulti yang sama bila naik ke degree ada beberapa subjek yang mereka boleh skip atau tak perlu ambil lagi.

Contoh, macam aku, ke kos hr, subjek sperti acc, finance, language 1, 2, kokurikulum, law, ib, marketing, operation, it ctu yang dulu tak payah ambil lagi. Tapi ia adalah berbeza mengikut kos2 yang lain. Yang macam aku nyatakan td adalah untuk hr. Makanya masa masuk part3 dulu, aku ambil dalam 6 7 subjek gak. Kena strugle walaupun nampak macam senang. Hasilnya keputusan part3 dgree aku tak berapa membanggakan pun. Haha.

Tapi bezanya, siapa dari fakulti uitm yang sama bila lompat degree mereka akan naik ke part3. Kalau tak, biasa mereka akan start di part2 untuk kos lain ke hr. Faham? Tak tau nak terang.

Antara subjek HR yang akan korang belajar ialah, hrm, organizational behavior, occupational safety and health, research method, qmt, labor eco, recruitment, performance mgt, hrd, quality, compensation, employment law, IR, stratgic mgt, dan knowledge/risk mgt. Ha.. panjang lebau aku bagi senarai.

Secara kesimpulannya, semua subjek ni lebeh kurang subjek membaca and kena hafal. So memang kena stdy n hafal. Baru boleh excellent. Haha. Aku pun tak bagus sangat masa degree. Asyik berjimba. Tapi seronok. Uitm melaka best, hidup macam student dewasa. Hidup sendiri. Environment macam office. Ahaha. Cumenya, kena pandai jaga diri. Jaga terlampau leka.! Study tetap no1.

Apa lagi nak share. Itu saja kot. Selamat belajar adek2. Kos HR memang best. =)

Harap membantu. Tata.

Thursday, July 18, 2013

Tak terkata

Salam
Hai

Mungkin esok hari terakhir bekerja di syarikat yang aku bekerja sekarang. Apa2 pun aku bangga sebab aku tak cabot dengan emosi. Aku hampir buat begitu tadi. Aku hampir mengeluarkan air mata aku tadi. Tapi aku tahan. Buat2 tak tahu.

Buang perasaan tapak kasut. Biar dipijak2. Asalkan i'll rise. Konon. Hampir kemas barang kot tadi. Nasib Allah datang. Safe my life. Aku dapat panggilan offer untuk interview semalam. Oh! I know Allah tahu apa aku fikir. Sampai satu detik tadi, aku menjerit dalam hati. "Allah! Aku tak tahan.." mujur Dia dengar. Menangis.

Sekarang aku serba salah. Antara kata dan tiada. Aku harus juga berlalu pergi. Aku penat. Semuga segalanya berlalu macam angin.=/

Ehem. Bo dah ok dengan mak dia. Happy for u. Walaupun aku bukan orang penting yang tahu dulu. At least aku tahu keadaan akan baik2 saja lepas ini. =) pray for ur happiness fren.

Niat baik2 saja untuk hidup masa depan.

My new bf

Salam
Hai

Semalam apa aku nak semua Allah bagi. Jahat begini pun aku, Allah masih layan. Betapa luasnya nikmat Allah. Ok, aku bukan ustazah, namun kegembiraan ini tak ternilai rasanya.

Semalam aku dapat kekasih baru. Yang dah lama aku impikan. Dulu tengok orang ada kereta baru, aku akan kata "bestnye lahhh.." tak sangka aku pon ada moment2 best begitu.

Si pepel nsem tu sekarang tersergam indah depan rumah. Gembira memiliki kamu. hope dia buat mak happy, aus happy, semua happy!

Oh abang myvi ku. Myvi je ponggg..

Sunday, July 14, 2013

Good friends

Salam
Hai

I feel good! Glad to have u guys! Ehem. Semalam sabtu. Lepas hal2 ragot, dan mindmap. Aku bulatkan hati aku. Buang semua dalam tong sampah. I need rest! Aha. So aku setuju menerima undangan dating with my good friends. Friends yang buat aku feel good every time mingle with them. Kau tahu perasaan yang lapang bila bersama kawan yang engkau mampu kentot di depan mereka? =) kewl kan.

So, acara dimulakan dengan book tempat makan di Seoul Garden untuk berbuka. Lepas itu, layan wayang sampailah waktu berbuka tiba. Pacific rim. Best cerita tu. Aku dan kaklong tak habis2 cakap 'macam real steel kan?tapi real steel lagi best' nampak tak impact real steel tu lebih sebab kitorang layan midnite berdua2an, lepas tu bapak romantik gila. Masa tu kami masih belajar dekat melaka. Oh miss that moment! So boleh lah pergi tengok pacific rim tu. Berbaloi2 jugak.

Lepas tu, berbuka puasa. Makan sampai terkangkang. Hambik kau. Makan di sponsor penuh oleh wanie ye. Alasan dia belanja adalah, sebab lesen dah penuh, lepas tu sebab.... dia ada boyfie baru. Mr J. Haha. Untong lah pakai honda jazz. Berbangga. Tahniah wani. Motip apa ni. Ahaha.

So ceritanya. Seronoklah. Aku cari jugak masa2 yang mana aku pulak boleh open table untuk raikan sesuatu bersama. Aku harap aku sempat untuk buat semua nya itu. So, tq for being my friend!

#eh pernah tak kentot depan kawan?ahaha membongak kalau tak pernah.

Thursday, July 11, 2013

Jangan lari

Salam
Hai

Aku duduk keras di kerusi meja makan. Mata aku pandang terus merenung nasi yang tidak luak. Tangan yang baru menyuap satu dua kali suapan sengaja aku biarkan keras mengkaku disitu, kering. Muka aku masam dan tak mahu pandang sesiapa. Aku tekad. Pukul macam mana pun aku takkan berganjak. "Bagi alasan, kenapa tak mahu ke sekolah?" Aku diam. Kaku. Mata mula berkaca-kaca. "Taknakkkk.." jawab aku kepada soalan pertanyaan abah.

Abah gertak. Keluarkan tali pinggang. Aku keraskan hati. Tetap tak mahu ke sekolah sebab ada mata pelajaran matematik, dan cikgu mahu menguji hafalan sifir. "Taknak pergi sekolah, siapa tak hafal sifir nanti kena denda.." abah putus asa. Dia beri amaran pada aku, lepas ni kalau tak hafal dia sendiri akan denda.

Itu dahulu. Masa aku masih kanak2. Lari dari masalah. Tak siap kerja boleh ponteng. Takut cikgu marah boleh ponteng. Tapi sekarang? Siapa akan tanggung? Tak datang kerja, kerja tak siap, bos takkan marah, tapi progress team tergendala, progress kerja dan gant chart tergendala. Kpi terganggu. Jadi kena pergi kerja. Kerja dan bertanggungjawab dengan kerja. Kerja hadap segalanya. =/

Semuga hari2 aku lebih baik selepas ini.

Monday, July 8, 2013

Penghargaan memekar

Salam
Hai

Isnin. Aku belom faham erti monday blues. Pada aku setiap hari pun blues untuk aku. Setiap hari pun aku menangis masa mandi sebab harus bangun awal pagi. Ok tipu.

Setiap hari aku selalu jaga, untuk langkah kaki kanan bila keluar dari rumah. Baca doa keluar rumah, dan niat dalam hati semuga aku boleh timba ilmu baru dan dipermudahkan perjalanan hari aku untuk hari tersebut. Pada aku, Allah tahu niat kita dan akan beri yang terbaik buat kita. Hikmah pada niat setiap hari.

Masa sampai, aku macam biasa jalan paling laju bila harus melalui orang2 logistik di depan pintu pagar. Ada sapaan good morning 2 3 yang aku terima. Aku angguk saja, buat muka manis. Langkah aku atur, terus ke mesin punchcard. Hati aku asing. 'Lemah betul dengan company banyak songeh ini' bisik hati kecil aku. Aku masuk ke bilik HR. Bilik di mana kami berlima tinggal dan hidup dengan penuh briefing di sana. Bilik di mana aku mengenali cara bekerja sampai terkangkang2. Siyes baru 2 minggu dah terkangkang2 buat kerja. Stress.

Mata aku tancap kan pada notes yang diselit di keyboard. 'Keje apa lagi la yang nak kena buat ni...' rungut aku dalam hati. Namun, hati kembali berseri, mekar. Itu bukan notes pesanan kerja. Itu kertas penghargaan. Dari bos, managing director aka hr manager. Lihat gambar itu. Hati aku mekar. Aku bersemangat! Untuk pagi ini.:D

Wednesday, July 3, 2013

Maksud di belakang

Salam
Hai

Tamat minggu ni beerti 2 minggu aku di organisasi itu. Aku semakin faham dengan rentak organisasi. Namun masih banyak yang aku harus belajar. Aku bukan manusia cepat tangkap. Takpa lah yang itu.

Organisasi yang aku bekerja dengan adalah organisasi yang dimiliki oleh cina mualaf. Bermakna beragama islam. Orangnya tinggi gila babun. Kasut jenis2 size gergasi. Wahaha. Friendly. Menyengat dalam diam. Aku bukan nak cerita pasal bos aku. Bukan.

Budaya organisasi yang aku bekerja dengan adalah kebanyakkan budaya jepun. Jenis yang buat kerja harus bagai lipas kudung. Oleh kerana organisasi ini memiliki hampir rata2 berbangsa melayu aku tak nampak lipat berjayanya organisasi ini mengamalkan nilai jepun mereka. Ada yang aku fikirkan baik, dan ada yang aku fikirkan semak lah kau! Begitu.

Setiap pagi kami akan melakukan senaman pagi. Aku tanda rait untuk senaman pagi. Aku tak banyak songeh dengan senaman pagi. Namun minggu kedua aktiviti lebih baru. Aku tak faham objektif di belakang melakukan tepok company, slogan dan tarian semangat yang ala2. Masa diambil waktu pagi adalah lebih dari sejam. Tempoh hari, tatkala aku cemas mengira ot untuk banyak outlet, mereka ambil masa untuk senaman pagi lebih dari sejam. Terkangkang2 aku yang baru belajar buat kerja. Hasilnya balik lewat. Produktif ke? Tak langsung!

Tak cukup masa untuk senaman pagi, bos ambil masa lebih dari sejam untuk morning briefing. Bos beri kata2 semangat. Bos tanya perancangan harian. Bos pastikan semua orang tahu role masing2. Tapi sampai lebih dari sejam? Dah dekat tiga jam di pagi company ambil masa melakukan kerja untuk perkara2 lagho, aku tak boleh terima, tapi kena terima. Lepas 2 jam buat kerja waktu rehat tiba, di waktu petang bos panggil lagi, dengar dan tengok demo. Bincang itu ini. Agak2 bila kerja yang nak meet deadline boleh siap? Serabot lah. Semak.

Cuba lakukan yang penting dari yang remeh2! Aku tak suka. Haha. Banyak sangat aktiviti kokurikulum dari main business.

Tapi tiap kali tak setuju bos seakan tahu. Dia akan bodek baik punya. Dia akan belanja pizza kepada yang stayback. Dia akan buat cerita2 ala drunken master beserta gaya. Takpa lah bos. Saya tahan lagi seminggu.

Huuu kehidupan...

Tuesday, July 2, 2013

Muka sardin

Salam
Hai

Aku cukup tak boleh menerima hakikat jikalau sesuatu berlalu bertentangan dengan pemikiran aku. Semalam merupakan hari yang penuh dengan cabaran buat aku. Sebagai seorang yang masih baru di arena pekerjaan banyak perkara yang harus aku pelajari. Aku cukup notis dengan perkara itu.

Aku membuka hati, bersedia, mempelajari, belajar dan diajar. Justeru itu, aku mengandaikan pengajar juga membuka hati menerima pelajar dan mengajar. Aku tahu alam pekerjaan bukanlah alam dimana engkau boleh disuap2 seperti anak kecil. Namun, jangan membuat layanan tidak matang.

Sebab mood aku hari ini sedikit ok berbanding semalam, aku tak mahu ungkit kisah semalam. Semalam aku balik pukul 8 malam. Berdedikasi kan. Namun sebab bos aku seorang yang pandai membodek, membelanja kami yang stayback, segala ketensenan alhamdulillah lupus ditelan zaman.

Satu pandangan aku, kebanyakkan mereka yang berjaya adalah mereka yang bermuka sardin, maksud aku, muka selamber badak, tak cepat ambil hati atau kecil hati dengan sesiapa juga. Aku harap aku cepat2 selesa dengan environment sekarang. Saya cinta kerja saya. Bai!

Monday, June 24, 2013

Hope

Salam
Hai

Aku tak tahu mana nak mula. Tadi 1st day aku kerja di sebuah company. Bukan company besar. But sangat mencabar. Mungkin sebab terlalu kabur dengan role yang ada sekarang.

Begini. Sesampainya aku pagi2 tadi, aku saja bawa kereta terkedek2. Konon lah aku fikir first day takda punch kad. Tapi aku silap. Ada punch kad. Plus aku punch lewat hari ini. 8.01am!

Pagi2 dah arobic bagai kau. Bagi aku 3 bulan. Cmfm aku ada shape yang dasat. Sebab memang setiap pagi kena arobic. Bai! Haha

Moment tadi, aku rasa aku ada arip dekat sebelah aku. How arip seminggu awal intern dari aku. How he approach me masa mula2 share the prob. How dia luahkan stress kerja dahulu. Haha. Sebijik. Tadi aku dengan azri new staff jugak, briefing dengan md. Lepas tu sama je lembap2 susu jugak si azri dengan aku. Nampak banyak perkara kitorang tak dapat tangkap. Ending dia. Kitorang gelak dan md macam surender terpaksa terang satu2. Ha.. aku tak rasa azri tu aku baru kenal. Sebab dia punya gaya sebijik macam arip. Tapi dia laki orang. Bai! Haha

Hari pertama yang aku expect boleh balik sharp, rupanya silap. 6.42 aku baru keluar ofis. Aku harap ini bukan permulaan kepada kehidupan tak berlife begini.

Really hope aku cepat belajar semua benda. Really hope i can coop with new environment! Coop with faster culture begini. Hilang selera makan. Selamat malam!

Tuesday, June 18, 2013

Asal usul

Salam
Hai

Aku termenong. Melihat hujan yang dalam gelap. Tak nampak, hanya suara hujan memukul lantai saja yang boleh aku dengar. Ya, itu hujan. Hujan rahmat.

Bau hujan mengingatkan aku pada masa lampau aku. Tempat tinggal lama. Yang nikmat kehidupan tersadai di setiap ruang. Setiap pintu umpama keluarga. Gembira! Di sini. Hingar. Lalakkan anjing. Deruan enjin motor kereta. Suara jiran berloghat bote, parya dan segala bagai menusuk corong telinga. Namun, masih kosong di dalam. Ini bukan dunia aku.

Rumah kecil yang pernah menjadi syurga dari kecil masih dijiwa. Rumah yang lebih besar ini. Sunyi. Walaupun tak pernah senyap. Kosong di dalam.

Aku manusia biasa. Yang selalu lupa asal usul. Bukan orang kaya. Cuma impian menjadi senang menjadi cita-cita. Cita2 yang masih belum nampak bayang.

Sunday, June 16, 2013

Hari bapa

Salam
Hai

Aku duduk dekat kerusi. Sambil sambil teringat pada arwah abah. Aku cuba ingat macam mana dia senyum, macam mana suara dia bercakap, macam mana dia marah. Tapi aku hampir menangis. Aku tak ingat macam manq suara abah, terngiang2 tapi tak boleh dengar. Tak boleh. Tak boleh! Masa dah lama berlalu. Rasa rindu tak pernah pudar. Ha.

Kalau aku tidur dahulu, sebelum abah tidur biasa dia akan masuk bilik aku. Cek nyamuk, cek selimut. Kalau ada nyamuk biasa dia akan kibas2 halau nyamuk, dan pasang kipas kuat2. Kalau tak berhasil dia akan kejut aku suruh tidur dibilik mak abah. Kalau bangun pagi, biasa dia akan kejut aku dengam ciuman curi. Kalau aku sedar biasa aku akan tutup muka laju2. Lepas tu bila dah belajar jauh dari rumah dia akan call aku bila aku jauh, "ayang abah buat apa tu.." dia layan aku macam aku umur 3 tahun. Oh rindunya!

Sekejap sangat Allah bagi aku chance ada abah. Rasa kasih sayang abah. Abah tak pernah gagal membantu aku, meneman aku, sentiasa ada untuk aku. Sampai la dalam tempoh 40 hari terakhir. Abah selalu ngelat untuk hantar aku ke matric. Selalu marah aku sebab aku degil. Selalu tinggal kan aku bertiga saja dengan mak dan aus. Hari terakhir bersama, aku dan abah joget2 dengar lagu dangdut. Lepas penat joget abah duduk. Aku bersiap nak balik ke metric. Aku hulur salam. "Kena pandai2 bawa diri lepas ni," ujar abah tenang. Aku angguk. Cium tangan abah. Abah suruh aku cium pipi dia. Sebab aku brutal aku menolak. Kalau aku tahu itu yang terakhir aku akan cium abah lama2. Peluk abah lama2, biar tak rindu macam sekarang. Huhh.. rindu yang sesal.

Esoknya nombor telefon abah call aku. Aku dah sedia untuk dengar "elo ayang abah.." tapi kali ni tidak. Bukan abah. Nikmat tu dah tamat untuk aku. Aus nangis2, beritahu abah dah takda.

(Ternangis)

Selamat hari bapa abah, semuga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Al fatihah. Rindu sangat2.

Friday, June 14, 2013

Performance

Salam
Hai

It's friday!

The same feeling like yesterday. Lepas kemas rumah di bahagian atas, yang aku specific kan bahagian bilik aku, aku duduk semula. Kali ini bersila atas lantai bersebelahan plug di mana tab ini di cas. Macam yang aku cerita kan hari tu, tab selalu cepat habis batery. Lebih baik pakai 3310 yang high performance. Hihi

Malam semalam aku terlelap awal. Takda life. There's no Bo at all dua tiga malam. Uhu! Lepas kejadian hitam dua tiga hari lepas kami macam tak best dah. Motif sangat! Orait. We will start to expect more when we start to get more close rite. But still, there is a border that separate us apart. Poor performance lead to disatisfaction.

Tiba2 rasa tak best. Okebai.

#sengetbenget

Sunday, June 9, 2013

Wedding @ concorde

Salam
Hai

Semalam wedding nya si pemah, kawan masa sekolah dahulu di concorde shah alam. Sebelum ni, kalau pergi wedding kawan extreme aku akan pergi dengan pemah. Tapi semalam aku pergi dengan kawan lain untuk ke wedding pemah.

Hati menjadi sayu. Macam tak percaya kawan baik aku dah kahwin semalam. Ahah. Menitik air mata. Happy 4 u pemah! Semoga kekal sampai ke syurga.

Tak ramai pun budak semesta yang pemah jemput, semua2 ada dalam 7 orang. Cukup lah kami semeja.

Gambau? Ini saja gambau yang ada. Aku ambil dari facebook. Aku langsung tak keluar kan henset masa tuh.

Abaikan yang tak berkenaan.

Wednesday, May 29, 2013

Kelantan Iv

Salam
Hai

Takda lah menarik sangat cerita kelantan aku kan. Tapi aku apa pedulik, esok2 kalau dah ada anak, cucu ke, biar dorang baca pengalaman nenek dorang pergi kelantan. Wakakaka

Okeh. Lepas dah makan. Simple gila lauk diorang. Tapi again sedap. Jadi lah... kendurinya pun okeh. Sederhana. Tapi cukup. Tak payah kemah panjang2. Bayar mahal2 sewa kemah. Kahwin juga. Datang jugak orang kan. Simple! Mak aku setuju sangat dengan kenduri macam gitu. Lepas tu, aku nak bagitahu. Mak aku punya lah kamceng dengan Yin. Lebih dari aku kot. Dia yang beria nak tunggu sampai sanding.

Lepas dah ambil gambau sekeping dua. Kami mintak izin untuk pulang. Selamat tinggal kb!

Dalam perjalanan pulang Aus bawak bapak laju. Kecot perot aku. Dah la tak boleh tidur. Sampai dekat satu masjid di kechau, daerah lipis. Kami berhenti sembahyang. Oh!

Masjid tu mungkin tiada badan penyelenggara kot. Tempat ambil air sembahyang, tandas, semua dapat gred F. Failed kau! Rumah Allah kot. Tempat bersuci untuk ambil air sembahyang se-worse itu. Entah lah. Kalau aku diberi pilihan dan mempunyai kuasa, aku hantar orang pergi cuci. Hahaha. Bukan aku nak cuci kan. Ok, aku sama macam mereka. Pemalas. Bye!

Sebab, aku poyo. Beribu kali aku pesan kat Aus. "Kalau lalu depan sekolah aku, berhenti tau." Aus macam fedup. Dia sound. "Dulu masa abah hantar ko belajar sini, ko lari balik.. sekarang sibuk nak tengok balik." Ahaha. Lari2 balik pun habis form5 aku kat sekolah tu hoi. Hasilnya aku dapat amik picture sekolah.

Berenti makan dekat raub. Dalam pukul 8 lebeh sampai di rumah.

The end!

Kelantan III

Salam
Hai

Wehu.! Jom sambung lagi. Hari kedua. Subuh2 dah bangun. Bukan main feeling nak pergi pasar pagi2 kononnya.  Tapi i dont know why depa macam tak terus ke pasar. Pasar siti khadijah tu.

Kitorang pusing ke mana entah. Sebab kami ada pemandu pelancong, haha. Kak emy. Dia pun sosat ha! Haha. Ok. Ktorang jumpa satu kedai makan. Semenggah nampaknya. Bersih kedai dia. Walopun tepi jalan. Memang diyakini kesucian. Dia dua orang, laki bini menyiaga. Orangnya nampak bersih. Sekali lagi. The food pun very nice. Memang selera naga kau ni! Haha

Ala, makan nasi berlauk je puns. Eh nasi kerabu eh?. Kat pasar malam berlambak2. Haha. Tu sekadar nak isi perot pagi sahaja. Sebab dah kebetulan, berada dekat jalan telipot berkenaan, kitorang pun nak sevey rumah pengantin. Berapa ratus kali pusing dekat jalan tu beb! Habis lah rm20 minyak kereta. Landmark tak jumpa. Dah tanya orang dekat stesen minyak. Orang tepi jalan dan sebagainya. Mereka tak tahu. Cuma mereka hanya kata. Ini memang jalan telipot.

Sebab dah no choice. Aku call member aku. Masa tu aku emo. Sebab dia hanya mampu jawab. "Carwash tu dah tutup minggu lepas, ko call jap2 lagi eh." Sirius aku sentap. Dah lah aku datang jauh2 kot. So masa tu, sebab emo melampau aku hampir putuskan supaya tak pergi majlis tu. Lepas dinasihatkan oleh mak dan aus, aku ambil lebih kurang saja dengan kawan aku, sebab aku consider yang dia tengah nebes sampai tak mahu bagitahu lokasi rumah. Sebab aku dah tak sentap, aku call segala no tepon dekat kad jemputan. Dari nenek, datok, maksu, tokngah, tokcik semua.. hahaha. Maksud aku ahli keluarga, tapi sayang mereka tak angkat call. Bersemut-semut hati aku. Aku memaki2 dalam hati. Gila strugle aku sentap. Memang orang nak kahwin tak boleh cakap tepon ehh??

Lepas dah melilau dan tak kenal erti putus asa. Yin tepon semula. Time tu kitorang dah jumpa lorong rumah dia. Sumpah weh. Map salah, landmark dah hilang, sebab carwash dah tutup minggu lepas. Memang siapa pun takkan jumpa kalau tak tau. Sebab aku sangat terer geografi masa tingkatan 3, aku rasa bapak tak adil kalau buat map salah. Simpang patut sebaik sahaja lepas trafficlight ko buat umpama 3km lagi dari trafficlight. Wuyoh! Tak adil.

So pengajaran dari situ, kalau na kawin esok2, kena buat map betul ikot direction. Dan landmark harus lah tetap dan kekal, atau pun buh lebeh banyak landmark so that kau tak bergantung hanya pada satu landmark. Eh, psst, geografi aku A tau masa pmr. 98 markah!=D

So mood adalah tidak baik time tu. Tapi sempat jugak pergi cari hadiah. Soping2 skit. Tapau murtabak raja yang tebal macam tilam vono. Siap2, terus ke rumah pengantin.

So, sebab sesat dalam 80juta kali tadi. Aku dah hafal dah jalan kat kb tu...

Bersambung..

Kelantan II

Salam
Hai

Masa sampai tu, dah tengahari. Cuti sekolah. Hari jumaat. Hari cuti. Memang penuh lah kan kota bharu. Pergi tanya dekat semua hotel. Semua fully book. Padan muka kau, nak bidan terjun sangat kan. Lepas dah pucat2 sebab risau kalau terpaksa tidor di kaki lima, hahaha kami jumpa satu hotel. Hotelnya biasa saja. Star dia tak nampak. Mungkin hari nak hujan time tu. So buat muka sardin cek in dekat situ. Yang pasti bukan rumah tumpangan. Haha

Dalam pada tak tau star pun, memang tinggal 2 3 4 bilik saja yang kosong. So memang langkah kanan jugak sebab dapat bilik tu. Berjalan dengan makhluk2 kuat tidur umpama mencurah air ke daun keladi. Ahaha tak kena langsung peribahasa. Tapi sirius. Bapak bosan. Pemalas! Haha

So petang tu sebab takda aktiviti, konon lah pelancong pergi ke pcb. Oh nothing spesel. Aktiviti makan tak pernah dilupakan. Oh makanan kelantan sedap. Aku tak tahu kenapa mak dan aus dan even kak emy pun orang kelantan. Tapi diorang tak gemar makanan kelantan. Rugi oiii. Tolong la nganga. Hahaha

Sebab aku tak berapa nak buruk lantak sangat. Aku buka mulut kecik2 saja. Bila hari malam, sebab konon mereka tu diet, diorang kata jom makan roti canai. Hek eleh. Kalau setakat nak makan roti canai kat sini belambaks. Huh! So aku kurus sikit malam tu, sebab makan roti canai dan asam jawa yang aus beli dekat wakaf che yeh. Sumpah diorang tak berseni langsung tatkala melancong. Kah3

Tapi kan, sebenarnya kitorang makan roti canai dengan kari gear box. Tapi sirius, kuah kari tu sedap. Tak manis. So sampai hari ni mak teringat kuah kari tu. Sumpah sedap. Huh. Tiba2 jadi lapa.

Bersambung...

Kelantan I

Salam
Hai

Jadi juga rancangan bidan terjun kami anak beranak. Yang selalunya sebelum ini kalau dah rancang berabad lama biasanya tak jadi. Paling koman, kalau jadi pun hanya aku dan mak. Tapi kali ini lain, sebabnya Aus jadi ikot. So boleh tepok tangan.

Masa posmen mula2 pos kad kahwin Yin (bff)  ke rumah aku just tengok saja. Memandangkan duit belom kepok2 aku gerenti tak akan sampai ke kelantan pada tarikh perkahwinan. Lepas borak2 dengan mak, tiba2 mak kata jom kita pergi! So ulat bulu dah naik daun. Aku memang excited sedikit gak sebab at least takda la Yin nak kata aku ni kawan yang hampes sebab wat bodoh tentang majlis kawin dia.

So, pagi tu pukul 4 pagi aku dah bangun. Ingat kan ye sangat lah nak gerak awal sebelum subuh. Sekali nya, dekat kul 7 juga gerak. Tu pun lepas mak dah siram pokok bunga dia. Subuh2 kau! Sempat aku nyanyi lagu air pasang dalam segala.. haha

Tak tergambar how excited nya aku time tu, sebabnya aku nak lalu raub. Haha. Gila poyo sebab nak tengok sekolah lama. Uhuh! Masa lalu dekat raub. Mak balik2 cerita bagaimana gigihnya abah sekolah kan aku di raub. Hampir tiap minggu berjemput berantar. Uhu! Sirius. I miss that moment with u abah! Menitik air mata oi. Sumpah aku, abah dan raub sangat dekat. 5 tahun. Hu.. i miss u so much dad! Al fatihah.

So memang dah kematu gila babun pungkok. Tak sampai juga kota bharu. Jauh gila babun. Aku wonder, bagaimana gigih nya anak kelantan pulang ke kampung halaman meredah hutan belukar, bukit bukau. Sirius hutan pekak. Memang scary mary lah kalau nak gerak malam2 buta. Tapi memang ramai kan aku dengar prefer untuk gerak malam buta ke kelantan. Masa lalu kat hutan belantara tu. Sirius terkenang cinta hati lama, eh lama ke. Ok, terkenang masa zaman hangat bercinta dengan f3z3. Dua tiga kali 4 ke dia akan bersungguh naik bas, turun ke kl. Kesian lah weh. Gila gigih! Itu baru lautan api sanggup ku renangkan. So takpa lah. Kenangan percintaan. At least, esok2, kok dah ada anak boleh cerita pada anak2 bagaimana ayah masa bercinta dengan orang kl bla... bla... bla.. hahahaha. Lepas tu ayah boleh tambah, ko jangan cari orang kl, cari orang sek2 kito jah! Hahahaha. Aku hargai part yang macam tu. Menitik air mata lagi.

Ini bukan kali pertama aku ke kelantan. Gila poyo kan dah tua bangka tak habis jalan malaysia. Alah.. pernah gak pergi masa muda remaja dulu. Dan, bila masuk kelantan boleh nampak. Bezanya culture mereka. Dari segi rumah dan kediaman, mereka langsung tak ambil berat. Aku tak mahu cerita tentang taraf hidup atau apa. Sebab pada aku mengapa mereka tak hirau tentang rumah mereka, bukan lah sekadar kerana rendah taraf hidup atau pun miskin. Sebab, banyak juga rumah yang besar tanah lot, yang tahap dato datin kalau di kl, tapi persekitaran rumah yang compang camping, contohnya, rumput panjang. Susunan tong bersepah dihalaman rumah, which i found tak diselenggara langsung. Orang kaya pun kau! Sampai Aus boleh cakap, pelik. Ada orang lagi malas dari dia. Wakakaka. So cute! Kalau tong tu terbalik, terbalik lah. Kalau tertonggeng begitu, begitulahhh.

Dari satu sudutnya, mak kata elok juga begitu. Hidup sederhana. Lagipun rumah mereka selalu dilanda banjir. So kalau buat cantik2 pun nanti rugi je. So aku rasa ada logiknya juga. Tapi kalau dicat, n diplaster cantik2 kan rumah akan lebih tahan. Takda anai2 senang nak meratahkan.

So sampai saja dekat kb, dalam pukul 1 lebeh. Tu dah tolak makan tengahari sekali. Oi.. makanan kelantan macam sedap gilos! Dasar kuat makan!

Bersambung...

Yang ini namanya kakak angkat

Salam
Hai

Sambil-sambil menghayati pemandangan matahari naik, jari jemari aku sulur-sulur kan, menggelosori skrin tab 2 7.0 kepunyaan aku sejak setahun yang dahulu. "Dah naik muak aku tengok muka kau tab!" Getus aku dalam hati. Motif sangat memaki tab2 yang aku punyai hanya. Jelas. Lincah benar aku sebab tiada pekerjaan yang lebih bermakna.

Panas benau dekat luau. Nak keluau pun terasa sayup. Mata tertancap pada satu application. Waze! Terasa hot dan up to date benau bila dengau suara kakak waze tu cakap, "lets begin driving!" Terasa tenang sebab ada peneman baru masa drive ke tempat yang tak diketahui. Uhuh! Saya cool habis bebeh!

Perasaan yang sama dapat adik baru. Tapi berbeza sedikit. Aku ada kakak angkat baru.... =D sekian.

#kepoyoanyanghanyakausorangada

Friday, May 24, 2013

Kelantan sangats!

Salam
Hai

Aku dekat kelantan. Dah lama gila babeng tak datang kelantan. Last aku disini masa hantar pak asir kahwin. Masa tu zaman sekolah lagi. Sekarang pak asir dah ada anak deret2. Almost 15years jugak. Lebih kot.

Tak banyak berubah. Sebab masih mampu aku ingat nostalgia lalu dijalanan tadi. Lepas tu aku dan mak gelak sakan sebab teringat gelagat memasing masa hantar pak asir kawin dulu. Sumpah kelakar gila babeng!

Lepas tu, sebenarnya, aku terasa hati. Tapi what to do! Macam lah aku nak ganggu sangat kau kan. Ha senyap lah sampai bila2 lagi bagus. Huh. Macam itulah kawan.

Okebai. Takde mood tiba2.

Wednesday, May 22, 2013

Maka-nya

Salam
Hai

Petang ni sebab trendy sangat, aku layan youtube di rumah. Makanya terlolong lolong lah aku menyanyi. Tapi masih cover ayu. =D

Bila nyanyi lagu kau terindah, aku teringat zaman lampau. Perasaan rindu menampau nampau kalbu. Bagi penampau baru tahu. Saya merindui awak semua. Dan bila itu berlaku, saya letak tangan di dada dah baca al fatihah. Dengan harapan, awak2 semua juga rindu pada saya.

Benarlah kata pujangga. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal maka nya jatuh cinta. Aku jatuh cinta pada semua orang yang aku kenal kot. Wakaka. Saya, sayang, kenalan kenalan saya. Kerana mereka mengajar saya bangunkan hari hari saya.

Another breath

Salam
Hai

Hai world! Another day for me to breath. Alhamdulillah.

Malam semalam dengan tiba2 aku terima satu message. Buat aku makin tak faham. How complicated he is. Sama macam aku. Sebelum aku rimas, aku cepat2 transform perasaan aku jadi maha positif. Motif penceritaan masih kabur. Tak mengapa bo, tak mengapa.

Menjadi baik dan menyenangkan hati semua orang memang objektif hidup aku. Biar kadang2 ianya sukar di mengerti. Akulah penyambung warisan.

Saturday, May 18, 2013

Mereka berdua

Salam
Hai

Tersenyum aku bangun pagi2 ni. Teringat peristiwa malam semalam. Melepak dengan dua makhluk meroyans. Terkeluar segala mak nenek cerita zaman2 muda remaja. Cerita zaman2 kene bang di sekolah. Zaman2 gemilang di semesta! Ohoh! Kite dah menginjak tua kan. Comel gila!

Putri dah masuk ke gerbang perkahwinan. Pemah pulak akan masuk next month. Aku? Masih belom ada apa2 petanda. But,  titik tolak ini tak menjurangkan kita pun.sebab kita ada permulaan yang sama.

Semuga friendship kita kekal!

#akupunmeroyan

Thursday, May 16, 2013

Proud!

Salam
Hai

Kalau bukan kita yang nak rasa proud tentang diri kita siapa lagi? Kannn.. yes, that is how u can feel good about yourself!

Tempoh hari, semasa konvokesyen di uitm shah alam, aku terlibat sama. Aku adalah salah seorang dari pemakai jubah yang merasa bangga menamatkan pengajian di uitm. Yes, siriusly uitm adalah yang terbaik buat aku!

Perasaan konvo degree tak sehebat perasaan konvo diploma. Masa konvo diploma aku rasa lebih sayu dan every moment there macam terlalu berharga dan harus dihayati. Menitik2 air mata nyanyi lagu uitm. Tetapi bila konvo untuk degree sirius, rasa dia lain, bukan sayu lagi! Aku rasa amat excited. Happy! Dan tersangat proud. Aku proud kerana buat mak aku happy dan proud dengan aku. Cita2 yang dulu mahu dengar classsssss perrtamaaaa.. dah pn tercapai. Sekurang2 kalau aku mati satu dua hari ni, mata aku tertutup. Hahaha. Aku proud kerana aku ada kawan2 aku yang aku sayang sekeliling aku. Takda rasa buruk langsung tentang diri walaupun aku masih belum mencapai kejayaan bekerja.

Aku tak nafikan kejayaan aku bertulang belakangkan ibubapa aku yang banyak bertungkus lumus. Beri aku semangat, sokongon dari segi duit, kasih sayang, bimbingan dan segalanya. Aku hargai. Dan harapan aku menggunung tinggi. Membahagiakan keluarga aku. Dan cuba sedaya upaya membalas jasa.

Namun jauhhhh disudut hati aku mengatakan. Kejayaan aku ini juga berpaksi pada kejayaan rakan sekeliling aku. Tanpa mereka aku jatuh, tanpa mereka aku bodoh. Hah! Siapa lah guru aku selain dari pensyarah2 dan guru2 aku. Pastinya kawan2 aku. Bila aku jatuh, mereka pegang tangan aku. Bawa aku bersama biar aku tak ketinggalan. Ingatkan aku macam2, beritahu aku macam2 biar aku tahu. Teman aku ke sana ke mari. Sama2 susah dengan aku siapkan asgment dan mendengar rungut caci maki aku tentang kekurangan2 yang aku alami. Hah! Sirius friends, tanpa korang aku akan terus jadi bodoh. Tq for everything.

Haaa... syukur yang macam mana lagi aku nak lafaz kan. Walaupun aku lambat, tapi aku dah sampai. Berjaya capai cita2 aku sekurang2 dengan ijazah. Yup, aku menunggu lagi yang tertulis buat aku, aku usahakan lagi menaikkan diri aku. Segalanya Allah dah tentu kan. Aku bangga ada mak, aus, kawan2, saudaramara dan semua. Walopun aku tak sesempurna. namun kebahagian yang aku rasa kini cukup memotivasikan aku untuk menghadapankan diri aku.

Sebenarnya aku terlalu tak tahu mengungkapkan rasa betapa syukurnya aku dengan life aku, dengan kebahagiaan yang aku miliki kini. Lapang benar hati aku saat aku taip entry aku kali ini. Percayalah, kalau kita memudahkan jalan orang insyaallah Allah mudah kan jalan kita. Just live your life!

Layan..

Sunday, May 5, 2013

Selesai tugas

Salam
Hai

Eksaited beno gayanya. Aku pulang ke tanah tumpah darah. Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pulak tempat bermain.

Aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia. Luckyly, jalan aku dipermudahkan. Wakakaka. Ada orang beraturkan untuk i uolsss. Jangan jeles. Kejap je dah dapat tempat. Huagh. Yang sakit jiwa dia pergi inai kan aku penuh satu jari nyah. Orang lain calit kat atas je. Nak je aku calit kat tudung orang spr. Kene habis beg aku okeh! Huh.

Nah. Jari comel tu aku punya.

#taksabarnaktunggumalam

Thursday, April 25, 2013

Sudut gelap rumah

Salam
Hai

Semalam saat aku online di ruang tengah rumah bahagian atas, aku terdengar bunyi sesuatu dari bawah. Tersentak aku. Namun, kelegaan kembali memancar selepas aku dapati mak pulang. Dia membawa bersama rakan lamanya.

Sayup2 itu aku dengar satu dua butir perbualan mereka. Aku mati kan diri di atas saja.

Mereka duduk di ruang tamu rumah. Ini merupakan kali pertama rakan lama mak datang ke rumah kami. Di satu bahagian dinding rumah tersemat dua buah bingkai gambar. Gambar konvo kami dua beradik. Yang atas Aus dan yang bawah, aku sewaktu diploma.

Dinding itu betul2 berada berdepan dengan tangga. Angin membawa suara kawan lama mak, "yang ini anak2 awak ye?" Emak menjawab dengan penjelasan yang aku tak dapat tangkap dari ruang atas. Yang aku boleh dengar hanya "Anak awak yang perempuan ni cantik muka dia.. putih.." tet.

Aku membetulkan duduk aku. Hidung mulai kembang tak kuncup2. Tak kisah pujian ikhlas atau tohmahan. Yang aku mahu kata 'i know already auntie. Tq very2 much'

Hai lah dunia..

Monday, April 8, 2013

Fight your nebesness

Salam
Hai

Tempoh hari aku mendapat kejutan budaya masa pergi interview. Interview directly dengan bos. Kekwat habis nyah bos berkenaan. But dari itu i've learn something. Huh! Kita kena ada character.

Sebab aku dah terlampau neves masa ituh, aku memang keras dah jadi robot. Tapi lepas a few minutes and aku laju2 lawan neves dan aku akhirnya jadi aku. Dalam hati aku berkata2 apa nak jadi pon jadi. Kalau kau nak ambil aku sebagai pekerja kau ambil. Tak ambil pun tak mengapa. And dari itu, aku berjaya berbalas2 pendapat dan soalan. Sekali dengan gelak tawa hilai. And aku berjaya buat dia gelak.

Bermaksud takda la singa sangat dia kan. Tips dia, fikir yang kita juga berdepan dengan manusia biasa. And tips lagi, yap memang kamu berharap untuk kerja itu. But, sebab kerja adalah untuk long term, just jadi diri kamu, bermakna bos kamu harus terima macam mana kamu. So bila dia boleh terima segala kekurangan kelebihan dan lain2 kamu akan lebih selesa.

Tapi jawapan interview tu belom tahu lagi. Just hope for the best.

Itu adalah bagaimana melawan nebes waktu interview.

Ps: dah kalau kate bos sebaya kau nyahhh

Friday, April 5, 2013

Reset minda

Salam
Hai

Sebab tak tidur lagi sebelum tidur maaf kan orang sekeliling.

Bangun pagi2 esok, celik je mata harus ucap alhamdulillah. Sebab masih hidup dan ada lagi peluang berbakti di muka bumi. Sembahyang subuh.

Lepas itu, buang segala yang negatif. Kalau bercampur dengan orang2 yang negatif pun buang mereka sekali. Focus untuk kejayaan. Percaya pada diri. Everyone has their own ability. Gituhhh!

Bertindak. Buat apa saja yang patut. Jangan duduk saja.=)

Berdoa!

Ps: cakap senang. Sila buat! Untuk diri sendiri renongkan.

Friday, March 29, 2013

bila kita tak prihatin lagi

salam
hai

dunia berganjak dengan lajunya. kalau dahulu kita duduk sekampung. manusia hidup dengan konsep aku jaga anak kau, kau jaga anak aku. aku tengok rumah kau, kau tengok rumah aku. begitu lah yang kita selalu amalkan. sampaikan aku jaga suami kau, kau jaga suami aku. okeh takda kaitan pun. itu ceritanya bila kita hidup macam zaman dahulu.

tapi zaman sekarang lain. kalau kita lihat orang kena ragut, samun dalam kereta pun kita akan pandang saja. jaga keselamatan diri katanya. dan lagi, kalau rumah sebelah kita dimasuki pencuri kita akan kunci kemas2 rumah kita. duduk dalam ketakutan dan hanya pastikan rumah kita tak terlibat. itu bila kita hidup macam zaman sekarang.

betapa lain nya hidup dulu dan sekarang. kita hanya mampu berkata "ha? rumah tu dimasuki pencuri? biarlah, dia pun tak campur orang...." lantas membiarkan sahaja rumah di rompak.

mana perginya nilai prihatin masyarakat kita?


Tuesday, March 26, 2013

Setiap hari harapan

Salam
Hai

Aku termenung jauh lagi hari ini. Lebih jauh dari semalam. Banyak kenyataan yang harus aku terima kerana kehidupan datang dan pergi. Seperti juga jodoh, rezeki juga rahsia tuhan. Ada yang rezeki mereka melimpah ruah hari ini. Ada yang menangis sedih hari esok. Tiada siapa tahu. Bahagian masing2. Dan lagi kalau esok nyawa ditarik oleh malaikat, tak siapa tahu. Tak siapa boleh halang. Ajal maut juga rahsia Allah. Aku melempar pandangan ke sudut lain pula. Aku perlu berhenti mengeluh. Senyum saja. Dah lumrah manusia. Kita sentiasa beri harapan pada diri kita. Sentiasa ada plan a b c. Itu lah orang berusaha. Bukan putus asa duduk saja. Aku sayang kau Hidayah Aziz. Jangan berhenti berharap. Sebab harapan sentiasa ada. Itu rahsia Allah. Siapa berusaha dia dapat.! Bukan harapan palsu.

Monday, March 25, 2013

aku dan BSB

salam
hai

Zaman dulu masa masih pakai kaset aku hari-hari akan dengar walkman. Sambil baring-baring aku dengar lagu dari kaset yang dipinjam dari kawan-kawan sekolah. Masa itu aku baru darjah dua. Dah pandai layan lagu omputis. Omputis nya lah aku masa itu. ;)

Dan masa konon bila weekend, nak nampak lagi sosial. Aku pergi ke rumah classmate. Rumah berdekatan, tapi paling jauh kerana perlu melintasi sebatang sungai. Jangan nampak trajis, sebab ada jambatan. jarak lebih kurang 1km. Bila petang-petang duduk dekat rumah dia kami layan lagu. lagu omputis. Lagu yang sama dengan kaset yang aku pinjam dari dia. Sambil nyanyi kami berjoget. Tak cukup joget, bila ada not2 high  picing nya kami serius buat muka kerut sebab nak keluar kan suara dari perut. Kami? paling artis time itu. Kelakar. Masih boleh aku bayangkan situasi yang mana aku terkinja-kinja dekat rumah Latifah time tu. Dan bila ada conflict di sekolah melibatkan Latifah, Abigel dan beberapa orang kawan kami dah bawak haluan masing-masing. Dah tak layan lagu Backstreetboys sama-sama lagi. Dah tak batak NickCarter sama-sama lagi. dan dah tak main tocang-tocang kecik2 sampai penuh kepala lagi.

Dan bila dah darjah 4, kenal pula dengan Haslina. Dia pun peminat Backstreetboys, tapi kami cuma terkinja-kinja di sekolah. Time darjah 6 kumpulan artis remaja barat tumbuh macam cendawan selepas hujan. Dengan segala macam kumpulan ada. lagu semua set-set. dan bila lagu semua set-set. semua sedap-sedap. dan bila semua sedap-sedap ahli kumpulan mereka semua hensem-hensem. dan bila hensem-hensem mula lah cop sorang satu. dan mengaku pakwe masing-masing. hai lah.. kelakau nya lah masing2 dulu-dulu kala. comel jeh. 

tak cukup dengan itu. bila naik saja sekolah menengah aku masuk asrama. zaman tu jugak zaman femes britney spears. bukan main. sebelum tidur layan  walkman. lepas tu bila naik bas untuk balik ke kl, sebab cuti panjang. dengan hati girang pasang lagi lagu BSB dalam bas. sampai tertidur-tidur dalam bas dengar lagu BSB. sampai dekat pekeliling arwah abah dah tunggu. masuk dalam kereta, mulut masih menyiulkan bait-bait lagu BSB yang di dengar dalam bas tadi. ;D rindu lah zaman tu. 

nostalgianya lah....;D

dan setelah beberapa tahun berlalu. dengan usia yang dah meningkat begini. dengan keadaan Latifah, dan kawan-kawan di Semesta dah pun berkahwin dan pregnant aku tak fikir mereka masih layan BSB. dan bila aku tak layan, mereka tak layan. pasti kami sama-sama lupa nostalgia yang pernah kami lalui dahulu. dan bila kami dah lupa pastinya kami tak ambil port tentang kumpulan anak remaja barat yang top zaman 90an sampai 2000lebeh.

dan kisahnya. masa lepas celebrate besday mak hari sabtu lepas. sebab Yan nak belanja mak. Kami makan dekat Paparich. So malam tu Yan jadi YanRich sebab belanja kitorang.

So feeling-feeling nak ajak mereka layan midnite. sebab mereka tak sesosial aku mereka menolak. kah3. so sebab mereka menolak aku pun bawak mereka ronda-ronda di Kuala Lumpur. Sirius lupa malam berkenaan adalah Earth Hour. So saja lah nak ronda di KLCC. Sebab jalan tiba-tiba jem aku macam putus asa nak berlarutan melalut di KL. So aku dah fikir nak potong di Yap Kwan Seng dan terus balik. Tapi niat aku terhenti di situ. sebab mak macam beria-ria.

"eh2 masuk sini. benti sini. ada performance lah. benti2." mak aku sirius rock kan weh...?;) aku muka malas nak layan. lantas berkata. "performance artis apa ni.. tak kenal..." sambil aku bagi signal untuk masuk lorong ke klcc yang tengah-tengah tu. lepas tu sirius!berlambak-lambak makhluk duduk menebeng kat tepi jalan tu. kusyuk layan skrin yang ada beberapa kat tepi jalan. aku memang malas. tapi mak suruh berhenti. dari sayup-sayup kereta aku yang tak kedap bunyi aku boleh dengar. dalam hati aku berdetik. "macam pernah ku dengar lagu itu. tapi di mana ya...." aku berhenti. suruh mak buka tingkap. okeh confirm. itu lagu yang aku dan Latifah lompat-lompat bila dengar dahulu. terus aku search. BSB @ klcc. betul dol. memang mereka.

so otomatik badan menjadi gedik. macam ada orang tekan suis. aku pun turun meninggal kan mak dalam kereta. ahahaha. layan dua tiga empat lagu hits dorang. betul-betul mengimbau. alah, tepi jalan pun tepi jalan lah. yang pasti BSB = zaman kanak-kanak aku. rindunyaaaaaa.... aku dah nak masuk 26 tahun esok. mereka pasti lebih tua dari aku. masih menyanyi lagu yang sama masa aku umur 8 tahun. cool nya!





maaf kalau nampak batak. sekian.


p/s: apa yang berlaku di zaman kanak-kanak memang terkesan hebat di hati kita kan...?

Saturday, March 23, 2013

Kembali kepada jalan datang

Salam
Hai

Bila hari petang nak ke malam, berseorangan di rumah, kerja takde lain. Sambil aku lipat-lipat baju selonggok aku terfikir. Hakikat kehidupan. Bila aku lipat kain telekong yang baru basuh semalam aku rasa sayang. Sayang nya. Sampai kat lubuk hati aku, aku rasa sedih. Berharga gila hadiah telekong yang mak selalu beli untuk aku juga kalau dia beli telekong baru.

Aku terasa betapa getirnya lah kehidupan aku sekarang. Menganggur. Tak bekerja. Loser. Tanpa aku memikirkan yang aku tidak patut berungut begitu. Walhal orang sekeliling ada lebih teruk dari aku. Masalah mereka lebih besar dari masalah aku. Hidup mereka lebih getir dari hidup aku. Lantas aku terus percaya. Ini dugaan.

Dugaan Allah cipta untuk tunjuk kasih sayang dia pada kita. Aku percaya. Sebab bila Allah duga aku. Bila aku rasa hidup aku getir macam yang sekarang, tiap kali waktu sembahyang aku pasti akan berjumpa denganNya. Mengadu macam2, minta macam2, harap macam2. Betapa tak malu nya aku. Lumrah manusia. Bila susah baru nak ingat Allah. Bila senang sambil lewa. Itu kekurangan aku.

Namun, aku tetap bersyukur. Aku tak jauh dari Allah. Masih ada masa aku untuk ingat pada Nya. Takda la sampai bertahun2, berminggu2, atau berhari2 aku langsung tidak ingat pada Nya. At least aku berusaha untuk terus dekat dan dekat dengan Nya. Pernah suatu ketika dahulu waktu aku terlalu hanyut dengan kehidupan aku. Aku leka. Sampai tahap yang kalau tak sembahyang tak rasa apa2. Aku langgar tanpa rasa berat. Berdosa nya aku.

Sampai suatu ketika. Aku diduga. Dengan kesedihan. Dan dalam masa kesedihan itu, umpama utusan .datang seorang yang selalu memberi aku kata peransang. bagaimana sedih pun kita dengan dugaan tehadap kita, pulanglah kepada Allah. Bertaubatlah dengan hari yang pernah kita lalui dahulu. Dan ya, itu memang ubat menghilangkan kesedihan. Dan sampai sekarang kekuatan itu masih ada. Dan aku langsung buang segala yang aku sedihkan dahulu. Aku makin percaya.

Pernah dahulu, aku berbual dengan kakak secretary masa aku praktikal di pnb, kakak tu cerita, betapa getirnya hidup dia. Betapa bersungguhnya dia, dan makin berdoa dan minta. Betapa rajinnya dia dengan segala sembahyang sunat. Semua untuk memperelokkan diri dan nasib dia. Dan akhirnya, yes, Allah tolong dia. Dapat better place. Yang aku kira kan dunia pekerjaan yang heaven. Dia bekerja di pnb. Lihat, Allah ubah nasib dia. Dan dia sendiri pun tak pernah tahu yang nasib dia sebaik itu.

Dan kakak tu tambah lagi, "bila kita susah kita memang akan ingat pada Allah, tapi tengok lah macam sekarang, sembahyang lambat2" dia mengaku dengan kelemahan dia. Dan aku juga mengaku. Sebab lumrah manusia memang begitu. Bagai pahat dengan penukul. Aku cuba, berdoa setiap hari, dekatkan diriku dengan Mu, dekatkan diriku dengan Mu. Sebab aku juga mudah alpa.

Sekurang2nya aku masih ada ruang mengenang dugaan dan cuba perbaiki diri aku. Betapa daif nya kita jikalau dah diduga, dan merasa kesedihan, kepayahan hidup. Kita langsung tak terfikir untuk cuba mengabdikan diri kepada Allah. Minta sesuatu, minta kemaafan. Minta dan pulang pada jalan Allah. Betapa hinanya kita. Kalau dalam masa sehari kita tidak jejak kan muka ke tikar sembahyang. Betapa hinanya kita kalau dalam masa seminggu langsung tidak mengambil wudhuk dan bersembahyang. Sebulan, setahun. Hinanya kita. Bongkak nya kita. Tanpa rasa bersalah. Tanpa rasa ingin mencoba untuk perbaiki diri. Tanpa rasa kita perlu pulang kepada jalan kita datang. Hinalah kita. Hina. Hina. Hina gila.

Dan apabila kita dah jauh dari Allah. Bila kita dapat kejayaan, kita masih macam kita, tak sembahyang, tak mengaji, dan paling kurang tak langsung ingat pada Allah. Dua kali dua kali dua kali hina hina kita. Malah siap bagitahu pada orang. "inilah usaha aku, kerja siang malam. Inilah usaha aku bersungguh2.inilah hasil titik peluh berhempas pulas," kita jadi takbur. Riak. Langsung tak ingat siapa beri rezeki pada kita. Langsung lupa tikar sembahyang. Hinanya kita.

Aku. Harap. Aku bukan orang yang hina. Aku harap. Aku jauh dari kehinaan yang begitu. Biar Allah duga aku, sekurang2nya aku masih ingat dan tahu Allah maha berkuasa. Kalau Allah kata "jadi" maka jadi lah sesuatu.

Kembalilah kepada jalan engkau datang.

Monday, March 18, 2013

Yang ini tak boleh ubah

Salam
Hai

Lepas magrib tadi aku buat aktiviti bebas. Masuk bilik setting kawasan segala. Sumbat telinga dengan earfon. Sambil-sambil layan Pou (hobi baru).

Telinga dan perasaan sebijik macam dalam karok dia punya bising. Terkenang-kenang zaman fruz dulu.. rindu kau. Kau.. kau. Dan kau.. huh!

Kepala kiri kanan kiri kanan tangan macam konon ada mic. Muka harus kerut2. Kah3. "Ku pinang kau dengan bismillah, ku pinang kau dengan bismillah..." wakaka. Feeling pentas kata kau..!

Pe'el tak berubah-rubah.

Sunday, March 17, 2013

Kos human resource management @ uitm

Salam
Hai

Pagi ini aku dapati ada yang search @ google tentang "kos hr uitm bagus ke?" So disini boleh aku share sedikit mengenai kos aku. Begini. Dahulu masa diploma aku ambil diploma in business studies @ uitm jengka. For me jengka is the good place untuk focus study dan mendapat keputusan baik. Sebab nya, kalau kos senang pun tak belajar takda maknanya juga.

Hr is human resource. Yup. So di uitm dalam Bachelor of Business Admin atau pun BBA tu bawah dia ada macam-macam. Di mana korang boleh pilih specialize mana yang korang minat. So lepas diploma dulu bila nak naik ke degree aku tengok transkrip aku masa dip subjek apa yang aku leading habis. So jawapan dia masa diploma, subjek hr aku aku dapat A+. Maka nya aku decide untuk sambung degree in hr

So basicly banyak lagi kos lain. Macam international business. Finance. Transport. Business eco. Islamic banking. Insurans. Marketing. So bagi aku semua nya hampir sama kerana ia di bwh main kos yang sama, business admin. So, dari situ lepas kita pilih ia akan pecah2 kan lagi ikot specialize kita.

Maknanya contoh, macam hr. Ok kita akan pecah kan ikot area yang ada dalam hr. Dalam hr ada recruitment, occupational safety and health, compensation and benefit, industrial relations, training. So aku rasa  5 area ni korang akan belajar if korang ambil specialize in hr.

Dan kalau korang notis. Di syarikat yang besar or kecil pun lah, mereka akan ada satu department yang di panggil hr, yang selalunya hr juga sama dengan admin. Kalau syarikat kecil admin mereka akan buat kerja hr jugak. Dan hr dorang akan buat semua termasuk gaji, recruitment, training dan sebagainya. Nak lagi jimat, company tu akan merge kan hr, admin and finance mereka, kerana bila berkaitan dengan gaji mereka aku guna hr and at the same time buat finance untuk keluar kan gaji tadi. So itu cerita company kecil dan bajet.

Tapi kalau company besar, kebajikan pekerja mereka jaga lebih. In terms of benefit and lain2. Jadi nya sekiranya berada dalam department hr itu setiap bahagian akan di pecahkan kepada 5 bahagian yang lain ikot subject yang kita belajar tadi. So each bahagian akan mainkan peranan masing2. Korang akan dapati berada dalam hr department adalah sebuah pengalaman indah kerana since ia juga admin kita akan tahu segalanya operasi company before ia turun kepada department2 lain. Seronok. Tapi kalau company kecil ok jugak aku rasa.

Kos hr di uitm cukup. Mereka provide kita dengan knowledge yang cukup untuk alam pekerjaan. So nanti di semester terakhir korang akan di hantar untuk internship atau praktikal. So if korang betul-betul minat hr korang cari lah company besar yang ada spesel department. Korang akan enjoy. 5 bulan lama jugak untuk korang timba pengalaman yang sedikit sebanyak membantu korang untuk kerja.

Jadi nya bagi aku hr di uitm ok. Kos yang bagi korang ilmu. At the same time mudah la jugak. Tapi if korang tak study no point jugak. Semua yang mudah atau susah harus di usahakan. Kalau tak semua pun jadi susah.

So kalau berminat nak ambil business admin atau BBA uitm aku suggest korang ambil finance, hr, islamic banking. Dan kalau korang memang ada minat marketing boleh juga. Kena go all out.

Cumanya, bak kata lecturer aku. Siapa jadi hr dalam company hidop mereka lonely. Semua nak bermusuh dengan hr. Kalau korang tiba2 datang untuk makan semeja, semua yang semeja akan lari dok tempat lain. Hahahaha. Itu cerita seloroh saja.=)

Itu saja yang aku boleh kongsi.

P.s: jangan lekeh kan uitm. Uitm adalah universiti nadi melayu dan ia mampu bawa korang jadi manusia berwawasan. Baik buruk sesebuah universiti tak penting asal kan korang jaga diri and go all out dengan study. Chaiyok2!

Monday, March 4, 2013

Duit tak boleh beli bahagia

Salam
Hai

Ini malam hati aku jauh kembali. Uhuh. Saiko benau. Tapi aku dah belajar. Orang tua selalu kata, jangan terlampau gembira nanti bersedih. Dan itu yang aku alami. Duit tak boleh beli bahagia.

Duit tak boleh beli bahagia, kata orang gila kat jengka dulu. Orang gila pun tahu. Cuma nya sekarang, kita rasa bahagia bila orang hargai kita. Jadi, aku akan hargai setiap orang dalam hidup aku supaya mereka rasa bahagia. Bila kita bahagiakan orang kita juga akan rasa bahagia. Dan begitulah sebaliknya.

P/s: tiap kali tulis blog aku mula rs hati aku lapang..=)

Friday, February 15, 2013

Officially

Salam
Hai 

Semua orang kata mereka officially degree holder. Aku juga begitu hari ini. Takda apa yang nak aku bangga kan kerana aku masih belum bekerja. Keadaan mengecewakan aku malam tadi jelas. Selalu begitu.

Yang pasti. Aku harus focus pada tujuan asal. Bekerja. Allah tahu segalanya...

Thursday, January 24, 2013

Kek comot

Salam
Hai

Kek ini untuk dijual. Bapak murah aku jual. Harga sedara...

Tuesday, January 8, 2013

Aku penganggur

Salam
Hai

Secara official nya, aku kini seorang penganggur. Ini hari pertama aku jadi penganggur. Life seperti ini sungguh tak seronok. Lepas dah penat nyanyi lagu sudirman jap tadi. Semangat naik berkobar2. Aku kena cari kerja laju2! Yes!

Chiow

Friday, January 4, 2013

untonglah

salam
hai

masa berlalu pantas ya amat. sekarang dah 2013. dan macam tak disangka-sangka perkara yang begitu menjadi hantu dalam hidup hampir berakhir. yap. thesis. semalam aku dah viva. macam nak jatuh jantung aku mengenangkan viva. sekali aku pun tak sedar. tahu-tahu dah sampai slide terakhir. dan... no question. cuma adalah sikit yang kena edit for final report. sesimple itu. tak berbaloi. aku sendiri tak tahu apa aku buat depan dua panel semalam. yang pasti bukan tarian tiang;)

huh. hari ini aku akan finalize kan report untuk thesis aku. yaps.. harapan aku menggunung. untuk mendapat A or A-. kalau tak dapat, alamatnya aku takkan first class masa grad. please doa kan aku. tetiba rasa rindu kat alam belajar. 

kad matrik aku

dan 2013 really change me. new life, new future. ahah. ini bukan kerana untung sabut timbul timbul or untung batu tenggelam. ini adalah berkaitan dengan usaha dan keberanian. so.. aku just mendoakan yang baik-baik saja untuk diri aku. ada satu dua perkara yang aku harus heal, dan ada satu dua perkara yang aku harus grab.;) semoga aku lebih berani.


chiow

Tuesday, January 1, 2013

diary

salam
hai

aku memang suka menulis. dari kecil lagi. penulisan mudah yang aku paling suka nak tulis ialah diary. wahaha. gila hot stuff la diary mak jemah. tapi, dalam dua tiga tahun lepas aku ada simpan lagi diary-diary usang aku dari kecil. zaman-zaman yang nak tulis, hari ini kena marah. hari ini nampak dia. macam-macam. nama pun zaman kanak-kanak rebina.

dan biasanya diary haruslah disorok supaya tak dibaca oleh pihak musuk seperti Aus. nanti confirm dia bahan aku macam dah takda bahan lain lagi dalam dunia.;) kelakar. ending dia, semua diary-diary tu memang dah kena buang since bila aku baca aku rasa, hoit bapak tak matang aku masa kecik-kecik.

sampai besar pun. bila tulis blog dengan emosi kadang-kadang tak bertapis. dan, tak pernah mengharapkan sesiapa untuk terbaca atau pun apa. ayat mudah dia. aku menulis bukan untuk minta simpati. it really come from my heart. jelas.

viva

salam
hai


hati aku berdebar-debar. lain macam. ini petanda aku tengah lack of confident. aku akan jadi tak confident bila ada satu dua perkara macam takda dalam hidup aku. sebab aku kuat kerana orang sekeliling. dan bila orang sekeliling seakan kurang aku jadi macam lost kejap. boleh pinjamkan diri awak untuk saya sampai viva? ;)

ha.. kalau boleh begitu kan best. tapi aku rasa aku better. aku kuat. sebab aku hidup dengan diri aku. buat segalanya sendiri. yes.. parkinson aku datang. menjadi-jadi. sebab viva tinggal esok and lusa. tapi aku dah tanya. tak perlu nak takut sangat pun. yeah. dah siap slide aku.. nak tengok??

cantik tak?ekselen white kan?;)

so. wish me luck. bagi la aku pinjam semangat korang.. hanya untuk 30min.


chiow

dust

click2

wink..wink2...

nice..