click here!

Thursday, January 30, 2014

Hati seorang aku

Salam
Hai

Pagi2 lagi aku sudah bangkit. Mandi dan mengerjakan solat subuh. Pergerakan pagi ini tempo nya harus laju2. Aku kena cepat. Sebab class pagi ini bermula jam 8 pagi.

Sampai saja office, aku tak rushing untuk naik ke kelas. Aku tak mahu jadi seperti minggu lepas. Semangat aku luntur lepas 1 jam berlalu aku hanya ditemani oleh seorang pelajar sahaja. Di organisasi aku mengajar, susunan class adalah berdasarkan cgpa. Class yang aku masuk pagi itu merupakan antara class corot.

Pagi ini, aku melambatkan langkah. Dari kejauhan tangga aku boleh lihat class yang aku tujui. Nun disana, pelajar yang sama seperti minggu lalu berdiri tegak diluar class. Sayu benar hati aku melihat usaha beliau.

Sambil melangkah aku senyum kepadanya. "U sorang jugak?" Sapa aku sambil menolak daun pintu. Dia menjawab dengan ramah. Serpihan bedak yang seperti kanak2 selepas mandi masih berbaki di wajah pelajar lelaki pelat D itu.

Aku menyoal dia pembelajaran yang lalu. Dua kali di minggu lalu aku ulang pengajaran yang sama. Namun, dia masih gagal menjawab dengan tepat. Aku ajar kembali. Kali ini yang ke3. Jauh disudut hati aku.

Sayu benar hati ini

Dengan effort yang awak ada, awk tak sepatutnya dapat yang ini. Hati aku meronta. Memberi dia terus semangat, supaya dia berjaya. Aku doa kan walaupun dia slow learner, tetapi aku harap dia akan berjaya kelak. Amin. :(

Wednesday, January 29, 2014

Wierd wonderful me

Salam
Hai

Hari sudah lewat malam. Walhal jam baru menunjukkan pukul 10.51 malam. Oleh kerana aku harus bangkit awal esok, aku merasakan masa tidur aku sudah terlalu lewat kalau lebih dari pukul 10pm.

Aku senang dengan diri aku sekarang. Banyak perkara yang harus aku syukurkan jika hendak dibandingkan dengan masa lampau. Aku bersyukur ya Allah. Jauh disudut hati aku membisik. Jikalau satu hari nanti takdir menentukan aku harus tinggalkan hidup aku yang ini. Aku mungkin akan rasa sedih besar.

Tempoh hari, habis saja class, aku bergegas ke lift utama. Hari isnin seperti kebiasaan kami seorganisasi memakai baju putih tudung maroon dan berskirt hitam. Cukup identiti sebagai staff. Sambil menuju ke lift, aku buat wajah serius. Wajah guru disiplin. Ada beberapa pelajar di tepi lift turut sama menunggu. Mereka memberi ruang. Cukup lapang. Sambil pintu terbuka dia pandang aku dengan senyum sambil isyarat seperti 'silakan'. Aku senyum dan melangkah. Kekok.

Beberapa hari kebelakangan ini, apabila lalu saja di hadapan student centre, aku dapat dengar dua tiga suara. Melaung gelaran beserta nama panggilan. 'Miss... miss.. miss dayah!' Aku toleh. Ex student. Dengan sporting aku menyapa. "Hai..." kekok.

Jam menunjukkan pukul 4 ptg. Aku tolak pintu kelas. Muka aku focus pada meja pensyarah dihadapan. Aku letak buku2 dan marker pen. Aku pandang dan menghadap ke semua 30 pelajar aku. Ada dua tiga orang yang masih berbaki perbualannya, aku pandang. Angkat kening isyarat 'what  is going on?' Mereka geleng lalu class senyap sunyi.

Pelajar aku terdiri dari pelbagai bangsa. Ada india, melayu dan lain2. Sambil mengajar, untuk buat orang hilang ngantok. Aku pura2 sporting. Lawak sindir menyindir aku kadang2 buat aku sendiri tergelak besar. Hari pertama masuk ke class budak2 bijak ada seorang indian girl. Serius wajahnya. Seperti tidak gemar dengan lawak2 bodoh yang aku kemukakan. Namun aku tetap aku. Wierd wonderful me. Masuk dua tiga class. Aku nampak gigi dia. Putih berseri. Dia gelak besar. ;)

Semester 5 merupakan semester paling besar di antara pelajar diploma di organisasi aku mengajar. Untuk semester 5 aku subjek safety sem ini aku berdepan dengan gangsters, bonzer, dan juga2 bimbo2 yang sentiasa minta penampar sedas. Bila mereka gila begitu, aku decide untuk lebih gila dari mereka. Sambil bercerita tentang keselamatan dan pekerjaan. Aku beri mereka contoh2. Contoh2 yang pernah aku experience semasa kerja yang makan bulan2 aja itu. Sambil beri contoh dengan spontan aku lakonkan bagaimana aksi keselamatan itu. Biar nampak real dan mudah difahami. Tanpa sedar aksi yang aku buat tak ubah seperti yang biasa aku lakukan kepada kawan aku. Penuh drama dan trajis. Mereka terpegun dan menyulam senyum. Aku tersedar aku terover act. Satu dari bonzer2 itu angkat tangan. "One more time miss..." aku buat muka serius. Dengan suara mendatar aku berkata, "this is serious guys, i just want to show u the real situation" dalam hati aku. 'Siot!'

Yup, aku memang begini. Masuk air, cacamarba but wonderful. Jadi apa masalah kau?haha :)

#hatimaubaik

Sunday, January 26, 2014

Terpalit

Salam
Hai

Fuyoh. Lama tak update blog hoit.

Suasana malam semalam yang bersuhu lebih kurang 24'c membuatkan aku tenang dan girang. Tiada hilai tawa manusia. Mahupun nyalakkan anjing dapat aku dengari. Aku baru sahaja balik dari berbelanja menghabiskan duit gaji yang masih berbaki.

Sambil golek2. Sebagai anak cyber lain aku menggodeh enset yang tak berapa canggih. Aku sendiri tak tahu kenapa, begitu setianya aku pada bbery curve yang sangat cikai itu. Bukan aku tak sedar, banyak mata yang jeling2 mengkeji bbery aku. Namun apa aku pedulik. Perkhidmatan BIS yang sangat membuat kan aku topup rm20 sebulan buat aku setia menari bersama bbery aku. Sengkek gila kedengaran.

Sambil2 berwasap dengan kawan2 yang keluar asap. Aku rehatkan minda. Banyak nasihat pandangan dan dorongan yang aku beri pada kawan aku yang memiliki konflik dalaman. Bukan main matang lagi aku time tu. Nak tergelak bila tengok muka sendiri serius.

Sambil2 tu. Rasa stress terpalit balik ke muka aku. Haih. Ada jugak manusia yang lebih anti sosial dari aku. Wakakaka. At least i rise kan. Ini lagi dasat yang amat. Sebab dia berdegil dan ala bergedil gitu aku ye kan aje. Penat woah jadi kaunselor.

Pls learn to be cool. Benda begitu buat aku bersyukur. I've learn a lot to be cool. To be cool. Hasilnya, lihat lah aku yang sematang ini. Kikikiki

Thursday, January 9, 2014

Rencana

Salam
Hai

Ya Allah, jadikan lah aku hamba yang bersyukur dan sujud kepada Mu.
Murahkanlah rezeki aku yang Allah. Sesungguhnya aku yakin dengan rencana Mu. Bersyukur dengan segalanya.

Tuesday, January 7, 2014

Perkara rawak 1

Salam
Hai

Aku baru menjejak alam pekerjaan dalam 7 8 bulan yang lampau. Kalau nak masuk zaman trainee dah setahun lebih jugak aku dengan pekerjaan. Setiap tempat ada rencana masing2. Letak duduknya diri kita hanya kita yang tentukan dan bagaimana kita membawa diri.

Sejak dah menjejaki alam pekerjaan ni, paranoid aku kuranglah sedikit. Dapat aku rasakan sifat2 matang yang mula aku adapt sikit2, walaupun bila aku menjadi diri aku ramai yang pening kepala. Kenapa aku tak boleh serius ha!? Asal aku bersuara orang kata aku boleh masuk maharaja lawak. Daaa..~

Tak kekok lagi macam dahulu. Zaman2 mula jadi trainee. Apa orang kata, masa tu aku lebih hoping for the best service? Siapa nak serve kau di alam pekerjaan oi. U bring urself lahh.. and yeah berkat dari sokongan kawan2 dan berfikiran positif, aku masih stay diorganisasi ini, dan menerokai sikap2 manusia yang pelbagai. Sampai satu tahap, aku rasa bersyukur sangat dengan hidup aku, walaupun belom ada kejayaan besar aku dengan pekerjaan yang sekarang. At least i rise...

Bercampur dengan macam2 orang buat hidup kita jadi sempurna dan diperbaik. Percanggahan opinion memang acapkali berlaku and it makes me stand with my own. Ada satu dua logical thinking yang dipersoalkan buat aku tak senang diam. Dan buat otak kita berfikir macam, kalau aku.... kalau aku... and kalau aku... the thing is, kita boleh cakap kalau aku la kan.., kalau aku la kan... tapi tanpa sedar situasi hidup manusia itu lain2. Masalah awak dengan masalah dia takkan sama sebijik. Kalau sama tak mungkin awak di panggil dengan nama awak.

Background aku yang begini. Dari kecil, aku diprovok dengan mempunyai cita2 tinggi. Jadi orang elok2. Jadi orang besar2. Semua orang pun ada cita2 yang elok2. Dan bila aku membesar, aku dikelilingi dengan kawan2 bekerja besar. Cita2 besar. Nasihat2 menjadi orang besar dan lain2. Malah, jauh disudut hati aku. Aku mahu berjaya. Make my mum proud. And kadang hati kecil aku sendiri terfikir, kalau abah ada ni, mesti dia bangga, kalau abah tahu mesti abah happy. At that moment, aku rasa haih.. rindunya nak berada disisi abah. Dah lama tak berbual dengan abah. And i'm crying now, walaupun aku tak jadi orang besar macam perdana menteri, at least effort aku untuk majukan diri ada. Tq abah for inspire me to become good person.

Hidup aku tak macam orang lain. Aku selalu buat semua sendiri. Aku jarang duduk di tempat penumpang dalam kereta. Tak kira. Drive jauh atau dekat. Siang malam atau tengah malam. Aku cari jalan sendiri. Aku pergi daftar belajar sendiri. Aku pindah rumah sendiri. Aku pergi bercuti sendiri dengan mak aku. Aku cari bahagia aku sendiri. Siapa akan manjakan aku? Tak ada. Sejak abah aku takda, Aku buat semua sendiri. Bertulang belakangkan mak aku. Pendek kata kalau aku berjaya satu hari nanti, bukan kerjayaan siapa2 kecuali mak aku. Yups, i'm lucky to have mum like u! Walaupun aku sendiri, aku dah biasa. Aku dah faham selok belok hidup aku. Yang pasti aku tak boleh mengharapkan orang lain selain diri aku. Dan tulang belakang aku, mak aku. Dats y aku tak boleh biar kan mak aku begitu saja, macam orang lain yang sangat happy dengan life remaja mereka. Aku? Takda untuk itu, walaupun jauh disudut hati aku kata, zaman remaja aku tak macam awak2 semua, boleh pergi dating setiap hari dengan bf, lepak weekend dengan kawan2, dan sebagainya. Kalau aku buat semua itu, siapa akan teman mak aku?? Aku tak pernah rasa bosan walaupun jalan dengan mak aku. Realitinya bukan lah tak pernah aku lepak. Dalam 4 weekend, 2 kali untuk lepak dengan kawan2. Dan aku sangat arrange masa aku asal kan mak aku tak duduk seorang bosan dirumah.

Aku tak tahu mengapa aku buat entry ini. Tapi yes, ini adalah apa yang aku mahu orang tahu yang hidup aku bukan sama macam hidup orang lain.

To be continue...

click2

wink..wink2...

nice..