click here!

Monday, December 29, 2014

Cabar diri awak

Salam
Hai

Mendung cuaca. Sama mendung dengan di hati. Suasana di luar muram menyunyikan diri. Mungkin ada yang ditangisi dek alam. Tempoh hari banjir yang besar melanda negara kesayangan aku. Banjir lain dari biasa. Speechless. Mungkin ada yang nak disampaikan kepada umat manusia. Semalam pula sekali lagi kehilangan pesawat. Hm.. makin kuat message yang nak disampaikan. Tapi apa.? Muhasabah.

Aku cuti seminggu. Yup.. motif menghabiskan cuti yang berbaki. Lepas sarapan tadi, aku buka surat tawaran dari uum. Master of hrm katanya. Hati aku menarik dan menolak. Tapi kalau tak mula sampai bila2 pun tak akan mula. Dan kalau duduk tunggu saja takda apa akan berlaku. Aku bisik pada diri aku. Cabar diri!!

Okehlah.. sementara masih belum ada komitmen besar ni kan. I need to achieve something. Kelakar. Budak failed matric. Tiba2 berjalan masuk diploma. Grad bba. Dan sekarang reg for master. Kelakar. Budak paling bodoh di class add math! ☺😊

Aku macam tak yakin pada diri. Namun, aku tanamkan dalam hati untuk berusaha. Dan sahut cabaran dari bisikan diri aku sendiri.

U go girl!!

Sunday, December 28, 2014

2014

6Salam
Hai

2014. Setahun yang aku tak sedar kadar masa yang berlalu. Sampai konfius2 kejadian berlaku bila. Laju sangat. Achievement? Belum ada. Semua in progress. Sebab semua baru start di 2014. Memanglah lambat kan.

But, 2014 ialah tahun aku mula ubah fikiran aku untuk jadi lebih baik. Kalau nak ikotkan tahun paling jatuh. Tapi aku ambil ia sebagai cabaran dalam kehidupan. Ha.. umur pun makin banyak. Sad...

Nah.. layan gambar picnic tempoh hari dengan my good friends...

Wednesday, December 24, 2014

Wednesday, November 12, 2014

Suntikan

Salam
Hai

Hati bagai disuntik-suntik. Macam ada sesuatu yang nak digembirakan. Namun tak tahu apa. Rasa macam umur belasan tahun punya kegembiraan. Separuh-separuh.

Takkan lah sebab nak sambung belajar boleh rasa suntikan perasaan macam ini. Sambung belajar tu menambah kerja namanya.

Ah. Tak mengapa. Moh layan irama asli. Biar tambah suntikan zaman remaja2.

Tuesday, October 14, 2014

Haram

Salam
Hai

Penat.

Aku penat. Bercakap setiap hari. Bercakap macam perdana menteri. Beri dorongan. Beri bimbingan. Semangat. Motivasi. Puas.

Puas. Bercakap. Membebel. Berleter. Puas. Puas sampai naik lemas.

Lemas dengan attitude. Attitude yang macam haram. Kau pilih jadi pelajar. Tapi perangai macam kau ni bukan pelajar.

Aku dah macam menteri. Susah juga jadi menteri. Kerana rakyat hidup dalam angan-angan. Berhenti perasan. Masa depan kau akan lebih susah dari ini. Percayalah.

Sunday, October 12, 2014

Kos human resource uitm II

Salam
Hai

Since ramai readers yang request untuk information kos hr di uitm, hari ini aku mahu buka cerita lagi. Tentang kos human resource.

Baiklah. Aku akan menjawab beberapa soalan faq berkenaan dengan human resource. And disebabkan dah grad dari belajar beberapa tahun juga. I is risau juga kalau information ni dah outdated. But i will try to give u general information regarding the course. And ia adalah perkongsian melalui experience.

Soalan pertama.
Tak jauh menyimpangkah kos saya dengan hr?
Okeh. Dia begini. Sekiranya awak berada di aliran sains sosial. Maksud saya yang tak berapa saintifik seperti fizik kimia bio kejuruteraan. Its ok kalau nak bawa hr. Hr ni memang tak susah langsung. Seperti yang saya selalu katakan. HR is the knowledge around you. So memang takda masalah bagi mereka yang kos lain dari hr untuk cuba mendalami ilmu hr ini. Bagi mereka yang masa berada di sains sosial. Kos ini tidak jauh menyimpang pon. Bagi mereka yang set2 sains, matematik, engineering. Pon saya rasa takkan ada masalah untuk carry all the subjek in this course. Cumanya, ia ada satu perbezaan yang menjurangkan antara pure sains dan sains sosial. Sains sosial ini adalah perkara yang bersifat kemanusiaan. Dan nature of the kos adalah membaca. Menambah knowledge, kritikal thinking, suggestion, analyse on case stdy, law and policy. Dan kalau suka baca hafal. Memang takda masalah langsung untuk hr. Senang cerita hr is kos senang nak skor. Kalau uol boleh bawak subjek sains bagai segala. Setakat hr ni celah gigi. But the syarat is membaca, faham dan hafal.

Soalan kedua.
Subjek apa yang ada?
Okeh i is malas nak bukak transkript. Okeh saya cuba senaraikan satu2 subjek.
Core subjek
intro human resource management, recruitment and selection, training and development, compensation manàgement, hr info system, organisation behavior, performance management, occupational safety and health, strategic management, employment law, industrial relations

Sbjek lain
Finance, basic accounting, statistic, (ada beberapa juga subjek mengira tau. I dont remember) quality management/risk management, marketing, business law, third language.

Lebih kurang macam ini lah subjeknya. For 3 years. 3 years kalau ambil semua tanpa exempted or pengecualian kredit. Kalau biasa 2 years. (For uitm students under bsnes fakulty)

Soalan 3
Ada pengecualian kredit or exempted kan? Subjek apa?
So kepada student diploma in business di bawah faculty business uitm. Masa zaman iols dia akan lompat ke third sem(duration 2years of study). Kerana banyak subjek dah exempted. Subjek2 yanag akan dapat exempted adalah seperti di bahagian subjek lain yang saya senaraikan di atas. Bagi mereka yang lain dari uitm yang kos business2 jugak atau kos sains sosial under uitm mereka akan ke sem2. Dan dapat pengcualian jugak. Tetapi sedikit. Kepada yang terlalu jauh dari arena business or management. Mereka akan mula di semester satu. Which is 3 years of duration lah.

So itu sahaja yang mampu saya kongsi. Segala pindaan yang berlangsung selama saya telah menamatkan pembelajaran tidak dapat saya update. Tetapi secara generalnya begitulah. Boleh refer entry saya yang sebelum ini.

Tetapi gambarannya cukup untuk informasi awal buat adik2 yang mencari bayangan. Okeh. Human resource memang tak susah pun. Coz i sendiri personally mengajar student hr di peringkat diploma. And pendapat saya hr still ada masa depan untuk jadi pegawai2 bila nak kerja nanti.

Harap entry ini dapat membantu.

Tuesday, September 16, 2014

Hilang hingar bingar

Salam
Hai

Aku menghayati permandangan sawah padi sepanjang highway kedah itu. Memang aim aku dah terbayang2 sawah bendang di sana. Tergeletek2 hati aku bila aku dapat lihat sawah padi. Face to face. Ya aku memang batak begini.

Sambil2 drive aku dapat lihat beberapa orang kampung memancing di tali air sawah. Syok nye..... detik hati aku. Aku berpendapat, begitu seronoknya kalau dapat menetap di daerah itu. Orangnya nampak baik2. ;)

Ini merupakan kali yang keberapa jugak aku dah menjejaki kaki ke kedah dan perlis. Ini merupakan jelajah paling aku hayati. Aku memang gemar travel masuk ke kampung orang. Hati aku aman bila di kampung yang masih lagi kampung.

Dalam perjalanan ke padang besar, di kiri kanan jalan merupakan kawasan pertanian yang luas dan besar. Memang saujana mata memandang. Boleh aku lihat di tengah kehijauan rumput dari ladang tebu dan tanaman kontan segala, ada trek jalan tanah merah. Ya, aku biasa lihat di dalam telenovela sepanyol permadangan itu.

Di dalam telenovela. Trek begitu selalunya di lalui oleh kereta kuda. Mereka bela kuda di situ. Di malaysia ia merupakan kawasan lapang yang aku teka ia kawasan penanaman tebu dan mungkin tanaman2 lain. Dari kejauhan. Di hujung nunnnnnn di akhir keluasan tanah berumput hijau. Aku dapat lihat kawasan bukit bukau berbatu kapur. Ya, ia seperti gua. Ditumbuhi pohon2 renek dan nampak hijau hijau hijau. Ada batu kapur dicelah2 kehijauan.

Damai. Nyaman. Aku suka tempat ini. Ya aku suka tempat itu. Sambil drive aku layan mata. Saujana mata memandang.

Aku cakap pada mak, "seronok betul tinggal di sini" hmmm....

Semalam aku tiba di kl. Puih... hiruk pikuk kota. 'Aku mula merindui pemandangan semalam.....'

Friday, September 12, 2014

Public diary

Salam
Hai

Aku pulang dari kerja awal hari ini. Hari jumaat.

Sambil duduk berlunjur kaki dan bersandar di kepala katil, tangan aku ligat mencari2 entry zaman tok kaduk. Masa tu aku baru belajar2 share perasaan di blog. Sebelum delete aku baca dulu. Ada yang buat aku tergelak. Ada yang buat aku rasa annoyed dengan diri sendiri. Puih. Lepas delete2. Aku terfikir. Bagus juga ya menulis di blog. Sebab kalau takda org baca pun sekurang2 bila dah menginjak usia boleh buat bahan bacaan dan mengimbau. Dis is my public diary gituh...;/ tak releven langsung. Haish.. meh aku belanja gambar. Memang lately gambar wajib buat peace. Haha.

Tuesday, September 9, 2014

Sunday, September 7, 2014

Positif

Salam
Hai

Positif. I am looking foward for a good news from you. Positif. Still waiting for u... ;)

Layan gambo dekat one city skypark ni ha.

Thursday, September 4, 2014

Ketenangan sebenar

Salam
Hai

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hatimu akan tenang. Dan kerjakanlah solat 5 waktu. Kerana di dalam solat itu kita akan mengingati Allah dan akan dikurniakan ketenangan...

Tuesday, September 2, 2014

5 perkara

Salam
Hai

Aku pulang awal hari ini. Kesihatan tidak membenarkan aku untuk terus bekerja.

Sebelom tidur malam ini, aku terkenang satu perkara. Waktu sihat sebelum sakit. Ya.. harap kesakitan ini kesakitan yang sementara.

Hmmm... get well soon bebeh. Nitez.

Saturday, August 23, 2014

Pedoman

Salam
Hai

U hate ur life because u feel people lookdown on you.

They always said, belajar tinggi guna kalau bla bla bla... tak guna belajar tinggi2 kalau itu ini itu ini... ok takpe. Aku letak rasa ini ketepi.

Biar lah aku belajar tak tinggi mana pun. Biarlah aku tak hebat mana pun. Biar. Kau aku sama. Lemah sebab kita manusia. Takda yang perfect.

Dont judge people.

Penat dengan hidup. :(

Thursday, August 21, 2014

Monolog

Salam
Hai

Hanya bunyi putaran kipas yang bisa aku dengar. Sunyi. Esok hari jumaat lagi. Masa berlalu begitu pantas. Minggu ke minggu terlalu laju untuk aku kejar.

Entah. Entah apa yang aku fikirkan. Terbuku di hati. Aku kadang2 memang tak kuat seperti yang aku cita-cita kan. Aku hanya punya semangat dan rasa malu untuk jadi lembik bila meminta2.

Hanya tangisan jadi peneman sementara aku mencari kekuatan untuk terima dan lupakan semuanya. Entah apa yang harus aku syahdukan.

Alo kwn.. berlapang dada lah......;)

Wednesday, August 20, 2014

Dejavu

Salam
Hai

Dejavu aku menjadi2 kebelakangan ini. Ada satu dua perkara yang aku anggap pernah aku lalui. Macam pernah berlaku. Tapi entah.

Nun jauh di sudut hati aku berkata, itu cuma impian.

Aku senyum pada diri sendiri. Tahniah kwn, tahniah. Langkah lah dengan kaki kanan... tak semua yang buruk itu akan buruk selamanya. Percayalah...

Ini baru permulaan.

Wednesday, August 13, 2014

Penangan rindu awak 200%

Salam
Hai

Aku duduk menganalisa perasaan. Fuyoo memang excited tak sabar sangat nak habiskan hari esok. Sambil analisa, aku terfikir satu, aku ni gila ke??

Sambil senyum sebab macam tuduh diri sendiri gila aku dapat jawapan. Takda la gila sangat. Hahah. Sejak dua tiga menjak ini hantu drama melayu aku muncul. Menjadi2 weh. Sampai jatuh taksub.

Aku tengok drama sampai emosi  dan memang tahap baca novel 3 kali berturut2 tanpa jemu. Pernah jadi macam ini? Haha masalah lagi adalah watak Zill Faezrul tu sampai masuk dalam mimpi okeh... mimpi bagai okeh... mimpi pelok zill faezrul okehh... wakaka.. gila.... aku gila meroyan!

Wakaka.. tergelak sorang2.. kenapa lah mimpi kan. Walhal pelakon tu tak lah best. Watak saja yang hidup sangat.

Hmmm... bukan apa aku ni.. suara Zill tu mcm someone yang cukup aku kenal......... perangai pun sama... tidak syak lagi... penangan rindu awak 200%....

Monday, August 11, 2014

Kerinduan

Salam
Hai

Aku habiskan class awal dari biasa. 6.30pm. Hari ini hari isnin. Berjaya aku berperang dengan mondayblues aku. Tak cukup dengan tu siap memang kena balik lewat kot. Puihh... berdedi-mummykasi sangat.

Sambil tunggu jam pukul7. Aku duduk2 kemaskan file subjek budak2. Sambil2 lagi aku kenang tentang sakit tekak yang masih berbaki hasil dari serangan demam malam semalam. Perit. Kuatnya aku. Berperang dengan student sem 5 aku. Yang tak menahan adalah bila aku bercakap dorang bercakap. Bercakap yang entah hape2. Huihh kesat air liyoq!

Sambil2 kemas file subjek terpegang aku contoh assignment yang aku bagi mereka tengok supaya hasil kerjanya sama high class dengan contoh tersebut.

Itu assignment osha. Contoh dari budak class pandai yang aku ajar masa 1st sem mengajar di sini. And i realize something, betapa rindu nya aku dengan mereka. The way they treat me, with respect. They teach me a greatest lesson ok. 1st mengajar, terpaksa mengadap khalayak ramai, deliver the knowledge and experience yang sangat ciput ni. I think they gave me a great oppotunity ok.

Mesti dah kerja2 dah memasing kan... wa... rindu nya...,!

Thursday, June 26, 2014

Gerak hati

Salam
Hai

Mata aku segar bugar. Baru balik dari melepak dengan kawan2 opis. Seriously dah lama jugak tak bersosial di waktu malam. We have dinner together at flaming steamboat. Secara jujurnya aku bukanlah seorang yang suka set2 steamboat bagai ni. Tapi sebab nak mingle dengan dorang aku pergi juga.

Organisasi yang aku bekerja sekarang bukanlah sebuah organisasi perfect yang boleh aku sebut sebagai tempat aku untuk berpencen dan sebagainya. Keadaannya sederhana sahaja. Aku masih lagi mencari2 sebab untuk aku stay atau keluar dari organisasi yang sekarang. Keliru.

Most of my friends there, berlumba2. Mencari the better place for them. Dalam mencari gaji lebih. Kata mereka, mereka mampu dapat lebih, dan tak kisah kalau harus ke kelantan sabah segala. Aku duduk terdiam. Aku, masih belum ada motivasi dan daya menolak aku untuk keluar dari organisasi sekarang. Kadang kala, aku sendiri keliru, aku terlalu di comfort zone? Atau aku malas? Atau aku pengecut? Tidak mampu? Atau apa?

Bagi aku, selain duit, sebab kenapa aku mahu bekerja adalah kepuasan dan ketenangan kerja. Pengalaman kerja dalam keadaan nangis sebelum ini cukup mengajar aku supaya bersyukur. Mungkin aku percaya, gerak hati ini datang dari yang maha kuasa. Mungkin suatu hari nanti kalau ianya menggerak aku untuk keluar dari sini, ia merupakan takdir.

Sambil2 duduk di tempat bersebelahan Didie, aku senyum2. Didie merupakan lecturer master yang baru sahaja aku aku dekati. Sempoi.
"Didie, u tak apply?" Sambil aku senyum, mengerangkan wajah. Sementelahan ramai yang apply di salah sebuah universiti lain. "For me, i bukan mencari duit, i love this job, and duit will come later, hanya perlu bersabar, then pasti ada sesuatu yang baik dan mungkin lebih baik..." aku pandang didie. Hati aku terusik. Sama macam apa yang aku fikirkan.

Mungkin aku terlalu menyimpan harap. Dan mungkin juga aku terlalu bersangka baik dengan organisasi ini. Whatever it is. Aku masih percaya, gerak hati ini datangnya dari Allah. Dan kalaupun bukan seperti yang aku duga, semua darinya. Dan aku masih di sini. Percaya, menanti sebuah keajaiban....

Wednesday, May 14, 2014

Place

Salam
Hai

Aku duduk di situ. Tempat yang dahulunya aku lalu hari2. Yes i miss this place so much. And... i miss people here. The place i dream to be part of.

Yang lalu lalang disitu aku usha saja. Cuba memberi fokus pada perbualan. Ingin sahaja aku pergi menyapa mereka. Sekurang2 menonjolkan diri. Tapi aku tak patut buat begitu.

Di satu permandangan yang lain. Aku nampak dia. Jauh. Sama macam dulu juga. Berjengket2. Style yang sama.Tapi masa tamat, segala terhenti. Bukan masa mengimbau nostalgia......

Saturday, April 5, 2014

Bila angin menampar pipi

Salam
Hai

Zaman dah berubah. Terkenang aku. Zaman belajar dulu, duduk dalam class aku jadi observer. But not too observer macam student aku sekarang. Dalam pada observe lecturer dulu, aku catat apa dia cakap. Jangan kan student aku, looking at me and doing nothing, bila tanya zero. Huih.

Presentation adalah perkara paling neves. Kalau dah ada 6 semester belajar, 6 semester tu lah aku menggeletar kalau kena present. Normal. Dan dalam pada itu, life sebagai student memang begitu. Kalau student hebat sangat, mungkin kita tak panggil mereka student. ;)

Sambil2 hirup udara pagi ni, aku teringat lagi. Masa first day class every semester di uitm dulu, klise. Introduce diri. Soalan paling susah, what is your ambition, what is your plan after study, where can you see yourself after 5 years. Masa tu aku tak banyak fikir. Tak terlintas pun nak bagi jawapan yang nampak grand or vouge segala. Cukup lah sekadar menjawab. I'm ordinary person. Pastu dengan mungkin nebes aku jawab, "i want to be a lecturer." Puih. Tergelak dalam hati, presentation menggeletar nak jadi lecturer. Kikiki

Udara pagi menampar pipi aku, nostalgia nya. Masih aku ingat, saat paling kemuncak menanam rasa aku mampu jadi lecturer adalah masa class quality semester 4 di degree. Lecturer quality sebaya aku. Gila bapak neves dia masa first class dengan kami. And u know what, dia baca all the words in the book. And masa tu aku konon rasa bagus, "apahal lah dia ni baca, ajar lah.. kalau macam tu aku pun boleh.." gila takbur aku. Tak sangka perangai aku buruk. ;/ masa tu aku betul2 rasa aku mampu jadi lecturer. Hu. Namun begitu rasa penakot berada di depan audience masih dimiliki aku tatkala itu.

Habis saja study, hidup bkn seindah impian. Aku work hard utk cari kerja. Fuih. Lepas keluar dari organisasi caca marba tu, aku memang kena fight my fears. Bercakap dan berada di depan ramai dah jadi passion aku. Tak pernah dirancang2. Tak pernah. Dalam tak pandai2, kena buat2 pandai, i learn to improve it everyday, seriously! Sampai bila rezeki nak jadi pensyarah ni kekal, bergantung kepada nasib dan ketentuan Allah. But honestly, i really fall in love with this job. I love my job very much. Tiba2 rasa nak nangis, puih. Emosi. Berharap akan terus dengan job ini sehingga akhir hayat.

And u know what, next week akan ada satu interview, satu class observation, for my status. Neves kurang sedikit. Yang banyak hanya hope. Aku sangat meletakkan hope yang tinggi. Aku mungkin tidak berapa bijak, mungkin tidak berapa cantik, yang aku ada sebagai senjata aku kali ini hanya, semangat. Semangat dari minat yang mula tumbuh sebagai seorang yang berada di depan ramai, belajar mendidik setiap hari......

Hoping for the best,
Love
Dayah

Wednesday, April 2, 2014

Acara hari lahir

Salam
Hai

Untuk kali ini, dah kali yang ke beberapa aku menyambut hari lahir, dan begitulah aku, setiap kali nak memasuki bulan mac pada setiap tahun aku excited sekali. Tak kisah lah hal dah tua bangka pun.

Sampai ke hari ini, aku masih lagi menerima hadiah dan ucapan belated bsday dari rakan2. Lain beno rasa nya bsday kali ini. Sebab tahun lepas macam suriram ram ram. Kikiki. Tadi aku dapat hadiah sebuah buku dari shu, rakan sekerja. Semalam dari kak nora. Dan minggu lepas ada aku terima beberapa lagi. Unexpected!

Minggu lepas, al konon2 rakan sekerja nak buat seprise bsday untuk aku. Malangnya aku cepat tangkap, "nape? Nape aku xbole balik awl? Ko nak belanja aku ehhhh...?" Soal aku sambil sengih nampak gigi. Gila tak boleh seprise aku ni. Akakaka.

Aku. Sangat menghargai. Dan aku merasa amat dihargai. Thanx frens. Really appreciate it. Hm...

Biar usia meningkat, harap sama tingkat dengan rasa taqwa. Hoping for the best.

Love,
Dayah ;D

Thursday, March 27, 2014

Hari lahir dan harapan

Salam
Hai

Kehidupan dan kehidupan. Bila kematian akan menjemput kita pulang? Tak tahu.

Semalam besday untuk kesekian kali nya. Xexcited langsung. Cuma nya... mengenang hari kematian. Semuga sempat setel kan hutang2 kehidupan buat bekalan di sana nanti.... :/

Selamat hari lahir buat mu, semuga ini umur yang paling perfect untuk segalanya. Semuga bermaksud harapan.. harapan yang belum pasti dimakbulkan.

Wednesday, March 26, 2014

Mh370

Salam
Hai

Hari ini di kelas safety and health, kami berganjak ke chapter accident investigation. Setelah berminggu2 aku membebel mengerah tenaga dan suara, hari ini aku decide untuk beri task kepada mereka. Mereka harus present setiap step di accident investigation.

Aku duduk belakang sekali. Sambil duduk aku semak penerangan mereka, sambil semak aku beri markah, sambil beri markah aku betulkan yang mana salah, aku jelaskan yang mana tidak jelas, dan aku guna kuasa psychology aku, markah untuk setiap soalan, dan tolak markah untuk soalan yang tiada jawapan, oleh itu mereka berebut2, bertungkus lumus tanya soalan. Huih, aku suka kelas tadi.

Sambil2 duduk di belakang memerhati gelagat mereka, aku dengar satu2 penerangan mereka, satu2 subjek dan contoh, dan hampir ke semua contoh mengenai mh370, dan hampir ke semua seakan faham bila contoh itu diberi kan.

Ada satu scene, "saya seru kepada semua rakan, utk sedekah kan al fatihah kepada mh370" suasana tiba2 hening. Mereka sama2 baca al fatihah. Sunyi. Sayu... kami juga rasa apa yang rakyat malaysia, dunia dan ahli keluarga mh370 rasa.

Semuga segalanya baik2 saja. Semuga Allah takdirkan miracles buat mh370. We pray for u! #mh370

Sunday, March 23, 2014

Macam gini punya nerd pun garang ke?

Salam
Hai

Aku bukan gangster atau pun kakak kawasan, adalah dua tiga tahun dulu frust sampai declare sebagai kakak kawasan. Gugugu. Aku adalah aku. Mudah tersentuh, simpati dan kuat menangis. Dan begitulah aku, disudut lainnya, aku kuat cemburu, pemburu dan sinis. Ya aku sinis.

Aku cuba buang sikap sinis yang suka kena mengena dan sometimes it leads to uncontrolable sinis situation yang menyebabkan feeling of annoyed by certain people. Soalnya sekarang, ada aku kisah!?

Ya, memang aku kisah because satu kelemahan aku juga, my imperfection is aku seorang yang perasa, maksudnya kuat atau cepat terasa. Itu aku.

Di satu sudutnya, aku dikelilingi oleh students. Mereka semua memiliki mata dan telinga dan hati untuk menilai. Aku memiliki suaa the hulk yang kuat persis wanita wrestler. Sampai begitu. Hyperbola. Aku memiliki jiwa tikus yang aku sembunyikan disebalik halilintar suara hulk aku ini. Jiwa hulk aku kadang2 mati bila aku tak mampu fokus pada matlamat. Aku akan lost selepas itu.

Aku duduk di tempat yang aku ditempatkan. Bersebelahan aku seorang bakal ibu muda yang digelar madam oleh budak2 student. 2 orang student lelaki datang dan komplen beberapa perkara kepada madam mereka bersebelahan aku. Untuk ibu muda yang lemah lembut, dia perlu consider dan memberi ruang lembutnya untuk mendengar luahan ala2 rude dari 2 pelajar samdol itu. Aku naik bingit. Aku lantas palingkan wajah aku kepada student tadi. Pen merah aku berhenti menanda assgment pelajar. Mereka pandang aku. Aku pandang mereka. Penuh makna, ada kerut di dahi aku tanda 'what's going on?!' Lidah mereka terlekat dilelangit. Mereka lantas diam dan merendahkan tona suara yang tadi macam tinggi.

Aku pandang mereka lagi. Mereka lebih behave berbanding tadi. Urusan demi urusan. Selesai urusan mereka dengan madam bersebelahan aku. Mereka berlalu.

Sambil duduk2 aku terkenang. Rude beno student tadi. Samdol! Wajah aku masih wajah wrestler ke? Atau pun kakyong kawasan?haha menakotkan ke? Muka nerd macam ni pon takot ke??? Huh!

Cadangan belajar selepas spm

Salam
Hai

Kehidupan bersekolah telah lama aku tinggal kan di belakang. Tua benar rasanya walaupun masih nampak remaja dan jelita lagi. Hihu. Tempoh hari result spm baru sahaja diumumkan. Ada yang bagus resultnya dan juga yang tidak. Begitulah kehidupan.

Macam zaman aku dahulu, result aku aku tidak terlalu layak dibanggakan. Cukup sekadar pasport aku memasuki universiti. Masa itu, aku penuh kesopanan dan kesusilaan berwajah saintis masuk ke matrik uia. Azam aku tanam tinggi mahu berjaya. Semua orang pun ada cita2 tinggi di awal perjalanan kan.? Dan bagaimana aku gagal, dan berpatah balik, bangkit dan berjuang. Klise. Itu cerita lama, kita memang akan belajar lebih apabila kita gagal. Dan cuba sedaya upaya untuk elak dari gagal lagi. Nice moment actually.

Aku cukup masak dalam sistem pembelajaran di universiti. Tambahan pula aku kini pensyarah di sebuah ipt di malaysia ini. Aku sudah masak dengan sikap dan kelakuan manusia yang digelar pelajar. Mungkin aku juga seperti mereka suatu masa dahulu.

Hari ini aku mahu beri pandangan dan cadangan bagi mereka yang result spm tidak begitu sedap. Maksud aku yang tiada A, banyak B,C,D dan lain2. Jangan rasa dunia ini sudah berakhir dengan pencapaian yang begitu. Dengar sini, kemampuan dan kelebihan setiap dari kita adalah berbeza2, justeru itu, perjalanan hidup juga berbeza2. 

Aku bahagikan kepada dua alternatif kepada pandangan aku hari ini.

Yang pertama, result tak gempak, berminat itu belajar dan suka pada buku, berminat menjejaki universiti, caranya, cuba mohon untuk pra diploma di uitm. Aku memang produk original dari uitm, aku amat percaya kepada uitm. Biar apa pun orang diluar sana cakap uitm xbest. Pada aku, uitm membentuk aku untuk jadi manusia. Okeh, pra yang aku tahu ada pra sains dan juga pra perdagangan. Pra juga mengambil masa lebih kurang 6 bulan. Kiranya once dah masuk pra, sebelah kaki adalah confirm sebagai pelajar universiti untuk diploma, mengapa pra? Okeh pra merupakan persediaan bagi pelajar sebelom melangkah ke alam diploma. Mengapa perlu pra? Okeh bagi pandangan aku pra adalah digunakam sebagai penguat based. Maksud sebagai tapak. Tapak untuk mengukuhkan atau foundation persediaan untuk betul2 belajar di diploma. Dan selalunya pra memang dibuka kepada pelajar yang keputusan spm kurang best. Okeh saja, selepas 6 bulan, berjaya mendapat result terbaik, maksud nya lebih dari pointer 2.0 mereka akan boleh dioffer untuk melanjutkan diploma selama 3 tahun. Dan terus ke degree. Kelebihannya menjadi pelajar uitm adalah, tidak perlu pening atau susah2 compete untuk further study ke peringkat degree. Sebab pelajar uitm diutamakan. So yang xsuka uitm gi dok jauh2. Untuk yang mempunyai target untuk ke diploma bahagian2 management, business, account dan admin mereka boleh mengambil pra perdangan, bagi yang berminat untuk diploma set2 sains dan kejuruteraan, mereka boleh ambil pra sains. Kelayakan untuk ke diploma daripada stage pra adalah bergantung penuh kepada pencapaian cgpa, maksudnya, untuk kos kritikal dan best, cgpa juga haruslah best. Paham?

Alternatif kedua, sekiranya anda tidak berminat untuk membaca buku dan tak mampu fokus pada pelajaran, jangan gusar, anda boleh memohon untuk mendapatkan apa2 sijil kemahiran dari mana2 institut latihan kemahiran seperti kolej komuniti, giat mara, ikbn, ilp, dan mana2 institut latihan kemahiran, contoh bidang seperti masakan atau kulinari, jahitan dan fesyen, elekrik, mekanikal, dan segala yang teknikal dan sebagainya. Sebenarnya lagi untung kepada mereka yang mempunyai kemahiran kerana disamping makan gaji mereka juga mampu bekerja sendiri. Lebih bagus. Untuk jangka masa panjang kepada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, anda boleh memohon untuk ke politeknik untuk lanjutan diploma dan mana2 institusi yang sewaktu dengan nya.

Untuk memasuki kolej swasta pula, adalah alternatif terakhir kerana kos yang terlalu tinggi. Bagi yang berkemampuan boleh berbuat demikian, cuma pastikan yang kolej anda telah mendapat pengiktirafan dari mqa.

Namun, jika diberi pilihan untuk memberi pandangan, saya tidak suggest sama sekali pelajar spm untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat stpm seandainya mereka kurang azam dan tekad. Ini kerana dengan pencapaian spm yang cukup makan, dengan usaha yang cukup makan digusari mereka akan buang masa di stpm, stpm harus disertakan dengan result terbaik bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat degree, dan sekiranya pelajar belajar sekerat jalan hanya berhenti di stpm, itu adalah perkara yang sia2 kerana, stpm tanpa degree adalah sama dengan taraf spm sekiranya anda memohon di alam pekerjaan kelak.

Bagaiman pun cara kita menjalani jalan pembelajaran kita tidak salah sekiranya mencuba. Cumanya cadangan saya ini adalah cadangan cubaan save cost, disamping bergerak mengikut kemampuan akal dan juga kemampuan poket. Kesian mak ayah yang tinggi harapan terhadap kita. Chaiyok2!

Tuesday, March 4, 2014

Hutang

Salam
Hai

Banyak sangat aku hutang tentang kerja aku lately. Dan begitu lah banyak tanggungjawab aku yang aku lepaskan macam itu saja. Tak macam orang lain yang multitasking segala. Kalau satu, satu je la kerja aku.

Untuk bulan ini saja, aku hutang soalan exam 2 paper. Dengan slybus yang tak pernah siap tu lagi, whr, wtr, failing iso, assignment students, marking paper. Apa kejadah nya yang aku buat semua tak siap ni hoi. Menyampah kat diri sendiri. I should have my 'to do' back. At least harus ada target untuk siap kan apa dalam sehari. Horer.

Itu reason kenapa aku begini. Tak reti bahagi2 kan masa. Hmm.

Aku harus bangun dan mula kan nya semula!

Monday, March 3, 2014

Dan..

Salam
Hai

Cuaca petang itu tenang. Kereta aku pacu ke sebelah kiri bangunan pejabat. Jarang lah aku nak lalu situ kalau pagar sini buka. Aku susur kiri dan kanan jalan. Depan sikit tempat motor. Aku nampak dia. Setelah sekian lama tak nampak dia.

Aku cakap dalam hati, 'buat2 tak nampak..' sambil sambil tekan minyak perlahan aku pandang kiri dan kanan. Dia pandang aku. Angkat tangan. Aku senyum. Dan angguk sedikit.

Tiba2 bunyi sesuatu yang kuat. Dengan getar sekali. "Peghh! Mimpi rupanya..." boleh pulak mimpi... ;/

Wednesday, February 12, 2014

Rasa

Salam
Hai

Aku terima khabar gembira itu. Syukur. Dan. Excited. Namun jauh di hati kecil aku terselit sedikit gusar. Aku pening memikirkannya. Sesuatu yang tak terusaha.

Tidur aku terganggu. Aku seakan mematikan rasa ini. Seumpama aku usir rasa yang memukul2 benak aku. Tapi aku tak mampu. Ini semua realiti. Hidup dan kisah2 hidup. Situasi2 drama yang selalu aku lihat di kaca tv. Dan aku merupakan pelakonnya. Bukan pelakon tambahan. Aku watak utama. Aku mematikan diri. Memikirkan cara bagaimana harus aku hadapi semua ini.

Menjadi seperti tiada rasa apa2. Kalaulah aku mampu ubahkan apa yang aku rasa. Aku campakkan rasa ini jauh2. Biar hilang kudis2 ini. Biar aku rasa tenang dan lega.

Mata dilelap rapat2. Apa yang difikir tak mampu dibaca orang. Hati berbisik. Ini realiti hidup kau. Tak selalu bertuah. :/

Saturday, February 1, 2014

Aku mengalah

Salam
Hai

Entah macam mana perbualan hari ini membawa jawapan kembali. Aku membetulkan duduk ku. Tak banyak yang menggembirakan untuk hari ini. Sambil2 duduk ini fikiran aku melayang.

Masih lagi dalam subjek yang sama. Niat yang macam aku ada sekarang memang kurang enaknya. Banyak benda dan pros n cons nya dari semua ini.

Aku merasakan kan. Mungkin ini penghujungnya. Dah boleh nak give up kot. Yap, mungkin itu lebih baik.

Aku baring bersandar. Lelap mata, kena sabar lagi ni...

P/s: bukan semua perkara pertandingan dalam hidup ni. Adakala kau memang tak boleh adjust.

Thursday, January 30, 2014

Hati seorang aku

Salam
Hai

Pagi2 lagi aku sudah bangkit. Mandi dan mengerjakan solat subuh. Pergerakan pagi ini tempo nya harus laju2. Aku kena cepat. Sebab class pagi ini bermula jam 8 pagi.

Sampai saja office, aku tak rushing untuk naik ke kelas. Aku tak mahu jadi seperti minggu lepas. Semangat aku luntur lepas 1 jam berlalu aku hanya ditemani oleh seorang pelajar sahaja. Di organisasi aku mengajar, susunan class adalah berdasarkan cgpa. Class yang aku masuk pagi itu merupakan antara class corot.

Pagi ini, aku melambatkan langkah. Dari kejauhan tangga aku boleh lihat class yang aku tujui. Nun disana, pelajar yang sama seperti minggu lalu berdiri tegak diluar class. Sayu benar hati aku melihat usaha beliau.

Sambil melangkah aku senyum kepadanya. "U sorang jugak?" Sapa aku sambil menolak daun pintu. Dia menjawab dengan ramah. Serpihan bedak yang seperti kanak2 selepas mandi masih berbaki di wajah pelajar lelaki pelat D itu.

Aku menyoal dia pembelajaran yang lalu. Dua kali di minggu lalu aku ulang pengajaran yang sama. Namun, dia masih gagal menjawab dengan tepat. Aku ajar kembali. Kali ini yang ke3. Jauh disudut hati aku.

Sayu benar hati ini

Dengan effort yang awak ada, awk tak sepatutnya dapat yang ini. Hati aku meronta. Memberi dia terus semangat, supaya dia berjaya. Aku doa kan walaupun dia slow learner, tetapi aku harap dia akan berjaya kelak. Amin. :(

Wednesday, January 29, 2014

Wierd wonderful me

Salam
Hai

Hari sudah lewat malam. Walhal jam baru menunjukkan pukul 10.51 malam. Oleh kerana aku harus bangkit awal esok, aku merasakan masa tidur aku sudah terlalu lewat kalau lebih dari pukul 10pm.

Aku senang dengan diri aku sekarang. Banyak perkara yang harus aku syukurkan jika hendak dibandingkan dengan masa lampau. Aku bersyukur ya Allah. Jauh disudut hati aku membisik. Jikalau satu hari nanti takdir menentukan aku harus tinggalkan hidup aku yang ini. Aku mungkin akan rasa sedih besar.

Tempoh hari, habis saja class, aku bergegas ke lift utama. Hari isnin seperti kebiasaan kami seorganisasi memakai baju putih tudung maroon dan berskirt hitam. Cukup identiti sebagai staff. Sambil menuju ke lift, aku buat wajah serius. Wajah guru disiplin. Ada beberapa pelajar di tepi lift turut sama menunggu. Mereka memberi ruang. Cukup lapang. Sambil pintu terbuka dia pandang aku dengan senyum sambil isyarat seperti 'silakan'. Aku senyum dan melangkah. Kekok.

Beberapa hari kebelakangan ini, apabila lalu saja di hadapan student centre, aku dapat dengar dua tiga suara. Melaung gelaran beserta nama panggilan. 'Miss... miss.. miss dayah!' Aku toleh. Ex student. Dengan sporting aku menyapa. "Hai..." kekok.

Jam menunjukkan pukul 4 ptg. Aku tolak pintu kelas. Muka aku focus pada meja pensyarah dihadapan. Aku letak buku2 dan marker pen. Aku pandang dan menghadap ke semua 30 pelajar aku. Ada dua tiga orang yang masih berbaki perbualannya, aku pandang. Angkat kening isyarat 'what  is going on?' Mereka geleng lalu class senyap sunyi.

Pelajar aku terdiri dari pelbagai bangsa. Ada india, melayu dan lain2. Sambil mengajar, untuk buat orang hilang ngantok. Aku pura2 sporting. Lawak sindir menyindir aku kadang2 buat aku sendiri tergelak besar. Hari pertama masuk ke class budak2 bijak ada seorang indian girl. Serius wajahnya. Seperti tidak gemar dengan lawak2 bodoh yang aku kemukakan. Namun aku tetap aku. Wierd wonderful me. Masuk dua tiga class. Aku nampak gigi dia. Putih berseri. Dia gelak besar. ;)

Semester 5 merupakan semester paling besar di antara pelajar diploma di organisasi aku mengajar. Untuk semester 5 aku subjek safety sem ini aku berdepan dengan gangsters, bonzer, dan juga2 bimbo2 yang sentiasa minta penampar sedas. Bila mereka gila begitu, aku decide untuk lebih gila dari mereka. Sambil bercerita tentang keselamatan dan pekerjaan. Aku beri mereka contoh2. Contoh2 yang pernah aku experience semasa kerja yang makan bulan2 aja itu. Sambil beri contoh dengan spontan aku lakonkan bagaimana aksi keselamatan itu. Biar nampak real dan mudah difahami. Tanpa sedar aksi yang aku buat tak ubah seperti yang biasa aku lakukan kepada kawan aku. Penuh drama dan trajis. Mereka terpegun dan menyulam senyum. Aku tersedar aku terover act. Satu dari bonzer2 itu angkat tangan. "One more time miss..." aku buat muka serius. Dengan suara mendatar aku berkata, "this is serious guys, i just want to show u the real situation" dalam hati aku. 'Siot!'

Yup, aku memang begini. Masuk air, cacamarba but wonderful. Jadi apa masalah kau?haha :)

#hatimaubaik

Sunday, January 26, 2014

Terpalit

Salam
Hai

Fuyoh. Lama tak update blog hoit.

Suasana malam semalam yang bersuhu lebih kurang 24'c membuatkan aku tenang dan girang. Tiada hilai tawa manusia. Mahupun nyalakkan anjing dapat aku dengari. Aku baru sahaja balik dari berbelanja menghabiskan duit gaji yang masih berbaki.

Sambil golek2. Sebagai anak cyber lain aku menggodeh enset yang tak berapa canggih. Aku sendiri tak tahu kenapa, begitu setianya aku pada bbery curve yang sangat cikai itu. Bukan aku tak sedar, banyak mata yang jeling2 mengkeji bbery aku. Namun apa aku pedulik. Perkhidmatan BIS yang sangat membuat kan aku topup rm20 sebulan buat aku setia menari bersama bbery aku. Sengkek gila kedengaran.

Sambil2 berwasap dengan kawan2 yang keluar asap. Aku rehatkan minda. Banyak nasihat pandangan dan dorongan yang aku beri pada kawan aku yang memiliki konflik dalaman. Bukan main matang lagi aku time tu. Nak tergelak bila tengok muka sendiri serius.

Sambil2 tu. Rasa stress terpalit balik ke muka aku. Haih. Ada jugak manusia yang lebih anti sosial dari aku. Wakakaka. At least i rise kan. Ini lagi dasat yang amat. Sebab dia berdegil dan ala bergedil gitu aku ye kan aje. Penat woah jadi kaunselor.

Pls learn to be cool. Benda begitu buat aku bersyukur. I've learn a lot to be cool. To be cool. Hasilnya, lihat lah aku yang sematang ini. Kikikiki

Thursday, January 9, 2014

Rencana

Salam
Hai

Ya Allah, jadikan lah aku hamba yang bersyukur dan sujud kepada Mu.
Murahkanlah rezeki aku yang Allah. Sesungguhnya aku yakin dengan rencana Mu. Bersyukur dengan segalanya.

Tuesday, January 7, 2014

Perkara rawak 1

Salam
Hai

Aku baru menjejak alam pekerjaan dalam 7 8 bulan yang lampau. Kalau nak masuk zaman trainee dah setahun lebih jugak aku dengan pekerjaan. Setiap tempat ada rencana masing2. Letak duduknya diri kita hanya kita yang tentukan dan bagaimana kita membawa diri.

Sejak dah menjejaki alam pekerjaan ni, paranoid aku kuranglah sedikit. Dapat aku rasakan sifat2 matang yang mula aku adapt sikit2, walaupun bila aku menjadi diri aku ramai yang pening kepala. Kenapa aku tak boleh serius ha!? Asal aku bersuara orang kata aku boleh masuk maharaja lawak. Daaa..~

Tak kekok lagi macam dahulu. Zaman2 mula jadi trainee. Apa orang kata, masa tu aku lebih hoping for the best service? Siapa nak serve kau di alam pekerjaan oi. U bring urself lahh.. and yeah berkat dari sokongan kawan2 dan berfikiran positif, aku masih stay diorganisasi ini, dan menerokai sikap2 manusia yang pelbagai. Sampai satu tahap, aku rasa bersyukur sangat dengan hidup aku, walaupun belom ada kejayaan besar aku dengan pekerjaan yang sekarang. At least i rise...

Bercampur dengan macam2 orang buat hidup kita jadi sempurna dan diperbaik. Percanggahan opinion memang acapkali berlaku and it makes me stand with my own. Ada satu dua logical thinking yang dipersoalkan buat aku tak senang diam. Dan buat otak kita berfikir macam, kalau aku.... kalau aku... and kalau aku... the thing is, kita boleh cakap kalau aku la kan.., kalau aku la kan... tapi tanpa sedar situasi hidup manusia itu lain2. Masalah awak dengan masalah dia takkan sama sebijik. Kalau sama tak mungkin awak di panggil dengan nama awak.

Background aku yang begini. Dari kecil, aku diprovok dengan mempunyai cita2 tinggi. Jadi orang elok2. Jadi orang besar2. Semua orang pun ada cita2 yang elok2. Dan bila aku membesar, aku dikelilingi dengan kawan2 bekerja besar. Cita2 besar. Nasihat2 menjadi orang besar dan lain2. Malah, jauh disudut hati aku. Aku mahu berjaya. Make my mum proud. And kadang hati kecil aku sendiri terfikir, kalau abah ada ni, mesti dia bangga, kalau abah tahu mesti abah happy. At that moment, aku rasa haih.. rindunya nak berada disisi abah. Dah lama tak berbual dengan abah. And i'm crying now, walaupun aku tak jadi orang besar macam perdana menteri, at least effort aku untuk majukan diri ada. Tq abah for inspire me to become good person.

Hidup aku tak macam orang lain. Aku selalu buat semua sendiri. Aku jarang duduk di tempat penumpang dalam kereta. Tak kira. Drive jauh atau dekat. Siang malam atau tengah malam. Aku cari jalan sendiri. Aku pergi daftar belajar sendiri. Aku pindah rumah sendiri. Aku pergi bercuti sendiri dengan mak aku. Aku cari bahagia aku sendiri. Siapa akan manjakan aku? Tak ada. Sejak abah aku takda, Aku buat semua sendiri. Bertulang belakangkan mak aku. Pendek kata kalau aku berjaya satu hari nanti, bukan kerjayaan siapa2 kecuali mak aku. Yups, i'm lucky to have mum like u! Walaupun aku sendiri, aku dah biasa. Aku dah faham selok belok hidup aku. Yang pasti aku tak boleh mengharapkan orang lain selain diri aku. Dan tulang belakang aku, mak aku. Dats y aku tak boleh biar kan mak aku begitu saja, macam orang lain yang sangat happy dengan life remaja mereka. Aku? Takda untuk itu, walaupun jauh disudut hati aku kata, zaman remaja aku tak macam awak2 semua, boleh pergi dating setiap hari dengan bf, lepak weekend dengan kawan2, dan sebagainya. Kalau aku buat semua itu, siapa akan teman mak aku?? Aku tak pernah rasa bosan walaupun jalan dengan mak aku. Realitinya bukan lah tak pernah aku lepak. Dalam 4 weekend, 2 kali untuk lepak dengan kawan2. Dan aku sangat arrange masa aku asal kan mak aku tak duduk seorang bosan dirumah.

Aku tak tahu mengapa aku buat entry ini. Tapi yes, ini adalah apa yang aku mahu orang tahu yang hidup aku bukan sama macam hidup orang lain.

To be continue...

click2

wink..wink2...

nice..