Wednesday, January 29, 2014

Wierd wonderful me

Salam
Hai

Hari sudah lewat malam. Walhal jam baru menunjukkan pukul 10.51 malam. Oleh kerana aku harus bangkit awal esok, aku merasakan masa tidur aku sudah terlalu lewat kalau lebih dari pukul 10pm.

Aku senang dengan diri aku sekarang. Banyak perkara yang harus aku syukurkan jika hendak dibandingkan dengan masa lampau. Aku bersyukur ya Allah. Jauh disudut hati aku membisik. Jikalau satu hari nanti takdir menentukan aku harus tinggalkan hidup aku yang ini. Aku mungkin akan rasa sedih besar.

Tempoh hari, habis saja class, aku bergegas ke lift utama. Hari isnin seperti kebiasaan kami seorganisasi memakai baju putih tudung maroon dan berskirt hitam. Cukup identiti sebagai staff. Sambil menuju ke lift, aku buat wajah serius. Wajah guru disiplin. Ada beberapa pelajar di tepi lift turut sama menunggu. Mereka memberi ruang. Cukup lapang. Sambil pintu terbuka dia pandang aku dengan senyum sambil isyarat seperti 'silakan'. Aku senyum dan melangkah. Kekok.

Beberapa hari kebelakangan ini, apabila lalu saja di hadapan student centre, aku dapat dengar dua tiga suara. Melaung gelaran beserta nama panggilan. 'Miss... miss.. miss dayah!' Aku toleh. Ex student. Dengan sporting aku menyapa. "Hai..." kekok.

Jam menunjukkan pukul 4 ptg. Aku tolak pintu kelas. Muka aku focus pada meja pensyarah dihadapan. Aku letak buku2 dan marker pen. Aku pandang dan menghadap ke semua 30 pelajar aku. Ada dua tiga orang yang masih berbaki perbualannya, aku pandang. Angkat kening isyarat 'what  is going on?' Mereka geleng lalu class senyap sunyi.

Pelajar aku terdiri dari pelbagai bangsa. Ada india, melayu dan lain2. Sambil mengajar, untuk buat orang hilang ngantok. Aku pura2 sporting. Lawak sindir menyindir aku kadang2 buat aku sendiri tergelak besar. Hari pertama masuk ke class budak2 bijak ada seorang indian girl. Serius wajahnya. Seperti tidak gemar dengan lawak2 bodoh yang aku kemukakan. Namun aku tetap aku. Wierd wonderful me. Masuk dua tiga class. Aku nampak gigi dia. Putih berseri. Dia gelak besar. ;)

Semester 5 merupakan semester paling besar di antara pelajar diploma di organisasi aku mengajar. Untuk semester 5 aku subjek safety sem ini aku berdepan dengan gangsters, bonzer, dan juga2 bimbo2 yang sentiasa minta penampar sedas. Bila mereka gila begitu, aku decide untuk lebih gila dari mereka. Sambil bercerita tentang keselamatan dan pekerjaan. Aku beri mereka contoh2. Contoh2 yang pernah aku experience semasa kerja yang makan bulan2 aja itu. Sambil beri contoh dengan spontan aku lakonkan bagaimana aksi keselamatan itu. Biar nampak real dan mudah difahami. Tanpa sedar aksi yang aku buat tak ubah seperti yang biasa aku lakukan kepada kawan aku. Penuh drama dan trajis. Mereka terpegun dan menyulam senyum. Aku tersedar aku terover act. Satu dari bonzer2 itu angkat tangan. "One more time miss..." aku buat muka serius. Dengan suara mendatar aku berkata, "this is serious guys, i just want to show u the real situation" dalam hati aku. 'Siot!'

Yup, aku memang begini. Masuk air, cacamarba but wonderful. Jadi apa masalah kau?haha :)

#hatimaubaik

1 comment:

Hati Kata Jujur said...

comll sgt miss nie.. sy nk jdi student miss dayah boleh x???

COVID lagi....