click here!

Friday, November 30, 2012

perjalanan

salam
hai


bersendirian di rumah. aku ambil cuti hari ini. yap, plan untuk cuba key in kan semua survey yang hidup segan mati tak mahu ini. survey ni kena kutuk. tapi aku still.... buat muka sardin, cap marina. lepas tu aku stop dari distribute dia, dan buat-buat pandai sebab malas nak pikir.

aku done dengan 17 minggu of intern. bermakna ada lagi lebih kurang 3 minggu. otak memang tak boleh focus kepada pekerjaan since too many things to do. yup, aku kena cover task-task yang diberi oleh mereka di office. kehendak chairman office yang memang nak aku buat-buat siapkan scrapt book with all articles yang mereka collect. yes, i think it's ridiculous. tapi kalau itu kehendak mereka. aku turutkan.

aku akan merindui semua saat aku di sana. yaps, aku rasa ini merupakan kenangan terbaik, terindah and... paling bermakna. because, it woke me up! bangun dari mimpi dan angan mat jenin. hidup dengan realiti dan hadapi segalanya sendiri. and after 4 months, aku sedar aku macam lebih lain dari dahulu. mungkin orang lain tak aware tentang itu. but, aku tahu dimana aku. ah. apa lah aku merepek. 

banyak aku belajar. kadang-kadang kita mengenali musuh kita untuk dijadikan kawan sekepala. yap, itu juga berlaku. dan sebaliknya, kawan sekepala kita bogelkan kerana mereka sebenarnya musuh kita. ya aku belajar itu. hidup ini persaingan. yang bodoh di arena persaingan kau akan tinggal jauh-jauh. sampailah kau paham politik bersaing. and, the best is, belajar mengipas pungkok bos!

ini bukan pengakhiran. aku baru saja mulakan perjalanan aku yang cukup panjang.....



chiow

Sunday, November 25, 2012

project paper

salam
hai

kaki menggigil-gigil. lutut terasa lemah. ah. penipuan. takda gigil-gigil semua tu. tapi sirius. dalam hati macam reput. rapuh. dan sebagainya. bila tengok semua makhluk praktikal yang buat projek paper dah mula distribute survey mereka? aku? leka. dah siap questionaire lama. tapi aku masih tak betul and decide for final draft.

natijahnya. hari ini. kena lah bangkit awal. mandi awal dan.. breakfast awal. sebab, nak siapkan jugak semua and berlumba-lumba untuk distribute semua questionaire yang 234 tu. woah. lepas ni kalau aku mati jangan pelik.;) hm.. kenapa lah kena layan semua perkara begini.

haha. tapi dari pagi membawak ke saat ini aku considerkan final draft aku untuk emel pada Dr esok dah siap lah. tinggal tunggu dia reply dengan ink merah. aku betul kan sikit. and.. distribute!

aku harap semua nya akan be nice dengan aku. especially di tahap distribute. respondents! tolong la beri kerja sama. kamu semua kan comel.;) haha.

ouh. lapau!




Thursday, November 8, 2012

aduh

salam
hai

segala offer cepat je aku tolak..sebab neves nk bertentang mata..lepas tu nyesal...aduh.... aku ade bp hari je lagi...

love nonasanjanaaziz

Sunday, November 4, 2012

berjemah di ttwangsa.

salam
hai


yups. zaman sekarang semua gambar pun orang akan cuba shoot ala-ala photographer terkenal. sebab semua pun macam feeling-feeling memiliki DSLR dan sebagainya. kite tak salah kan syaz sebab ada cita-cita membuka shaze photographer selain menjadi seorang doktor gigi yang diyakini oleh pesakit-pesakit yang bermasalah gigi. ya itu kisah bila semua orang sibuk nak shoot gambar dari pelbagai angle termasuk gambar bunga yang sebenarnya tak mengghairahkan pun....;D

berpicnic di waktu semua orang berbudaya sihat, sambil menjinjing beberapa buah bakul, biar pun harus mengelilingi kawasan taman tasik titiwangsa bukanlah satu masalah bagi sekumpulan rakan yang dah lama tak hangout gara-gara masing-masing yang sibuk menjalani hidup sehari-hari. malah, kegiatan membawa bakul berisi makanan yang macam ada pelbagai juadah, sambil ditontoni oleh ramai manusia yang bersungguh-sungguh memiliki jantung sihat, adalah perkara yang dianggap 'cool sangat' sebab feel untuk berpicnic adalah perkara yang lebih seronok dari berpeluh-peluh ditemani mentari pagi. okeh kewl sangat!

masing-masing dah pun menginjak dewasa. eh, masa kita kenal dulu kita baru lepas sekolah, lepas tu macam bila lepak kat aroma macam perkara paling sosial kan bila berada dalam pagar matrik uia tu...;D ha.. lepas tu dapat pulak hostel yang paling depan, sebangunan pulak dengan lecturer-lecturer dan sekalian 'bro' uia yang macam hots berkopiah labuci.. macam paling best kan 'apartment' UKCII kite tu.. okeh rindu.! lepas tu adegan berpeleseran dekat koridor sebab teman mas usha mus main bola, atau pun pinjam computer eiz untuk dengar lagu jiwang rempit yang beribu-ribu. plus, masing-masing dah macam britney spears sebab yana hari-hari nyanyi lagu britney... lawak kan... dan pastinya aku yang sweet kejut korang setiap pagi dengan penuh kasih sayang, dan sekalian lawak aku.. mesti korang rindu aku kan... okeh kita semua tak berubah langsung...

mungkin yang berubah adalah fizikal, status dan beberapa perkara. korang-korang ye la dah tukar status kan.. aku? belum. paling-paling pun aku akan update status kat fb aku setiap hari.. tu saja.. tak lebih dari tu...;D macam korang, yang single dah tukar ke mingle dan sebagainya..

thanx sebab luangkan masa dan cepat-cepat setuju untuk melepaks dan berjemah bersama aku siang tadi. bukan senang kan nak dapat moment-moment macam tadi. yang mana semua orang ada, itu pun lepas 5 tahun. tapi masih belum ada semuanya. apa-apa pun sayang korang! doa kan la aku ikot jejak langkah korang k.. kalau ikot turutan duduk tadi. mungkin 5 6 tahun terkedepan la aku kawin kan... namun aku tetap berdoa semuga aku sempat lah kawin dan ada anak dalam sebulan dua ni..wakaka macam boleh potong eiz ngan king kan...;D (berangan)

apa-apa pun.keep in touch.! love korang semua...


p/s: hey, bangga aku weyh.. duduk sebelah doktor gg, 2 lawyer, pensyarah... sedangkan aku hanya budak pembantu am rendah(par) dekat pnb tu..;) apa-apa pun aku banyak kabel kan....?;)


love nonasanjanaaziz

click2

wink..wink2...

nice..