click here!

Monday, January 26, 2015

Sesal separuh nyawa

Salam
Hai

Sakit kepala menjadi2 pulak hari ini. Rambut yang gugur pulak melampau2 macam kena kemo. Nauzubillah..

Semangat hari ini terbang lagi. Aku mula kan hari dengan baik. Bangun awal, ke tempat kerja awal, rentak mengajar pantas2 dan done. Tapi balik saja ke rumah separuh jiwa aku pergi (ayat tak boleh blah)

Aku nyanyi lagu awan nano. Ending dia aku cakap pada diri sendiri "aku surender dulu noh..." lepas tu aku update status awan nano aku ini dekat fb. Dan terasa diri seperti super cool. Haha.

Dan dalam pada hati berkecamuk berkocak ini. Perasaan macam nak nyanyi lagu alyah. Sesal separuh nyawa. Motip sangat. 😅😅

Aku letak hati aku ke tepi. Bencinya aku dengan hidup. Benci nya dengan diri sendiri yang selalu rasa macam ini. Uwa.. aku rasa nak nangis sekarang. Dah kalau Allah kata kun.. maka ko kena akur.

Semuga bertabahlah engkau. Mai layan gambar selfie yang fefeeling paling cun.

Ps: pls dont hate me

Tuesday, January 13, 2015

Pengaruh drama

Salam
Hai

Jerawat tumbuh di dagu. Menandakan hormon mula tidak stabil. Begitu juga dengan fikiran. Banyak yang datang menerkam2. Dan dalam pada itu, class master tempoh hari memberi tamparan hebat. Tak payah nak hebat sangat lah. Just live your life dan jadi manusia berani.

Dah dua hari ini. Effort aku letakkan sungguh2 untuk asgment pertama aku. Entah apa yang mengganggu minda sampai aku rasa macam stress lebih2. Akibat dari happy sangat lepas habis degree itu hari. bertekad taknak ambil master. Bila kena ambil mula rasa otak karat lah. Jiwa tak kental lah. Perasaan itu dan ini.

Aku masih dalam sessi penyesuaian diri. Jadi aku kenalah chill bebeh kan.

Ada satu dua benda baru. Dan ya.. aku memang tengah dalam misi. Dan misi ini aku target untuk capai bukan selepas master. Malah dalam masa aku ambil master ini. Tak sabar rasa untuk umumkan...😉😉

Ps: banyak tengok drama aku ni.....

Saturday, January 3, 2015

Perkara risau

Salam
Hai

Esok hari register. Rasa serabai sebab tak byr yuran lg. Bank islam sistem down tempoh hari. Nyesal tak bayar awal2. Adoh.. for one thing aku tak suka hari 1st. Aku xsuka sesi perkenalan. Klise sgt. Wuho... may Allah ease everything..

click2

wink..wink2...

nice..