click here!

Thursday, April 1, 2010

::BAHANA LA KAU NI!!::

ASSALAMUALAIKUM...
HALO FRENS....


ADAKAH TIKUS COMEL????
MAHU KAH ANDA MEMELIHARA TIKUS????
JAWAPAN:TIDAK~!!!!

Tikus merupakan sejenis species haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpulan yang dipanggil rodent. Kumpulan ini merupakan kumpulan haiwan mamalia kecil seperti mencit, cencurut, gerbil, mamut, tupai dan arnab.



Tikus juga dikenalpasti sebagai salah satu haiwan perosak yang sangat berpotensi sebagai pembawa pelbagai penyakit kepada manusia. Penularan ini boleh berlaku melalui gigitan, najis, kencing dan kutu yang terdapat pada tubuhnya.



Pencemaran yang dilakukan tikus terhadap makanan manusia melalui najis atau kencingnya, peralatan dapur dan perabot secara sentuhan mekanikal boleh menyebabkan timbulnya gejala penyakit.



Selain itu tikus juga boleh merosakkan hasil tanaman, harta benda, hasil ternakan dan kerosakkan pendawaian.
Jenis tikus yang paling banyak membawa musibah kepada manusia ialah spesies komensal, tikus rumah dan tikus ladang.

Tikus komensal merujuk kepada populasi tikus yang berkait rapat dengan kehidupan manusia seperti di bandar-bandar, kampung dan ladang.

Uniknya tikus ini ia mempunyai kesesuaian dan persamaan dengan persekitaran hidup manusia sehingga mereka boleh makan apa saja yang dimakan oleh manusia.

Mereka juga boleh hidup dalam keadaan fizikal yang kritikal iaitu dalam cuaca yang terlalu sejuk atau panas.

Di Malaysia spesies tikus yang paling kerap ditemuai di dalam, di persekitaran rumah atau kediaman manusia ialah tikus rumah (Rattus rattus diardii).

Selain itu terdapat banyak lagi species tikus yang ditemui di negara ini iaitu Rattus norvergicus (tikus norway), tikus rumah kecil (Mus musculus), tikus sawah (Rattus argentiventer), tikus kayu (Rattus tiomanicus) dan tikus burma (Rattus exculans).

Kadar pembiakkan tikus rumah sangat cepat di mana setiap tiga bulan ia berupaya menghasilkan 6 hingga 10 ekor setiap kali beranak.

Malah, anak-anak tikus menjadi matang dan boleh membiak dalam tempoh enam bulan. Bagaimanapun, tikus sangat sensitif terhadap cahaya, bau dan bunyi.

Sebaliknya, tikus gemarkan tempat yang gelap dan memiliki daya keseimbangan yang baik. Misai atau bulunya berfungsi sebagai panduan pada bau, suhu dan sensori semasa ia bergerak.

Tikus juga boleh hidup tanpa makanan selama seminggu, namun tanpa air ia hanya mampu bertahan tidak melebihi tiga hari.


Mengesan Kehadiran Tikus



# Najis

Ia merupakan tanda yang paling ketara untuk memastikan kehadiran tikus yang ditemui di laluannya dan tempat mendapat makanan. Najis yang baru biasanya basah, lembut dan berkilat. Manakala najis yang lama agak kusam, kering serta keras.


# Kesan Laluan

Tikus mempunyai kesan laluan tertentu kerana mereka sering menggunkan laluan yang sama apabila mencari makanan. Biasanya, kesan laluan tikus dalam rumah berwarna hitam berminyak dengan tanda kaki atau geselan badannya terutama di paip, lubang-lubang atau kayu. Bagaimanapun, tanda laluan ini tidak mudah hilang walaupun tikus ini tidak melalui jalan yang serupa. Tabiat tikus yang suka menggigit meninggalkan kesan gigitan pada benda yang digigitnya seperti bekas plastik, menyimpan guni dan lain-lain



# Kesan Gigitan



# Lubang atau Sarang Kediaman (Burrow)



Penyakit Yang Dibawa 

# Plague (Hawar)

Penyakit ini dijangkiti melalui kutu yang terdapat pada badan tikus (Xenopsylla cheopis) berupaya melompat dan bergantung pada bulu roma manusia. Bakteria yang terdapat pada kutu tersebut akan memasuki salur kelenjar limfa manusia. Antara tanda jangkitan tersebut ialah demam, pembengkakan pendarahan kelenjar limfa.


# Deman Berdarah dengan Sindrom Buah Pinggang

Penyakit ini berpunca daripada jangkitan virus (Hantavirus)yang terdapat dalam najis tikus yang tercemar. Virus ini akan menyebabkan kerosakkan buah pinggang di mana buah pinggang akan gagal berfungsi secara mendadak dan boleh mengakibatkan kematian sekiranya lewat dirawat.


Antara tanda jangkitan ini ialah:


1. Tekanan darah tinggi
2. Kaki membengkak
3. Penghasilan air kencing yang sedikit
4. Loya dan muntah
5. Muka menjadi sembab
6. Koma
7. Sawan
8. Kekeliruan mental


# Riketsia

Penyakit ini berlaku akibat jangkitan bakteria yang dipindahkan melalui melalui gigitan tungau yang terdapat pada badan tikus. Bakteria tersebut akan membiak dalam pembuluh darah manusia yang akan mengakibatkan pembuluh darah akan tersumbat serta berlakunya pendarahan. Kesannya sel-sel serta organ lain tidak menerima darah sepenuhnya dan fungsi organ akan terjejas akibat kekurangan oksigen. Antara organ yang terjejas teruk ialah jantung, paru-paru dan otak. Tanda-tandanya ialah demam, radang paru-paru, benkak kelenjar linfa, alahan dan kekeliruan mental.


# Leptospirosis

Tikus bertindak sebagai pembawanya di mana bakteria yang dipindahkan melalui makanan dan minuman tercemar oleh kencing atau najis boleh mengakibatkan penyakit ini. Bekteria akan memasuki badan manusia melalui luka atau calar pada kulit manusia terutamanya kepada pekerja yang berkerja di tapak pelupusan sampah, pelombong-pelombong, pelaut, penternak, pekerja rumah sembelihan dan pekerja di tempat sisa rawatan najis. Bakteria ini akan merosakkan salur pembuluh darah dan mengakibatkan pendarahan pada semua organ yang kaya dengan pembuluh darah seperti buah pinggang, hati, limpa, paru-paru dan sistem saraf. Antara tanda jangkit ini ialah kencing berdarah, pembengkakkan limpa dan hati, sakit saraf dan otot, demam panas yang kuat, menggigil serta loya dan muntah-muntah. Jika tidak dirawat segera ia boleh mengakibatkan kerosakkan hati, buah pinggang dan kematian.


# Demam Gigitan Tikus (rat bite fever)

Bakteria yang menyebabkan jangkitan penyakit ini masuk ke badan manusia melalui gigitan tikus, makanan yang tercemar dengan gigitan tikus dan dimakan oleh manusia. Antara penyakit ini ialah sakit kepala, sakit sendi dan bisa-bisa badan, demam panas dan kesejukkan, timbul ruam pada tangandan kaki serta bernanah di tempat gigitan. Pesakit boleh mengalami demam dan sakit sendi yang berlarutan serta komplikasi radang otot jantung jika tidak dirawat segera.


Pengawalan Tikus

Kejayaan mengawal tikus memerlukan kesungguhan, kepakaran kerjasama, pendidikan kesihatan dan penguatkuasa undang-undang.

Antara kaedah pengawalan tikus ialah:


# Alam Sekitar

Kebersihan seperti tempat pembuangan sampah, bekas sampah yang tertutup, mengawasi tempat pelupusan sampah, pengurusan yang cekap terhadap sistem pembentungan dan rawatan najis. 


# Mengumpan

Umpan memainkan peranan penting dalam memerangkap tikus tetapi pastikan umpan terbabit ialah makanan kebiasaan tikus. 


# Meracun

Keberkesanan kaedah ini bergantung pada kepekatan racun yang dicampur bersama umpan.


Memasang Perangkap

# Sebelum memasang perangkap, pastikan ia boleh berfungsi seperti yang dikehendaki.
# Gunakan umpan yang sesuai seperti keledek (kawasan rumah), pisang, kelapa bakar (kawasan kebun dan ikan kering).
# Pasang perangkap yang ada laluan tikus
# Pastikan umpan dipasang betul dan tidak terjatuh atau terlepas dari cangkuknya.
# Bagi perangkap diluar rumah, tandakan tempat dimana perangkap yang telah dipasang.
# Pastikan tiada benda yang menghalang pintu masuk perangkap.
# Jika tempat tersebut curam, pacakkan kayu pada perangkap tersebut bagi mengelakkan ia diheret oleh tikus yang terperangkap didalamnya.
# Elakkan pasang perangkap terlalu dekat antara satu perangkap dengan perangkap yang lain.
# Biarkan perangkap ditempat yang samaselama beberapa hari jika masih belum berhasil.
# Elakkan daripada mengalih atau mengubah perangkap terlalu cepat ke tempat lain.
# Jika boleh sentiasa gunakan umpan segar dan baru serta jenis yang sama setiap kali memasang perangkap.



PS: JUSTERU,PASTIKAN LA RUMAH ANDA BEBAS DARIPADA TIKUS....IANYA BANYAK MENGUNDANG KEBURUKAN DARI KEBAIKAN....BUSUK!!


CHIOW

click2

wink..wink2...

nice..