Tuesday, March 5, 2019

KPTM

Salam
hi

Setelah sekian lama aku tak menulis di blog ini. So hari ni memandangkan minggu ini adalah minggu study week untuk students aku. Jadi setelah selesai kerja-kerja. Aku ada masa luang. Hmm.. diam tak diam dah hampir 6 tahun aku jadi tenaga pengajar di KPTM. Banyak pahit manis kenangan aku dengan kptm ni. So sekarang bergelar tenaga pengajar di KPTM ni. Aku harus memikul amanah mendidik anak bangsa dengan baik. Memang banyak cabaran dan dugaannya. Tak sangka weh... bayang kan lah. since julai 2013 till now. lama kan..? diam tak diam.

Ingat lagi zaman habis spm dulu. masa tu aku kecelaruan identiti lah nak masuk mana kan. So punya la cari tempat belajar sambil2 tu nervous jugak tak dapat UPU. So sebagai backup aku apply jugak KPTM KL masa tu. Kos accounting di KPTM KL. Wah.. sebab kenapa aku pilih untuk KPTM KL adalah masa tu aku baca KPTM atau Kolej Polytech Mara ni merupakan satu kolej yang terbaik juga jika nak dibandingkan dengan kolej-kolej swasta yang lain. Dari segi yuran dan kepakaran pun aku memang memilih Kolej Polytech Mara. Bkn aku nak angkat KPTM ni ok. bukan... ini yang aku cerita ni adalah pandangan aku terhadap kptm pada zaman aku habis SPM. Dan ya... aku apply untuk masuk kptm masa tu. masa dapat tawaran memang aku happy sangat since dia dekat dengan rumah, keadaan pembelajaran yang bagi aku setaraf dengan UITM. tetapi sangat memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM yang sememangnya kurang bernasib baik dalam SPM. Tapi masa result UPU keluar aku dapat masuk Matrik. Jadi nya takda lah jodoh aku dengan KPTM kl yang sekarang ni dah jadi KUPTMKL. 

Tapi sebab jodoh tu masih ada. Sekarang aku jadi tenaga pengajar di KPTM. Alhamdulillah!

Kenapa masuk KPTM tu lebih bagus berbanding dengan Kolej lain.? bagi aku untuk pemilihan Kolej selepas belajar memang aku nak cari kolej yang diiktiraf lah kan. So memang kptm ni semua kos yang ada memang diiktiraf oleh kementerian. Banyak kot tatacara MQA la apa semua yang kami memang kena follow. Second penting adalah pembiayaan. Untuk pelajar KPTM mereka ada chance untuk membuat permohonan pinjaman MARA. So jangan tak tau.. MARA sangat banyak benefit nya jika nak dibandingkan dengan PTPTN. Siap dapat elaun sara diri lagi okeh. Yuran KPTM pun bagi aku sangat affordable jika nak dibandingkan dengan kolej-kolej luar yang lain. Pensyarah juga, sangat baik2. Sangat friendly dan sangat membantu. 

Hm... tak tahu kenapa aku nak cerita pasal KPTM hari ni. Tapi sirius. kalau orang tanya aku selain dari universiti awam. Aku sangat suggest mereka-mereka yang ingin menyambung pelajaran di peringkat diploma untuk terus sambung di KPTM kerana KPTM merupakan satu kolej yang terbaik buat student melayu, cina atau pun india. Okeh. Kalau nak tau dengan lebih lanjut. Boleh terus comment bawah ni. aku sedia membantu korang. 

Sebab aku kesian tenguk pelajar SPM yang kadang kala tak tahu mana nak bawa hidup mereka selepas SPM. So apa korang nak buat... jom lah masuk KPTM. 

Okeh dah bai.

5 comments:

ejulz said...

terbaek. semoga dipermudahkan urusan :)

Anonymous said...

assalm puan , pada tahun 2021 masih ade mara ke untuk pelajar yang nak mohon master ?

Anonymous said...

assalm puan , pada tahun 2021 masih ade ke pinjaman mara untuk pelajar yang mohon master ?

Unknown said...

Elaun Sara diri untuk student berapa ya sebulan?

Cmyla said...

Puan boleh share pengalaman nk jadi pensyarah bwk kptm? Klu bljr di kptm berkemungkinan besar ke dpt jadi pensyarah di kptm ? Terima kasih ^^

COVID lagi....