Showing posts with label ::luahan::. Show all posts
Showing posts with label ::luahan::. Show all posts

Wednesday, June 2, 2021

Nikmat yang hilang

 Assalamualaikum,

Aku baru habis class hari ni. Dah nak masuk dua tahun bagi aku menjalani pengajaran secara online. Dah menjadi biasa rasanya. Tapi..... rindunya lahhai nak class secara bersemuka macam dulu. Mengajar di dalam class buat aktiviti dan bergelak ketawa dengan students. I miss u all of my ex students!! Kali terakhir ada class secara bersemuka adalah di november 2019 yang lalu. Habis saja semester tu terus naik PKP 1.0. And now kita dah di PKP3.0. So sad. 

Aku selalu duduk berfikir bagaimana dengan masa hadapan. Adakah kita akan terus dengan online untuk semua perkara? Tiada lagi bersemuka dengan orang-orang tersayang. Bersemuka dan merasai kehidupan normal macam dulu. Terlalu jauh rasanya nak dapat semula kehidupan yang terdahulu. Selalu juga aku fikir tentang nasib-nasib students aku yang bakal habis pelajar dengan class online. Mana hala tuju mereka. Aku doa kan mereka murah rezeki dan cepat dapat kerja selepas habis belajar nanti. Memang agak mencabar zaman sekarang.

Pernah aku berbual dengan makcik aku. Tentang covid dan lain-lain. Dia bercakap tentang nikmat. Banyak nikmat yang telah ditarik oleh Allah. Sekecil-kecil nikmat senyuman. Senyuman itu sedekah. Namun, sekecil nikmat sedekah dengan senyuman pun kita tak boleh buat. Sebab? Kita semua pakai face mask. Kalau senyum pun orang tak nampak. Makcik aku cakap. Waktu ini bukanlah waktu yang paling sukar. Tetapi ini adalah titik permulaan untuk hidup yang lebih sukar. Aku termenung. Terbayang wajah anak-anak aku yang masih terlalu mentah. Panjang lagi perjalanan mereka. Kalau sekarang pun dah sesukar ini. Bagaimana zaman akan datang. 20 tahun lagi. Masih adakah 20 tahun untuk kita semua dan aku?

Aku tepuk bahu. Bangun. Teruskan perjalanan. Didik students aku jadi orang yang boleh memberi manfaat. Didik anak-anak aku untuk jadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Teruskan perjalanan menuju Nya. 

......

Friday, November 30, 2012

perjalanan

salam
hai


bersendirian di rumah. aku ambil cuti hari ini. yap, plan untuk cuba key in kan semua survey yang hidup segan mati tak mahu ini. survey ni kena kutuk. tapi aku still.... buat muka sardin, cap marina. lepas tu aku stop dari distribute dia, dan buat-buat pandai sebab malas nak pikir.

aku done dengan 17 minggu of intern. bermakna ada lagi lebih kurang 3 minggu. otak memang tak boleh focus kepada pekerjaan since too many things to do. yup, aku kena cover task-task yang diberi oleh mereka di office. kehendak chairman office yang memang nak aku buat-buat siapkan scrapt book with all articles yang mereka collect. yes, i think it's ridiculous. tapi kalau itu kehendak mereka. aku turutkan.

aku akan merindui semua saat aku di sana. yaps, aku rasa ini merupakan kenangan terbaik, terindah and... paling bermakna. because, it woke me up! bangun dari mimpi dan angan mat jenin. hidup dengan realiti dan hadapi segalanya sendiri. and after 4 months, aku sedar aku macam lebih lain dari dahulu. mungkin orang lain tak aware tentang itu. but, aku tahu dimana aku. ah. apa lah aku merepek. 

banyak aku belajar. kadang-kadang kita mengenali musuh kita untuk dijadikan kawan sekepala. yap, itu juga berlaku. dan sebaliknya, kawan sekepala kita bogelkan kerana mereka sebenarnya musuh kita. ya aku belajar itu. hidup ini persaingan. yang bodoh di arena persaingan kau akan tinggal jauh-jauh. sampailah kau paham politik bersaing. and, the best is, belajar mengipas pungkok bos!

ini bukan pengakhiran. aku baru saja mulakan perjalanan aku yang cukup panjang.....



chiow

Wednesday, September 12, 2012

;(

assalamualaikum
hai

hm. cannot think. ahai. i'm too paranoid. yups. baik tak payah sibuk-sibuk jadi tukang telek.... ok.. just enjoy to be me...;)


love nonasanjanaaziz

Wednesday, December 8, 2010

what cancer cannot do

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS




dear me...






so....be strong....you must be strong!!!!






chiow

Sunday, June 6, 2010

::SAYA TAK FIKIR::

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS




Saye baru sahaja pulang dari kampung. mungkin saye penat. beri komitmen pada kenduri kendara. kenduri itu sangat memenat kan. bagaimana kah waktu saya berkahwin nanti. saye mulai berfikir. mungkin kalo rezeki saya murah, segalanya akan dipermudah kan. kan? amin~


saya tak la excited sangat berkenaan dia. mungkin juga lebih kepada kecewa dari excited. haha. kenapa? ya. saya tahu saya dah letak kan sesuatu pada tempat yang salah. tapi saya terima la. dan saya dah pun berhenti berharap. haha. nothing yang boleh membahagia kan hati saya saat ini melain kan kalau tiba-tiba dia tegur saya. pasti lah tidak mungkin ok. but i'm really happy coz dapat jumpa ramai cousin tadi.


seronok eh suasana kenduri nih. kejap-kejap dengar pakcik-pakcik gelak kuat-kuat "kahkahkah" haha... kelakar pun ada. kejap-kejap dengar kanak-kanak jerit-jerit. berlari ke sana ke mari. huh~ nice situation. tapi tak boleh amal kan selalu. nanti sakit jantung pula. haha. tengok sepupu sepapat yang sama-sama main buaian dekat kampung dulu, semua nya dah besar-besar. and of course la weh. aku pun dah 23 tahun okeh. 


saya tak tahu la. punya la saya takda mood. sampai kan saya rasa message dari nya tiada la berbahagia mana pun. kesian dia ya. malang kot dapat saya sebagai buah hati nya.......... banyak yang saya pelajari. saya rasa saya lain........................








p/s: saya mahu dia.




chiow

Tuesday, May 25, 2010

KOSONG

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS....




Angin bertiup sepoi-sepoi malam ini... sesekali ada rasa panas menampar kulit aku.. memang pemanasan global berlaku secara berleluasa... aku meniti tangga demi tangga sampai aku ke bawah rumah aku.... gelap di tempat kereta.. sayup-sayup aku dengar suara imam mengimamkan sembahyang isya'  malam ini... lama... sungguh lama aku tidak kesana... sibuk?? tidak. tapi aku sendiri pun tidak tahu mengapa aku tidak ke sana....


terkadang aku sendiri malu pada alam persekitaranku.. hidup aku tak macam orang lain. bukan aku tak menginginkan hidup macam orang lain tapi keadaan dan waktu menentukan aku adalah aku. aku adalah aku yang memang tidak mungkin akan menjadi orang lain pun.. aku menghela nafas panjang. tujuan aku turun malam ini hanya la ingin mengambil angin setelah seharian aku tidak keluar dari rumah. kosong. hidup aku kosong.


setiap hari adalah detik baru buat aku. aku cuba untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku. tetapi keadaan sekeliling tidak pernah membiarkan aku. malah memaksa aku supaya terus hidup statik mengharungi liku-liku hidup dalam keadaan yang sangat kosong. mungkin itu takdir. takdir? apa maksud takdir sebenarnya??


aku menghidup kan enjin kereta. kereta aku pacu. dipersimpangan rumah aku. kereta bersusun rapi. mereka semua masih lagi mengharungi jalan yang sesak sebelum dapat tiba dirumah masing-masing. penat.Photobucket aku tahu mereka penat kerana telah seharian menghadapi kerja yang penuh dengan segala macam cabaran. tapi aku?duduk saja. menantiPhotobucket sesuatu tanpa apa cabaran sekali pun..


rasa ingin aku pergi jauh. pergi dari hidup ini. mencari hidup baru. hidup yang mungkin memberi cahaya pada diri aku...... namun.. aku masih lagi tidak berdaya...masih belum pasti pada diri yang masih mencari sinar....




mengapa aku?mengapa??hmmmmmmm....Photobucket

COVID lagi....