click here!

Thursday, August 16, 2018

Alhamdulillah

Salam
Hai

Setelah sekian lama aku start kerja balik. Nak masuk dua bulan dah. Berkejar-kejar untuk semua benda back to back. Lepas tu gelabah la nak kena pasti kan itu ini. And hari ni rasa release sikit sebab macam banyak benda dah setel.

Dan dalam masa ini. Aku nak sangat2 menyatakan syukur yang tinggi ya amat sebab melalui fasa hidup yang terdahulu. So now banyak benda aku dah belajar daripada semua ini.

Apa2 pun aku akan update bagaimana aku deal dengan kemurungan aku pada hari yang terdahulu. Ok lah. Bai.

Friday, June 8, 2018

murung

salam
hai

aku termenong. dalam 2 3 minggu yang masih murung. entah mana pergi semangat aku. macam orang hilang anak. aku masih lagi. menanti jawapan yang belum pasti. sibuk aku kenang kan. dan bertanya tanpa henti mengapa aku? mana silapnya? namun jawapan berlalu mengikut angin tanpa singgah sikit pun.

aku bertanya lagi pada tuhan. mengapa aku? mana silapnya? banyak aku baca pada quotes yang lalu di insta mahupun fb, dugaan itu datang untuk kemanisan masa depan. Allah duga kita kerana Allah sayang kita. aku reda seketika. tapi Allah, tak tertanggung rasanya down macam ini. aku tak sekuat yang semua orang fikirkan.

aku selalu berharap. semuga hari2 ini berlalu dengan pantas dan lekas2 matahari menyinar aku semula. aku tak mahu tanya lagi mengapa aku. teruk benar rindu aku pada masa lampau aku. teruk benar rindu aku pada kebiasaan aku. teruk benar rindu aku pada nikmat aku yang dahulu. aku tahu di masa lalu aku selalu tidak bersyukur. sekarang aku pinta pohon dan mahukannya sangat2. semuga aku kuat.

pelangi... muncul la kembali. biar aku boleh hidup kuat macam dahulu. amin. bai.

Thursday, May 3, 2018

kisah pelangi

salam
hai

hidup aku tengah merudum sekarang. perasaan teruk. macam di dalam gua. rasa semua menghimpit2. rasa semua datang memerangi. sampai satu tahap kadang memang tak tertanggung. aku pandang langit.

siang tadi dalam kereta, mak bercakap dengan aku. topic dia ikot tema, politik dan pilihan raya. senak otak aku dengar. kisah parti yang teraniaya oleh parti yang satu lagi. tiada telusnya dalam pencalona n. menganiaya orang lain. emosi betul aku saat tu. rasa nak menangis. last2 aku kata pada mak. biarlah diorang. ayat mudah supaya aku kuat.

sebenarnya aku teringat. kisah yang buat aku tersungkur sekarang. sama seperti kisah parti tadi. politik. politik jijik. semua kerana hasad aniaya orang pada aku. aku? masih belum move on dan belum redha. belum ok lagi. masih down dan mencari kekuatan untuk bangun. yang entah bila. aku rindu semangat aku yang dulu.

kuat dan tak mengalah. makin tua makin cepat mengalah pula aku. aku pandang langit. belum nampak bintang. belum ada awan. belum ada pelangi. aku harap pelangi akan datang dekat dua tiga hari lagi. aku masih menanti. menanti pelangi menyapa aku.....

bai.

Thursday, April 5, 2018

bucu

salam
hi

lama nya lah aku tak tulis apa2 di blog. tah la 3 bulan yang sangat pack sampai nk fikir tentang diri sendiri pun tak sempat. mood aku kurang bagus hari ini. entah la.. breakdown lagi. kali ni lebih teruk dari yang sudah2.

usia aisyah dah akan masuk 3 bulan next week. usia cuti aku juga sudah masuk 3 bulan. rindu betul aku dengan pekerjaan aku. rindu dengan semua yang telah pergi. 😂 dis week usia perkahwinan genap 1 tahun. dan pada 1 tahun ini dugaan kehidupan aku juga sama naik hebatnya. aku sorang2 yang menahan rasa apa yang rasa tentang loser nya diri aku. ingat lepas dah setel semua impian masalah akan selesai tetapi makin tinggi pula level dugaan dia.

aku duduk buaikan anak. pandang muka dia dalam2. hikmah dia banyak pun sebenarnya. tapi aku ambil masa untuk adapt dan aku perlu seseorang untuk beri aku kekuatan. tapi buat masa ini aku diri aku yang duduk menguatkan diri. entah sampai bila aku mampu bertahan.

menangis di tepi bucu.😢

click2

wink..wink2...

nice..