click here!

Wednesday, December 8, 2010

what cancer cannot do

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS




dear me...






so....be strong....you must be strong!!!!






chiow

Tuesday, November 23, 2010

spm menggamit ku pulang semesta...;))

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS


Hm.... aku tak pasti today ke first paper untuk spm or semalam lagi... but my anak saudara punya punya start today... so good luck for her... hm... may ALLah Bless U dear..... buat yang terbaik... kepada semua candidates juga... buat yang sehabis baik... jangan berputus asa okeh...baca lah doa banyak-banyak moga dipermudahkan...;))






spm memang sangat penting.. ini lah penentu masa depan before kita kerja atau nak sambung mana-mana pun.. teringat pulak zaman-zaman ambil spm dulu... huh... keluarga jauh.... al maklum la duduk di asrama kan... kat pahang pulak tuh... hm... tiba-tiba rasa macam nak homesick pulak bila kenang-kenang zaman lampau ni.. hahaha.. pastu subject tak la susah sebenarnya.. tapi memandang kan time tuh masih kanak-kanak dan tak berapa pandai untuk focus sangat so rasa macam sangat lah susah nak-nak subject yang macam fizik,kimia an add math... huwaaa-huwaaa.. menangis-menangis belajar....


so sebagai result nya tak lah gempak mana pun.... jadi terumbang-ambing lah hidup sementara... hahaha.... but now... mungkin ianya lebeh better dari yang sudah-sudah... ALLAH itu adil kan... mesti bagi hamba nya rasa yang terbaik jugak... so.. pokok nya usaha lah... berusaha... jangan lah kita malas berusaha....


menyebut tentang spm dan kenangan... buat aku rindu kepada anda semua EXTREMERS!!SEMESTARIAN.....!!! miss u all damn much!! huh~~;)) 


so sebagai konklusi nya.. saya di sini ingin merakam kan.... ucapan GOOD LUCK.. untuk calon spm... semoga anda semua berjaya dan dapat result-result yang gempak okeh....;))) chaiyok....






chiow

Thursday, July 29, 2010

broga hill


ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS....



huh~... keadaan yang sangat la menguji dan mencabar saya.... tahu kenapa??


weekend yang lalu... saya serta rakan-rakan seperjuangan telah menawan broga hill... wahahaha.. fine.. rendah je? of kos la..kalau dah tinggi macam gunung tahan pasti nya saya takkan sampai ke sana kan?? hihihi tapi... kesakitan di peha masih segar terasa... sakit GILE!!!! huh~ bila la kesakitan ini akan pergi jauh dari hidup ku... hahaha... ase macam kurus sikit... hahahaha takda maknanya....




oke...... lihat la gambar-gambar berkenaan......










memang pancit gila ketika memanjat nya.. tapi seronok oke......sesiapa yang belum ke sana... sila la... rasai lah kseseronokan treking itu.... 4.3 km??yeke saya telah berjalan 4.3 km secara mendaki?mcm tak percaya.....




anda akan rasa puas apabila tiba di puncak nya....;)




selepas itu kami terus kan perjalanan ke jelebu.... makan durian dan mandi di jeram toi......


what a nice weekend we have...!!! hidup yang sangat bergunung ganang.....;)


















p/s: ujung minggu ni saya masih ada aktiviti yang agak mencabar lagi...;)

Tuesday, July 13, 2010

saya masih boleh berbasikal??

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS.....




huh~ halo.... sudah lama juga tidak menulis disini atau pon disitu...


 Jumaat yang lalu..... saya dan rakan-rakan pergi ke s.alam?? motiv? masih berada dalam tanda tanya...ahahaha.... ke bukit cerakah?? tahu?? kunun bunyi nya macam sangat seronok dan happening sampai menjadi sangat la excited untuk kesana....




setelah tiba... kami hanya terdiam..... makan karipap dan juga minum air mineral..... huhuhuh... dah la macam sesat kat s.alam.... apa la s.alam.... asek sahaja saya tersesat jikalau mahu kesana......hihihi...... okeh.... masa kami sampai tu waktu dah tengah hari.. orang yang tukang bawak bas tu pun macam dah nak gi semayang jumaat.. makanya tiada la bas untuk membawa kami ke sana.....


so kunun kami nak la jalan kaki....WTH.... nak jalan kaki.. memang la lambat.. tapi macam saya tak yakin saya boleh menunggang basikal... hahahaha last masa umur saya 12 tahun... boleh ke???




wahahaha..... naik gak... mendaki bukit... cyes pancit... namun......... seronok....!! tak sangka masih pandai mengayuh lagi..... umah 4 musim la musim panas............ wth...!! hahaha tapi kami masuk gak la... alang2 dah sampai kan..... so...... masa turun takda masalah..sangat laju oke.... hahahahaha


kesimpulannya.... seronok!!~!!!!








chiow

Sunday, June 6, 2010

::SAYA TAK FIKIR::

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS




Saye baru sahaja pulang dari kampung. mungkin saye penat. beri komitmen pada kenduri kendara. kenduri itu sangat memenat kan. bagaimana kah waktu saya berkahwin nanti. saye mulai berfikir. mungkin kalo rezeki saya murah, segalanya akan dipermudah kan. kan? amin~


saya tak la excited sangat berkenaan dia. mungkin juga lebih kepada kecewa dari excited. haha. kenapa? ya. saya tahu saya dah letak kan sesuatu pada tempat yang salah. tapi saya terima la. dan saya dah pun berhenti berharap. haha. nothing yang boleh membahagia kan hati saya saat ini melain kan kalau tiba-tiba dia tegur saya. pasti lah tidak mungkin ok. but i'm really happy coz dapat jumpa ramai cousin tadi.


seronok eh suasana kenduri nih. kejap-kejap dengar pakcik-pakcik gelak kuat-kuat "kahkahkah" haha... kelakar pun ada. kejap-kejap dengar kanak-kanak jerit-jerit. berlari ke sana ke mari. huh~ nice situation. tapi tak boleh amal kan selalu. nanti sakit jantung pula. haha. tengok sepupu sepapat yang sama-sama main buaian dekat kampung dulu, semua nya dah besar-besar. and of course la weh. aku pun dah 23 tahun okeh. 


saya tak tahu la. punya la saya takda mood. sampai kan saya rasa message dari nya tiada la berbahagia mana pun. kesian dia ya. malang kot dapat saya sebagai buah hati nya.......... banyak yang saya pelajari. saya rasa saya lain........................








p/s: saya mahu dia.




chiow

Wednesday, May 26, 2010

::TOMBOYISH?::

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS...


HUH~ saya ingin tergelak..atau pun mungkin sampai terguling. ini semua disebab kan saya berbual dengan kawan lama saya Deleilah nama nya. sungguh lama oke kami tidak bertegur sapa. tapi dengan ada nya fesbuk hubungan kami terjalin kembali....terima kasih fesbuk!


kawan sekolah rendah oke... kami anak murid guru yang paling kelakar tapi garang.. Encik Mat Ali Mohamed...


borak punya borak tup-tup Deleilah pun keluar kan statement...





kih2..rasa nak gelak la... "dulu kan mcm tomboyish" hahaha.. aku tomboyish??kelakar kan....

dah nama pun zaman kanak-kanak kot mesti lah kan.. tapi kan.. aku tak nafi kan pun aku memang lebih cenderung ke lelaki semasa masih kecil.. kerana apa? aku hanya ada satu kawan yang pertama.. iaitu abang aku.. so no wonder lah aku akan suka macam lelaki... but after aku sekolah and ada kawan perempuan aku macam biasa je.. suka je main masak-masak semua...

mungkin aku lasak.. tapi bila dah besar ni langsung tak lasak.. but still aku memang tak pandai melawa dan bermanja-manjaan seperti wanita lain... aku kan brutel dan roxxxk..hahaha..

pape pun Deleilah.... kita mesti gather one day oke.......but aku malu la.. kau macam cun-cun jeh....(perlu ke??)




chiow

Tuesday, May 25, 2010

KOSONG

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS....




Angin bertiup sepoi-sepoi malam ini... sesekali ada rasa panas menampar kulit aku.. memang pemanasan global berlaku secara berleluasa... aku meniti tangga demi tangga sampai aku ke bawah rumah aku.... gelap di tempat kereta.. sayup-sayup aku dengar suara imam mengimamkan sembahyang isya'  malam ini... lama... sungguh lama aku tidak kesana... sibuk?? tidak. tapi aku sendiri pun tidak tahu mengapa aku tidak ke sana....


terkadang aku sendiri malu pada alam persekitaranku.. hidup aku tak macam orang lain. bukan aku tak menginginkan hidup macam orang lain tapi keadaan dan waktu menentukan aku adalah aku. aku adalah aku yang memang tidak mungkin akan menjadi orang lain pun.. aku menghela nafas panjang. tujuan aku turun malam ini hanya la ingin mengambil angin setelah seharian aku tidak keluar dari rumah. kosong. hidup aku kosong.


setiap hari adalah detik baru buat aku. aku cuba untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku. tetapi keadaan sekeliling tidak pernah membiarkan aku. malah memaksa aku supaya terus hidup statik mengharungi liku-liku hidup dalam keadaan yang sangat kosong. mungkin itu takdir. takdir? apa maksud takdir sebenarnya??


aku menghidup kan enjin kereta. kereta aku pacu. dipersimpangan rumah aku. kereta bersusun rapi. mereka semua masih lagi mengharungi jalan yang sesak sebelum dapat tiba dirumah masing-masing. penat.Photobucket aku tahu mereka penat kerana telah seharian menghadapi kerja yang penuh dengan segala macam cabaran. tapi aku?duduk saja. menantiPhotobucket sesuatu tanpa apa cabaran sekali pun..


rasa ingin aku pergi jauh. pergi dari hidup ini. mencari hidup baru. hidup yang mungkin memberi cahaya pada diri aku...... namun.. aku masih lagi tidak berdaya...masih belum pasti pada diri yang masih mencari sinar....




mengapa aku?mengapa??hmmmmmmm....Photobucket

Thursday, April 1, 2010

::BAHANA LA KAU NI!!::

ASSALAMUALAIKUM...
HALO FRENS....


ADAKAH TIKUS COMEL????
MAHU KAH ANDA MEMELIHARA TIKUS????
JAWAPAN:TIDAK~!!!!

Tikus merupakan sejenis species haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpulan yang dipanggil rodent. Kumpulan ini merupakan kumpulan haiwan mamalia kecil seperti mencit, cencurut, gerbil, mamut, tupai dan arnab.



Tikus juga dikenalpasti sebagai salah satu haiwan perosak yang sangat berpotensi sebagai pembawa pelbagai penyakit kepada manusia. Penularan ini boleh berlaku melalui gigitan, najis, kencing dan kutu yang terdapat pada tubuhnya.



Pencemaran yang dilakukan tikus terhadap makanan manusia melalui najis atau kencingnya, peralatan dapur dan perabot secara sentuhan mekanikal boleh menyebabkan timbulnya gejala penyakit.



Selain itu tikus juga boleh merosakkan hasil tanaman, harta benda, hasil ternakan dan kerosakkan pendawaian.
Jenis tikus yang paling banyak membawa musibah kepada manusia ialah spesies komensal, tikus rumah dan tikus ladang.

Tikus komensal merujuk kepada populasi tikus yang berkait rapat dengan kehidupan manusia seperti di bandar-bandar, kampung dan ladang.

Uniknya tikus ini ia mempunyai kesesuaian dan persamaan dengan persekitaran hidup manusia sehingga mereka boleh makan apa saja yang dimakan oleh manusia.

Mereka juga boleh hidup dalam keadaan fizikal yang kritikal iaitu dalam cuaca yang terlalu sejuk atau panas.

Di Malaysia spesies tikus yang paling kerap ditemuai di dalam, di persekitaran rumah atau kediaman manusia ialah tikus rumah (Rattus rattus diardii).

Selain itu terdapat banyak lagi species tikus yang ditemui di negara ini iaitu Rattus norvergicus (tikus norway), tikus rumah kecil (Mus musculus), tikus sawah (Rattus argentiventer), tikus kayu (Rattus tiomanicus) dan tikus burma (Rattus exculans).

Kadar pembiakkan tikus rumah sangat cepat di mana setiap tiga bulan ia berupaya menghasilkan 6 hingga 10 ekor setiap kali beranak.

Malah, anak-anak tikus menjadi matang dan boleh membiak dalam tempoh enam bulan. Bagaimanapun, tikus sangat sensitif terhadap cahaya, bau dan bunyi.

Sebaliknya, tikus gemarkan tempat yang gelap dan memiliki daya keseimbangan yang baik. Misai atau bulunya berfungsi sebagai panduan pada bau, suhu dan sensori semasa ia bergerak.

Tikus juga boleh hidup tanpa makanan selama seminggu, namun tanpa air ia hanya mampu bertahan tidak melebihi tiga hari.


Mengesan Kehadiran Tikus



# Najis

Ia merupakan tanda yang paling ketara untuk memastikan kehadiran tikus yang ditemui di laluannya dan tempat mendapat makanan. Najis yang baru biasanya basah, lembut dan berkilat. Manakala najis yang lama agak kusam, kering serta keras.


# Kesan Laluan

Tikus mempunyai kesan laluan tertentu kerana mereka sering menggunkan laluan yang sama apabila mencari makanan. Biasanya, kesan laluan tikus dalam rumah berwarna hitam berminyak dengan tanda kaki atau geselan badannya terutama di paip, lubang-lubang atau kayu. Bagaimanapun, tanda laluan ini tidak mudah hilang walaupun tikus ini tidak melalui jalan yang serupa. Tabiat tikus yang suka menggigit meninggalkan kesan gigitan pada benda yang digigitnya seperti bekas plastik, menyimpan guni dan lain-lain



# Kesan Gigitan



# Lubang atau Sarang Kediaman (Burrow)



Penyakit Yang Dibawa 

# Plague (Hawar)

Penyakit ini dijangkiti melalui kutu yang terdapat pada badan tikus (Xenopsylla cheopis) berupaya melompat dan bergantung pada bulu roma manusia. Bakteria yang terdapat pada kutu tersebut akan memasuki salur kelenjar limfa manusia. Antara tanda jangkitan tersebut ialah demam, pembengkakan pendarahan kelenjar limfa.


# Deman Berdarah dengan Sindrom Buah Pinggang

Penyakit ini berpunca daripada jangkitan virus (Hantavirus)yang terdapat dalam najis tikus yang tercemar. Virus ini akan menyebabkan kerosakkan buah pinggang di mana buah pinggang akan gagal berfungsi secara mendadak dan boleh mengakibatkan kematian sekiranya lewat dirawat.


Antara tanda jangkitan ini ialah:


1. Tekanan darah tinggi
2. Kaki membengkak
3. Penghasilan air kencing yang sedikit
4. Loya dan muntah
5. Muka menjadi sembab
6. Koma
7. Sawan
8. Kekeliruan mental


# Riketsia

Penyakit ini berlaku akibat jangkitan bakteria yang dipindahkan melalui melalui gigitan tungau yang terdapat pada badan tikus. Bakteria tersebut akan membiak dalam pembuluh darah manusia yang akan mengakibatkan pembuluh darah akan tersumbat serta berlakunya pendarahan. Kesannya sel-sel serta organ lain tidak menerima darah sepenuhnya dan fungsi organ akan terjejas akibat kekurangan oksigen. Antara organ yang terjejas teruk ialah jantung, paru-paru dan otak. Tanda-tandanya ialah demam, radang paru-paru, benkak kelenjar linfa, alahan dan kekeliruan mental.


# Leptospirosis

Tikus bertindak sebagai pembawanya di mana bakteria yang dipindahkan melalui makanan dan minuman tercemar oleh kencing atau najis boleh mengakibatkan penyakit ini. Bekteria akan memasuki badan manusia melalui luka atau calar pada kulit manusia terutamanya kepada pekerja yang berkerja di tapak pelupusan sampah, pelombong-pelombong, pelaut, penternak, pekerja rumah sembelihan dan pekerja di tempat sisa rawatan najis. Bakteria ini akan merosakkan salur pembuluh darah dan mengakibatkan pendarahan pada semua organ yang kaya dengan pembuluh darah seperti buah pinggang, hati, limpa, paru-paru dan sistem saraf. Antara tanda jangkit ini ialah kencing berdarah, pembengkakkan limpa dan hati, sakit saraf dan otot, demam panas yang kuat, menggigil serta loya dan muntah-muntah. Jika tidak dirawat segera ia boleh mengakibatkan kerosakkan hati, buah pinggang dan kematian.


# Demam Gigitan Tikus (rat bite fever)

Bakteria yang menyebabkan jangkitan penyakit ini masuk ke badan manusia melalui gigitan tikus, makanan yang tercemar dengan gigitan tikus dan dimakan oleh manusia. Antara penyakit ini ialah sakit kepala, sakit sendi dan bisa-bisa badan, demam panas dan kesejukkan, timbul ruam pada tangandan kaki serta bernanah di tempat gigitan. Pesakit boleh mengalami demam dan sakit sendi yang berlarutan serta komplikasi radang otot jantung jika tidak dirawat segera.


Pengawalan Tikus

Kejayaan mengawal tikus memerlukan kesungguhan, kepakaran kerjasama, pendidikan kesihatan dan penguatkuasa undang-undang.

Antara kaedah pengawalan tikus ialah:


# Alam Sekitar

Kebersihan seperti tempat pembuangan sampah, bekas sampah yang tertutup, mengawasi tempat pelupusan sampah, pengurusan yang cekap terhadap sistem pembentungan dan rawatan najis. 


# Mengumpan

Umpan memainkan peranan penting dalam memerangkap tikus tetapi pastikan umpan terbabit ialah makanan kebiasaan tikus. 


# Meracun

Keberkesanan kaedah ini bergantung pada kepekatan racun yang dicampur bersama umpan.


Memasang Perangkap

# Sebelum memasang perangkap, pastikan ia boleh berfungsi seperti yang dikehendaki.
# Gunakan umpan yang sesuai seperti keledek (kawasan rumah), pisang, kelapa bakar (kawasan kebun dan ikan kering).
# Pasang perangkap yang ada laluan tikus
# Pastikan umpan dipasang betul dan tidak terjatuh atau terlepas dari cangkuknya.
# Bagi perangkap diluar rumah, tandakan tempat dimana perangkap yang telah dipasang.
# Pastikan tiada benda yang menghalang pintu masuk perangkap.
# Jika tempat tersebut curam, pacakkan kayu pada perangkap tersebut bagi mengelakkan ia diheret oleh tikus yang terperangkap didalamnya.
# Elakkan pasang perangkap terlalu dekat antara satu perangkap dengan perangkap yang lain.
# Biarkan perangkap ditempat yang samaselama beberapa hari jika masih belum berhasil.
# Elakkan daripada mengalih atau mengubah perangkap terlalu cepat ke tempat lain.
# Jika boleh sentiasa gunakan umpan segar dan baru serta jenis yang sama setiap kali memasang perangkap.



PS: JUSTERU,PASTIKAN LA RUMAH ANDA BEBAS DARIPADA TIKUS....IANYA BANYAK MENGUNDANG KEBURUKAN DARI KEBAIKAN....BUSUK!!


CHIOW

click2

wink..wink2...

nice..