Showing posts with label ::rasa::. Show all posts
Showing posts with label ::rasa::. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

diary

salam
hai

aku memang suka menulis. dari kecil lagi. penulisan mudah yang aku paling suka nak tulis ialah diary. wahaha. gila hot stuff la diary mak jemah. tapi, dalam dua tiga tahun lepas aku ada simpan lagi diary-diary usang aku dari kecil. zaman-zaman yang nak tulis, hari ini kena marah. hari ini nampak dia. macam-macam. nama pun zaman kanak-kanak rebina.

dan biasanya diary haruslah disorok supaya tak dibaca oleh pihak musuk seperti Aus. nanti confirm dia bahan aku macam dah takda bahan lain lagi dalam dunia.;) kelakar. ending dia, semua diary-diary tu memang dah kena buang since bila aku baca aku rasa, hoit bapak tak matang aku masa kecik-kecik.

sampai besar pun. bila tulis blog dengan emosi kadang-kadang tak bertapis. dan, tak pernah mengharapkan sesiapa untuk terbaca atau pun apa. ayat mudah dia. aku menulis bukan untuk minta simpati. it really come from my heart. jelas.

Sunday, November 25, 2012

project paper

salam
hai

kaki menggigil-gigil. lutut terasa lemah. ah. penipuan. takda gigil-gigil semua tu. tapi sirius. dalam hati macam reput. rapuh. dan sebagainya. bila tengok semua makhluk praktikal yang buat projek paper dah mula distribute survey mereka? aku? leka. dah siap questionaire lama. tapi aku masih tak betul and decide for final draft.

natijahnya. hari ini. kena lah bangkit awal. mandi awal dan.. breakfast awal. sebab, nak siapkan jugak semua and berlumba-lumba untuk distribute semua questionaire yang 234 tu. woah. lepas ni kalau aku mati jangan pelik.;) hm.. kenapa lah kena layan semua perkara begini.

haha. tapi dari pagi membawak ke saat ini aku considerkan final draft aku untuk emel pada Dr esok dah siap lah. tinggal tunggu dia reply dengan ink merah. aku betul kan sikit. and.. distribute!

aku harap semua nya akan be nice dengan aku. especially di tahap distribute. respondents! tolong la beri kerja sama. kamu semua kan comel.;) haha.

ouh. lapau!




Sunday, November 4, 2012

berjemah di ttwangsa.

salam
hai


yups. zaman sekarang semua gambar pun orang akan cuba shoot ala-ala photographer terkenal. sebab semua pun macam feeling-feeling memiliki DSLR dan sebagainya. kite tak salah kan syaz sebab ada cita-cita membuka shaze photographer selain menjadi seorang doktor gigi yang diyakini oleh pesakit-pesakit yang bermasalah gigi. ya itu kisah bila semua orang sibuk nak shoot gambar dari pelbagai angle termasuk gambar bunga yang sebenarnya tak mengghairahkan pun....;D

berpicnic di waktu semua orang berbudaya sihat, sambil menjinjing beberapa buah bakul, biar pun harus mengelilingi kawasan taman tasik titiwangsa bukanlah satu masalah bagi sekumpulan rakan yang dah lama tak hangout gara-gara masing-masing yang sibuk menjalani hidup sehari-hari. malah, kegiatan membawa bakul berisi makanan yang macam ada pelbagai juadah, sambil ditontoni oleh ramai manusia yang bersungguh-sungguh memiliki jantung sihat, adalah perkara yang dianggap 'cool sangat' sebab feel untuk berpicnic adalah perkara yang lebih seronok dari berpeluh-peluh ditemani mentari pagi. okeh kewl sangat!

masing-masing dah pun menginjak dewasa. eh, masa kita kenal dulu kita baru lepas sekolah, lepas tu macam bila lepak kat aroma macam perkara paling sosial kan bila berada dalam pagar matrik uia tu...;D ha.. lepas tu dapat pulak hostel yang paling depan, sebangunan pulak dengan lecturer-lecturer dan sekalian 'bro' uia yang macam hots berkopiah labuci.. macam paling best kan 'apartment' UKCII kite tu.. okeh rindu.! lepas tu adegan berpeleseran dekat koridor sebab teman mas usha mus main bola, atau pun pinjam computer eiz untuk dengar lagu jiwang rempit yang beribu-ribu. plus, masing-masing dah macam britney spears sebab yana hari-hari nyanyi lagu britney... lawak kan... dan pastinya aku yang sweet kejut korang setiap pagi dengan penuh kasih sayang, dan sekalian lawak aku.. mesti korang rindu aku kan... okeh kita semua tak berubah langsung...

mungkin yang berubah adalah fizikal, status dan beberapa perkara. korang-korang ye la dah tukar status kan.. aku? belum. paling-paling pun aku akan update status kat fb aku setiap hari.. tu saja.. tak lebih dari tu...;D macam korang, yang single dah tukar ke mingle dan sebagainya..

thanx sebab luangkan masa dan cepat-cepat setuju untuk melepaks dan berjemah bersama aku siang tadi. bukan senang kan nak dapat moment-moment macam tadi. yang mana semua orang ada, itu pun lepas 5 tahun. tapi masih belum ada semuanya. apa-apa pun sayang korang! doa kan la aku ikot jejak langkah korang k.. kalau ikot turutan duduk tadi. mungkin 5 6 tahun terkedepan la aku kawin kan... namun aku tetap berdoa semuga aku sempat lah kawin dan ada anak dalam sebulan dua ni..wakaka macam boleh potong eiz ngan king kan...;D (berangan)

apa-apa pun.keep in touch.! love korang semua...


p/s: hey, bangga aku weyh.. duduk sebelah doktor gg, 2 lawyer, pensyarah... sedangkan aku hanya budak pembantu am rendah(par) dekat pnb tu..;) apa-apa pun aku banyak kabel kan....?;)


love nonasanjanaaziz

Sunday, October 7, 2012

membebel tak ke mana

salam
hai

Ini bukan hari yang panjang. sebab?? hari ni hari cuti. cuba kalau aku dekat ofis. terkedek-kedek lah jam kat dinding tu bergerak. sebelum aku pergi dan cepat kan jam ofis tu, lebih baik jam tu jangan cari pasal dengan aku. ;) 

thesis. still mcm tu. sampai kesudah. LR? ah. malas nak layan. bole?

ofis? so far.. biasa saja. takda yang menarik. dan mungkin kadang-kadang menolak. juga malas nak layan. yang aku tau ia dah nak masuk 10th week. ha.. kalau orang mengira waktu tu kau paham-paham saja lah the level of satisfaction dia. tapi siriusly. keadaannya sederhana saja. aku tak suka deal dengan perkara yang tak berhak. perasaan yang sama macam budak form 1 di asrama.

sekian.


Tuesday, September 11, 2012

at least...

assalamualaikum
hai

feel good about myself. every day aku belajar dan memupuk untuk merasa bagus tentang diri aku. yes. kerana aku percaya satu perkara, untuk merasa gembira dan bahagia perkara pertama ialah memberi ruang kepada diri sendiri untuk merasai kebahagiaan dan peluang yang terdampar. ya. biarlah kalau peluang yang ada hanya sekecil kuman pun. ya itu perkara pertama.

dalam menempuh hari-hari aku. aku belajar. membuka hati. menerima sekeliling aku. kekurangan diri. kekurangan orang lain. dan positif tentang segala benda. dont be too paranoid sebab bukan semua orang asyik nak negatif tentang diri kita. yups. harus percaya tentang itu. itu yang kedua.

dan.. aku rasa happy. to be apart of HR team. yup. at least i've learn something that i really love to do. memahami segala dengan hati yang terbuka. yup sangat rasa berbangga, at least kalau aku bukan permanently bersama mereka, sekurang-kurangnya aku ada pengalaman manis yang akan terpahat terus kat hati aku. at least aku ada idea untuk aku kongsi bila aku dah berada di tempat lain.

hah. kelakar. apa yang aku observe tentang persekitaran HR. tak payah kot buat password segala bagai untuk pendrive. sebab you might kill yourself when you go into an interview. ahaha. macam ada duit lah pulak sehinggakan aku yang nak tolong bukak kan folder tak boleh. haha. just be as simple as can. confident. and try to be yourself. kot...

ha.. mengharap sesuatu yang lebih manis esok...

p/s: hati aku bunga2.. nah.


love nonasanjanaaziz

Monday, August 27, 2012

reward myself

assalamualaikum
hai

perasaan menjadi internship worker or student taklah begitu teruk. namun, kalau di beri peluang kedua aku akan menolak untuk menjadi pelajar praktikal. sungguh tak seronok. sebab aku skema. ahaks. but aku masih berfikir untuk terus menyesuaikan diri. yup. mencari habitat baru. wahaha.

dah nak masuk sebulan. it's time to reward myself. ahah! thinking of new smartphone.... gud luck!!;D


chiow


love nonasanjanaaziz

Sunday, June 17, 2012

laju-laju

assalamualaikum
hai

marathon. untuk yang mungkin kali terakhir bergelar student. next week minggu terakhir. minggu saat yang genting. kalah genting highland. ini lah masa nak rushing untuk last asignments. last presentation untuk sem ini. last kuiz. and test. semuanya bajet-bajet last lah kot. sirius. memang stress. tapi kena jugak lalui. sebab ini memang las agaknya. bak kata sir aku enjoy dan layankan saja. bukan untuk orang lain. tapi untuk diri sendiri.

ngantuk. sampai kan...



chiow




love nonasanjanaaziz

Friday, May 25, 2012

anonymous lah sangat!;)

assalamualaikum
hai

yup. anonymous? global sangat!!. sampai terserlah kebangangan.... good job! ;D



chiow

Thursday, May 17, 2012

kagum lagi

assalamualaikum
hai

tadi aku attend untuk seminar IR di mitc. yup di melaka. boleh nak category kan lah jugak yang ini antara seminar aku yang pertama secara rasmi yang melibatkan dunia luar, semasa aku bergelar student HR yang kununnya. okeh aku mungkin patut ubah ayat berkenaan menjadi lebih positif. bukan kununnya. tapi student HR yang.. em.. memang student HR. hidup HR! (tiba-tiba;p)

aku teruja. (bila je aku tak teruja kan) sebab.. yup aku akui dengan pengetahuan aku yang  sangat cetek ini, aku mengandaikan aku dah pun terlibat dalam satu event yang handal. ewah handal la pulak kan. dan sangat bagus. we talk about reality of industry. banyak input yang aku dapat walaupun belum lah lekat sepenuhnya. tapi yang pasti awareness tentang kursus aku memang ada sekarang. di mana aku harus benar-benar ada pengetahuan serta apa yang orang kata kan fikiran yang terbuka. bukan saja terbuka tetapi yang matang dan juga intelek. 

aku benar-benar kagum. dengan mereka yang mempunyai pandangan yang sebenarnya ada je di setiap minda semua orang. tapi apa yang membezakan antara A dan B adalah. bagaimana mereka berani untuk melontarkan pandangan itu. dan bertindak pantas bersama dengan kepantasan minda yang sangat agresif berfikir untuk mendapatkan maklumat. sebab kan aku jenis yang.. ya Allah.. RAM zaman  tok kaduk. sampaikan. cepat betul aku angguk bila dapat jawapan. sepatutnya aku harus berfikir laju-laju bila dapat jawapan dan tanya lagi segala persoalan yang akan timbul sampailah aku puas hati. malangnya, aku tak begitu. so aku memang terasa kagum lah dengan mereka-mereka seperti mereka.

macam mana lah nak jadi CKO kan. kalau K aku hanya lah separas buku lali kaki.;) aku ada cita-cita tinggi. tapi entah bila aku nak jadi berani. ha-ha. kalau nak jadi berani kena buat apa eh... ke hanya cukup dengan doa?? ahaha. sengal.......



p/s: aku selalu mencipta impian. tapi tak banyak yang aku dah capai...;/

*IR = industrial relation



chiow


Wednesday, May 9, 2012

senyum

assalamualaikum
hai


;)




kan best kalau ada sesuatu...;)




hmm.. 




chiow

Thursday, May 3, 2012

pelangi 2

assalamualaikum
hai

tahap macam ini aku patut give up. bukan saja patut. aku memang dah give up pun. tapi aku tahu. give up kali ini adalah give up untuk aku menjadi berjaya. ha.. pernah ke dengar give up tapi berjaya? tak pernah kan. but the issue is.. give up ini untuk aku saja.;) sebab apa.. kita dah pegang satu perkara. tak semua perkara yang kita kehendaki kita akan dapat. dan tak semua perkara yang kita impikan baik untuk kita. dan...... tak semua yang gagal itu kegagalan. sebenarnya kita lupa. kenapa kita gagal? kita gagal sebab kita ada kejayaan yang lebih besar. mungkin begitu. positif kan? okeh. tema dia still....... ada pelangi di hujung jalan.;D


chiow

Saturday, April 28, 2012

bodoh

assalamualaikum
hai

aku manusia atas pagar. yang kononnya neutral. atau tak tahu membeza. namun sebagai pecinta keamanan, hati aku panas. dengan aksi-aksi bodoh dan juga tindakan sampah si penuntut berbaju kuning. eh itu ke jalan yang terbaik? buang karan!(-__-)'



chiow

Wednesday, April 11, 2012

kita seri

assalamualaikum
hai




seri. maksudnya sama. puas? kita takkan menongkat langit. roda sentiasa berputar, hidup ini ada jatuh bangunnya. dan bila kau boleh rasa macam yang aku rasa. itu adalah seri. aku mampu tersenyum.............;)








chiow

pelangi di hujung jalan

assalamualaikum
hai


;)


gagal. bangun. gagal. bangun. gagal. bangun. bangun. bangun. bangun. aku selalu positif tentang gagal. yang semua anggap itu adalah gagal. dan sebab batang hidung ini yang menghadapi kegagalan itu batang hidung ini lah yang harus menjadi sangat positif tentang gagal. takda siapa yang nak gagal pun. tapi aku percaya. ada pelangi di hujung jalan.;)




chiow

Saturday, March 17, 2012

Wednesday, February 15, 2012

hidup belum bermula

assalamualaikum
hai


pagi ini indah. aku bangun tersenyum. tapi senyum tak sampai telinga. eh jarang sangat lah dah aku bangun dengan rasa happy. sebab entah rumah ini tak macam rumah lama aku yang sangat empuk nyaman nya. haha. aku bukan nak cerita tentang empuk kejadah semua itu. aku duduk tersandar di kepala katil. mata aku tujukan ke kipas yang hanya berkelajuan tiga. nak aku kira berapa kali pusingannya aku sendiri tak tahu di mana mulanya. tiga bilah itu seakan sama. mungkin mengira pusingan kipas adalah perkara mustahil yang manusia boleh lakukan.

fikiran langsung tak terfikir tentang kipas. yang aku tahu tentang kipas. kalau dia berkelajuan tiga. maka panas lah malamku tanpa hujan yang boleh menyejukkan umbun-umbun rumah. dalam detak detik hati aku yang acapkali berkira-kira tentang kipas yang takda hala tuju itu aku memikirkan tentang aku. yang masih belum ada pergerakkan dalam hidup. eh kenapa lah macam gitu. lembap. aku terdiam. malas nak mengutuk diri sendiri. aku tak mahu menyesal dalam perkara yang lepas. sebab.. aku cuba percaya yang hidup ini adil. walaupun jauh dibenak aku selalu memikirkan mana adil nya hidup ini. tapi takpa. aku pegang di side yang hidup ini adil.

lantas. aku terfikir. hidup aku belum bermula. loser kan.? tapi benar. hidup aku belum bermula. mungkin hari ini hari orang lain.  dan hari aku akan tiba juga.;) 



chiow




Monday, January 16, 2012

aku dan pen.;)

assalamualaikum
hai

huyo-huyo.! ha kan dah tinggal satu lagi paper. macam teruja tahap nak melompat-lompat. tahu? ;) suka nya. dah terbayang-bayang dah zaman-zaman bersenang-lenang kat rumah. 

hari ini paper ke-5. paper yang aku rasa sederhana tahap kesusahannya. jadi lah.. sebab aku mampu untuk syok sendiri menjawab nya.;) tinggal satu paper. yakni quality. hanya orang yang berquality saja yang belajar subject tu..aww. ;D

tujuan entry ini cuma lah nak sangat tunjuk batak. sebab aku rasa ini second time lah aku guna pen sampai habis dakwat. kalau tak, dia hilang. jatuh dan rosak. dakwat kering. jadi di paper kelima ia benar-benar sudah kosong. lantas aku tinggal kan sebagai kenangan untuk budak petang yang duduk di kedudukan aku tadi. kira kenangan untuk dia lah lebih kurang;D

pen aku macam ini. gambar bawah ini. gila teruja.;) aku masih ada dua batang lagi pen itu. nak tulis banyak-banyak lah. bagi dua kali teruja. ah poyo lah kau.;p



p/s: ada satu dua hari dalam hidup kita yang kita rasa perlu share benda yang tiada significantnya.;)






chiow

Friday, January 13, 2012

bercakap bagai pokok tiada daunnya.

assalamualaikum
hai

;) bergembiralah..;) u go girl.


kesah nya. hati seorang wanita. ihih. what the.... ehem. kau bukan ada hati pun, ini kan pula hati seorang wanita. sudah lah kau.

nak tergelak rasa nya. aishh lawak kelakar seram tahu.



chiow

COVID lagi....