click here!

Thursday, March 27, 2014

Hari lahir dan harapan

Salam
Hai

Kehidupan dan kehidupan. Bila kematian akan menjemput kita pulang? Tak tahu.

Semalam besday untuk kesekian kali nya. Xexcited langsung. Cuma nya... mengenang hari kematian. Semuga sempat setel kan hutang2 kehidupan buat bekalan di sana nanti.... :/

Selamat hari lahir buat mu, semuga ini umur yang paling perfect untuk segalanya. Semuga bermaksud harapan.. harapan yang belum pasti dimakbulkan.

Wednesday, March 26, 2014

Mh370

Salam
Hai

Hari ini di kelas safety and health, kami berganjak ke chapter accident investigation. Setelah berminggu2 aku membebel mengerah tenaga dan suara, hari ini aku decide untuk beri task kepada mereka. Mereka harus present setiap step di accident investigation.

Aku duduk belakang sekali. Sambil duduk aku semak penerangan mereka, sambil semak aku beri markah, sambil beri markah aku betulkan yang mana salah, aku jelaskan yang mana tidak jelas, dan aku guna kuasa psychology aku, markah untuk setiap soalan, dan tolak markah untuk soalan yang tiada jawapan, oleh itu mereka berebut2, bertungkus lumus tanya soalan. Huih, aku suka kelas tadi.

Sambil2 duduk di belakang memerhati gelagat mereka, aku dengar satu2 penerangan mereka, satu2 subjek dan contoh, dan hampir ke semua contoh mengenai mh370, dan hampir ke semua seakan faham bila contoh itu diberi kan.

Ada satu scene, "saya seru kepada semua rakan, utk sedekah kan al fatihah kepada mh370" suasana tiba2 hening. Mereka sama2 baca al fatihah. Sunyi. Sayu... kami juga rasa apa yang rakyat malaysia, dunia dan ahli keluarga mh370 rasa.

Semuga segalanya baik2 saja. Semuga Allah takdirkan miracles buat mh370. We pray for u! #mh370

Sunday, March 23, 2014

Macam gini punya nerd pun garang ke?

Salam
Hai

Aku bukan gangster atau pun kakak kawasan, adalah dua tiga tahun dulu frust sampai declare sebagai kakak kawasan. Gugugu. Aku adalah aku. Mudah tersentuh, simpati dan kuat menangis. Dan begitulah aku, disudut lainnya, aku kuat cemburu, pemburu dan sinis. Ya aku sinis.

Aku cuba buang sikap sinis yang suka kena mengena dan sometimes it leads to uncontrolable sinis situation yang menyebabkan feeling of annoyed by certain people. Soalnya sekarang, ada aku kisah!?

Ya, memang aku kisah because satu kelemahan aku juga, my imperfection is aku seorang yang perasa, maksudnya kuat atau cepat terasa. Itu aku.

Di satu sudutnya, aku dikelilingi oleh students. Mereka semua memiliki mata dan telinga dan hati untuk menilai. Aku memiliki suaa the hulk yang kuat persis wanita wrestler. Sampai begitu. Hyperbola. Aku memiliki jiwa tikus yang aku sembunyikan disebalik halilintar suara hulk aku ini. Jiwa hulk aku kadang2 mati bila aku tak mampu fokus pada matlamat. Aku akan lost selepas itu.

Aku duduk di tempat yang aku ditempatkan. Bersebelahan aku seorang bakal ibu muda yang digelar madam oleh budak2 student. 2 orang student lelaki datang dan komplen beberapa perkara kepada madam mereka bersebelahan aku. Untuk ibu muda yang lemah lembut, dia perlu consider dan memberi ruang lembutnya untuk mendengar luahan ala2 rude dari 2 pelajar samdol itu. Aku naik bingit. Aku lantas palingkan wajah aku kepada student tadi. Pen merah aku berhenti menanda assgment pelajar. Mereka pandang aku. Aku pandang mereka. Penuh makna, ada kerut di dahi aku tanda 'what's going on?!' Lidah mereka terlekat dilelangit. Mereka lantas diam dan merendahkan tona suara yang tadi macam tinggi.

Aku pandang mereka lagi. Mereka lebih behave berbanding tadi. Urusan demi urusan. Selesai urusan mereka dengan madam bersebelahan aku. Mereka berlalu.

Sambil duduk2 aku terkenang. Rude beno student tadi. Samdol! Wajah aku masih wajah wrestler ke? Atau pun kakyong kawasan?haha menakotkan ke? Muka nerd macam ni pon takot ke??? Huh!

Cadangan belajar selepas spm

Salam
Hai

Kehidupan bersekolah telah lama aku tinggal kan di belakang. Tua benar rasanya walaupun masih nampak remaja dan jelita lagi. Hihu. Tempoh hari result spm baru sahaja diumumkan. Ada yang bagus resultnya dan juga yang tidak. Begitulah kehidupan.

Macam zaman aku dahulu, result aku aku tidak terlalu layak dibanggakan. Cukup sekadar pasport aku memasuki universiti. Masa itu, aku penuh kesopanan dan kesusilaan berwajah saintis masuk ke matrik uia. Azam aku tanam tinggi mahu berjaya. Semua orang pun ada cita2 tinggi di awal perjalanan kan.? Dan bagaimana aku gagal, dan berpatah balik, bangkit dan berjuang. Klise. Itu cerita lama, kita memang akan belajar lebih apabila kita gagal. Dan cuba sedaya upaya untuk elak dari gagal lagi. Nice moment actually.

Aku cukup masak dalam sistem pembelajaran di universiti. Tambahan pula aku kini pensyarah di sebuah ipt di malaysia ini. Aku sudah masak dengan sikap dan kelakuan manusia yang digelar pelajar. Mungkin aku juga seperti mereka suatu masa dahulu.

Hari ini aku mahu beri pandangan dan cadangan bagi mereka yang result spm tidak begitu sedap. Maksud aku yang tiada A, banyak B,C,D dan lain2. Jangan rasa dunia ini sudah berakhir dengan pencapaian yang begitu. Dengar sini, kemampuan dan kelebihan setiap dari kita adalah berbeza2, justeru itu, perjalanan hidup juga berbeza2. 

Aku bahagikan kepada dua alternatif kepada pandangan aku hari ini.

Yang pertama, result tak gempak, berminat itu belajar dan suka pada buku, berminat menjejaki universiti, caranya, cuba mohon untuk pra diploma di uitm. Aku memang produk original dari uitm, aku amat percaya kepada uitm. Biar apa pun orang diluar sana cakap uitm xbest. Pada aku, uitm membentuk aku untuk jadi manusia. Okeh, pra yang aku tahu ada pra sains dan juga pra perdagangan. Pra juga mengambil masa lebih kurang 6 bulan. Kiranya once dah masuk pra, sebelah kaki adalah confirm sebagai pelajar universiti untuk diploma, mengapa pra? Okeh pra merupakan persediaan bagi pelajar sebelom melangkah ke alam diploma. Mengapa perlu pra? Okeh bagi pandangan aku pra adalah digunakam sebagai penguat based. Maksud sebagai tapak. Tapak untuk mengukuhkan atau foundation persediaan untuk betul2 belajar di diploma. Dan selalunya pra memang dibuka kepada pelajar yang keputusan spm kurang best. Okeh saja, selepas 6 bulan, berjaya mendapat result terbaik, maksud nya lebih dari pointer 2.0 mereka akan boleh dioffer untuk melanjutkan diploma selama 3 tahun. Dan terus ke degree. Kelebihannya menjadi pelajar uitm adalah, tidak perlu pening atau susah2 compete untuk further study ke peringkat degree. Sebab pelajar uitm diutamakan. So yang xsuka uitm gi dok jauh2. Untuk yang mempunyai target untuk ke diploma bahagian2 management, business, account dan admin mereka boleh mengambil pra perdangan, bagi yang berminat untuk diploma set2 sains dan kejuruteraan, mereka boleh ambil pra sains. Kelayakan untuk ke diploma daripada stage pra adalah bergantung penuh kepada pencapaian cgpa, maksudnya, untuk kos kritikal dan best, cgpa juga haruslah best. Paham?

Alternatif kedua, sekiranya anda tidak berminat untuk membaca buku dan tak mampu fokus pada pelajaran, jangan gusar, anda boleh memohon untuk mendapatkan apa2 sijil kemahiran dari mana2 institut latihan kemahiran seperti kolej komuniti, giat mara, ikbn, ilp, dan mana2 institut latihan kemahiran, contoh bidang seperti masakan atau kulinari, jahitan dan fesyen, elekrik, mekanikal, dan segala yang teknikal dan sebagainya. Sebenarnya lagi untung kepada mereka yang mempunyai kemahiran kerana disamping makan gaji mereka juga mampu bekerja sendiri. Lebih bagus. Untuk jangka masa panjang kepada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, anda boleh memohon untuk ke politeknik untuk lanjutan diploma dan mana2 institusi yang sewaktu dengan nya.

Untuk memasuki kolej swasta pula, adalah alternatif terakhir kerana kos yang terlalu tinggi. Bagi yang berkemampuan boleh berbuat demikian, cuma pastikan yang kolej anda telah mendapat pengiktirafan dari mqa.

Namun, jika diberi pilihan untuk memberi pandangan, saya tidak suggest sama sekali pelajar spm untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat stpm seandainya mereka kurang azam dan tekad. Ini kerana dengan pencapaian spm yang cukup makan, dengan usaha yang cukup makan digusari mereka akan buang masa di stpm, stpm harus disertakan dengan result terbaik bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat degree, dan sekiranya pelajar belajar sekerat jalan hanya berhenti di stpm, itu adalah perkara yang sia2 kerana, stpm tanpa degree adalah sama dengan taraf spm sekiranya anda memohon di alam pekerjaan kelak.

Bagaiman pun cara kita menjalani jalan pembelajaran kita tidak salah sekiranya mencuba. Cumanya cadangan saya ini adalah cadangan cubaan save cost, disamping bergerak mengikut kemampuan akal dan juga kemampuan poket. Kesian mak ayah yang tinggi harapan terhadap kita. Chaiyok2!

Tuesday, March 4, 2014

Hutang

Salam
Hai

Banyak sangat aku hutang tentang kerja aku lately. Dan begitu lah banyak tanggungjawab aku yang aku lepaskan macam itu saja. Tak macam orang lain yang multitasking segala. Kalau satu, satu je la kerja aku.

Untuk bulan ini saja, aku hutang soalan exam 2 paper. Dengan slybus yang tak pernah siap tu lagi, whr, wtr, failing iso, assignment students, marking paper. Apa kejadah nya yang aku buat semua tak siap ni hoi. Menyampah kat diri sendiri. I should have my 'to do' back. At least harus ada target untuk siap kan apa dalam sehari. Horer.

Itu reason kenapa aku begini. Tak reti bahagi2 kan masa. Hmm.

Aku harus bangun dan mula kan nya semula!

Monday, March 3, 2014

Dan..

Salam
Hai

Cuaca petang itu tenang. Kereta aku pacu ke sebelah kiri bangunan pejabat. Jarang lah aku nak lalu situ kalau pagar sini buka. Aku susur kiri dan kanan jalan. Depan sikit tempat motor. Aku nampak dia. Setelah sekian lama tak nampak dia.

Aku cakap dalam hati, 'buat2 tak nampak..' sambil sambil tekan minyak perlahan aku pandang kiri dan kanan. Dia pandang aku. Angkat tangan. Aku senyum. Dan angguk sedikit.

Tiba2 bunyi sesuatu yang kuat. Dengan getar sekali. "Peghh! Mimpi rupanya..." boleh pulak mimpi... ;/

click2

wink..wink2...

nice..