click here!

Wednesday, March 26, 2014

Mh370

Salam
Hai

Hari ini di kelas safety and health, kami berganjak ke chapter accident investigation. Setelah berminggu2 aku membebel mengerah tenaga dan suara, hari ini aku decide untuk beri task kepada mereka. Mereka harus present setiap step di accident investigation.

Aku duduk belakang sekali. Sambil duduk aku semak penerangan mereka, sambil semak aku beri markah, sambil beri markah aku betulkan yang mana salah, aku jelaskan yang mana tidak jelas, dan aku guna kuasa psychology aku, markah untuk setiap soalan, dan tolak markah untuk soalan yang tiada jawapan, oleh itu mereka berebut2, bertungkus lumus tanya soalan. Huih, aku suka kelas tadi.

Sambil2 duduk di belakang memerhati gelagat mereka, aku dengar satu2 penerangan mereka, satu2 subjek dan contoh, dan hampir ke semua contoh mengenai mh370, dan hampir ke semua seakan faham bila contoh itu diberi kan.

Ada satu scene, "saya seru kepada semua rakan, utk sedekah kan al fatihah kepada mh370" suasana tiba2 hening. Mereka sama2 baca al fatihah. Sunyi. Sayu... kami juga rasa apa yang rakyat malaysia, dunia dan ahli keluarga mh370 rasa.

Semuga segalanya baik2 saja. Semuga Allah takdirkan miracles buat mh370. We pray for u! #mh370

No comments:

click2

wink..wink2...

nice..