click here!

Wednesday, February 12, 2014

Rasa

Salam
Hai

Aku terima khabar gembira itu. Syukur. Dan. Excited. Namun jauh di hati kecil aku terselit sedikit gusar. Aku pening memikirkannya. Sesuatu yang tak terusaha.

Tidur aku terganggu. Aku seakan mematikan rasa ini. Seumpama aku usir rasa yang memukul2 benak aku. Tapi aku tak mampu. Ini semua realiti. Hidup dan kisah2 hidup. Situasi2 drama yang selalu aku lihat di kaca tv. Dan aku merupakan pelakonnya. Bukan pelakon tambahan. Aku watak utama. Aku mematikan diri. Memikirkan cara bagaimana harus aku hadapi semua ini.

Menjadi seperti tiada rasa apa2. Kalaulah aku mampu ubahkan apa yang aku rasa. Aku campakkan rasa ini jauh2. Biar hilang kudis2 ini. Biar aku rasa tenang dan lega.

Mata dilelap rapat2. Apa yang difikir tak mampu dibaca orang. Hati berbisik. Ini realiti hidup kau. Tak selalu bertuah. :/

Saturday, February 1, 2014

Aku mengalah

Salam
Hai

Entah macam mana perbualan hari ini membawa jawapan kembali. Aku membetulkan duduk ku. Tak banyak yang menggembirakan untuk hari ini. Sambil2 duduk ini fikiran aku melayang.

Masih lagi dalam subjek yang sama. Niat yang macam aku ada sekarang memang kurang enaknya. Banyak benda dan pros n cons nya dari semua ini.

Aku merasakan kan. Mungkin ini penghujungnya. Dah boleh nak give up kot. Yap, mungkin itu lebih baik.

Aku baring bersandar. Lelap mata, kena sabar lagi ni...

P/s: bukan semua perkara pertandingan dalam hidup ni. Adakala kau memang tak boleh adjust.

click2

wink..wink2...

nice..