Wednesday, December 13, 2023

COVID lagi....

assalamualaikum

Diam-diam tahu-tahu dah berada di penghujung 2023. Almost 2 years aku takda menulis apa-apa dekat sini. 12/12/2023 I'm down with my second experience of covid-19. So sambil-sambil layankan kelas kuiz online menunggu pelajar habis menjawab soalan. Aku teringat pada blog aku yang dah lama menyepi. haha. hmm.. Post terakhir aku di blog adalah pada 2021. Tatkala itu aku nampaknya down betul tentang perasaan PKP yang nampaknya macam tiada hala tuju hidup. haha Perangai aku overthinking memang susah nak hakis. Masa tu macam rasa wah dunia akan pkp sampai bila-bila. haha


But now, we're back to normal. Alhamdulillah. Menjalani hidup seperti sebelum kita kenal dengan covid. Hidup bersama covid. Dan ya.. aku sedang bergelumang dengan covid sekarang. Hari ni merupakan my second day of my kuarantin. Hidup zaman ini bukanlah nak kata macam kau kena check covid everyday. Aku pun dah tak berapa ambil tahu. Cuma apa yang buat aku tiba-tiba detect ni adalah kerana demam aku lain macam dari biasa. makan ubat pun tak ok. Lepas tu sakit dia lain maciam. haha Korang pun of course dah tahu macam mana kan?? ok done pasal covid19.


aku baru pindah rumah dalam 3 minggu. rumah baru aku ni bagi aku belum rasa meriah macam rumah aku sebelum ni. rumah aku yang sebelum ni memang sebuah rumah yang aku sangat sayang dan betul-betul merupakan sebuah tempat yang boleh comfort aku dalam tawa mahu pun duka. gitew.. tapi macam rumah yang sekarang aku masih masih dalam fasa mencari rentak. apa kau nak expect 3 minggu. barang pun tak habis kemas. hmm tu la kata orang, manusia.. bila kau ada ni kau nak yang lain. bila kau dah dapat yang ni begini pula. apa-apa pun alhamdulillah. semoga ini titik tolak untuk aku menambah kesyukuran aku kepada Nya. dan memberi aku semangat untuk menjadi orang yang lebih baik dan betaqwa.


buat hari ini. aku fikir ini dahululah  update dari aku. moh kita teruskan berjalan. jadi seseorang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. jangan penat berbuat kebaikan. akhir kata. semoga tahun 2023 memberi kenangan terindah yang akan menjadi pemangkin kepada hidup yang lebih baik di 2024. 


tata.

No comments:

COVID lagi....