Wednesday, June 2, 2021

Nikmat yang hilang

 Assalamualaikum,

Aku baru habis class hari ni. Dah nak masuk dua tahun bagi aku menjalani pengajaran secara online. Dah menjadi biasa rasanya. Tapi..... rindunya lahhai nak class secara bersemuka macam dulu. Mengajar di dalam class buat aktiviti dan bergelak ketawa dengan students. I miss u all of my ex students!! Kali terakhir ada class secara bersemuka adalah di november 2019 yang lalu. Habis saja semester tu terus naik PKP 1.0. And now kita dah di PKP3.0. So sad. 

Aku selalu duduk berfikir bagaimana dengan masa hadapan. Adakah kita akan terus dengan online untuk semua perkara? Tiada lagi bersemuka dengan orang-orang tersayang. Bersemuka dan merasai kehidupan normal macam dulu. Terlalu jauh rasanya nak dapat semula kehidupan yang terdahulu. Selalu juga aku fikir tentang nasib-nasib students aku yang bakal habis pelajar dengan class online. Mana hala tuju mereka. Aku doa kan mereka murah rezeki dan cepat dapat kerja selepas habis belajar nanti. Memang agak mencabar zaman sekarang.

Pernah aku berbual dengan makcik aku. Tentang covid dan lain-lain. Dia bercakap tentang nikmat. Banyak nikmat yang telah ditarik oleh Allah. Sekecil-kecil nikmat senyuman. Senyuman itu sedekah. Namun, sekecil nikmat sedekah dengan senyuman pun kita tak boleh buat. Sebab? Kita semua pakai face mask. Kalau senyum pun orang tak nampak. Makcik aku cakap. Waktu ini bukanlah waktu yang paling sukar. Tetapi ini adalah titik permulaan untuk hidup yang lebih sukar. Aku termenung. Terbayang wajah anak-anak aku yang masih terlalu mentah. Panjang lagi perjalanan mereka. Kalau sekarang pun dah sesukar ini. Bagaimana zaman akan datang. 20 tahun lagi. Masih adakah 20 tahun untuk kita semua dan aku?

Aku tepuk bahu. Bangun. Teruskan perjalanan. Didik students aku jadi orang yang boleh memberi manfaat. Didik anak-anak aku untuk jadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Teruskan perjalanan menuju Nya. 

......

1 comment:

Anonymous said...

ᴀ틜비효과.com 길�ힸ픨 - Casino Review
The most 바카라사이트 comprehensive 온카지노 먹튀 review of this 카지노 톡 online casino by Curacao-based 제왕카지노 총판문의 software provider 바카라 사이트 온라인 바카라 ᴀ틜비효과.com.

COVID lagi....