Monday, October 29, 2018

Pengalaman bersalin II

Salam
Hai

Jom aku sambung pengalaman aku bersalin lagi.  Mengapa anak aku masuk NICU?

Okeh.  Begini..  Seperti entry terdahulu.  Aku ada ceritakan tentang air ketuban yang aku was-was tu.  Okeh..  Bila sampai di hospital mereka akan soal siasat bagaimana aku katakan sebagai tanda sudah tiba masa yang menyebabkan aku datang ke hospital.  Daripada penceritaan aku.  Mereka detect yang air ketuban ku sudah keluar seawal 10hb lagi.  Jadinya ada leaking yang menyebabkan air itu keluar sedikit2.  So sebagai prosedur.  Anak aku perlu dimasukkan antibiotik selama 5 hari.  Jadi nya kawan2 kalau pun air ketuban tu tak keluar sekali banyak.  Bila korang detect air yang luar biasa keluar walaupun sedikit better korang mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital.  Takut ada infection pada bayi dalam kandungan.  Begitu.  So merasa lah aku ulang alik ke hospital selama 6 hari.  Dengan berpantangnya.  Susu dah bengkak tapi baby masa di hospital.  Memang mental koyak la masa tu.  Hari2 bersedih dan berdoa cepat lah anak aku keluar dan aku dapat berpantang dengan tenang.  Tipu kalau kata happy selagi anak tak keluar.

Kenapa perlu push dengan baik semasa bersalin?  Aku masa di keadaan sakit itu hari.  Aku cepat melatah.  Aku ikut perasaan sakit aku.  Naik panic semua.  Menangis juga la aku masa tu.  Natijahnya..  Masa push aku jadi tak cukup tenaga.  Curi nafas pada waktu yang tak kena.  Sehingga ada cedera sedikit di bahu anak aku.  Pada awalnya...  Anak aku seperti tak mahu angkat tangan.  Panic habis aku masa tu.  Bawa balik anak ke rumah dengan rasa sayu.  "adakah anak aku selamanya begini?? ". Tetapi hasil nasihat Dr,  tiada apa prosedur yang terbaik untuk bahu anak selain daripada dia akan heal sendiri.  Kata Dr healing untuk bayi adalah yang paling cepat dan terbaik.  Alhamdulillah dalam 3 minggu..  Anak aku dah mula angkat tangan dia.  Pergerakan tangan dh mula lebih tinggi.  Sekarang anak aku sudah mahu masuk 10 bulan.  Dah lasak lebih daripada segalanya.  Hm..  Anak..  Ibu sayang sangat pada kamu.

Jadi..  Sebagai ibu.  Semasa melahirkan kita memang perlu kan kekuatan mental dan physical.  Sentiasa positif,  beristighfar dan lupakan tentang sakit.  Fokus pada tenaga dan arahan nurse.  Sekian!!!

No comments:

COVID lagi....