Salam hai
Hari yang bekelapangan hari ni. Dah lama nak share detik2 melahirkan anak. So now jom lah kita throwback sikit pengalaman iols yang cetek ni.
Bukan mudah nak melahirkan nak tau. Bayangkan lah nak mengeluarkan manusia daripada perut melalui jalan yang kecil gila. Macam tak masuk akal. Tapi yes itu yang kita panggil sebagai kekuasaan Allah. Syukur!!
Due aku untuk kelahiran yang pertama ini adalah pada 10 januari 2018. Dan dalam menjelang tempoh itu hati aku berdebar2 berdegup kencang suspen semua ada untuk menunggu kelahiran. 10 januari tepat aku ada my last checkup di KK Hulu Kelang. Masa checkup aku beritahu pada Dr yang aku macam ada rasa was2 tentang cecair yang keluar. Tetapi tak banyak. Jadi aku mahukan pengesahan adakah air ketuban boleh keluar sedikit2. Namun Dr di KK, nampaknya seperti tidak pasti. Dia hanya mampu menjawab. Sekiranya ada rasa pelik boleh la terus ke Hospital. So aku relax la lagi. Malam tu tidur. Aku perasan makin kerap pula air yang keluar. Aku kurang pasti. Adakah ini keputihan atau air ketuban. Dalam jam 6 pagi aku bangun buang air kecil. Masa tu aku pakai pad sebab sebelum tu aku macam kurang selesa dengan 'air' yang aku anggap keputihan tadi. Masa tu aku dapat lihat ada sedikit lendiran bercampur darah di pad aku. Aku suspen gila!!! Cepat2 aku bagitahu pada mak aku dan mak aku suruh mandi bersiap2 untuk ke hospital. Masa tu jugak mula rasa sedikit segugut.
Aku kejut husben aku. Gelabah2 siap dan mak aku bagi aku minum milo dan kurma (bajet tenaga) haha. Sampai di hospital ampang. Terus ke bahagian bersalin tu. Lupa nama tempat tu. Ada khas untuk wad bersalin tu. Bersebelahan kecemasan. Terus diorang minta sijil nikah. Alamak ai. Mana la nak bawak sijil nikah. So bergegas lah mak aku balik pulak mendapatkan sijil nikah. Jadi masa tu husband aku saja yang tunggu. Masuk di dalam mereka cek pergerakan bayi. Mereka juga mula cek bukaan. Mula lah adegan seluk menyeluk yang memang aku takot dalam proses mengandung dan melahirkan. Masa tu bukaan dah 5cm. Alhamdulillah. Sebab masih awal pagi labor room jugak masih clear dan tak erlu menunggu. Aku di hantar terus ke labor room.
Yang best nya di hospital ampang ni.. Suami memang boleh teman seawal kau masuk labor room. So aku agak lega dan kurang sedikit lah rasa ketakutan tu. Jam 10 am. Aku masih hanya rasa senggugut. Nurse datang cek bukaan lagi. Selepas itu dia buat prosedur pecahkan ketuban. Huh first time aku rasa semua ini. Kemudian dia cucuk di tangan aku untuk ubat. Aku syak itu ubat untuk menggalakkan rasa sakit. Beberapa detik rasa sakit masih mild. Dia datang tambah lagi. Masa dalam jam 12 lebih aku dah mula rasa sakit. Sakit gila!! Berkali2 jugak aku suruh husband aku panggil nurse. Nurse pun dah fedup dengan aku agaknya. Sebab cek bukaan baru lah bergerak berapa cm lagi. Aku macam dah tak tahan. Hilang semua tips ketenangan. Aku cuba untuk berselawat. Berzikir dan macam2. Rasa sakit bila datang aku rasa betul2 sakit macam nak mati. Hahaha. Jangan percaya kalau orang kata beranak tu tak sakit.
Beberapa orang nurse dah mula masuk. Mereka cek bukaan. Dan mereka kata kalau nak push kena push panjang betul. Aku pun tak tahu nak buat apa dan terus push. Maka keluar lah si baby manis ibu tu. Seberat 3.57kg. Haihh... Hilang segala sakit. Lega gila okeh.
So bersyukur lah aku mengalami sakit hanya 1 jam sebab 1.25pm anak aku dah keluar. Habis semua. Aku masuk wad bersalin. Dalam petang jam 7pm aku dah discharge dari hospital. Namun.. Baby belum boleh keluar. Sebab ada prosedur untuk antibiotik. Maka nya ibu nya merasa juga lah tidur di nicu pada malam pertama berkenaan. 😊😊
Nanti aku share kenapa pula perlu prisedur antibiotik.
Tips beranak bagi aku.
1. Tenang dan berzikir
2. Jangan panic dan cuak dengan rasa sakit
3. Jangan menangis
4. Confident bila masa untuk teran
5. Jangan teran sambil berbunyi atau lun tutup mata dan kerut2 semua
6. Practice penafasan dan regangan mencapai buku lali kaki sambil bernafas
Oke lah. Tu je nk share. Bai.
No comments:
Post a Comment