Salam
Hai
Pagi2 lagi aku sudah bangkit. Mandi dan mengerjakan solat subuh. Pergerakan pagi ini tempo nya harus laju2. Aku kena cepat. Sebab class pagi ini bermula jam 8 pagi.
Sampai saja office, aku tak rushing untuk naik ke kelas. Aku tak mahu jadi seperti minggu lepas. Semangat aku luntur lepas 1 jam berlalu aku hanya ditemani oleh seorang pelajar sahaja. Di organisasi aku mengajar, susunan class adalah berdasarkan cgpa. Class yang aku masuk pagi itu merupakan antara class corot.
Pagi ini, aku melambatkan langkah. Dari kejauhan tangga aku boleh lihat class yang aku tujui. Nun disana, pelajar yang sama seperti minggu lalu berdiri tegak diluar class. Sayu benar hati aku melihat usaha beliau.
Sambil melangkah aku senyum kepadanya. "U sorang jugak?" Sapa aku sambil menolak daun pintu. Dia menjawab dengan ramah. Serpihan bedak yang seperti kanak2 selepas mandi masih berbaki di wajah pelajar lelaki pelat D itu.
Aku menyoal dia pembelajaran yang lalu. Dua kali di minggu lalu aku ulang pengajaran yang sama. Namun, dia masih gagal menjawab dengan tepat. Aku ajar kembali. Kali ini yang ke3. Jauh disudut hati aku.
Sayu benar hati ini
Dengan effort yang awak ada, awk tak sepatutnya dapat yang ini. Hati aku meronta. Memberi dia terus semangat, supaya dia berjaya. Aku doa kan walaupun dia slow learner, tetapi aku harap dia akan berjaya kelak. Amin. :(
No comments:
Post a Comment