click here!

Monday, December 29, 2014

Cabar diri awak

Salam
Hai

Mendung cuaca. Sama mendung dengan di hati. Suasana di luar muram menyunyikan diri. Mungkin ada yang ditangisi dek alam. Tempoh hari banjir yang besar melanda negara kesayangan aku. Banjir lain dari biasa. Speechless. Mungkin ada yang nak disampaikan kepada umat manusia. Semalam pula sekali lagi kehilangan pesawat. Hm.. makin kuat message yang nak disampaikan. Tapi apa.? Muhasabah.

Aku cuti seminggu. Yup.. motif menghabiskan cuti yang berbaki. Lepas sarapan tadi, aku buka surat tawaran dari uum. Master of hrm katanya. Hati aku menarik dan menolak. Tapi kalau tak mula sampai bila2 pun tak akan mula. Dan kalau duduk tunggu saja takda apa akan berlaku. Aku bisik pada diri aku. Cabar diri!!

Okehlah.. sementara masih belum ada komitmen besar ni kan. I need to achieve something. Kelakar. Budak failed matric. Tiba2 berjalan masuk diploma. Grad bba. Dan sekarang reg for master. Kelakar. Budak paling bodoh di class add math! ☺😊

Aku macam tak yakin pada diri. Namun, aku tanamkan dalam hati untuk berusaha. Dan sahut cabaran dari bisikan diri aku sendiri.

U go girl!!

No comments:

click2

wink..wink2...

nice..