click here!

Tuesday, September 16, 2014

Hilang hingar bingar

Salam
Hai

Aku menghayati permandangan sawah padi sepanjang highway kedah itu. Memang aim aku dah terbayang2 sawah bendang di sana. Tergeletek2 hati aku bila aku dapat lihat sawah padi. Face to face. Ya aku memang batak begini.

Sambil2 drive aku dapat lihat beberapa orang kampung memancing di tali air sawah. Syok nye..... detik hati aku. Aku berpendapat, begitu seronoknya kalau dapat menetap di daerah itu. Orangnya nampak baik2. ;)

Ini merupakan kali yang keberapa jugak aku dah menjejaki kaki ke kedah dan perlis. Ini merupakan jelajah paling aku hayati. Aku memang gemar travel masuk ke kampung orang. Hati aku aman bila di kampung yang masih lagi kampung.

Dalam perjalanan ke padang besar, di kiri kanan jalan merupakan kawasan pertanian yang luas dan besar. Memang saujana mata memandang. Boleh aku lihat di tengah kehijauan rumput dari ladang tebu dan tanaman kontan segala, ada trek jalan tanah merah. Ya, aku biasa lihat di dalam telenovela sepanyol permadangan itu.

Di dalam telenovela. Trek begitu selalunya di lalui oleh kereta kuda. Mereka bela kuda di situ. Di malaysia ia merupakan kawasan lapang yang aku teka ia kawasan penanaman tebu dan mungkin tanaman2 lain. Dari kejauhan. Di hujung nunnnnnn di akhir keluasan tanah berumput hijau. Aku dapat lihat kawasan bukit bukau berbatu kapur. Ya, ia seperti gua. Ditumbuhi pohon2 renek dan nampak hijau hijau hijau. Ada batu kapur dicelah2 kehijauan.

Damai. Nyaman. Aku suka tempat ini. Ya aku suka tempat itu. Sambil drive aku layan mata. Saujana mata memandang.

Aku cakap pada mak, "seronok betul tinggal di sini" hmmm....

Semalam aku tiba di kl. Puih... hiruk pikuk kota. 'Aku mula merindui pemandangan semalam.....'

No comments:

click2

wink..wink2...

nice..