salam
hai
Zaman dulu masa masih pakai kaset aku hari-hari akan dengar walkman. Sambil baring-baring aku dengar lagu dari kaset yang dipinjam dari kawan-kawan sekolah. Masa itu aku baru darjah dua. Dah pandai layan lagu omputis. Omputis nya lah aku masa itu. ;)
Dan masa konon bila weekend, nak nampak lagi sosial. Aku pergi ke rumah classmate. Rumah berdekatan, tapi paling jauh kerana perlu melintasi sebatang sungai. Jangan nampak trajis, sebab ada jambatan. jarak lebih kurang 1km. Bila petang-petang duduk dekat rumah dia kami layan lagu. lagu omputis. Lagu yang sama dengan kaset yang aku pinjam dari dia. Sambil nyanyi kami berjoget. Tak cukup joget, bila ada not2 high picing nya kami serius buat muka kerut sebab nak keluar kan suara dari perut. Kami? paling artis time itu. Kelakar. Masih boleh aku bayangkan situasi yang mana aku terkinja-kinja dekat rumah Latifah time tu. Dan bila ada conflict di sekolah melibatkan Latifah, Abigel dan beberapa orang kawan kami dah bawak haluan masing-masing. Dah tak layan lagu Backstreetboys sama-sama lagi. Dah tak batak NickCarter sama-sama lagi. dan dah tak main tocang-tocang kecik2 sampai penuh kepala lagi.
Dan bila dah darjah 4, kenal pula dengan Haslina. Dia pun peminat Backstreetboys, tapi kami cuma terkinja-kinja di sekolah. Time darjah 6 kumpulan artis remaja barat tumbuh macam cendawan selepas hujan. Dengan segala macam kumpulan ada. lagu semua set-set. dan bila lagu semua set-set. semua sedap-sedap. dan bila semua sedap-sedap ahli kumpulan mereka semua hensem-hensem. dan bila hensem-hensem mula lah cop sorang satu. dan mengaku pakwe masing-masing. hai lah.. kelakau nya lah masing2 dulu-dulu kala. comel jeh.
tak cukup dengan itu. bila naik saja sekolah menengah aku masuk asrama. zaman tu jugak zaman femes britney spears. bukan main. sebelum tidur layan walkman. lepas tu bila naik bas untuk balik ke kl, sebab cuti panjang. dengan hati girang pasang lagi lagu BSB dalam bas. sampai tertidur-tidur dalam bas dengar lagu BSB. sampai dekat pekeliling arwah abah dah tunggu. masuk dalam kereta, mulut masih menyiulkan bait-bait lagu BSB yang di dengar dalam bas tadi. ;D rindu lah zaman tu.
nostalgianya lah....;D
dan setelah beberapa tahun berlalu. dengan usia yang dah meningkat begini. dengan keadaan Latifah, dan kawan-kawan di Semesta dah pun berkahwin dan pregnant aku tak fikir mereka masih layan BSB. dan bila aku tak layan, mereka tak layan. pasti kami sama-sama lupa nostalgia yang pernah kami lalui dahulu. dan bila kami dah lupa pastinya kami tak ambil port tentang kumpulan anak remaja barat yang top zaman 90an sampai 2000lebeh.
dan kisahnya. masa lepas celebrate besday mak hari sabtu lepas. sebab Yan nak belanja mak. Kami makan dekat Paparich. So malam tu Yan jadi YanRich sebab belanja kitorang.
So feeling-feeling nak ajak mereka layan midnite. sebab mereka tak sesosial aku mereka menolak. kah3. so sebab mereka menolak aku pun bawak mereka ronda-ronda di Kuala Lumpur. Sirius lupa malam berkenaan adalah Earth Hour. So saja lah nak ronda di KLCC. Sebab jalan tiba-tiba jem aku macam putus asa nak berlarutan melalut di KL. So aku dah fikir nak potong di Yap Kwan Seng dan terus balik. Tapi niat aku terhenti di situ. sebab mak macam beria-ria.
"eh2 masuk sini. benti sini. ada performance lah. benti2." mak aku sirius rock kan weh...?;) aku muka malas nak layan. lantas berkata. "performance artis apa ni.. tak kenal..." sambil aku bagi signal untuk masuk lorong ke klcc yang tengah-tengah tu. lepas tu sirius!berlambak-lambak makhluk duduk menebeng kat tepi jalan tu. kusyuk layan skrin yang ada beberapa kat tepi jalan. aku memang malas. tapi mak suruh berhenti. dari sayup-sayup kereta aku yang tak kedap bunyi aku boleh dengar. dalam hati aku berdetik. "macam pernah ku dengar lagu itu. tapi di mana ya...." aku berhenti. suruh mak buka tingkap. okeh confirm. itu lagu yang aku dan Latifah lompat-lompat bila dengar dahulu. terus aku search. BSB @ klcc. betul dol. memang mereka.
so otomatik badan menjadi gedik. macam ada orang tekan suis. aku pun turun meninggal kan mak dalam kereta. ahahaha. layan dua tiga empat lagu hits dorang. betul-betul mengimbau. alah, tepi jalan pun tepi jalan lah. yang pasti BSB = zaman kanak-kanak aku. rindunyaaaaaa.... aku dah nak masuk 26 tahun esok. mereka pasti lebih tua dari aku. masih menyanyi lagu yang sama masa aku umur 8 tahun. cool nya!
maaf kalau nampak batak. sekian.
p/s: apa yang berlaku di zaman kanak-kanak memang terkesan hebat di hati kita kan...?
No comments:
Post a Comment