Salam
Hai
Jadi juga rancangan bidan terjun kami anak beranak. Yang selalunya sebelum ini kalau dah rancang berabad lama biasanya tak jadi. Paling koman, kalau jadi pun hanya aku dan mak. Tapi kali ini lain, sebabnya Aus jadi ikot. So boleh tepok tangan.
Masa posmen mula2 pos kad kahwin Yin (bff) ke rumah aku just tengok saja. Memandangkan duit belom kepok2 aku gerenti tak akan sampai ke kelantan pada tarikh perkahwinan. Lepas borak2 dengan mak, tiba2 mak kata jom kita pergi! So ulat bulu dah naik daun. Aku memang excited sedikit gak sebab at least takda la Yin nak kata aku ni kawan yang hampes sebab wat bodoh tentang majlis kawin dia.
So, pagi tu pukul 4 pagi aku dah bangun. Ingat kan ye sangat lah nak gerak awal sebelum subuh. Sekali nya, dekat kul 7 juga gerak. Tu pun lepas mak dah siram pokok bunga dia. Subuh2 kau! Sempat aku nyanyi lagu air pasang dalam segala.. haha
Tak tergambar how excited nya aku time tu, sebabnya aku nak lalu raub. Haha. Gila poyo sebab nak tengok sekolah lama. Uhuh! Masa lalu dekat raub. Mak balik2 cerita bagaimana gigihnya abah sekolah kan aku di raub. Hampir tiap minggu berjemput berantar. Uhu! Sirius. I miss that moment with u abah! Menitik air mata oi. Sumpah aku, abah dan raub sangat dekat. 5 tahun. Hu.. i miss u so much dad! Al fatihah.
So memang dah kematu gila babun pungkok. Tak sampai juga kota bharu. Jauh gila babun. Aku wonder, bagaimana gigih nya anak kelantan pulang ke kampung halaman meredah hutan belukar, bukit bukau. Sirius hutan pekak. Memang scary mary lah kalau nak gerak malam2 buta. Tapi memang ramai kan aku dengar prefer untuk gerak malam buta ke kelantan. Masa lalu kat hutan belantara tu. Sirius terkenang cinta hati lama, eh lama ke. Ok, terkenang masa zaman hangat bercinta dengan f3z3. Dua tiga kali 4 ke dia akan bersungguh naik bas, turun ke kl. Kesian lah weh. Gila gigih! Itu baru lautan api sanggup ku renangkan. So takpa lah. Kenangan percintaan. At least, esok2, kok dah ada anak boleh cerita pada anak2 bagaimana ayah masa bercinta dengan orang kl bla... bla... bla.. hahahaha. Lepas tu ayah boleh tambah, ko jangan cari orang kl, cari orang sek2 kito jah! Hahahaha. Aku hargai part yang macam tu. Menitik air mata lagi.
Ini bukan kali pertama aku ke kelantan. Gila poyo kan dah tua bangka tak habis jalan malaysia. Alah.. pernah gak pergi masa muda remaja dulu. Dan, bila masuk kelantan boleh nampak. Bezanya culture mereka. Dari segi rumah dan kediaman, mereka langsung tak ambil berat. Aku tak mahu cerita tentang taraf hidup atau apa. Sebab pada aku mengapa mereka tak hirau tentang rumah mereka, bukan lah sekadar kerana rendah taraf hidup atau pun miskin. Sebab, banyak juga rumah yang besar tanah lot, yang tahap dato datin kalau di kl, tapi persekitaran rumah yang compang camping, contohnya, rumput panjang. Susunan tong bersepah dihalaman rumah, which i found tak diselenggara langsung. Orang kaya pun kau! Sampai Aus boleh cakap, pelik. Ada orang lagi malas dari dia. Wakakaka. So cute! Kalau tong tu terbalik, terbalik lah. Kalau tertonggeng begitu, begitulahhh.
Dari satu sudutnya, mak kata elok juga begitu. Hidup sederhana. Lagipun rumah mereka selalu dilanda banjir. So kalau buat cantik2 pun nanti rugi je. So aku rasa ada logiknya juga. Tapi kalau dicat, n diplaster cantik2 kan rumah akan lebih tahan. Takda anai2 senang nak meratahkan.
So sampai saja dekat kb, dalam pukul 1 lebeh. Tu dah tolak makan tengahari sekali. Oi.. makanan kelantan macam sedap gilos! Dasar kuat makan!
Bersambung...
No comments:
Post a Comment