Thursday, July 11, 2013

Jangan lari

Salam
Hai

Aku duduk keras di kerusi meja makan. Mata aku pandang terus merenung nasi yang tidak luak. Tangan yang baru menyuap satu dua kali suapan sengaja aku biarkan keras mengkaku disitu, kering. Muka aku masam dan tak mahu pandang sesiapa. Aku tekad. Pukul macam mana pun aku takkan berganjak. "Bagi alasan, kenapa tak mahu ke sekolah?" Aku diam. Kaku. Mata mula berkaca-kaca. "Taknakkkk.." jawab aku kepada soalan pertanyaan abah.

Abah gertak. Keluarkan tali pinggang. Aku keraskan hati. Tetap tak mahu ke sekolah sebab ada mata pelajaran matematik, dan cikgu mahu menguji hafalan sifir. "Taknak pergi sekolah, siapa tak hafal sifir nanti kena denda.." abah putus asa. Dia beri amaran pada aku, lepas ni kalau tak hafal dia sendiri akan denda.

Itu dahulu. Masa aku masih kanak2. Lari dari masalah. Tak siap kerja boleh ponteng. Takut cikgu marah boleh ponteng. Tapi sekarang? Siapa akan tanggung? Tak datang kerja, kerja tak siap, bos takkan marah, tapi progress team tergendala, progress kerja dan gant chart tergendala. Kpi terganggu. Jadi kena pergi kerja. Kerja dan bertanggungjawab dengan kerja. Kerja hadap segalanya. =/

Semuga hari2 aku lebih baik selepas ini.

No comments:

COVID lagi....