Friday, December 28, 2012

Thursday, December 27, 2012

bermula lah episod

salam
hai

yeah! at least aku dah dapat buat half-way. so malam nanti aku nak buat lagi half. touch up yang depan. dan esok mungkin boleh terus email. yes, itu namanya cita-cita. cita-cita memang amat penting. tanpa impian, mimpi takkan jadi nyata. aku harap jalan aku tak sesukar yang aku fikirkan.

yaps. memang selalu begitu. bila waktu gembira. senang lenang. macam dah takda kesusahan. tapi bila ada masalah bertimpa-timpa. that's life. tapi kata orang, kita akan terima kepayahan yang kita boleh handle. so tak perlu merungut sangat. for that reason, kita susah, pedih, sedih, perit, serabut sekarang, adalah untuk senyuman kita di masa depan. haih. tak sabar nak senyum.;)

oleh kerana itu, di pihak kita, kita harus kuat-kuat berdoa. supaya kita tak terlalu bergantung kepada manusia. tetapi bergantunglah kepada Allah. huh. panjang lebau benau kata-kata motivasi kepada diri sendiri petang ini. woih, yang pasti hidup tiada jalan pintas. kan? kan? 

so kepada Encik Thesis, pls be nice. untuk masalah-masalah lain seperti belum mendapat kerja, atau pun ditinggalkan kekasih dan sebagainya, kau hanya watak sampingan. so, lepas habis dating dengan encik thesis, kita boleh pulun habis-habis untuk cari kerja, dan juga cari suami. yes, cari suami. bukan lagi boyfren.
;)

cita-cita kena ada. at least kalau tak sempat nak capai pun kita bukan lah loser. sebab al least kita ada impian dan niat. niat tu penting.


so kata-kata untuk hari ini. 
Dalam hidup, tiada akhir, tetapi segalanya hanya baru bermula. so u go girl!!


chiow

Sunday, December 23, 2012

Cita cita

Salam
Hai

Spss. Spss dan spss.

Semua kerana viva. Lepas tu, aku boleh focus pada pencarian kerja. Aku dah list kan semua. Moga dipermudahkan.

Target aku. Dalam setahun bekerja aku nak sambung MBA. Aha. Tapi aku macam terfikir untuk master safety and health juga. Mane lebih laku? Aha.

Dan.. dalam masa yang sama aku masih menanti orang yang nak aku sebagai suri hidup mereka. Wahaha. Jiwang. Dan dalam masa yang sama. Kalau yang SHO... aku akan tersenyum lebau.

Tlg la berenti bercita2 dayah.

=/

Thursday, December 20, 2012

:)

Salam
Hai

Ini bukan cerita hantu. Esok hari terakhir. Mls nye nak lalui hari esok. Ha... teringat masa mula2 masuk dulu.. ahaks. Tq hroad!!

Wednesday, December 19, 2012

tak de istilah lambat

salam 
hai

aku memang berbangga bila orang tanya aku sekolah mana. aku akan sepantas kilat menjawab, " sains raub..." okeh mahal kan title budak sekolah sains tu. walaupun aku bukan top student. bangga. bukan riak. tapi itu tempat aku mula bangunkan diri aku.

tapi, bila mereka tanya umur dan cuba compare kan dengan pencapaian aku yang baru nak habis degree. aku kantoi. "kenapa Dayah lambat?" dan tiap kali itu lah aku akan senyum dan jawab. "Saya pernah masuk metrik UIA dulu.." tak pernah rasa kecik hati. sebab aku admit aku bukan budak pandai. dan, aku tak pernah menyesal sebab ambil jalan panjang untuk sama macam kawan-kawan aku. 

Aku masuk metrik sebab family aku nak aku ambil kos yang konon macam budak pandai. tapi aku tak minat dan aku gagal dalam percubaan aku. yes, 2 years. bodohkan. membazir masa? mungkin. 

aku lambat? tapi aku dah sampai kan. aku hampir sampai. aku takkan menyesal. mungkin jalan aku lebih panjang untuk aku lebih matang.



Sunday, December 9, 2012

Tuesday, December 4, 2012

Tua mengejar kita

Salam
Hai

Today is my bro's bthday. Yg ke28. Tua kan. Setiap tahun umur kita akan bergerak. Beza nya pencapaian hidup. Ape je yang dah tercapai. Aku? Nothing.

Friday, November 30, 2012

perjalanan

salam
hai


bersendirian di rumah. aku ambil cuti hari ini. yap, plan untuk cuba key in kan semua survey yang hidup segan mati tak mahu ini. survey ni kena kutuk. tapi aku still.... buat muka sardin, cap marina. lepas tu aku stop dari distribute dia, dan buat-buat pandai sebab malas nak pikir.

aku done dengan 17 minggu of intern. bermakna ada lagi lebih kurang 3 minggu. otak memang tak boleh focus kepada pekerjaan since too many things to do. yup, aku kena cover task-task yang diberi oleh mereka di office. kehendak chairman office yang memang nak aku buat-buat siapkan scrapt book with all articles yang mereka collect. yes, i think it's ridiculous. tapi kalau itu kehendak mereka. aku turutkan.

aku akan merindui semua saat aku di sana. yaps, aku rasa ini merupakan kenangan terbaik, terindah and... paling bermakna. because, it woke me up! bangun dari mimpi dan angan mat jenin. hidup dengan realiti dan hadapi segalanya sendiri. and after 4 months, aku sedar aku macam lebih lain dari dahulu. mungkin orang lain tak aware tentang itu. but, aku tahu dimana aku. ah. apa lah aku merepek. 

banyak aku belajar. kadang-kadang kita mengenali musuh kita untuk dijadikan kawan sekepala. yap, itu juga berlaku. dan sebaliknya, kawan sekepala kita bogelkan kerana mereka sebenarnya musuh kita. ya aku belajar itu. hidup ini persaingan. yang bodoh di arena persaingan kau akan tinggal jauh-jauh. sampailah kau paham politik bersaing. and, the best is, belajar mengipas pungkok bos!

ini bukan pengakhiran. aku baru saja mulakan perjalanan aku yang cukup panjang.....



chiow

Sunday, November 25, 2012

project paper

salam
hai

kaki menggigil-gigil. lutut terasa lemah. ah. penipuan. takda gigil-gigil semua tu. tapi sirius. dalam hati macam reput. rapuh. dan sebagainya. bila tengok semua makhluk praktikal yang buat projek paper dah mula distribute survey mereka? aku? leka. dah siap questionaire lama. tapi aku masih tak betul and decide for final draft.

natijahnya. hari ini. kena lah bangkit awal. mandi awal dan.. breakfast awal. sebab, nak siapkan jugak semua and berlumba-lumba untuk distribute semua questionaire yang 234 tu. woah. lepas ni kalau aku mati jangan pelik.;) hm.. kenapa lah kena layan semua perkara begini.

haha. tapi dari pagi membawak ke saat ini aku considerkan final draft aku untuk emel pada Dr esok dah siap lah. tinggal tunggu dia reply dengan ink merah. aku betul kan sikit. and.. distribute!

aku harap semua nya akan be nice dengan aku. especially di tahap distribute. respondents! tolong la beri kerja sama. kamu semua kan comel.;) haha.

ouh. lapau!




Thursday, November 8, 2012

aduh

salam
hai

segala offer cepat je aku tolak..sebab neves nk bertentang mata..lepas tu nyesal...aduh.... aku ade bp hari je lagi...

love nonasanjanaaziz

Sunday, November 4, 2012

berjemah di ttwangsa.

salam
hai


yups. zaman sekarang semua gambar pun orang akan cuba shoot ala-ala photographer terkenal. sebab semua pun macam feeling-feeling memiliki DSLR dan sebagainya. kite tak salah kan syaz sebab ada cita-cita membuka shaze photographer selain menjadi seorang doktor gigi yang diyakini oleh pesakit-pesakit yang bermasalah gigi. ya itu kisah bila semua orang sibuk nak shoot gambar dari pelbagai angle termasuk gambar bunga yang sebenarnya tak mengghairahkan pun....;D

berpicnic di waktu semua orang berbudaya sihat, sambil menjinjing beberapa buah bakul, biar pun harus mengelilingi kawasan taman tasik titiwangsa bukanlah satu masalah bagi sekumpulan rakan yang dah lama tak hangout gara-gara masing-masing yang sibuk menjalani hidup sehari-hari. malah, kegiatan membawa bakul berisi makanan yang macam ada pelbagai juadah, sambil ditontoni oleh ramai manusia yang bersungguh-sungguh memiliki jantung sihat, adalah perkara yang dianggap 'cool sangat' sebab feel untuk berpicnic adalah perkara yang lebih seronok dari berpeluh-peluh ditemani mentari pagi. okeh kewl sangat!

masing-masing dah pun menginjak dewasa. eh, masa kita kenal dulu kita baru lepas sekolah, lepas tu macam bila lepak kat aroma macam perkara paling sosial kan bila berada dalam pagar matrik uia tu...;D ha.. lepas tu dapat pulak hostel yang paling depan, sebangunan pulak dengan lecturer-lecturer dan sekalian 'bro' uia yang macam hots berkopiah labuci.. macam paling best kan 'apartment' UKCII kite tu.. okeh rindu.! lepas tu adegan berpeleseran dekat koridor sebab teman mas usha mus main bola, atau pun pinjam computer eiz untuk dengar lagu jiwang rempit yang beribu-ribu. plus, masing-masing dah macam britney spears sebab yana hari-hari nyanyi lagu britney... lawak kan... dan pastinya aku yang sweet kejut korang setiap pagi dengan penuh kasih sayang, dan sekalian lawak aku.. mesti korang rindu aku kan... okeh kita semua tak berubah langsung...

mungkin yang berubah adalah fizikal, status dan beberapa perkara. korang-korang ye la dah tukar status kan.. aku? belum. paling-paling pun aku akan update status kat fb aku setiap hari.. tu saja.. tak lebih dari tu...;D macam korang, yang single dah tukar ke mingle dan sebagainya..

thanx sebab luangkan masa dan cepat-cepat setuju untuk melepaks dan berjemah bersama aku siang tadi. bukan senang kan nak dapat moment-moment macam tadi. yang mana semua orang ada, itu pun lepas 5 tahun. tapi masih belum ada semuanya. apa-apa pun sayang korang! doa kan la aku ikot jejak langkah korang k.. kalau ikot turutan duduk tadi. mungkin 5 6 tahun terkedepan la aku kawin kan... namun aku tetap berdoa semuga aku sempat lah kawin dan ada anak dalam sebulan dua ni..wakaka macam boleh potong eiz ngan king kan...;D (berangan)

apa-apa pun.keep in touch.! love korang semua...


p/s: hey, bangga aku weyh.. duduk sebelah doktor gg, 2 lawyer, pensyarah... sedangkan aku hanya budak pembantu am rendah(par) dekat pnb tu..;) apa-apa pun aku banyak kabel kan....?;)


love nonasanjanaaziz

Sunday, October 7, 2012

membebel tak ke mana

salam
hai

Ini bukan hari yang panjang. sebab?? hari ni hari cuti. cuba kalau aku dekat ofis. terkedek-kedek lah jam kat dinding tu bergerak. sebelum aku pergi dan cepat kan jam ofis tu, lebih baik jam tu jangan cari pasal dengan aku. ;) 

thesis. still mcm tu. sampai kesudah. LR? ah. malas nak layan. bole?

ofis? so far.. biasa saja. takda yang menarik. dan mungkin kadang-kadang menolak. juga malas nak layan. yang aku tau ia dah nak masuk 10th week. ha.. kalau orang mengira waktu tu kau paham-paham saja lah the level of satisfaction dia. tapi siriusly. keadaannya sederhana saja. aku tak suka deal dengan perkara yang tak berhak. perasaan yang sama macam budak form 1 di asrama.

sekian.


Friday, September 21, 2012

ada yg buat kite rs bagus

salam
hai



hari ini hari yang baik....semuanya yang baik2 berlaku hari ni kepada aku... just bcoz of aku jumpa kwn lame yg membesar bersama, and be apart of my life, aku berasa hari aku baik hari ni... yap itu perasan bila berada dikalangan kwn2 yg kita syg.... it makes u feel good..

hari ni dlm sejarah juge bila aku secara tidak sengsja terjoin perarakan protes tentang penghinaan islam.. sbb aku yg terkedek2 balik dr lunch, lalu dpn tabung haji utk ke bangunan opis tcinta... ye, aku tau, perarakan protes secara aman itu bagus, cuma nya bila terlalu crowded dgn bendera bulan hijau yg terlalu kepolitikan timbol rs keliru di minda aku.. sampai aku jd neves ya amat.. utk escape dr perarakan itu... yup something yg mcm fobia pulak.. mungkin sbb aku sorang n sekeliling semua lelaki kot...

apa sekali pun nitu pengalaman br.. everything happen for a reason kn.....:

love nonasananaaziz

Wednesday, September 12, 2012

;(

assalamualaikum
hai

hm. cannot think. ahai. i'm too paranoid. yups. baik tak payah sibuk-sibuk jadi tukang telek.... ok.. just enjoy to be me...;)


love nonasanjanaaziz

Tuesday, September 11, 2012

at least...

assalamualaikum
hai

feel good about myself. every day aku belajar dan memupuk untuk merasa bagus tentang diri aku. yes. kerana aku percaya satu perkara, untuk merasa gembira dan bahagia perkara pertama ialah memberi ruang kepada diri sendiri untuk merasai kebahagiaan dan peluang yang terdampar. ya. biarlah kalau peluang yang ada hanya sekecil kuman pun. ya itu perkara pertama.

dalam menempuh hari-hari aku. aku belajar. membuka hati. menerima sekeliling aku. kekurangan diri. kekurangan orang lain. dan positif tentang segala benda. dont be too paranoid sebab bukan semua orang asyik nak negatif tentang diri kita. yups. harus percaya tentang itu. itu yang kedua.

dan.. aku rasa happy. to be apart of HR team. yup. at least i've learn something that i really love to do. memahami segala dengan hati yang terbuka. yup sangat rasa berbangga, at least kalau aku bukan permanently bersama mereka, sekurang-kurangnya aku ada pengalaman manis yang akan terpahat terus kat hati aku. at least aku ada idea untuk aku kongsi bila aku dah berada di tempat lain.

hah. kelakar. apa yang aku observe tentang persekitaran HR. tak payah kot buat password segala bagai untuk pendrive. sebab you might kill yourself when you go into an interview. ahaha. macam ada duit lah pulak sehinggakan aku yang nak tolong bukak kan folder tak boleh. haha. just be as simple as can. confident. and try to be yourself. kot...

ha.. mengharap sesuatu yang lebih manis esok...

p/s: hati aku bunga2.. nah.


love nonasanjanaaziz

Thursday, September 6, 2012

rindu

salam
hai


malam ni aku rindu melaka. terkenang lak zaman-zaman mengukur melaka bersama kawan-kawan... hai lah... memory memang takkan di panggil memory kalau kita boleh ulang balik kan...;(



love nonasanjanaaziz

Monday, August 27, 2012

reward myself

assalamualaikum
hai

perasaan menjadi internship worker or student taklah begitu teruk. namun, kalau di beri peluang kedua aku akan menolak untuk menjadi pelajar praktikal. sungguh tak seronok. sebab aku skema. ahaks. but aku masih berfikir untuk terus menyesuaikan diri. yup. mencari habitat baru. wahaha.

dah nak masuk sebulan. it's time to reward myself. ahah! thinking of new smartphone.... gud luck!!;D


chiow


love nonasanjanaaziz

Sunday, June 17, 2012

laju-laju

assalamualaikum
hai

marathon. untuk yang mungkin kali terakhir bergelar student. next week minggu terakhir. minggu saat yang genting. kalah genting highland. ini lah masa nak rushing untuk last asignments. last presentation untuk sem ini. last kuiz. and test. semuanya bajet-bajet last lah kot. sirius. memang stress. tapi kena jugak lalui. sebab ini memang las agaknya. bak kata sir aku enjoy dan layankan saja. bukan untuk orang lain. tapi untuk diri sendiri.

ngantuk. sampai kan...



chiow




love nonasanjanaaziz

Friday, June 8, 2012

Friday, May 25, 2012

anonymous lah sangat!;)

assalamualaikum
hai

yup. anonymous? global sangat!!. sampai terserlah kebangangan.... good job! ;D



chiow

Thursday, May 17, 2012

kagum lagi

assalamualaikum
hai

tadi aku attend untuk seminar IR di mitc. yup di melaka. boleh nak category kan lah jugak yang ini antara seminar aku yang pertama secara rasmi yang melibatkan dunia luar, semasa aku bergelar student HR yang kununnya. okeh aku mungkin patut ubah ayat berkenaan menjadi lebih positif. bukan kununnya. tapi student HR yang.. em.. memang student HR. hidup HR! (tiba-tiba;p)

aku teruja. (bila je aku tak teruja kan) sebab.. yup aku akui dengan pengetahuan aku yang  sangat cetek ini, aku mengandaikan aku dah pun terlibat dalam satu event yang handal. ewah handal la pulak kan. dan sangat bagus. we talk about reality of industry. banyak input yang aku dapat walaupun belum lah lekat sepenuhnya. tapi yang pasti awareness tentang kursus aku memang ada sekarang. di mana aku harus benar-benar ada pengetahuan serta apa yang orang kata kan fikiran yang terbuka. bukan saja terbuka tetapi yang matang dan juga intelek. 

aku benar-benar kagum. dengan mereka yang mempunyai pandangan yang sebenarnya ada je di setiap minda semua orang. tapi apa yang membezakan antara A dan B adalah. bagaimana mereka berani untuk melontarkan pandangan itu. dan bertindak pantas bersama dengan kepantasan minda yang sangat agresif berfikir untuk mendapatkan maklumat. sebab kan aku jenis yang.. ya Allah.. RAM zaman  tok kaduk. sampaikan. cepat betul aku angguk bila dapat jawapan. sepatutnya aku harus berfikir laju-laju bila dapat jawapan dan tanya lagi segala persoalan yang akan timbul sampailah aku puas hati. malangnya, aku tak begitu. so aku memang terasa kagum lah dengan mereka-mereka seperti mereka.

macam mana lah nak jadi CKO kan. kalau K aku hanya lah separas buku lali kaki.;) aku ada cita-cita tinggi. tapi entah bila aku nak jadi berani. ha-ha. kalau nak jadi berani kena buat apa eh... ke hanya cukup dengan doa?? ahaha. sengal.......



p/s: aku selalu mencipta impian. tapi tak banyak yang aku dah capai...;/

*IR = industrial relation



chiow


Tuesday, May 8, 2012

ini gagah

assalamualaikum
hai




chiow



pabila larut malam.

assalamualaikum
hai

weekend yang lalu merupakan hari yang paling gembira buat aku. gembira sampai nak pengsan. sebab jumpa balik dengan kawan-kawan lama. okeh aku sangat excited. sampai pakinson. paham tak? pakinson okeh.;D tapi itu lah yang berlaku bila jarang-karang beno aku dapat join aktiviti extremers kan. tapi so far okeh lah. aku harap aku takkan sesekali miss antara wedding kawan-kawan rapat yang ala-ala menempuh kenangan bersama.;p tapi itu hanya harapan aku. balik dari jumpa tu pulak. aku dapat panggilan telefon yang memang aku nanti. tah la. entah kenapa aku rasa happy sangat. 

tapi bila balik malam tu mula. datang satu perasaan sedih. itulah orang kata. kalau suka sangat nanti datang lah yang duka nya kan. tapi the reality is... mendung tak bererti hujan. itu semua cubaan. so takmo fikir kannya atau takmo nak ambil sirius sangat. jalan terbaik adalah barang yang lepas jangan dikenang. yup. mungkin itu terbaik.


apa-apa pun. you go girl!




chiow

Sunday, May 6, 2012

bila semua orang pakat kahwin tarikh sama

assalamualaikum
hai

minggu yang excellent! ;D  aku yang hari tu macam kepochi habis pasal ada wedding berlambak-lambak kan. finally dah berjaya pergi semua orang punya wedding. macam seronok gila pulak la kan. sebab sirius wedding adalah masa untuk reunion juga. time tu la jugak kawan-kawan yang dah lama terpisah ni. yang ala-ala busy women macam aku ni nak berJemah segala.


ini lah natijahnya bila semua orang pilih tarikh yang sama. kawan-kawan akan marathon untuk pergi wedding dan balik dalam keadaan terlentang kekenyangan. jimat beras kat rumah kan.;) okeh nampak tak keseronokan terpancar tu.;) aku dapat bayang kan. suatu masa nanti bila semua orang akan jadi lebih tua dari ini. eh time tu kita akan berJemah lagi  macam ni ke?? haha. masa tu akan tiba jugak kan nanti. yang pasti mesti semua orang akan datang dengan lebih dari seorang.....;)


p/s: terharu lak bila mak shikin masih ingat aku...





chiow

quotes

assalamualaikum
hai

 Don't cry when the sun is gone, because the tears won't let you see the stars. 

“Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.




chiow

Saturday, May 5, 2012

rindu bukan teman

assalamualaikum
hai










pagi-pagi dah layan lagu sedih kan. namun hari aku hari ini tak sesedih lagu ini. sebab aku ada marathon wedding...;)




chiow

Thursday, May 3, 2012

pelangi 2

assalamualaikum
hai

tahap macam ini aku patut give up. bukan saja patut. aku memang dah give up pun. tapi aku tahu. give up kali ini adalah give up untuk aku menjadi berjaya. ha.. pernah ke dengar give up tapi berjaya? tak pernah kan. but the issue is.. give up ini untuk aku saja.;) sebab apa.. kita dah pegang satu perkara. tak semua perkara yang kita kehendaki kita akan dapat. dan tak semua perkara yang kita impikan baik untuk kita. dan...... tak semua yang gagal itu kegagalan. sebenarnya kita lupa. kenapa kita gagal? kita gagal sebab kita ada kejayaan yang lebih besar. mungkin begitu. positif kan? okeh. tema dia still....... ada pelangi di hujung jalan.;D


chiow

Saturday, April 28, 2012

bodoh

assalamualaikum
hai

aku manusia atas pagar. yang kononnya neutral. atau tak tahu membeza. namun sebagai pecinta keamanan, hati aku panas. dengan aksi-aksi bodoh dan juga tindakan sampah si penuntut berbaju kuning. eh itu ke jalan yang terbaik? buang karan!(-__-)'



chiow

Saturday, April 21, 2012

terasa macam konvo

assalamualaikum
hai

khamis hari tu kira macam one of hari yang gembira buat aku. gembira sampai rasa dah tak payah belajar. ;) okeh itu kira melampau kan. tapi sirius. terbawa-bawa perasaan yang konvo masa diploma dulu. kalau la khamis tu konvo untuk degree ini. pasti dan confirm sekali aku paling happy. sebab tak payah belajar lagi secara zahirnya.;)

sebab apa happy? sebab ada majlis anugerah dekan. uitm malaka nya anugerah dekan macam sangat meriah. dah setaraf dengan istiadat konvokesyen. dengan bunyi gamelan. dengan sang sarjana-sarjana yang berjubah sarjana. buat aku rasa teringin benor nak ada topi yang macam diorang. ha... namun.. tak mungkin kesampaian. aku tak sepandai itu. apa-apa pun syukur dengan pemberian yang ada ini.

majlis diadakan di dewan seri negeri. okeh la juga tempatnya.cukup untuk meraikan. walaupun aku tak pakai selempang sebab tak dapat 4 flat. cukup lah aku tersenyum lebar. memandang mereka yang naik ke pentas untuk kedua kalinya sebab mereka pelajar cemerlang. aku bukan secemerlang mereka. ha.. penat membebel. kesimpulannya. sebab dah terlampau emosi dan feeling konvo. aku malas nak study compensation malam tu. so kita tengok kan aja markah compensation nanti. tahao sarjana atau pun sanjana aja.

layan gambo.










chiow

Thursday, April 19, 2012

layu

assalamualaikum
hai




penat. sakit badan.  malas. gud bye compensatioan management!(---___----)'










chiow

Wednesday, April 18, 2012

jadual penuh

assalamualaikum
hai


aku terasa keghairahan untuk attend wedding kawan-kawan bulan may nanti. walaupun aku masih belum punya hadiah untuk mereka. ;) tapi sirius. memang excited gil babs especially kalau set-set extremers. sebab ingin aku nyatakan disini aku rindukan mereka. long time no see.!

aku harap aku dapat attend lah. 5 May 2012. ada 3 wedding.
HUDA - kawan dari tadika, merangkap BFF. wajib pergi.
MAS - kawan sebilik masa MATRIK UIA. yang memang dah hantar kad jemputan. yang memang sentap  kalau aku tak datang
SYIRA- yang both husband and wife memang extremers. yang dirindui. so kena lah pergi.

nak pergi yang mana dulu itu fikirkan kemudian. nasib baik semua nya sekitar KL

the next day. 6 MAY

wedding SHIKIN. kawan masa form1. sampai lah form 5. di SEMESTA. yang juga dirindui. so macam kena pergi juga. 

hah. kalah jadual kelas kan...;p

memang excited. sampai terbawa dalam mimpi okeh. ;D


chiow

Saturday, April 14, 2012

internship 2

assalamualaikum
hai

alhamdullilah. sebab masih ada nyawa untuk mulakan hari ini. ini weekend. aku cuti tiga hari untuk weekend ini kerana isnin melaka cuti. sila tepuk tangan.;) 

lantai bilik bersepah. dengan kertas-kertas. kertas apa.? okeh. resume. cover letter. transkrip. pengesahan uitm. dah banyak beno aku copy. lepas tu salah. buat balik. copy lagi. tapi satu pun tak gerak. tah hape-hape. boleh gelak kan diri sendiri kot sekarang ni. pls dayah, jadi berani sikit dan tetap kan pendirian. boleh? huk-huk-huk

aku merenung. siapa lah yang sudi mengambil aku sebagai pekerja internship mereka.......


;)

p/s: kalau takda gaji pun takpa lah. untunglah kalau mereka nak ambil....;D


chiow

Wednesday, April 11, 2012

kita seri

assalamualaikum
hai




seri. maksudnya sama. puas? kita takkan menongkat langit. roda sentiasa berputar, hidup ini ada jatuh bangunnya. dan bila kau boleh rasa macam yang aku rasa. itu adalah seri. aku mampu tersenyum.............;)








chiow

pelangi di hujung jalan

assalamualaikum
hai


;)


gagal. bangun. gagal. bangun. gagal. bangun. bangun. bangun. bangun. aku selalu positif tentang gagal. yang semua anggap itu adalah gagal. dan sebab batang hidung ini yang menghadapi kegagalan itu batang hidung ini lah yang harus menjadi sangat positif tentang gagal. takda siapa yang nak gagal pun. tapi aku percaya. ada pelangi di hujung jalan.;)




chiow

Tuesday, March 27, 2012

keikhlasan

assalamualaikum
hai


untuk rasa bahagia dalam hidup kita harus sentiasa ikhlas dalam tiap perkara yang kita buat.




chiow

Saturday, March 17, 2012

Saturday, March 10, 2012

sudah cukup sudah

assalamualaikum
hai


setelah lama mencari lagu ini. akhirnya dapat. haha. padahal takda lah lama mana pun. tapi macam bersungguh-sungguh.;)


okeh layan eh.



sudah, cukup-cukup sudah.. cukup sampai di sini saja. daripada batin terseksa lebih baik ke pergi saja. sudah, cukup-cukup sudah...



chiow

Wednesday, February 15, 2012

hidup belum bermula

assalamualaikum
hai


pagi ini indah. aku bangun tersenyum. tapi senyum tak sampai telinga. eh jarang sangat lah dah aku bangun dengan rasa happy. sebab entah rumah ini tak macam rumah lama aku yang sangat empuk nyaman nya. haha. aku bukan nak cerita tentang empuk kejadah semua itu. aku duduk tersandar di kepala katil. mata aku tujukan ke kipas yang hanya berkelajuan tiga. nak aku kira berapa kali pusingannya aku sendiri tak tahu di mana mulanya. tiga bilah itu seakan sama. mungkin mengira pusingan kipas adalah perkara mustahil yang manusia boleh lakukan.

fikiran langsung tak terfikir tentang kipas. yang aku tahu tentang kipas. kalau dia berkelajuan tiga. maka panas lah malamku tanpa hujan yang boleh menyejukkan umbun-umbun rumah. dalam detak detik hati aku yang acapkali berkira-kira tentang kipas yang takda hala tuju itu aku memikirkan tentang aku. yang masih belum ada pergerakkan dalam hidup. eh kenapa lah macam gitu. lembap. aku terdiam. malas nak mengutuk diri sendiri. aku tak mahu menyesal dalam perkara yang lepas. sebab.. aku cuba percaya yang hidup ini adil. walaupun jauh dibenak aku selalu memikirkan mana adil nya hidup ini. tapi takpa. aku pegang di side yang hidup ini adil.

lantas. aku terfikir. hidup aku belum bermula. loser kan.? tapi benar. hidup aku belum bermula. mungkin hari ini hari orang lain.  dan hari aku akan tiba juga.;) 



chiow




Thursday, January 19, 2012

ada yang lebih bahagia daripada cinta

assalamualaikum
hai

hari ini aku asyik tersenyum. bahagia pula terasa. ada juga sumbangan aku pada orang sekeliling. takda la loser semata kan life aku ini. kalau kebelakangan ini jiwa selalu dirundung pilu. tak mengapa lah. sebab aku percaya aku punya masa dan ruang di mana aku juga aku happy seperti manusia lain. cukup lah sekadar aku lalui sahaja hidup ini dengan rasa bahagia.

macam semalam. masa aku dok online dengan cousin tercinta yang dah feeling-feeling jadi wartawan tu. dia mintak aku suggest satu dua nama untuk photographer. aku ingat untuk dia guna sebab nak organizekan wedding mana-mana artis. rupa nya tak. dia nak masuk kan dekat magazine mana tah. stailista.  kalau aku tahu mesti dan-dan tu juga aku ngaku aku photographer. ;) ok tipu. haha. then aku pun dengan naif nya rekemen satu nama daripada kawan sekolah aku. hm tak tahu lah apa jadi lepas itu. kalau itu dapat membantunya aku juga turut happy. dan hari ini aku suggestkan lagi satu nama untuk wedding planner pula. Idhama Fitri. oww. diva nya kau nyah. aku dapat tengok kalau kawan-kawan happy pun cukup lah.;p

hm. ada yang lebih membahagiakan daripada cinta kan. dapat tolong orang sekeliling. buat mereka happy. pun dah boleh buat kita happy. ;) seronoknya aku rasa. hm. aku tengah berfikir. semuga bila aku ada atas bumi ni dengan masa aku yang mungkin suntuk ni. at least aku ada juga benda-benda boleh aku happy lakukan. biarlah bukan aku pun yang masuk magazine ke apa kan.


p/s: life is concerned dealing with other people


chiow

cakap depan kipas

assalamualaikum
hai

kenapa masa kecil kita suka cakap depan kipas? aha-aha. cute kan kita masa tu. sibuk nak cakap depan kipas. kunun habis misteri nusantara lah kan. bila kita kenang sekarang. kita rasa benda itu lucu. tapi masa kecil kita sangat terpegun dengan apa yang kita lakukan. itu kita masa dulu.

sekarang. aku tak cakap depan kipas dah. sebab aku dah mampu fikir kan masa depan aku. apa terbaik untuk diri aku. memilih situasi selamat untuk hidup, kan? tanpa lukakan hati orang lain. sambil menjaga hati sendiri. tapi kalau orang lain tak tahu jaga hati kita. dan tak tahu nak hormati hak kita, time tu. kita ada hak untuk pilih mana satu strategi terbaik. semua untuk hidupkan situasi selamat. sampai bila?



p/s: The value of identity of course is that so often with it comes purpose



chiow

Monday, January 16, 2012

aku dan pen.;)

assalamualaikum
hai

huyo-huyo.! ha kan dah tinggal satu lagi paper. macam teruja tahap nak melompat-lompat. tahu? ;) suka nya. dah terbayang-bayang dah zaman-zaman bersenang-lenang kat rumah. 

hari ini paper ke-5. paper yang aku rasa sederhana tahap kesusahannya. jadi lah.. sebab aku mampu untuk syok sendiri menjawab nya.;) tinggal satu paper. yakni quality. hanya orang yang berquality saja yang belajar subject tu..aww. ;D

tujuan entry ini cuma lah nak sangat tunjuk batak. sebab aku rasa ini second time lah aku guna pen sampai habis dakwat. kalau tak, dia hilang. jatuh dan rosak. dakwat kering. jadi di paper kelima ia benar-benar sudah kosong. lantas aku tinggal kan sebagai kenangan untuk budak petang yang duduk di kedudukan aku tadi. kira kenangan untuk dia lah lebih kurang;D

pen aku macam ini. gambar bawah ini. gila teruja.;) aku masih ada dua batang lagi pen itu. nak tulis banyak-banyak lah. bagi dua kali teruja. ah poyo lah kau.;p



p/s: ada satu dua hari dalam hidup kita yang kita rasa perlu share benda yang tiada significantnya.;)






chiow

Friday, January 13, 2012

bercakap bagai pokok tiada daunnya.

assalamualaikum
hai

;) bergembiralah..;) u go girl.


kesah nya. hati seorang wanita. ihih. what the.... ehem. kau bukan ada hati pun, ini kan pula hati seorang wanita. sudah lah kau.

nak tergelak rasa nya. aishh lawak kelakar seram tahu.



chiow

COVID lagi....