Saturday, December 12, 2015

Klcc

Salam
Hai

Esok exm sem 3 aku bermula. Fuh. Harap2 segala berjalan dengan lancar. Januari akan muncul tak seberapa lama. Apa yang dirancang untuk 2015. Semua belum achieve. Macam biasa. Hidup seorang loser. Merancang nya selalu buatnya belum pernah. "Rasa macam give up dah sangat..." aku pandang klcc.

Sunday, November 15, 2015

Tiada kesudahan

Salam
Hai

Tadi habis class ob. Entah lah.. enjoy betul aku dengan life as student ni sebenarnya. Sampai satu tahap bila aku tak pergi class aku rasa sesal yang mendalam sampai kadang2 rasa hidup tak lengkap. Ini jalan yang aku pilih. Sambung belajar.

 Masih aku ingat.Januari tahun 2015.. Beranikan diri aku sambung master. Now aku di hujung semester 3. Tgl lagi 3 sbjek yang aku expect akan habis di april 2016. Thesis ogos 2016. Dan aku akan grad. Hopefully, sempat dan tepatlah masa aku. At least aku harap dapatlah aku merasa berjubah master. 

Thursday, November 12, 2015

Abah

Salam
Hai

Esok 13 nov. Ye.. hari jadi arwah abah aku. Kalau dia masih hidup dia akan berumur 64 tahun. Entah macam mana la agaknya rupa dia kalo dia masih ada. Rindunya lah hai. Seorang kawan lelaki yang paling romantik aku pernah miliki. Dia juga seorang pemimpin yang paling superb. Seorang guru yang paling sporting. Seorang technician yang amat cekap dan dia ada segalanya. Serba boleh betul arwah abah aku. mana nak cari lelaki macam itu lagi weh. serba boleh. hushh..

Senang kata sebagai ayah arwah abah aku berjaya lah jugak mendidik kami. Bukan lah sebagai perdana menteri atau pun manusia kerja besar2 dan kaya raya. Cukup lah kami jadi orang. Hidup macam orang. Tahu letak duduknya diri.

Aku doa kan semuga roh abah dicucuri rahmat. Ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan tak henti2 berdoa semuga abah tenang di sana. Rindu sangat nak peluk. Pegang perut buncit abah dan hidu aroma abah. Lama sangat dah tak jumpa. Kalau tak dapat jumpa suami macam abah. Dapat yang sipi2 pun jadi lah.

Saturday, November 7, 2015

Deep

Salam
Hai

Aku tak tau nak express kan bagaimana. Rasanya ada di dalam ini. Ya.. di sini. Deep inside my heart. Hu..

Today going to be my last day. Aku dah cakap pada diri aku. 'It's time to give up now..' entah lah. Setelah beberapa usaha ini, aku tak tahu pula ini adalah jawapan yang terakhir. Aku letakkan usaha yang sungguh2 kot untuk 10 bulan ini. Tak tahu adakah ini betul jawapan kepada semua persoalan ini?

So selepas2 ini. Aku akan hidup bersama labu2 aku. Pencarian berakhir di sini. Good bye.

Friday, November 6, 2015

Perkara november

Salam
Hai

Yes. Aku ade video zumba baru. Jadi semangat nak berzumba tu masih mantap buat masa ni. Baru lah 3 hari aku semangat berzumba balik. Whatever it is. Mission haruslah seperti biasa. Walaupun semangat ada sikit terhakis. Tapi aku bisik pada diri. Kalau buat sesuatu biar kerana kebaikan diri dan juga niat kerana Allah. Kadang2 aku rasa plastik sangat penulisan aku ni. Yang sebenarnya bkn lah untuk menunjuk2 kebaikan atau apa. Ia adalah suntikan utk ingat kan diri jadi baik. Kerana sebelum ini banyak sangat aura negatif. So at least kalau dah tulis, esok2 bila baca balik kita macam ingat balik. Apa yang kita mahu dalam hidup. Begitu.

Banyak sebenar perkara dalam otak ni. Assignment ada lebih kurang tiga lagi. Class master akan berakhir dalam sebulan lagi. Hal kerja, terikat dengan due date template markah, key in markah dalam sistem dan juga beberapa perkara. Dan dalam hari selepas tamat key markah dalam sistem. Aku akan ada kursus yang berturut yakni selama 4 hari. So aku ada kurang lagi satu saja hari latihan yang aku rasa akan penuh juga nanti. Due by end of this year juga. Dan aku bagi due lagi pada diri. Juga sampai end of the year. Pergh.. cabaran sangat nih.

Korang boleh la ready nak gelak kan aku kalau aku masih gagal. Ye.. harus gelak kan ok.☺☺

Okeh. Sebenarnya siang tadi banyak la juga aku makan.

#sekarangpundahbolehgelakkan.

Saturday, October 31, 2015

Uhu

Salam
Hai

Rasa nak lempang diri sendiri. Come on. Jangan jadi pengecut. Okebai. 😅

Monday, October 26, 2015

Jujur

Salam
Hai

Secara jujurnya aku takut sekiranya Allah jawab persoalan yang bermain di hati. Takut jawapannya tak seperti yang aku inginkan. Jujur. Walaupun hakikatnya aku memang mahukan jawapan yang pasti, tapi sebab aku manusia biasa yang ada impian yang macam2. Yang merancang macam2 utk hidup yang aku harapkan, kadang rasa kecewa. Tapi aku tahu, jawapan Allah itu adalah rencana yang terbaik. Tak apalah kalau kecewa sehari dua. Bersabarlah wahai hati. You can do it. Kau pernah lalui dulu. Chaiyok...!!☺☺☺😊

Saturday, October 24, 2015

Termenung

Salam
Hai

Sabtu. Lepas pada hari ini bermaksud aku tinggal la beberapa detik sahaja. Aku tak tau apa perlu nya aku kira. Petang karang class aku bermula jam 3. Dari pagi lepas sarapan aku kemas2 barang2 aku dan buat sedikit exercise ringan. Itu saja yang aku ada utk aktiviti pagi ini walaupun sebenarnya assignment aku belambak terlambak2 nya.

Lepas aktiviti pagi, aku duduk keringkan badan. Sambil itu aku pandang cermin, aku senyum pada cermin. Lama juga aku pandang ke arah cermin. Sambil otak aki fikir macam2. Naik turun keyakinan diri. Aku syak aku kena join kem bina semangat la supaya boleh meningkatkan motivasi diri.😅😅😆☺

Lepas tu aku lihat pada jam. Dekat 2 jam juga lah aku termenung tadi. Kalah ikan termenung nih. Moh la mandi. ☺☺

Semoga Allah mudahkan jalan aku.

Thursday, October 15, 2015

pernah

salam
hai

kau pernah rasa give up dengan hidup? 
ya aku pernah. 
dan kebelakangan ini rasa give up tu macam menjadi-jadi.
macam serba tak kena. 
nak pergi ke dunia mana pun tak tahu. 
segala nya tergantung. 
tapi last-last aku muhasabah diri aku. 
aku cakap,
semua ini Allah yang tentukan.
hidup aku pun sebenar memang menuju satu.
Allah.
sambil-sambil tu jalan, 
cari apa saja yang boleh lengkapkan benda yang aku rasa tak lengkap dan tergantung tu.
dan lepas tu rasa oke sikit. 
datang lah kekuatan.
tapi sekeliling aku selalu,
memaksa aku untuk rasa give up.
dan akhirnya aku decide.
untuk selalu fikir.
aku tak berseorangan.
aku ada Dia.
ALLAH.

nasib manusia itu lain-lain.
dan apa yang pasti semua ada sebab dibelakangnya.
hikmah.

Monday, September 14, 2015

Grow old together

Salam
Hai

Lagi 5 minit nak balik.

Minggu lepas, one of my masters fren bgtau yang dia akan berkahwin pada feb tahun hadapan. And dia sudah pun bertunang. Di usia 40 tahun. And yes, im really happy and excited for that news. Kerana aku dapat rasa pasti dia bersyukur kerana dia ada turn untuk itu. Aku selalu sangat suspen dengan satu perkara dalam hidup. Ye, tentang perkahwinan, jodoh dan anak2. Sumpah kata memang sangat suspen. Kadang2 rasa macam mustahil pun ada. But, in my every sujud aku takkan lupa untuk berdoa yang terbaik dan harap adalah turn aku.

Lepas aku tahu berita baik itu, aku kata padanya segalanya akan jadi sangat baik selepas ini. Aku yakinkan lagi dia ini adalah ganjaran dari penantian dia yang lama. Pasti ada yang lebih spesel dari orang2 lain. Sebab aku percaya yang hidup ini adil. Dia pon masih ragu2. Suspen juga dengan hidup selepas perkhahwinan. Jauh di sudut hati aku kata dia akan bahagia. 😊😊

Kawan aku yang lain soal aku. 'Kau rasa apa yang lelaki tu nak dari dia?' Aku diam. Dan aku jawab ringkas 'teman'

Balik rumah aku fikir dalam2. Kejam jugak soalan kawan aku yang sorang lagi tu. As if kalau kita tak hot, tua dan sebagainya macam tak layak ada teman hidup. Kuajaq! Haha tiba2 emo. Aku diam lagi. Last2 aku dapat idea. hubungan perkahwinan bukan semata paras rupa, tubuh badan dan luaran. Tetapi ia adalah apabila kau ada teman yg setia teman kau. Dan boleh grow old together.... 👵👴

Aku pandang klcc.......

Monday, August 17, 2015

Last

Salam
Hai

Ya , semalam aku nampak satu jurang menjarakkan antara aku patut usaha atau aku patut give up. Dia seperti 50 - 50. Aku cakap ia 50 50 sebab segala berpunca dari aku. Takut berdepan dengan keadaan. Ya. Aku cuba juga cari kekuatan tu. Namun, memang tak kunjung tiba. Lepas aku tulis semua ini. Sekarang aku rasa nak melempang diri sendiri. Tak tahu lah kenapa.

Aku pandang depan. Satu perkara sahaja. Ini jalan terakhir. Lepas itu, aku janji aku akan give up untuk semua perkara bodoh ini. Sebenarnya, sumpah. Aku dah penat dan sungguh2 aku give up. Ini semua dah jadi mimpi ngeri untuk hidup aku. May Allah ease everything. Nah aku belanja satu gambar manis aku. 😑

Tuesday, August 11, 2015

Takdirmu lebih baik

Salam
Hai

Balik dari kerja tadi hujan turun dengan lebatnya. Sama laju dengan air mata yang berjuraian. Aku terima message dari kakak ipar lukman, inform pada aku tentang kematian lukman tempoh hari. Tarikh msg adalah 9hb ogos jam 6 ptg. Ntah macam mana boleh lambat msg tu masuk. Aku tak terkata. Perlahan2 ada yang menusuk terus ke hati aku. Aku tahan hati supaya aku cool. Beberapa minit kemudian zass air mata meluncur laju. Sedih tidak terkira.

Masih aku igt saat pertama kali aku mengenali dia. Naif sangat budaknya. Dia muda dua tahun dari aku. Oleh kerana dia muda, aku buat benteng supaya hubungan kami tak pergi jauh. Masa berganti masa, banyak yang aku belajar dari dia. Belajar faham dia. Dan cuba terima dia. Kau pernah rasa ada peminat? Ya dia peminat aku. Rajin benar dia cari tentang diri aku. Terjumpa blog aku. Kejut aku awal pagi untuk sembahyang. Telefon aku sebelum tidur malam. Aku senang dengan dia. Namun hubungan tu mulai goyah. Dia sakit teruk. Sejak dia sakit. Dia jauhkan diri dari aku. Ada beberapa kali aku bertanya kabar. Tapi tak semua yang dia balas dan jawab. Aku beri ruang pada dia. Dengan harapan dia cepat sembuh. Tapi aku tahu. Dia setia baca blog dan mengikuti perkembangan aku di blog dan media sosial yang lain. Pergggh perasan artis disitu.

Beberapa hari lalu. Aku terkenang dia. Aku ada hantar msg kepada dia ahad tu. Tanda warna biru. Tapi dia tak balas. Aku tak kecil hati. Aku anggap dia perlu ruang dan tak mahu aku mengganggunya. Tapi msg pagi tadi menjawab segalanya. Sedih dan pilu sekali hati aku. Paling aku sayu bila kakak cakap "dia selalu cerita tentang dayah" masa tu sumpah aku rasa sedih nak meraung. Okebai. Namun, aku yakin. Bahagian dia adalah bahagian yang baik. Dia budak tahfiz dan baik. Di umur 26 dan terlalu suci aku yakin tuhan dan rangka jalan2 dan janji indah untuk dia.

Semuga engkau aman dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aku akan perbaiki diri aku dan akan jadi kuat lepas ini.

#kawanpalingbaik

Kalau

Salam
Hai

Kalau aku tahu masa depan senang. Aku tuju terus. Tak perlu cuba2 lagi. Penat. 😑

Wednesday, June 24, 2015

Baru tiga hari

Salam
Hai

Aku tak tahu apa yang aku mahu fikirkan sekarang. Sebab itu ada perkataan culture shocked. Memang bukan mudah untuk ubah culture. It's takes time ofkos.

Aku nampak klcc. Lalu berkata.. "rindu nya pada tempat kerja lama. Baru tiga hari."

Monday, June 8, 2015

Perfum

Salam
Hai

Penat hari ini. Bercuti. Berkemas sakan bahagian atas rumah. Berpuasa. Haha. Percaya tak kalau nak dapat semangat baru kena rearrange susun atur dalam bilik, atau at least tukar cadar dan langsir. Just want to refresh our mood la kan. So i'm done utk session sebelum puasa. Nanti dekat2 raya kita buat lagi. 😅

Semalam malam, masa dok usha apa yang nak dimasukkan dalam tong sampah. Maksud aku barang2 dalam almari lah. Memang tabiat aku konon nak kumpul semua botol perfume. Tapi sejak serabut tengok dlm almari. Aku decide utk buang beberapa perkara sampah dalam almari. Tapi still ada beberapa botol perfume yang mahal aku pernah pakai. So aku simpan lah. Buat koleksi. Walaupun tinggal saki baki. Sambil aku pandang2 aku ambil botol bulat perfume britney purple yg memang paling aku suka. Sembur sikit. And i miss my past.. huh. Setiap bau perfume memang membawa memory. Hah.. memory dgn botol britney adalah memory masa mula2 bekerja di kptm. And now i have to move to another place. Uwa... rindu nya. 😂😂

Aha. Apa2 pun aku selalu berdoa semuga apa yang mendatang dalam hidup adalah perkara baik. Dan semuga semua yang dipilih ini adalah pilihan yang terbaik. May Allah ease everything. 😊

Saturday, May 30, 2015

Hari2 doa

Salam
Hai

Dah dua minggu juga sem baru dah mula. Dan sepatutnya ini minggu kedua. Tapi, class hari ni dah cancel. So aku hanya ada class esok hari. With my tan sri dato seri. Kau ada pangkat sebanyak tu? Aha

Perihal hal master. Aku masih mencari rentak. Macam biasa lah aku ni. Leka sana sini. Lepas tu bila dah kena start balik rasa lain segala bagai. Kan.. tapi serius. Saat aku tulis entry ini fikiran aku ligat dan bertekad dalam hati supaya aku tak jadi budak malaon yang pemalas. 😅

Ada satu dua benda dalam hidup. Insyaallah. Dalam dua tiga hari adalah berita berkenaan kerja. Aku kurang confirm samaada ia berita baik atau buruk. Apa yang aku bole buat hanya berdoa dalam hati semoga segalanya baik2 saja. Aku kena sediakan mental dan fizikal untuk travel lebih jauh kali ini. Tengah fikir yang aku patut kawin cepat supaya boleh ajak suami untuk tinggal di area tempat kerja. Menangis.😂 stress pikir.

Dalam melangkah hari2. Ada sedetik dua detik juga yang datang mengiring. Tapi aku tak mahu cakap apa. Yang aku tahu. Aku harus laju2 mengorak langkah. Semuga Allah permudahkan jalan aku. Bye.

Wednesday, May 27, 2015

Tepi

Salam
Hai

Letak hati di tepi,
Aku duduk sebelah.
Asing.

P/s: itulah apa yang aku biasa buat bila kena adapt dengan perkara baru. Atau harus biasakan dengan rutin yang baru. Pendek kata, matikan rasa. May Allah ease everything. 😅

Wednesday, April 29, 2015

Wednesday, March 25, 2015

New age

Salam
Hai

Aku ada 2jam lagi untuk umur ini. Yup. My greatest life. 27 is the strongest journey i've ever had. Saat aku belajar bangkit sendiri lepas jatuh. And aku lakukan sendirian. Betapa strong nya aku. Di umor ini juga aku made up my mind utk buat satu dua perkara yang aku rasa achivement.

Aku mulakan diet yang kadang2 kelaut itu. Bukan kadang2. Yang memang ke laut. But at lis aku cuba dan masih lagi mencuba. Masih tidak makan nasi walopun cekodok segala aku tala sikit2. Bila tah nak kurus. Haha. Umor ini juga aku decide utk sambung master aku dan buat sesuatu kerana achievement diri. Di umur ini juga aku belajar jadi berani. Duduk depan orang ramai bercakap yang entah apa2. Umo macam ini jugak aku paksa diri aku. Untuk jadi matang. Buat muka polis traffic depan student. Dan buat muka sardin itk presentation master. Aku belajar untuk terima kekurangan orang lain dan build my strongest part of my life.😅

Aku belajar untuk kenal dengan orang yang tak pernah kenal. Aku belajar untuk terima dan approach orang sekeliling. Aku belajar untuk jadi sporting. Dan yang paling penting aku belajar buka hati untuk cari cinta baru which is aku belom jumpa true love. Dan aku masih terus mengenali. Dan masih bertanya. Adakah tahun 2015 ini turn aku?? Jeng.. jeng...

Ha... happy besday to u my girl. U r my hero u r my sunshine. The strong girl than yesterday. The beautiful lady in the world. May Allah ease the journey and shower with happiness. Love u baby.☺☺☺

Ps:aku terus menjadi aku

Monday, March 23, 2015

Kerinduan yang keseratus kali

Salam
Hai

Lama betul aku tak tulis apa2 disini. Rindu. Aku tak tahu apa yang menggaggu fikiran aku malam ini. Kalau perihal kelas master, baru saja aku tamatkan waktu class semester pertama. 2 minggu lagi final exam. Begitu laju masa terbang. Mintak penampar ayat aku. 😅

Dan satu dua perkara menerkam aku kebelakangan ini. Aku betul2 tak tahu dengan penghujungnya. Aku betul2 lalu saja jalan yang terbentang. Sambil2 mencari arah hidup yang tepat. Di satu sudut yang lain, aku campak itu dan ini. Gaya langsung tak mencari solution kepada permasalahan. Ia seperti cucuk ke dalam, tajamnya menusuk daging. Kemain ayat, sumpah takda motif. Tergelak.😆

Motif apa aku pergi cerita pada mak aku tentang satu dua perkara dalam hidup aku. Ya perkara baru. Soal dengan siapa aku berkawan dan dengan siapa aku cuba nasib. Dan dalam erti kata lain aku sedang bercakap tentang jodoh dengan mak. Very heart to heart session. For the first time. Malu siot. Sambil buat muka kerot aku cakap, 'entah lah... tak tahu lah.. tak tahu lah..' saat itu wajah El hero drama lelaki upahan bermain di minda. Bila la El nak upah aku jadi gf upahan dia. 😊 sambil tongkat dagu.

Dan dalam pada itu. Aku boleh kata aku rindu detik dalam hidup yang dulu nya aku rasa manis. Huwa.. banyak betul perkara lagha aku buat dalam hidup. Dan masih duk count utk buat lagi ke apa..?

Secara kesimpulannya. Dan dewasa betul aku. Dah boleh berfikir matang. Boleh tahan diri dari terus salahkan orang sekeliling dari perkara yang not in a place. Dan besar dah kau... sambil senyum.. aku ingat pesan abang kapal dahulu. Kita akan sentiasa diuji dengan apa yang kita cakapkan. Dan ingat.. rumah tak perlu besar
Dan mewah. Cukup kita happy berada di dalam nya. Menangis.😂

Sunday, March 15, 2015

Berpijak pada bumi

Salam
Hai

Aku berpura2 tenang. Seperti semalam hanya mimpi yang biasa. Setiap hari pun aku bermimpi. Tapi sekurang2nya jawapan ini pasti. Buat apa aku bertekateki. Matikan sahaja simpulan ini dan pilih muktamad.

Aku senyum pada diri. Ini adalah jawapan doa kau... bisik hati aku. Tapi jauh di sudut perasaan, aku seakan mahu menipu diri sendiri lagi. Untuk apa? Let it be. Let it go.

Langkah aku mulakan kembali. Next... jangan bermimpi lagi. Langkah dengan berpijak pada bumi. ☺

Saturday, February 14, 2015

Bagaimana nak jadi manusia?

Salam
Hai

Aku ulang lagu siti nurhaliza dan cakra khan. Berulang kali. Menusuk2. Sedapnya lagu dan bait2 katanya. Aku memang no1 fan siti. Dari kecik kot.

Sambil2 aku layan lagu aku memikirkan satu dua perkara. Hari ni misi aku nak ponteng class. Perangai kanak2 aku masih ada. Wakaka. Penat okey.

Hormon hampir tak seimbang mungkin. Aku tengok bilik aku. Tak terurus langsung. Nak. Nak jadi rajin tapi malas juga yang datang. Sambil aku rehat aku pandang ceiling. Macam mana nak jadi manusia?soal aku dalam hati.

Banyak sangat perkara yang nak dicapai dalam satu masa. Memang la berciciran. Harus susun balik semua dan jadi manusia berdisplin.

Bagaimana nak jadi manusia...... bagaimana.....😬

Saturday, February 7, 2015

Hatyai

Salam
Hai

Aku tak tahu simptom apa yang akua alami. Kalau pergi travel. Bercuti. Balik saja dari cuti hati tertinggal di tempat percutian. Seronoknya lah berjalan. Tak payah jauh2 pun takpa asalkan keluar dan tengok tempat baru.

Minggu lepas aku bergegas mintak cuti on friday. Sanggup ni tadah telinga semata2 nak cuti. Ken bebel pun takpa sebab lewat apply cuti. Lepas tu lari pecut pergi siapkan pasport. Nak kawin lari lah katakan.. haha. Pasport i valid untuk 5 tahun akan datang hokey.. kalau tak jalan2 dalam masa 5 tahun ni tak tau la nak kata apa. Lepas tu malam jumaat tu. Sunyi sepi pakmat jual topi pelahan2 berayun merentas plus highway ke utara. Malam hokey. Berani betul. Dah la all ladies in the car. My pakcik keluar lewat sejam. Puas gak baca ayat kursi. Lebih dari 7 kali sebab tiap kali rasa tak sedap hati baca. Al maklum lah dunia dah berubah. Manusia lagi jahat dari hantu.

Dalam perjalanan. Berhenti lah dua kali. Ke tandas dan minum2. Lepas tu tekan minyak terus ke jitra. Aku off awal malam tu. Bawak kereta dah tak serupa orang. Nampak objek semua bergerak. Macam orang makan estacy. Macam lah pernah makan estacy kan...

Sampai juga lah akhirnya. Lepas tu berhenti di jitra tidur. Pagi2 dah gerak ke border. Kalut la isi itu ini. Pergi tukar duit segala. Tahun ni duit malaysia lagi murah dari thai. Mmg lah rugi. Tapi takpa lah. Nak jalan. Lepas sampai di border nasib agak baik. Sebab orang berapa ramai. So memNg laju je la perjalanan ke sana. Dalam 2 jam gak sampai hotel hatyai. Kami tidur di diamond hotel. Betul2 di bandar. Parking keret bawah hotel. And then jalan kaki je sekitar bandar. Tak banyak beza. Macam pergi ke kelantan je. Cuma yang best hotel dia murah. Boleh tahan gak hotel dia. Lepas tu kalau nak jalan jauh sikit seperti floating market. Tengok gajah. And lain2.. kena lah naik tut2. Tut2 tu macam taxi di sana.muat la untuk 8 orang sekali naik. Bayaran skitar bandar 20baht. Atau kira2 rm2.20.. lebih kurang. Kalau jauh sikit biasa dorang ambil harga lumpsum. Jaga2 dengan tut2 yang kuat membongak. Better deal awal2. Yang heaven lagi di sana. Spa dia. Urut kaki. Thai massage. Oil massage. Semua murah. Urut satu bdn lebih kurang rm30. Lepas tu siap leh call urut di bilik hotel. Cool gila.

Satu malam saja di sana. Lepas tu bergegas pulang ke langkawi, singgah di penang dan iskandar. Terus balik kl.

Jelajah utara. Aku pernah mention how i love utara. Makan murah. Kawasan tenang. Wah suke2... ok lah. Layan gambar ni.

Monday, January 26, 2015

Sesal separuh nyawa

Salam
Hai

Sakit kepala menjadi2 pulak hari ini. Rambut yang gugur pulak melampau2 macam kena kemo. Nauzubillah..

Semangat hari ini terbang lagi. Aku mula kan hari dengan baik. Bangun awal, ke tempat kerja awal, rentak mengajar pantas2 dan done. Tapi balik saja ke rumah separuh jiwa aku pergi (ayat tak boleh blah)

Aku nyanyi lagu awan nano. Ending dia aku cakap pada diri sendiri "aku surender dulu noh..." lepas tu aku update status awan nano aku ini dekat fb. Dan terasa diri seperti super cool. Haha.

Dan dalam pada hati berkecamuk berkocak ini. Perasaan macam nak nyanyi lagu alyah. Sesal separuh nyawa. Motip sangat. 😅😅

Aku letak hati aku ke tepi. Bencinya aku dengan hidup. Benci nya dengan diri sendiri yang selalu rasa macam ini. Uwa.. aku rasa nak nangis sekarang. Dah kalau Allah kata kun.. maka ko kena akur.

Semuga bertabahlah engkau. Mai layan gambar selfie yang fefeeling paling cun.

Ps: pls dont hate me

Tuesday, January 13, 2015

Pengaruh drama

Salam
Hai

Jerawat tumbuh di dagu. Menandakan hormon mula tidak stabil. Begitu juga dengan fikiran. Banyak yang datang menerkam2. Dan dalam pada itu, class master tempoh hari memberi tamparan hebat. Tak payah nak hebat sangat lah. Just live your life dan jadi manusia berani.

Dah dua hari ini. Effort aku letakkan sungguh2 untuk asgment pertama aku. Entah apa yang mengganggu minda sampai aku rasa macam stress lebih2. Akibat dari happy sangat lepas habis degree itu hari. bertekad taknak ambil master. Bila kena ambil mula rasa otak karat lah. Jiwa tak kental lah. Perasaan itu dan ini.

Aku masih dalam sessi penyesuaian diri. Jadi aku kenalah chill bebeh kan.

Ada satu dua benda baru. Dan ya.. aku memang tengah dalam misi. Dan misi ini aku target untuk capai bukan selepas master. Malah dalam masa aku ambil master ini. Tak sabar rasa untuk umumkan...😉😉

Ps: banyak tengok drama aku ni.....

Saturday, January 3, 2015

Perkara risau

Salam
Hai

Esok hari register. Rasa serabai sebab tak byr yuran lg. Bank islam sistem down tempoh hari. Nyesal tak bayar awal2. Adoh.. for one thing aku tak suka hari 1st. Aku xsuka sesi perkenalan. Klise sgt. Wuho... may Allah ease everything..

COVID lagi....