click here!

Tuesday, August 11, 2015

Takdirmu lebih baik

Salam
Hai

Balik dari kerja tadi hujan turun dengan lebatnya. Sama laju dengan air mata yang berjuraian. Aku terima message dari kakak ipar lukman, inform pada aku tentang kematian lukman tempoh hari. Tarikh msg adalah 9hb ogos jam 6 ptg. Ntah macam mana boleh lambat msg tu masuk. Aku tak terkata. Perlahan2 ada yang menusuk terus ke hati aku. Aku tahan hati supaya aku cool. Beberapa minit kemudian zass air mata meluncur laju. Sedih tidak terkira.

Masih aku igt saat pertama kali aku mengenali dia. Naif sangat budaknya. Dia muda dua tahun dari aku. Oleh kerana dia muda, aku buat benteng supaya hubungan kami tak pergi jauh. Masa berganti masa, banyak yang aku belajar dari dia. Belajar faham dia. Dan cuba terima dia. Kau pernah rasa ada peminat? Ya dia peminat aku. Rajin benar dia cari tentang diri aku. Terjumpa blog aku. Kejut aku awal pagi untuk sembahyang. Telefon aku sebelum tidur malam. Aku senang dengan dia. Namun hubungan tu mulai goyah. Dia sakit teruk. Sejak dia sakit. Dia jauhkan diri dari aku. Ada beberapa kali aku bertanya kabar. Tapi tak semua yang dia balas dan jawab. Aku beri ruang pada dia. Dengan harapan dia cepat sembuh. Tapi aku tahu. Dia setia baca blog dan mengikuti perkembangan aku di blog dan media sosial yang lain. Pergggh perasan artis disitu.

Beberapa hari lalu. Aku terkenang dia. Aku ada hantar msg kepada dia ahad tu. Tanda warna biru. Tapi dia tak balas. Aku tak kecil hati. Aku anggap dia perlu ruang dan tak mahu aku mengganggunya. Tapi msg pagi tadi menjawab segalanya. Sedih dan pilu sekali hati aku. Paling aku sayu bila kakak cakap "dia selalu cerita tentang dayah" masa tu sumpah aku rasa sedih nak meraung. Okebai. Namun, aku yakin. Bahagian dia adalah bahagian yang baik. Dia budak tahfiz dan baik. Di umur 26 dan terlalu suci aku yakin tuhan dan rangka jalan2 dan janji indah untuk dia.

Semuga engkau aman dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aku akan perbaiki diri aku dan akan jadi kuat lepas ini.

#kawanpalingbaik

No comments:

click2

wink..wink2...

nice..