click here!

Monday, March 23, 2015

Kerinduan yang keseratus kali

Salam
Hai

Lama betul aku tak tulis apa2 disini. Rindu. Aku tak tahu apa yang menggaggu fikiran aku malam ini. Kalau perihal kelas master, baru saja aku tamatkan waktu class semester pertama. 2 minggu lagi final exam. Begitu laju masa terbang. Mintak penampar ayat aku. 😅

Dan satu dua perkara menerkam aku kebelakangan ini. Aku betul2 tak tahu dengan penghujungnya. Aku betul2 lalu saja jalan yang terbentang. Sambil2 mencari arah hidup yang tepat. Di satu sudut yang lain, aku campak itu dan ini. Gaya langsung tak mencari solution kepada permasalahan. Ia seperti cucuk ke dalam, tajamnya menusuk daging. Kemain ayat, sumpah takda motif. Tergelak.😆

Motif apa aku pergi cerita pada mak aku tentang satu dua perkara dalam hidup aku. Ya perkara baru. Soal dengan siapa aku berkawan dan dengan siapa aku cuba nasib. Dan dalam erti kata lain aku sedang bercakap tentang jodoh dengan mak. Very heart to heart session. For the first time. Malu siot. Sambil buat muka kerot aku cakap, 'entah lah... tak tahu lah.. tak tahu lah..' saat itu wajah El hero drama lelaki upahan bermain di minda. Bila la El nak upah aku jadi gf upahan dia. 😊 sambil tongkat dagu.

Dan dalam pada itu. Aku boleh kata aku rindu detik dalam hidup yang dulu nya aku rasa manis. Huwa.. banyak betul perkara lagha aku buat dalam hidup. Dan masih duk count utk buat lagi ke apa..?

Secara kesimpulannya. Dan dewasa betul aku. Dah boleh berfikir matang. Boleh tahan diri dari terus salahkan orang sekeliling dari perkara yang not in a place. Dan besar dah kau... sambil senyum.. aku ingat pesan abang kapal dahulu. Kita akan sentiasa diuji dengan apa yang kita cakapkan. Dan ingat.. rumah tak perlu besar
Dan mewah. Cukup kita happy berada di dalam nya. Menangis.😂

No comments:

click2

wink..wink2...

nice..