Friday, December 30, 2011

2012

assalamualaikum
hai

whoaa. anda-anda semua. esok sudah 31 disember 2011. bermakna esok hari terakhir 2011. em sedey. kenapa 2011 tinggal kan aku cepat sangat. tahun 2011 aku dimulakan dengan kenangan masuk degree di uitm malaka. plus duduk di rumah Lanang yang berpemandangan indah. hm tak sangka dah nak tamat pun semua itu. rasa macam baru semalam aku bersungguh check in di malaka. 2011. bukan tahun impian aku. banyak kenangan pahit yang patut aku luput kan di sini. supaya aku tak bawak nya ke 2012.

sebab 2012 merupakan tahun impian aku. impian untuk segala-galanya. aku harapkan semua yang terbaik untuk aku di tahun 2012. oh tak sabar lah untuk tahu apa hikmah yang berlaku di sebalik semua kesedihan 2011. kata orang apa yang berlaku ada hikmah nya. tersembunyi sesuatu kebaikan di sebalik kejadian. ye. aku akan pegang itu. sebab aku percaya hanya Allah yang tahu terbaik untuk kita. ;D hm lapang hati aku bila aku sendiri yang kata kan begitu. yang paling tak sabar. untuk semua berita gembira 2012 setelah kesedihan yang telah di rasai di 2011. hm.

sebab semua orang pun dah buat azam 2012 maka di sini aku mahu list kan semua cita-cita aku untuk 2012.kalau nak senarai melambak-lambak. tapi kesimpulannya aku doa kan yang baik-baik sahaja untuk diri sendiri. sedey lah. good bye the worse 2011.



chiow

Saturday, December 3, 2011

burung pulang ke sarang

assalamualaikum
hai

dengan nada batak to the max. semalam aku balik dengan kaklong and ika. masuk dekat tol pedas sebab nak drop kan dia kat sana. dekat tepi tol tu saja. tapi kena masuk dan bayar tol lah. tapi itu bukan aku nak cerita. yang nak di jadikan cerita adalah apabila. aku turun dari kereta. aku dapati langit tol pedas tu penuh dengan burung. banyak gila bapak. sumpah teruja beb. sory kalau aku sangat batak. tapi mula-mula rasa teruja. bila beberapa saat aku usha burung-burung tu aku lantas terfikir. dalam banyak-banyak burung yang sangat busy mahu balik ke sarang tu. pasti ada sekor dua yang sakit perut. sebelum tudung dihinggapi oleh najis burung lebih baik aku cepat-cepat masuk dalam kereta semula. heee...;D memang batak lah. banyak sangat. gila indah pemandangan waktu itu. ha.. nampak lah pencinta alam nya aku ini. peace!;)



macam ini lah lebih kurang. tapi ini baru segerombolan kan. kau orang bayang kan begini. sebanyak segerombolan. tapi ada banyak lagi gerombolan burung. sebab mungkin kawasan pokok-pokok and tali letrik tu rumah diorang. so memang penuh kat udara. ha... berdisplin la semua burung. kagum. subhanallah.



chiow

Sunday, November 27, 2011

kehilangan

assalamualaikum
hai


nampak tak aku still tak start buat kerja. this is the disadvantage of internet/social networking/technology. take note ya adik-adik.;)










chiow

Wednesday, November 9, 2011

Friday, November 4, 2011

life macam student

assalamualaikum
hai


hidup macam student. seronok. tapi aku dah mula sedar. tak mudah untuk berjaya. banyak rintangan dan dugaan yang aku harus lalui. bukan aku saja. tapi semua orang. kehidupan aku sekarang dah bermula. mula dengan menyentuh segala aspek. family, kawan-kawan, musuh, tanggungjawab, hati dan perasaan, dan segala. sukar aku senarai kan segalanya. 

dalam detik yang baru bermula ini aku sebenarnya lambat terkebelakangan. namun aku takkan mengalah. sebab walaupun aku adalah slow learner. aku yakin. aku adalah one of orang yang akan dapat rasa kejayaan. walaupun dalam masa yang panjang. ini bukan perasan atau pun apa.ini dinamakan semangat aku untuk terus kan hidup. is not easy to be me. aku tak pernah terfikir yang aku akan lalui hidup yang secomplicated ini. aku tak salah kan takdir. sebab aku tahu setiap yang berlaku memang ada sesuatu yang sangat baik di hadapan nya. cuma perlu kan masa sahaja.;)

last week sahaja aku dah tempoh macam-macam. life dengan study adalah life yang sangat manis. sebab kita takkan rasa perit nya kalau kita tak study. tapi obvious. kalau pun kita tak study. tetap ada dugaan lain dalam hidup ini. sebab dugaan orang itu berbeza-beza. cumanya yang aku harap kan agar semua nya baik-baik sahaja.

kalau pun berakhirnya minggu ini. tak bermakna segalanya kembali aman. aku ada tiga minggu di hadapan yang lebih kritikalnya dari yang sudah-sudah. may Allah bless me.!;)



chiow

Tuesday, October 25, 2011

real steel

assalamualaikum
hai


dah tengok real steel? haha soalan macam gila bapak nyew pemes kan. okeh anoying gila babas. saja nak kepoh alam kan.

semalam aku tengok real steel. okeh memang best gilos. so pergi lah tengok weyh. sumpah berbaloi-baloi.;) best-best-best.



chiow

Saturday, September 17, 2011

boleh tuju lagu.?;)

assalamualaikum
hai

sebelum tidur semalam lagi. ada yang bermain di fikiran aku. ia nya dua. antara tersenyum dan juga dan sedih. macam si gila. kan.?;D

tapi sirius. ada juga orang yang tuju lagu untuk diri sendiri merasa kan lagu itu untuk nya. what a nice life..;)





yus:boleh tuju lagu?;D



chiow

pasai pa minat fahrin?bukan awal?

assalamualaikum
hai

inbox aku menyala. satu kata nya. bermakna aku terima satu message. 


haha. kelakar je cikgu muzik aku masa sekolah rendah dulu. sangat alert dengan perkembangan anak murid. siap pesan jangan kahwin di Lombok. aha-aha. belum pernah ada niat meyh!;)



kelakar lah.

p/s: cikgu kata cinta dia cinta public fon saja dulu. aha-aha. 
hm.. lawak cikgu buat saya dah ngantuk. tak insomnia. thanx cikgu. doa kan saja lah yang terbaek untuk saya.;)

chiow

Friday, September 16, 2011

dia adalah fahrin saya;D

assalamualaikum
hai

aku guna picture kekasih sebagai profile picture di facebook. ramai pula rakan-rakan menegur. mereka kata hensem nya fahrin. eh opkos la. itu kan kekasih aku.;D

tak tahu kenapa. macam hensem melampau-lampau pula aku tengok.;) see. aku dah cuba buat senyum macam ini. yang ada kedut-kedut masculin di bahagian mata. plus senyum lebar tapi tak ketap gigi. tak jadi lah. masih kelihatan macam aku saja tunjuk gigi. haha


hades-hades. bila tengok fahrin. rasa rindu pada f3z3 meluap-luap. eh ada kaitan ke. eh mesti lah ada kaitan.;) sebab f3z3 lah fahrin saya.;))


chiow

Thursday, September 15, 2011

nostalgianya si jelita;)

assalamualaikum
hai


weh-weh. cuba teka mana aku?;)



mana?mana?;)

cari lah yang paling jelita weyh. 







yang sebelah cikgu Mat Ali belah kiri itu lah aku. jelita sedari kecil kan??

sungguh perdana menteri!!;D




chiow

Wednesday, September 7, 2011

i'm over-think person?;)

assalamualaikum
hai

terkadang sukar bagi aku untuk berhenti dari berfikir.aku dah banyak kali berbual dengan semua orang. bagaimana aku boleh berhenti dari terus menganalisa setiap segala sesuatu yang maha kecil nya. bagaimana aku boleh berhenti kan aliran keretapi pemikiran aku dari terus memikir kan sesuatu. dan aku andaikan ini adalah normal bagi setiap insan untuk berfikir secara keterlaluan. dan ia kadang-kala memang menjadikan keadaan sakit di jiwa apabila aku asyik saja menganalisa setiap perkataan yang hadir dari bibir seseorang dan transform kan ia kepada pecahan-pecahan maksud yang berbeza-beza.  Every word combination has some sort of underlying meaning that could only be understood if analyzed.

ia bukan lah perkara baru kepada aku, kerana aku memang manusia yang over-think. aku menyedari yang aku akan ambil setiap perkataan yang seseorang tuturkan semata-mata untuk figured out the problem. apabila bercakap dengan seseorang tentang sesuatu aku akan memahami dengan lebih dekat untuk aku selami apa yang orang itu rasa kan dan apa yang orang itu fikir kan ketika itu. setiap inci ayat nya akan aku analyze. penggunaan perkataan dalam ayat yang ditutur kan. motif setiap ayat juga akan aku ambil berat. dan aku akan sedaya upaya fikir kan. mengapa perkataan begitu boleh hadir di bibir orang berkenaan.

gila kah aku? psycho kan?;) aku tak tahu mengapa aku berada di category manusia yang over-think macam itu. dan apa perlu nya keadaan tersebut. tapi aku masih boleh kawal nya sebab aku akan guna kan rasional yang masih ada dalam 95.56% di minda aku. bukan emosi semata. aku berfikir. bagaimana aku. sekiranya aku stop dari menjadi manusia over-think ini. mungkin akal aku mati.




adaptasi;


chiow

wordless wednesday #9

assalamualaikum
hai

ini kunun nya wordless. sebab ini ada lah kind of picture. tapi. ini adalah picture ber'word' still wordless ke? but ini adalah wednesday!;)




chiow

Wednesday, August 31, 2011

Thursday, August 18, 2011

perangai pelik

assalamualaikum
hai

#1
masa keluar simpang rumah ini tadi aku pandang ke kanan laju-laju. sebab nak tenguk ada kereta tak yang nak pecut. sekali nampak kon polis. eh. road block ke. sekali nampak atas divider. ada kereta kancil. macam terbabas. hoi kancil! buat apa kat atas tu? sebelah tayar je pulak. pelik.

#2
lepas pergi post office. singgah jap kat cimb bank sebab nak bank in duit. aku parking betul-betul tepi bank. aku pandang kat cermin cimb tu. nampak lah ada satu pak gad india yang sedang jenguk ke luar. aku pandang saja. tanpa apa-apa perasaan. tiba-tiba dia lambai aku. aku masih dalam kereta. aku? pandang ke belakang kereta aku. hanya aku di situ. errr.. "buat-buat juling lah.." kunun macam tak nampak lambaian nya. turun kereta wat bodoh dan menonong. apahal dia lambai aku. pelik.;)

#3
sampai kawasan rumah ramai gila pakcik-pakcik bersadai tepi jalan. aku buat muka sardin marina. malas nak tersengih-sengih macam kerang busuk. parking. kali ini aku parking elok-elok rapat ke tepi sebab aku nampak satu pakcik yang suka nak jadi uncle kawasan. dari side mirror aku leh nampak dia ke arah kereta aku. "haduh." aku turun. masih lagi dengan muka sardin. kali ini cap rose. jenama tak femes. "ha.. pandai pun kamu parking tepi-tepi. aku selalu pesan kat aus jangan parking tengah-tengah.." hey orang tua ni nak kena smash ni. sabau je la. nak di kata kan sengal kang marah.  tak kata kang tak paham pulak. yang kau nak konker semua kawasan apa hal.! aku sengih. "ho yeah? ok." jalan laju-laju sambil buat muka ayam brand tuna. adik beradek sardin. tapi femes sikit sebab boleh makan ngan roti.;) pelik.




chiow

Sunday, August 14, 2011

aku yang nice;)

assalamualaikum
hai


tersenyum aku. otak ligat. ;D biar lah. 

aku mungkin nampak macam kekwat. sombong. berlagak. tah pape. dan kunun macam good-good. yang mungkin dibenci sekalian alam. eh! yeke. aku tak macam itu lah hoi. cuma nya aku lebih mengexpress kan secara tidak langsung. itu sahaja.

kalau nak nilai betul aku ini pendiam saja orang nya. tak banyak cakap. pemendam. pelawak. perahsia. perasa. dan banyak lagi pe-pe yang lain. justeru be my friend. then kau akan rasa betapa nice nya aku. jauh di sudut 45 darjah hati aku tak macam yang aku ekspress kan. kira nya macam tak sampai hati lah camtu. tak macam yang kau sangka kan.;) ha-ha puji diri sendiri. watevah!

cuma nya itu lah. aku express apa aku rasa. tapi aku akan rasa bersalah juga di kemudian-kemudiannya. so jangan ambil sirius.


itu kerana aku manusia biasa.;)


chiow

sukar

assalamualaikum
hai


adalah sukar untuk beritahu pada hati untuk berhenti mencintai seseorang sekiranya hati kamu masih berbuat demikian.





I can’t stand to fly
I’m not that naive
I’m just out to find
The better part of me

I’m more than a bird...i’m more than a plane
More than some pretty face beside a train
It’s not easy to be me

Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I’ll never see

It may sound absurd...but don’t be naive
Even heroes have the right to bleed
I may be disturbed...but won’t you concede
Even heroes have the right to dream
It’s not easy to be me

Up, up and away...away from me
It’s all right...you can all sleep sound tonight
I’m not crazy...or anything...

I can’t stand to fly
I’m not that naive
Men weren’t meant to ride
With clouds between their knees

I’m only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me
Inside of me
Inside me
Yeah, inside me
Inside of me

I’m only a man
In a funny red sheet
I’m only a man
Looking for a dream

I’m only a man
In a funny red sheet
And it’s not easy, hmmm, hmmm, hmmm...

Its not easy to be me 



(-______________-)*


chiow





otak dan hati?;)

assalamualaikum
hai

setiap detik adalah masa untuk aku fikir kan segalanya. fikir masak-masak apa yang akan aku lakukan dalam hidup aku untuk pelan hari mendatang. yang boleh buat kan hidup aku lebih bermakna di masa depan. ha-ha. tah hape-hape sebenarnya. bila terlampau berfikir. kita akan bertindak sebagai robot. justeru akan biar kan sahaja. biar ia berlalu macam angin. kalau ia nak jadi begitu biar kan sahaja dan begitulah sebalik nya.

namun. hati tak pernah menipu kita. otak yang ligat terus berfikir ini. memang tak boleh di tegah-tegah. nak juga dia terus berfikir dan berfikir. walaupun diri tetap tak mahu ikot kata otak. sebab time itu hati akan kata pada otak. "kepala hotak kau.";) ha-ha. otak naik sentap dan berlalu. kemudian dia akan kata "suka hati kau lah..";D

tanpa sedar. mereka lupa. otak dan hati harus lah bersatu.





chiow

Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday #6

assalamualaikum
hai







picture ni menipu sebenarnya. tak sama pun apa yang aku rasa.;(



chiow

Tuesday, August 9, 2011

adakalanya

assalamualaikum
hai



Adakalanya kita perlu MENANGIS
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.

Bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu
kerana dia yang MENABAHKAN kamu.

Bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu
kerana dia yg MEMUPUK kamu BERDIKARI.

Bersyukur pada orang yg MENJATUHKAN kamu
kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu.

Bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu
kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu..


Read more: http://www.enciknakal.com/2011/07/adakalanya-kita-perlu-menangis.html#ixzz1UUS52uBw




chiow

Thursday, July 14, 2011

aku dan perdana menteri;)

assalamualaikum
hai


haha. aku tergelak sendiri. terkenang kan kisah silam aku. zaman kegemilangan aku. ya. aku memang kanak-kanak gemilang suatu masa dahulu. hidup aku memang lah seorang yang sangat berwawasan. kalau orang nak tanya aku. atau pun aku perlu tulis apa cita-cita pertama aku memang takda lain. dengan perasaan yang sangat confident aku akan jawab. "PERDANA MENTERI"  ahaha. what the fish!


so amacam rambut perdana menteri aku?cool an?;)




so bila kini. aku dah dewasa. dan menyelusuri hidup yang pelbagai dogaan ini. aku kenang balik. zaman-zaman hidup sebagai perdana menteri aku itu. kalau first day di sekolah. aku akan berlumba-lumba nak duduk di hadapan kekdah nya kata abah. "pemimpin mesti sentiasa duduk di hadapan!" ;) biar lah kalau aku kanak-kanak yang antara tinggi di class itu pun. yang aku tahu. aku memang memang nak duduk depan. betapa berwawasan nya aku masa itu. dan.. memang ya. first day di class aku memang akan di lantik sebagai penolong ketua darjah. ah! skema badak lah aku. 


aku masih ingat. jiwa perdana menteri aku ini juga lah buat kan aku. menjadi sangat lah berani membaca ikrar. dan diikuti oleh semua murid-murid sekolah tadika perba. aha-aha. aku nak pengsan bila kenang kan zaman-zaman belajar pakai neck-tie sendiri. dan berpura-pura sengguh berwawasan di hadapan abah. aku memang ratu hati abah. ke? semua itu aku andai kan ia memang permulaan yang baik. dalam tumbesaran kanak-kanak. kira nya bila orang tengok aku mereka akan kata. "hamboi..bijak nya nurul...." *okeh sila lempang aku. ;D


niat murni abah aku itu memang bagus. namun setelah aku naik ke sekolah menengah. dan mula belajar hidup sendiri di asrama. aku mulai lupa dengan sifat-sifat perdana menteri aku. kenapa? sebab jadi perdana menteri sungguh tak cool?. haha. lebih baik jadi saja. orang yang biasa-biasa. yang macam still mendapat perhatian. sebab tak lawa.sebab tak pandai. dan sangat pasif. eh. cool ke macam tuh.? entah. kunun macam abes cool lah. tapi semua itu sangat membunuh aku sebenarnya. kini aku memang tak perdana menteri langsung!! tak percaya suruh aku present di hadapan. tak bergetar lutut aku. memang bukan aku lah tu.;) 


hai lah. rindu nya dengan sikap perdana menteri aku dulu. macam mana lah aku boleh ada idea nak jadi perdana menteri masa kecik-kecik. mahu nya orang buat bersih lagi kalau aku lah perdana menteri itu. sangat sengal. ia sebenar nya begini. sekuat mana pun ibu bapa kita cuba mencorak kan kita. kalau kita sendiri tak mampu untuk pegang atau pun aplikasi kan dalam hidup kita. memang satu matlamat itu takkan tercapai. yes. arwah abah memang abah yang sangat bagus. menyuntik banyak semangat-semangat untuk berjaya kepada aku. tapi. sebab aku yang selalu leka dan lalai. semua semangat itu luntur macam itu saja. dan kini sewaktu abah mula-mula pergi dulu aku bagai kan layang-layang yang memang terputus tali nya. dan kini aku masih merangkak-rangkak membina hidup aku yang pernah hilang dulu.


-You can lead a horse to water but you can't make him/it drink-






chiow

Wednesday, July 6, 2011

Monday, April 18, 2011

ingatan dari puan?

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS


 kelmarin aku baru pulang dari melaka kerana cuti stdy week baru bermula.. dalam keadaan penat memandu lebih kurang 2 jam.. aku duduk berbual dengan mak... mak cakap " tu ade kawan kau pos kan ape tah tu..." aku mulai pelik.. namun cepat-cepat ambil sampul coklat berkenaan....


dari:
puan hasnizawati hashim??






 ouh.... perasaan aku mulai berubah... terkenang zaman-zamanbelajar dengan beliau... diploma part5 bersama beliau...dia lecturer HR aku... ya itu zaman kegemilangan aku dulu.. apa jadi sekali pun aku tetap di atas.. tapi itu semua dahulu... dahulu.. zaman yang memang dah berlalu... 


segugus bunga hiasan dan disemat satu nota... "may you'll reach at the top of the summit one day.." huh... terharu aku.... disertakan lagi dengan senaskah yasin... em... aku mula tersedar.... dan bertambah yakin... itu lah rasia kejayaan beliau sampai beliau kini sedang menjalani phD...


neway... thanx a lot... really apreaciate ape yang puan pos kan.... terharu kerana puan masih ingat kan saya....;)


may Allah always bless u.....






chiow

Sunday, January 9, 2011

saya di uitm malaka

ASSALAMUALAIKUM
HALO FRENS


hmm.. okeh... lama kan dah tak tulis kan?? hm..rindu kamu blog!!


hmm.. saya kini di uitm melaka.. ya.. saya kini pelajar uitm bandaraya melaka yang tegar..yang tegar okeh..yang tegar...!! huhuhu... saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri yang belum sesuai ini.. tolong sesuai kan diri saya... please~~!...


hmm.. saya masih lagi berperang dengan jiwa saya yang kekacauan ini... masih lagi berperang dengan hari-hari saya....berkorbanlah......!!jadi... ini lah uitm bandaraya..saya search nya di google....;D






hayati.....










chiow

COVID lagi....