click here!

Thursday, August 18, 2011

perangai pelik

assalamualaikum
hai

#1
masa keluar simpang rumah ini tadi aku pandang ke kanan laju-laju. sebab nak tenguk ada kereta tak yang nak pecut. sekali nampak kon polis. eh. road block ke. sekali nampak atas divider. ada kereta kancil. macam terbabas. hoi kancil! buat apa kat atas tu? sebelah tayar je pulak. pelik.

#2
lepas pergi post office. singgah jap kat cimb bank sebab nak bank in duit. aku parking betul-betul tepi bank. aku pandang kat cermin cimb tu. nampak lah ada satu pak gad india yang sedang jenguk ke luar. aku pandang saja. tanpa apa-apa perasaan. tiba-tiba dia lambai aku. aku masih dalam kereta. aku? pandang ke belakang kereta aku. hanya aku di situ. errr.. "buat-buat juling lah.." kunun macam tak nampak lambaian nya. turun kereta wat bodoh dan menonong. apahal dia lambai aku. pelik.;)

#3
sampai kawasan rumah ramai gila pakcik-pakcik bersadai tepi jalan. aku buat muka sardin marina. malas nak tersengih-sengih macam kerang busuk. parking. kali ini aku parking elok-elok rapat ke tepi sebab aku nampak satu pakcik yang suka nak jadi uncle kawasan. dari side mirror aku leh nampak dia ke arah kereta aku. "haduh." aku turun. masih lagi dengan muka sardin. kali ini cap rose. jenama tak femes. "ha.. pandai pun kamu parking tepi-tepi. aku selalu pesan kat aus jangan parking tengah-tengah.." hey orang tua ni nak kena smash ni. sabau je la. nak di kata kan sengal kang marah.  tak kata kang tak paham pulak. yang kau nak konker semua kawasan apa hal.! aku sengih. "ho yeah? ok." jalan laju-laju sambil buat muka ayam brand tuna. adik beradek sardin. tapi femes sikit sebab boleh makan ngan roti.;) pelik.




chiow

No comments:

click2

wink..wink2...

nice..