click here!

Thursday, July 14, 2011

aku dan perdana menteri;)

assalamualaikum
hai


haha. aku tergelak sendiri. terkenang kan kisah silam aku. zaman kegemilangan aku. ya. aku memang kanak-kanak gemilang suatu masa dahulu. hidup aku memang lah seorang yang sangat berwawasan. kalau orang nak tanya aku. atau pun aku perlu tulis apa cita-cita pertama aku memang takda lain. dengan perasaan yang sangat confident aku akan jawab. "PERDANA MENTERI"  ahaha. what the fish!


so amacam rambut perdana menteri aku?cool an?;)




so bila kini. aku dah dewasa. dan menyelusuri hidup yang pelbagai dogaan ini. aku kenang balik. zaman-zaman hidup sebagai perdana menteri aku itu. kalau first day di sekolah. aku akan berlumba-lumba nak duduk di hadapan kekdah nya kata abah. "pemimpin mesti sentiasa duduk di hadapan!" ;) biar lah kalau aku kanak-kanak yang antara tinggi di class itu pun. yang aku tahu. aku memang memang nak duduk depan. betapa berwawasan nya aku masa itu. dan.. memang ya. first day di class aku memang akan di lantik sebagai penolong ketua darjah. ah! skema badak lah aku. 


aku masih ingat. jiwa perdana menteri aku ini juga lah buat kan aku. menjadi sangat lah berani membaca ikrar. dan diikuti oleh semua murid-murid sekolah tadika perba. aha-aha. aku nak pengsan bila kenang kan zaman-zaman belajar pakai neck-tie sendiri. dan berpura-pura sengguh berwawasan di hadapan abah. aku memang ratu hati abah. ke? semua itu aku andai kan ia memang permulaan yang baik. dalam tumbesaran kanak-kanak. kira nya bila orang tengok aku mereka akan kata. "hamboi..bijak nya nurul...." *okeh sila lempang aku. ;D


niat murni abah aku itu memang bagus. namun setelah aku naik ke sekolah menengah. dan mula belajar hidup sendiri di asrama. aku mulai lupa dengan sifat-sifat perdana menteri aku. kenapa? sebab jadi perdana menteri sungguh tak cool?. haha. lebih baik jadi saja. orang yang biasa-biasa. yang macam still mendapat perhatian. sebab tak lawa.sebab tak pandai. dan sangat pasif. eh. cool ke macam tuh.? entah. kunun macam abes cool lah. tapi semua itu sangat membunuh aku sebenarnya. kini aku memang tak perdana menteri langsung!! tak percaya suruh aku present di hadapan. tak bergetar lutut aku. memang bukan aku lah tu.;) 


hai lah. rindu nya dengan sikap perdana menteri aku dulu. macam mana lah aku boleh ada idea nak jadi perdana menteri masa kecik-kecik. mahu nya orang buat bersih lagi kalau aku lah perdana menteri itu. sangat sengal. ia sebenar nya begini. sekuat mana pun ibu bapa kita cuba mencorak kan kita. kalau kita sendiri tak mampu untuk pegang atau pun aplikasi kan dalam hidup kita. memang satu matlamat itu takkan tercapai. yes. arwah abah memang abah yang sangat bagus. menyuntik banyak semangat-semangat untuk berjaya kepada aku. tapi. sebab aku yang selalu leka dan lalai. semua semangat itu luntur macam itu saja. dan kini sewaktu abah mula-mula pergi dulu aku bagai kan layang-layang yang memang terputus tali nya. dan kini aku masih merangkak-rangkak membina hidup aku yang pernah hilang dulu.


-You can lead a horse to water but you can't make him/it drink-






chiow

2 comments:

Enna Banana said...

aku plak dulu nak jadi pelakon weyh! ahaha lawak lawak

fahmie firas said...

menarik blog awak
kalau free jemput singgah ke blog saya. your comments are most welcomed.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

click2

wink..wink2...

nice..