click here!

Tuesday, December 6, 2016

one step closer

salam
hai


helo nampak tak excited nya aku tu. okeh. tengah cari mood nak update blog. 
meh nak cerita. sejak beberapa tahun yang lepas, selepas putus cinta dengan orang terdahulu aku memang tak bercadang untuk daring lagi bercinta dengan lelaki. beberapa lelaki yang datang dan pergi dalam hidup aku semuanya aku kenali dan dekati seperti kawan rapat. berlarutan dari itu, sekiranya ada diantara mereka yang mengajak aku untuk pergi ke rumah mereka bertemu dengan orang tua mereka memang aku belum pernah setuju. sebab bagi aku kalau lelaki itu benar2 serius dengan aku dia sendiri akan hantar keluarganya untuk meminang aku. tanpa ada terma dan syarat dari orang tuanya. begitu..

berlarutan dari kisah pengenalan dengan encik tunang. dan pergerakan perkenalan yang menjadi lebih serius kami mengambil keputusan untuk bertunang. jadinya semasa encik tunang aku bersetuju untuk datang meminang memang keluarga dia belum pernah jumpa aku depan2. neves x?


semasa hari pertunangan. perasaan adalah bercampur baur. antara neves dengan excited. neves sebab banyak mata akan pandang. excited sebab... dah lama tak jumpa dengan encik tunang. plus first time nak kenal dengan bakal keluarga mertua. so, macam prosedur biasa. lepas perbincangan bakal menantu perempuan akan dipanggil  untuk sarung cincin. masa keluar dari bilik, aku langsung tak bercadang nak jadi perempuan lemah gemalai. apa yang aku buat. turun tangga seperti hari biasa aku turun tangga. i is sooo excitedd. padahal nak cepat habis semua proses geli2 macam ni.

okeh. semasa mata bertentang mata dengan bakal mertua perasaan macam biasa saja. tapi sumpah aku malu jugak lah sebenarnya memandang kan paras rupa aku yang biasa2 dan tubuh badan yang sado ini. macam biasa. lepas sarung cincin kena lah salam dengan bakal ibu mertua. lepas salam. tiba2.. bakal ibu mertua mencium dahi aku. hai lah.. cair nya rasa masa tu. 1st time jumpa dah bagi aura sebegini punya sentimental value lah... 

nah layan kan gambar2 aku semasa hari pertunangan yang lepas..




macam mimpi pun ada. tak percaya ada moment untuk bertunang. haha poyo kan? tak sangka kan. perasaan hubungan selepas bertunang ni lain dan aneh sedikit. rasa tenang dan lebih disayangi. harap jalan aku ini dipermudahkan. amin




No comments:

click2

wink..wink2...

nice..