click here!

Tuesday, December 13, 2016

lelaki

salam
hai

terduduk aku termenung. terganggu sikit dengan satu dua perkara kebelakangan ini. yes, i am serious about that. entah lah.. bagi aku bila cakap tentang lelaki, lelaki yang aku idamkan adalah lelaki yang sebenarnya lelaki. bagaimana lelaki yang sebenarnya lelaki?
aku berpendapat lelaki yang sebenarnya lelaki memiliki sikap cool. tak suka mengumpat. pandai buat kerja luar. kreatif. dan penyayang. mendamaikan wanita. pelindung. secara nature nya lelaki seharusnya memiliki sikap leadership yang memang tertanam dalam diri. leadership yang macam mana? ia adalah sama sekali bukan mengarah orang lain untuk buat itu ini tetapi lelaki yang sebenarnya lelaki MEMBIMBING WANITA untuk melakukan sesuatu. aku ulang, MEMBIMBING.

betul lah kata orang. lelaki yang baik adalah lelaki yang sayang kan ibunya. bagaimana dia layan ibunya begitu lah dia akan bawa kau dan layan kau bersama sehingga kau tua. aku percaya begitu. bagaimana dia bertanggungjawab kepada ibu dan keluarga nya. begitu juga lah dia akan bimbing kau dan anak2 kau nanti. jadi.. moral of the story. sebagai wanita, lebih baik korang galakkan suami korang untuk berbuat baik dengan ibu dia. serious.

apa yang aku lihat ada lelaki yang sangat dimanja wanita. kau tahu manja macam mana.? ye.. aku tahu tugas isteri melayan suami dan sebagainya. tetapi kalau semua pun wanita buat. lepas tu lelaki jerit2. arah itu ini. tidur saja. aku rasa aku tak boleh blah juga. aku sangat2 tak rasa ok kalau ada lelaki seperti itu. sebagai wanita aku syak.. kita memang kena layan suami kita dengan baik. namun.. ada jugak 3 4 part yang mana kau kena beri ruang kepada suami kau untuk merasa kan tanggungjawab. aku tahu wanita zaman sekarang memang semuanya berdikari. begitu juga aku. semua benda buat sendiri memandang kan aku tiada ayah. dan abang aku sangatlah tak pernah nak manjakan aku dan mak. justeru itu, banyak perkara termasuk ke workshop, ke perjalanan yang jauh, dan macam2 lagi aku dan mak terpaksa buat sendiri. entah lah. aku harap sangat aku dikurniakan seorang suami yang boleh manja kan aku dan buat semua kerja2 lelaki untuk aku. 

aku sangat2 berdoa supaya bakal suami aku merupakan pilihan yang paling tepat. yang boleh bimbing aku, mak dan keluarga aku. yang boleh terima aku bagaimana aku. yang tak akan jerit2 dekat aku bila aku buat salah. yang tak akan jerit2 dekat ibu dia bila dia stress. aku harap sangat suami aku nanti seorang yang beriman dan bertanggungjawab terhadap kami orang2 perempuan yang perlu kan bimbingan.
entahlah. aku ingat lepas aku habis tulis entry ni aku release sikit. masih tak terluah bagaimana rasa di dalam ini. waktu ini aku rasa rindu sangat dengan abah aku. superhero kami sekeluarga.




1 comment:

Hernee Nazir said...

semoga nona jumpa lelaki idaman :)

click2

wink..wink2...

nice..