salam
hai
Cuaca sejuk pagi ini. Ada kabus-kabus berhampiran pokok-pokok sepanjang perjalanan aku tadi. Rindu pulak suasana kampung yang dulu. Semasa menyelusuri highway arah KL-Bangi tadi macam biasa aku mainkan lagu2 di pendrive. Bukan tidak bosan aku dengan semua lagu2 itu. tetapi aku malas nak dengar DJ radio membebel yang bukan2 di corong radio. jadinya aku layan kan saja lagu2 lama yang memang aku simpan dalam pendrive aku. satu-satu lagu bersilih ganti. ada yang aku tekan skip sebab malas nak dengar.
Aku dah pergi sejauh ini. diumur macam ini, bercakap tentang relationship goal memang perkara klise yang aku rasa nak muntah hijau juga kalau dikenangkan. hampir sebulan juga aku telah menjadi tunangan orang (ayat tunangan buat aku rasa mual sebentar) haha. dan dalam tempoh ini juga tak ada lah apa yang berbeza. sebab bukan lah apa sangat pun kan. hidup adalah seperti biasa. kenapa aku nak cakap pasal ini? sebab tempoh hari ada lah kawan aku message aku dan tanya macam mana hidup selepas bertunang. masa itu aku macam baru terfikir, ada beza ke? perbezaan yang ketara adalah aku ada dua cincin baru yang biasa nya aku pakai satu.
pernah jugalah aku dengar ramai orang kata, dugaan bertunang ini hebat. and yes, setakat ini aku masih under control. dan aku cuba untuk elak mindset dugaan bertunang itu hebat, and setiap hari pun aku berdoa semoga tiada lah perkara2 pelik berlaku dalam hidup pertunangan aku ini. dan biarlah ia sampai ke jalan yang sepatutnya. cumanya apa yang aku boleh share, perasaan selepas bertunang adalah, aku merasa lebih tenang, terkawal dan rasa lebih disayangi. life get better kata orang putih.
di satu sudut yang lain. bila kita tahu ada orang sayang dan nak layan perangai merapu yang macam ini, aku punya expectation tentang perhubungan berubah. aku lebih nak mengada2 menjadi cepat sentap dan poyo lagi menggelabah. cuba juga aku untuk elakkan perangai yang macam ini. tapi kadang2 terbabas. perasaan wanita bukan boleh dibuat2. dan kadang kala aku ambil jalan tengah. ambil 'me time'. macam yang aku buat sekarang, i start to write my blog back. aku cuba fokus pada thesis aku. dan melakukan kerja2 yang sepatutnya.. daripada aku asyik memikirkan perkara remeh temeh seperti kenapa dia tak message? kenapa dia nak asyik tidur? yup... begitu. so kesimpulannya, memang lah, setiap perkara ada sebabnya. (tiba2)
ha. cukup lah tu. bai.
No comments:
Post a Comment