click here!

Wednesday, November 23, 2016

menjelang e-day

salam 


yup. hai. tinggal beberapa hari lagi saja hari pertunangan akan berlangsung. gila neves. bukan lah apa, memang lah bertunang saja kan. majlis pun memang biasa sangat. masalah dia, apa yang menjadi konflik ialah, aku tak tahu nak buat muka macam mana bila berdepan dengan keluarga bakal mertua. pulak tu, nak tersenyum simpul sambil gelak menutup mulut tu sangat la bukan aku. haih.. dilema wanita betul lah. ok tamat cerita neves tadi.

persiapan.. so far takda lah apa sangat persiapan. hantaran pun sumpah cincai boncai weh aku buat. sirius aku konfius jugak macam mana ada manusia yang tangan bapak kreatif kan. macam buat semua kerja tangan ni jadi cantik gila bapak. tapi tu la bila aku sendiri yang buat aku rasa macam sirius masa kecik tangan aku tak bedung ke cemane. hihihi. so far untuk barang hantaran memang takda la barang yang sepesel mana. cuma pertukaran makanan dan manisan saja. buat syarat kata orang tua. tapi aku still konfius apa perlu nya 5 berbalas 7 atau 7 berbalas 9 bagai tu. lagi satu sireh junjung. motif sangat. tapi takpa lah layankan saja lah permintaan orang tua2. so far beberapa dulang memang dah di cop oleh sepupu dan sahabat handai. alah takda lah banyak mana pun. yang confirm dengan aku cheesetar, brownies and cupcakes. yang lain nya sireh junjung jiran akan buat. bunga rampai akan diracik pada malam sebelum. buah akan aku sendiri beli dan lagi satu masih KIV. kalau dah takda sangat nanti aku belasah saja buh gula2 hacks. hahaha

lepas tu baju. okeh. semua pun tahu. aku ni tah bila nak kurus. hari2 pun aku cuba pakai baju tunang tu. simple gila. tak la cantik mana pun. color peach. ada kerawang coklat. itu pun satu kecelaruan identiti jugak. mula2 aku beli shawl color coklat. lepas tu mak aku bising. dia kata macam makcik2 pakai color gelap. bertungkus lumus lah aku cari color peach jugak. lagi kecelaruan identiti fesyen apa nak buat kat shawl. pun jadi masalah. so akhir sekali aku rasa dah tahu macam mana nak buat. setel hal baju. which baju yang sangat simple. tak nampak macam nak bertunang pun.

makeup pun sama. paling murah aku dapat. dan aku harap orang tu buat lawa2. menutup segala cela di wajah.

makanan pula. katering. and last minit makcik2 aku semua tiba2 nak masak dan tambah lauk macam2. so ok la kot.

so aku rasa setakat ni itu saja lah update aku tentang majlis yang bakal menjelang tiba ni. tak tahu lah nak kategori kan sebagai majlis atau pun tidak. majlis kecil saja pun. huu... tolong bagi idea muka macam mana aku nak buat masa salam dengan bakal mak mertua nanti ya.... 

okebai.



1 comment:

Intan Saffyna said...

hi,saya datang singgah sambil follow sini :)

click2

wink..wink2...

nice..