Wednesday, November 23, 2016

menjelang e-day

salam 


yup. hai. tinggal beberapa hari lagi saja hari pertunangan akan berlangsung. gila neves. bukan lah apa, memang lah bertunang saja kan. majlis pun memang biasa sangat. masalah dia, apa yang menjadi konflik ialah, aku tak tahu nak buat muka macam mana bila berdepan dengan keluarga bakal mertua. pulak tu, nak tersenyum simpul sambil gelak menutup mulut tu sangat la bukan aku. haih.. dilema wanita betul lah. ok tamat cerita neves tadi.

persiapan.. so far takda lah apa sangat persiapan. hantaran pun sumpah cincai boncai weh aku buat. sirius aku konfius jugak macam mana ada manusia yang tangan bapak kreatif kan. macam buat semua kerja tangan ni jadi cantik gila bapak. tapi tu la bila aku sendiri yang buat aku rasa macam sirius masa kecik tangan aku tak bedung ke cemane. hihihi. so far untuk barang hantaran memang takda la barang yang sepesel mana. cuma pertukaran makanan dan manisan saja. buat syarat kata orang tua. tapi aku still konfius apa perlu nya 5 berbalas 7 atau 7 berbalas 9 bagai tu. lagi satu sireh junjung. motif sangat. tapi takpa lah layankan saja lah permintaan orang tua2. so far beberapa dulang memang dah di cop oleh sepupu dan sahabat handai. alah takda lah banyak mana pun. yang confirm dengan aku cheesetar, brownies and cupcakes. yang lain nya sireh junjung jiran akan buat. bunga rampai akan diracik pada malam sebelum. buah akan aku sendiri beli dan lagi satu masih KIV. kalau dah takda sangat nanti aku belasah saja buh gula2 hacks. hahaha

lepas tu baju. okeh. semua pun tahu. aku ni tah bila nak kurus. hari2 pun aku cuba pakai baju tunang tu. simple gila. tak la cantik mana pun. color peach. ada kerawang coklat. itu pun satu kecelaruan identiti jugak. mula2 aku beli shawl color coklat. lepas tu mak aku bising. dia kata macam makcik2 pakai color gelap. bertungkus lumus lah aku cari color peach jugak. lagi kecelaruan identiti fesyen apa nak buat kat shawl. pun jadi masalah. so akhir sekali aku rasa dah tahu macam mana nak buat. setel hal baju. which baju yang sangat simple. tak nampak macam nak bertunang pun.

makeup pun sama. paling murah aku dapat. dan aku harap orang tu buat lawa2. menutup segala cela di wajah.

makanan pula. katering. and last minit makcik2 aku semua tiba2 nak masak dan tambah lauk macam2. so ok la kot.

so aku rasa setakat ni itu saja lah update aku tentang majlis yang bakal menjelang tiba ni. tak tahu lah nak kategori kan sebagai majlis atau pun tidak. majlis kecil saja pun. huu... tolong bagi idea muka macam mana aku nak buat masa salam dengan bakal mak mertua nanti ya.... 

okebai.



Friday, July 15, 2016

Tuesday, June 28, 2016

Random

Salam
Hai

Waktu berbuka puasa. Aku ada masa update blog. Teringat satu moment. Perkara klise.

Z: kalau kita takda mknn atau mnuman. Tiba2 azan, mcm mana nk buka puasa?
Aku: (gelak sebab dah tau jawapan) camne eh? (Pura2 tanya)
Z: kita korek hidung.

Terkekeh2 dia gelak. Yang aku hanya gelak nipis. Lawak la jugak dia ni rupanya.....

Friday, May 20, 2016

Kembali

Salam
Hai

Stabil sikit aku hari ini. Waras dan undercontrol. Letak ego aku ditepi dan aku cuba buka hati aku. Turunkan expectation aku. Jadi yang paling tenang. Aku cakap pada diri aku, apa yang berlaku selepas ini adalah takdir hidup kau. Kau adalah kau. Dan selamanya akan menjadi kau.

Kembali kepada jalan aku datang.

Thursday, May 19, 2016

Bodoh dan buta kayu

Salam
Hai

Kau tahu apa stalker? Aku memang stalker berjaya. Aku dah develop skill tu di bangku sekolah lagi. Loser kan? Sendiri sakit hati sendiri makan hati.

Di satu sudut hati yang lain, syak wasangka aku yang tempoh hari macam nak dekat terbukti. Secara jujur nya jauh disudut hati wanita bodoh macam aku mengharapkan semua berada dilandasan yang betul. Walaupun sebenarnya dah terang lagi bersuluh.. jadi nampak tak apa guna aku stalk sungguh2 pun.

Tetap bodoh dan buta kayu jugak. Dasar perempuan...

Sunday, May 8, 2016

Cerpen hari ibu

Salam
Hai

Hari ni hari ibu. Sekali sekala kalau duduk sorang2. Fikir aku akan kehilangan ibu satu hari nanti lain macam rasa nya. Pernah juga la.. termimpi, dalam mimpi tu aku dapat tukar. Tuhan beri abah dan ambil mak dari aku. Aku nangis sungguh2. Sampai aku cakap dalam mimpi tu kalau nak ambil, jangan la ambil mak aku. Bila aku sedar, air mata aku betul2 keluar dan teresak2. Pergh.. sadis ya amat.

Masa aku kecil. Memang aku rasa aku tak ngam dengan mak. Masa tu aku paling menyampah bila dia suka cubit aku. Belasah aku dengan hanger dan taknak bukak pintu bila aku balik main lebih dari waktu azan magrib. Aku punya stress masa tu, rasa macam nak bungkus kain baju lari dari rumah. Wahaha.

Lepas abah meninggal dunia. Aku ambil hampir lebih kurang setahun untuk adapt dengan mak. Nak paham kehendak dia. Nak cuba jadi kawan baik dia. Bukan perkara senang. Dan akhirnya, memang.. memang tuhan dah susun betul2.. dia memang ibu terperfect buat aku. (Menangis).

Bertungkuslumus turun naik pejabat matrik sebab nak rayu aku yang failed matrik itu hari. Duduk sebelah jadi instructor sampai aku confident drive kereta manual dengan jayanya. Teman aku untuk setiap interview aku. Teman aku di hari konvo saat semua orang mempunyai ramai sanak saudara, sedangkan aku hanya ada dia. Dengar segala masalah dalam diri, pelajaran, pekerjaan, percintaan dan segalanya macam dia yang alami masalah itu. Dan banyak lagi.

Semuga Allah balas budi baik mak dengan syurga dan dijauhkan mak dari azab api neraka. Semuga hidup mak aman, sihat, dikurniakan rezeki dan kegembiraan. Saya sayang mak saya. 😂 selamat hari ibu.

Tuesday, May 3, 2016

Tidur siang hari

Salam
Hai

Masih aku teringat, zaman duduk asrama. Asal tengahari perkara paling best tidur. Wajib tidur. Lepas bangun dari tidur, dalam nak dekat2 azan asar tu kadang2 bengong kejap. Fikir ni waktu subuh atau terlambat bangun pagi? Lepas dah sedar yang hanya tidur waktu tengahari rasa homesick menyucuk2. Rindu mak, rindu abah, rindu itu, ini, sana, sini...

Macam hari ini, aku cuti. Duduk di rumah baca novel. Tertidur. Perkara sama berlaku lagi. Aku memang jarang dan tak suka tidur siang hari. Bagi mengelak kan perkara2 seperti di atas berlaku. Tapi hari ini aku mati akal. Blank tak tahu nak buat apa.

Bangun saja tidur jam 15.59pm tadi. Aku buka galery gambar di henset. Hobi baru aku sekarang. Tengok muka sendiri. Loser kan. Lepas itu rasa rindu pada semua orang. Menampar2. Rindu kehidupan dan keluarga aku yang dahulu. Lengkap dengan berabah. Rindu suasana rumah lama di ampang. Dengan kawan2 masa kecil aku. Rindu zaman sekolah. Seorang knk2 penuh wawasan. Rindu zaman jadi pelajar universiti. Rindu itu. Rindu ini. Students di kl. Kwn2 rakan sekerja di kl. Dan akhir sekali air mata berlinang. Huu.. nampak lah lonely nya aku ni....

Aku renung kipas siling... 😑

COVID lagi....