Tuesday, May 3, 2016

Tidur siang hari

Salam
Hai

Masih aku teringat, zaman duduk asrama. Asal tengahari perkara paling best tidur. Wajib tidur. Lepas bangun dari tidur, dalam nak dekat2 azan asar tu kadang2 bengong kejap. Fikir ni waktu subuh atau terlambat bangun pagi? Lepas dah sedar yang hanya tidur waktu tengahari rasa homesick menyucuk2. Rindu mak, rindu abah, rindu itu, ini, sana, sini...

Macam hari ini, aku cuti. Duduk di rumah baca novel. Tertidur. Perkara sama berlaku lagi. Aku memang jarang dan tak suka tidur siang hari. Bagi mengelak kan perkara2 seperti di atas berlaku. Tapi hari ini aku mati akal. Blank tak tahu nak buat apa.

Bangun saja tidur jam 15.59pm tadi. Aku buka galery gambar di henset. Hobi baru aku sekarang. Tengok muka sendiri. Loser kan. Lepas itu rasa rindu pada semua orang. Menampar2. Rindu kehidupan dan keluarga aku yang dahulu. Lengkap dengan berabah. Rindu suasana rumah lama di ampang. Dengan kawan2 masa kecil aku. Rindu zaman sekolah. Seorang knk2 penuh wawasan. Rindu zaman jadi pelajar universiti. Rindu itu. Rindu ini. Students di kl. Kwn2 rakan sekerja di kl. Dan akhir sekali air mata berlinang. Huu.. nampak lah lonely nya aku ni....

Aku renung kipas siling... 😑

No comments:

COVID lagi....