Saturday, February 7, 2015

Hatyai

Salam
Hai

Aku tak tahu simptom apa yang akua alami. Kalau pergi travel. Bercuti. Balik saja dari cuti hati tertinggal di tempat percutian. Seronoknya lah berjalan. Tak payah jauh2 pun takpa asalkan keluar dan tengok tempat baru.

Minggu lepas aku bergegas mintak cuti on friday. Sanggup ni tadah telinga semata2 nak cuti. Ken bebel pun takpa sebab lewat apply cuti. Lepas tu lari pecut pergi siapkan pasport. Nak kawin lari lah katakan.. haha. Pasport i valid untuk 5 tahun akan datang hokey.. kalau tak jalan2 dalam masa 5 tahun ni tak tau la nak kata apa. Lepas tu malam jumaat tu. Sunyi sepi pakmat jual topi pelahan2 berayun merentas plus highway ke utara. Malam hokey. Berani betul. Dah la all ladies in the car. My pakcik keluar lewat sejam. Puas gak baca ayat kursi. Lebih dari 7 kali sebab tiap kali rasa tak sedap hati baca. Al maklum lah dunia dah berubah. Manusia lagi jahat dari hantu.

Dalam perjalanan. Berhenti lah dua kali. Ke tandas dan minum2. Lepas tu tekan minyak terus ke jitra. Aku off awal malam tu. Bawak kereta dah tak serupa orang. Nampak objek semua bergerak. Macam orang makan estacy. Macam lah pernah makan estacy kan...

Sampai juga lah akhirnya. Lepas tu berhenti di jitra tidur. Pagi2 dah gerak ke border. Kalut la isi itu ini. Pergi tukar duit segala. Tahun ni duit malaysia lagi murah dari thai. Mmg lah rugi. Tapi takpa lah. Nak jalan. Lepas sampai di border nasib agak baik. Sebab orang berapa ramai. So memNg laju je la perjalanan ke sana. Dalam 2 jam gak sampai hotel hatyai. Kami tidur di diamond hotel. Betul2 di bandar. Parking keret bawah hotel. And then jalan kaki je sekitar bandar. Tak banyak beza. Macam pergi ke kelantan je. Cuma yang best hotel dia murah. Boleh tahan gak hotel dia. Lepas tu kalau nak jalan jauh sikit seperti floating market. Tengok gajah. And lain2.. kena lah naik tut2. Tut2 tu macam taxi di sana.muat la untuk 8 orang sekali naik. Bayaran skitar bandar 20baht. Atau kira2 rm2.20.. lebih kurang. Kalau jauh sikit biasa dorang ambil harga lumpsum. Jaga2 dengan tut2 yang kuat membongak. Better deal awal2. Yang heaven lagi di sana. Spa dia. Urut kaki. Thai massage. Oil massage. Semua murah. Urut satu bdn lebih kurang rm30. Lepas tu siap leh call urut di bilik hotel. Cool gila.

Satu malam saja di sana. Lepas tu bergegas pulang ke langkawi, singgah di penang dan iskandar. Terus balik kl.

Jelajah utara. Aku pernah mention how i love utara. Makan murah. Kawasan tenang. Wah suke2... ok lah. Layan gambar ni.

Monday, January 26, 2015

Sesal separuh nyawa

Salam
Hai

Sakit kepala menjadi2 pulak hari ini. Rambut yang gugur pulak melampau2 macam kena kemo. Nauzubillah..

Semangat hari ini terbang lagi. Aku mula kan hari dengan baik. Bangun awal, ke tempat kerja awal, rentak mengajar pantas2 dan done. Tapi balik saja ke rumah separuh jiwa aku pergi (ayat tak boleh blah)

Aku nyanyi lagu awan nano. Ending dia aku cakap pada diri sendiri "aku surender dulu noh..." lepas tu aku update status awan nano aku ini dekat fb. Dan terasa diri seperti super cool. Haha.

Dan dalam pada hati berkecamuk berkocak ini. Perasaan macam nak nyanyi lagu alyah. Sesal separuh nyawa. Motip sangat. 😅😅

Aku letak hati aku ke tepi. Bencinya aku dengan hidup. Benci nya dengan diri sendiri yang selalu rasa macam ini. Uwa.. aku rasa nak nangis sekarang. Dah kalau Allah kata kun.. maka ko kena akur.

Semuga bertabahlah engkau. Mai layan gambar selfie yang fefeeling paling cun.

Ps: pls dont hate me

Tuesday, January 13, 2015

Pengaruh drama

Salam
Hai

Jerawat tumbuh di dagu. Menandakan hormon mula tidak stabil. Begitu juga dengan fikiran. Banyak yang datang menerkam2. Dan dalam pada itu, class master tempoh hari memberi tamparan hebat. Tak payah nak hebat sangat lah. Just live your life dan jadi manusia berani.

Dah dua hari ini. Effort aku letakkan sungguh2 untuk asgment pertama aku. Entah apa yang mengganggu minda sampai aku rasa macam stress lebih2. Akibat dari happy sangat lepas habis degree itu hari. bertekad taknak ambil master. Bila kena ambil mula rasa otak karat lah. Jiwa tak kental lah. Perasaan itu dan ini.

Aku masih dalam sessi penyesuaian diri. Jadi aku kenalah chill bebeh kan.

Ada satu dua benda baru. Dan ya.. aku memang tengah dalam misi. Dan misi ini aku target untuk capai bukan selepas master. Malah dalam masa aku ambil master ini. Tak sabar rasa untuk umumkan...😉😉

Ps: banyak tengok drama aku ni.....

Saturday, January 3, 2015

Perkara risau

Salam
Hai

Esok hari register. Rasa serabai sebab tak byr yuran lg. Bank islam sistem down tempoh hari. Nyesal tak bayar awal2. Adoh.. for one thing aku tak suka hari 1st. Aku xsuka sesi perkenalan. Klise sgt. Wuho... may Allah ease everything..

Monday, December 29, 2014

Cabar diri awak

Salam
Hai

Mendung cuaca. Sama mendung dengan di hati. Suasana di luar muram menyunyikan diri. Mungkin ada yang ditangisi dek alam. Tempoh hari banjir yang besar melanda negara kesayangan aku. Banjir lain dari biasa. Speechless. Mungkin ada yang nak disampaikan kepada umat manusia. Semalam pula sekali lagi kehilangan pesawat. Hm.. makin kuat message yang nak disampaikan. Tapi apa.? Muhasabah.

Aku cuti seminggu. Yup.. motif menghabiskan cuti yang berbaki. Lepas sarapan tadi, aku buka surat tawaran dari uum. Master of hrm katanya. Hati aku menarik dan menolak. Tapi kalau tak mula sampai bila2 pun tak akan mula. Dan kalau duduk tunggu saja takda apa akan berlaku. Aku bisik pada diri aku. Cabar diri!!

Okehlah.. sementara masih belum ada komitmen besar ni kan. I need to achieve something. Kelakar. Budak failed matric. Tiba2 berjalan masuk diploma. Grad bba. Dan sekarang reg for master. Kelakar. Budak paling bodoh di class add math! ☺😊

Aku macam tak yakin pada diri. Namun, aku tanamkan dalam hati untuk berusaha. Dan sahut cabaran dari bisikan diri aku sendiri.

U go girl!!

Sunday, December 28, 2014

2014

6Salam
Hai

2014. Setahun yang aku tak sedar kadar masa yang berlalu. Sampai konfius2 kejadian berlaku bila. Laju sangat. Achievement? Belum ada. Semua in progress. Sebab semua baru start di 2014. Memanglah lambat kan.

But, 2014 ialah tahun aku mula ubah fikiran aku untuk jadi lebih baik. Kalau nak ikotkan tahun paling jatuh. Tapi aku ambil ia sebagai cabaran dalam kehidupan. Ha.. umur pun makin banyak. Sad...

Nah.. layan gambar picnic tempoh hari dengan my good friends...

COVID lagi....