Tuesday, October 14, 2014

Haram

Salam
Hai

Penat.

Aku penat. Bercakap setiap hari. Bercakap macam perdana menteri. Beri dorongan. Beri bimbingan. Semangat. Motivasi. Puas.

Puas. Bercakap. Membebel. Berleter. Puas. Puas sampai naik lemas.

Lemas dengan attitude. Attitude yang macam haram. Kau pilih jadi pelajar. Tapi perangai macam kau ni bukan pelajar.

Aku dah macam menteri. Susah juga jadi menteri. Kerana rakyat hidup dalam angan-angan. Berhenti perasan. Masa depan kau akan lebih susah dari ini. Percayalah.

Sunday, October 12, 2014

Kos human resource uitm II

Salam
Hai

Since ramai readers yang request untuk information kos hr di uitm, hari ini aku mahu buka cerita lagi. Tentang kos human resource.

Baiklah. Aku akan menjawab beberapa soalan faq berkenaan dengan human resource. And disebabkan dah grad dari belajar beberapa tahun juga. I is risau juga kalau information ni dah outdated. But i will try to give u general information regarding the course. And ia adalah perkongsian melalui experience.

Soalan pertama.
Tak jauh menyimpangkah kos saya dengan hr?
Okeh. Dia begini. Sekiranya awak berada di aliran sains sosial. Maksud saya yang tak berapa saintifik seperti fizik kimia bio kejuruteraan. Its ok kalau nak bawa hr. Hr ni memang tak susah langsung. Seperti yang saya selalu katakan. HR is the knowledge around you. So memang takda masalah bagi mereka yang kos lain dari hr untuk cuba mendalami ilmu hr ini. Bagi mereka yang masa berada di sains sosial. Kos ini tidak jauh menyimpang pon. Bagi mereka yang set2 sains, matematik, engineering. Pon saya rasa takkan ada masalah untuk carry all the subjek in this course. Cumanya, ia ada satu perbezaan yang menjurangkan antara pure sains dan sains sosial. Sains sosial ini adalah perkara yang bersifat kemanusiaan. Dan nature of the kos adalah membaca. Menambah knowledge, kritikal thinking, suggestion, analyse on case stdy, law and policy. Dan kalau suka baca hafal. Memang takda masalah langsung untuk hr. Senang cerita hr is kos senang nak skor. Kalau uol boleh bawak subjek sains bagai segala. Setakat hr ni celah gigi. But the syarat is membaca, faham dan hafal.

Soalan kedua.
Subjek apa yang ada?
Okeh i is malas nak bukak transkript. Okeh saya cuba senaraikan satu2 subjek.
Core subjek
intro human resource management, recruitment and selection, training and development, compensation manàgement, hr info system, organisation behavior, performance management, occupational safety and health, strategic management, employment law, industrial relations

Sbjek lain
Finance, basic accounting, statistic, (ada beberapa juga subjek mengira tau. I dont remember) quality management/risk management, marketing, business law, third language.

Lebih kurang macam ini lah subjeknya. For 3 years. 3 years kalau ambil semua tanpa exempted or pengecualian kredit. Kalau biasa 2 years. (For uitm students under bsnes fakulty)

Soalan 3
Ada pengecualian kredit or exempted kan? Subjek apa?
So kepada student diploma in business di bawah faculty business uitm. Masa zaman iols dia akan lompat ke third sem(duration 2years of study). Kerana banyak subjek dah exempted. Subjek2 yanag akan dapat exempted adalah seperti di bahagian subjek lain yang saya senaraikan di atas. Bagi mereka yang lain dari uitm yang kos business2 jugak atau kos sains sosial under uitm mereka akan ke sem2. Dan dapat pengcualian jugak. Tetapi sedikit. Kepada yang terlalu jauh dari arena business or management. Mereka akan mula di semester satu. Which is 3 years of duration lah.

So itu sahaja yang mampu saya kongsi. Segala pindaan yang berlangsung selama saya telah menamatkan pembelajaran tidak dapat saya update. Tetapi secara generalnya begitulah. Boleh refer entry saya yang sebelum ini.

Tetapi gambarannya cukup untuk informasi awal buat adik2 yang mencari bayangan. Okeh. Human resource memang tak susah pun. Coz i sendiri personally mengajar student hr di peringkat diploma. And pendapat saya hr still ada masa depan untuk jadi pegawai2 bila nak kerja nanti.

Harap entry ini dapat membantu.

Tuesday, September 16, 2014

Hilang hingar bingar

Salam
Hai

Aku menghayati permandangan sawah padi sepanjang highway kedah itu. Memang aim aku dah terbayang2 sawah bendang di sana. Tergeletek2 hati aku bila aku dapat lihat sawah padi. Face to face. Ya aku memang batak begini.

Sambil2 drive aku dapat lihat beberapa orang kampung memancing di tali air sawah. Syok nye..... detik hati aku. Aku berpendapat, begitu seronoknya kalau dapat menetap di daerah itu. Orangnya nampak baik2. ;)

Ini merupakan kali yang keberapa jugak aku dah menjejaki kaki ke kedah dan perlis. Ini merupakan jelajah paling aku hayati. Aku memang gemar travel masuk ke kampung orang. Hati aku aman bila di kampung yang masih lagi kampung.

Dalam perjalanan ke padang besar, di kiri kanan jalan merupakan kawasan pertanian yang luas dan besar. Memang saujana mata memandang. Boleh aku lihat di tengah kehijauan rumput dari ladang tebu dan tanaman kontan segala, ada trek jalan tanah merah. Ya, aku biasa lihat di dalam telenovela sepanyol permadangan itu.

Di dalam telenovela. Trek begitu selalunya di lalui oleh kereta kuda. Mereka bela kuda di situ. Di malaysia ia merupakan kawasan lapang yang aku teka ia kawasan penanaman tebu dan mungkin tanaman2 lain. Dari kejauhan. Di hujung nunnnnnn di akhir keluasan tanah berumput hijau. Aku dapat lihat kawasan bukit bukau berbatu kapur. Ya, ia seperti gua. Ditumbuhi pohon2 renek dan nampak hijau hijau hijau. Ada batu kapur dicelah2 kehijauan.

Damai. Nyaman. Aku suka tempat ini. Ya aku suka tempat itu. Sambil drive aku layan mata. Saujana mata memandang.

Aku cakap pada mak, "seronok betul tinggal di sini" hmmm....

Semalam aku tiba di kl. Puih... hiruk pikuk kota. 'Aku mula merindui pemandangan semalam.....'

Friday, September 12, 2014

Public diary

Salam
Hai

Aku pulang dari kerja awal hari ini. Hari jumaat.

Sambil duduk berlunjur kaki dan bersandar di kepala katil, tangan aku ligat mencari2 entry zaman tok kaduk. Masa tu aku baru belajar2 share perasaan di blog. Sebelum delete aku baca dulu. Ada yang buat aku tergelak. Ada yang buat aku rasa annoyed dengan diri sendiri. Puih. Lepas delete2. Aku terfikir. Bagus juga ya menulis di blog. Sebab kalau takda org baca pun sekurang2 bila dah menginjak usia boleh buat bahan bacaan dan mengimbau. Dis is my public diary gituh...;/ tak releven langsung. Haish.. meh aku belanja gambar. Memang lately gambar wajib buat peace. Haha.

Sunday, September 7, 2014

Positif

Salam
Hai

Positif. I am looking foward for a good news from you. Positif. Still waiting for u... ;)

Layan gambo dekat one city skypark ni ha.

Thursday, September 4, 2014

Ketenangan sebenar

Salam
Hai

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hatimu akan tenang. Dan kerjakanlah solat 5 waktu. Kerana di dalam solat itu kita akan mengingati Allah dan akan dikurniakan ketenangan...

COVID lagi....