Wednesday, February 28, 2018

1st baby

salam
hai

11 januari 2018. aku selamat lahirkan seorg bayi perempuan seberat 3.57. dekat hospital ampang. overdue dalam sehari. patut due 10jan tapi keluar 11jan.. so ok la kan..

tapi masa tu aku bersalin secara normal. induce. sebab mmg xsakit. tapi ketuban dah leaking. and bukaan pun dah ade.

hm.. tak dinafikan la sakit bersalin tu bukan sakit main2. yes.. memang sakit. tapi alhamdulillah sakit aku tak lama. lepas induce. dalam jam 12 tghari dah mula sakit. keluar baby 1.25 pm camtu.

so.. sekarang aku dah jadi ibu dah kepada aisyah hana. memang pengalaman yang tak boleh aku lupa kan. tengah menghayati moment2 as mother ni. haha. sleepless night. mencabar memang mencabar.

ok panda dah nak tidur. bai.

Thursday, October 5, 2017

madam gila

salam
hai

pagi2 tadi aku dah terhibur. datang tepat 7.58am. kira lewat la tu kan. so sebab beg class dah ada dalam kereta aku terus la pergi class.

kira aku masuk class awal la hari ni. student2 class aku nampak saja aku tengah berjalan, masing2 menlajukan pergerakan masuk ke kelas. hahaha nak tergelak pun ada. diorang dah masak la tu dengan pe'el aku yang suka buat gila kalau orang lambat masuk class.

budak account boleh la kau nak goreng. cuba budak kos lain. macam tak jalan saja. hahaha. sambil aku dok panjat tangga dengan membawa handbeg dan beg class yang ringan, sorang student lelaki datang nak menghampiri aku. "madam, meh saya tolong bawak.." aku laju2 menolak dan menjawab tak perlu. sebab ringan je pun. haha maybe dia tengok aku nak bawak badan pun mcm xconfident ke apa. hahaha.

so kesimpulannya. ok la.. dah habis silibus pun untuk budak2 intake july. so another adventure dgn budak2 intake september yang sememangnya tegar. mcm tak makan saman.😂😂

okeh. madam nak balik dah. bai.

Monday, July 17, 2017

3 bulan

salam
hai

setelah sekian lama. okeh. hidup macam penuh semacam selepas kawin. setiap detik waktu aku macam berkira2 untuk macam2 benda. maksud nya dahaga sangat untuk masa tentang diri sendiri. masa untuk bangun lewat dan tak buat apa2 di rumah. tapi now.. mcm setiap masa terkejar. luang masa untuk suami. luang masa untuk mak. dan curi masa untuk bersosial seperti sedaramara dan kawan2. tapi as weekend husband and wife memang aktiviti weekend tu aku kena cari yang boleh meet dengan keselesaan masing2.

yup. after 3 months punya perkahwinan. aku rasa kan mcm masih terlalu baru. banyak benda lagi nak explore yang kami belum dapat explore sebab masing2 pn masih bermanja lagi dengan mak ayah masing2. jadi nya belum cukup matang lagi perkahwinan aku. macam aku ada back up besar. kalau aku tak sempat mak aku akan buat kan untuk aku. begitu jugak dia. maybe kalau dah sebumbung masa itu akan nampak retak galak nya apa rumah tangga ni sebenarnya kan.😊

dan di 3 bulan perkahwinan ini. usia kandungan aku jugak sudah masuk ke tiga bulan. alhamdulillah. ini orang kata bunting pelamin. namun.. masih terlalu awal untuk aku putus kan kata disini. yang aku mampu. hanya pohon doa dari semua dan semuga dipermudahkan journey ini.

di usia yang masih awal ini. aku dah mula rasa lain tentang diri. aku masih lagi dalam fasa membiasa kn diri sbgai ibu mengandung.

bye.

Friday, May 19, 2017

mimpi ngeri

salam
hai

jatuh jantung aku. masa itu memang tak tak boleh berfikir banyak. suami terlibat dalam kemalangan. mujurlah orang nya tak cedera terlalu parah. cuma kereta saja yang parah sesangat. mimpi ngeri aku masa tu. sungguh aku tak mampu fikir.

julung kali jugak lah aku tidur hospital. walaupun hanya menjaga orang sakit. minta situasi ini dijauhkan lagi dari aku. aku tak mahu mimpi ngeri lagi.

Tuesday, May 9, 2017

satu bulan

salam
hai

semalam genap 1 bulan selepas tarikh perkahwinan. aku dah jadi bangsa2 yang nak hitung hari pulak dah. ini semua sima punya kerja. dan dalam pada ini aku dok sibuk marking dan segala mak nenek markah budak2.

dua mggu lalu majlis bertandang sebelah lelaki. sekali lagi aku culture shocked. tp mcm biasa aku dengan perangai bersungguh2 aku adapt dengan culture orang dan study habis2 supaya tak nampak kekok. tak kisah la kalau masih krik2. apa yang aku dapat.. semua yang baik. aku lihat a very positif side of the family. rajin, friendly dan positif. entah lah... bagi aku sangat lain dengan budaya hidup aku yang aku rasa selalunya negatif. ahaha. tak pasal2. aku belajar utk duduk dalam rewang. belajar untuk laju2 balajar bahasa jawa. belajar laju2 untuk elak kan diri dari diserve dan belajar untuk tak jadi krik3. itu yang penting. namun ofkos masih ada cacat di sana sini.

dan dalam sebulan ini suami banyak membantu. bagi sokongan kaw2. tak pernah menghampa kan isteri. haha. seronok pulak dapat suami baik.😊 buat masa ini lah. hahaha

okeh. semuga sebulan ini akan menjadi titik tolak untuk menjadi keluarga yang lebih harmoni. amin.

Friday, April 21, 2017

dua minggu

salam
hai

hari ini masuk minggu kedua bergelar isteri. gitew... aku malas nak buat entry poyo2. but deep inside my heart mcm nak juga rasa share the moment yang lama aku tunggu. yang masa dulu berangan gila2 nak ada b2b (bride to be) blog. dan bila tiba masa dia.. aku tak mampu pun nak blog kan semua benda.

semua perkara macam laju gila. bulan 5 kenal. bulan 7 dating. and beberapa series dating. bulan 11 meminang dan bertunang. dan bulan 4 terus kawin. laju kan? and betul lah kawan2 yang masih belum kawin. kita macam panic kan bila usia dan meningkat tapi tak kahwin. but.. seriously.. lepas penantian yang macam2 bila dia dah sampai macam semua akan laju dan lancar. the right time kata orang.

as usual. macam yang semua orang tahu. aku bukan wanita lemah gemalai yang liuk lentok menggoda dan sebagainya. bukan. so dengan keadaan brutel aku ni. aku cuba so hard ok untuk jadi semaksimum releven semungkin yang ada untuk suami. wahahaha. hakak cuba dik.

dalam dua minggu ini. aku kira kan. aku betul2 dipertemukan dengan mr right aku. dia bukan lah perfect. tetapi cukup memperfectkan aku yang amat tidak perfect ini. sebenarnya.. aku tak tahu bagaimana jauh bersyukur dalam hati aku. selepas beberapa series kecewa dalam percintaan. bayangkan kalau aku tak kecewa and tak move on. mesti aku tak jumpa dengan husband aku tu kan?? so betul lah.. Allah memang bagi kita dengan orang yang terbaik untuk kita dan pada masa yang tepat.

berapa kali dah aku dok cakap benda yang sama. kesimpulannya.. aku masih culture shocked kecelaruan identiti dengan perubahan yang berlaku dalam hidup aku dua minggu ni. tapi setiap hari dalam dua minggu aku pelahan2 adapt.. belajar untuk terima ada orang lain yang share hidup aku selain diri aku. strugle juga la weh..

so.. semuga perkahwinan yang terbina ini merupakan perkahwinan yang dirahmati. dan hubungan kami ini diberkati sehingga ke akhirnya. amin

Sunday, February 12, 2017

berdegup lebih kencang

salam
hai


semalam seharian teman encik tunang cari barang kahwin. ditemani dua adiknya.
 pergh.. dia punya shoping lagi cerewet dari aku. sebab lama gila nak buat keputusan.

and tahu apa..? tiap kali dia pandang aku secara berdepan2 aku rasa jantung aku macam nak jatuh, degupan dia laju macam ada presentation tau.. over kan aku? hihi.. sirius ini bukan drama okeh!  first time aku rasa selepas beberapa percintaan yang lalu.

tak pastilah itu neves sebab apa kan. mungkin itu lah dinamakan cinta kan.? please jangan muntah okebai!

COVID lagi....