Thursday, October 5, 2017

madam gila

salam
hai

pagi2 tadi aku dah terhibur. datang tepat 7.58am. kira lewat la tu kan. so sebab beg class dah ada dalam kereta aku terus la pergi class.

kira aku masuk class awal la hari ni. student2 class aku nampak saja aku tengah berjalan, masing2 menlajukan pergerakan masuk ke kelas. hahaha nak tergelak pun ada. diorang dah masak la tu dengan pe'el aku yang suka buat gila kalau orang lambat masuk class.

budak account boleh la kau nak goreng. cuba budak kos lain. macam tak jalan saja. hahaha. sambil aku dok panjat tangga dengan membawa handbeg dan beg class yang ringan, sorang student lelaki datang nak menghampiri aku. "madam, meh saya tolong bawak.." aku laju2 menolak dan menjawab tak perlu. sebab ringan je pun. haha maybe dia tengok aku nak bawak badan pun mcm xconfident ke apa. hahaha.

so kesimpulannya. ok la.. dah habis silibus pun untuk budak2 intake july. so another adventure dgn budak2 intake september yang sememangnya tegar. mcm tak makan saman.😂😂

okeh. madam nak balik dah. bai.

No comments:

COVID lagi....