Sunday, May 8, 2016

Cerpen hari ibu

Salam
Hai

Hari ni hari ibu. Sekali sekala kalau duduk sorang2. Fikir aku akan kehilangan ibu satu hari nanti lain macam rasa nya. Pernah juga la.. termimpi, dalam mimpi tu aku dapat tukar. Tuhan beri abah dan ambil mak dari aku. Aku nangis sungguh2. Sampai aku cakap dalam mimpi tu kalau nak ambil, jangan la ambil mak aku. Bila aku sedar, air mata aku betul2 keluar dan teresak2. Pergh.. sadis ya amat.

Masa aku kecil. Memang aku rasa aku tak ngam dengan mak. Masa tu aku paling menyampah bila dia suka cubit aku. Belasah aku dengan hanger dan taknak bukak pintu bila aku balik main lebih dari waktu azan magrib. Aku punya stress masa tu, rasa macam nak bungkus kain baju lari dari rumah. Wahaha.

Lepas abah meninggal dunia. Aku ambil hampir lebih kurang setahun untuk adapt dengan mak. Nak paham kehendak dia. Nak cuba jadi kawan baik dia. Bukan perkara senang. Dan akhirnya, memang.. memang tuhan dah susun betul2.. dia memang ibu terperfect buat aku. (Menangis).

Bertungkuslumus turun naik pejabat matrik sebab nak rayu aku yang failed matrik itu hari. Duduk sebelah jadi instructor sampai aku confident drive kereta manual dengan jayanya. Teman aku untuk setiap interview aku. Teman aku di hari konvo saat semua orang mempunyai ramai sanak saudara, sedangkan aku hanya ada dia. Dengar segala masalah dalam diri, pelajaran, pekerjaan, percintaan dan segalanya macam dia yang alami masalah itu. Dan banyak lagi.

Semuga Allah balas budi baik mak dengan syurga dan dijauhkan mak dari azab api neraka. Semuga hidup mak aman, sihat, dikurniakan rezeki dan kegembiraan. Saya sayang mak saya. 😂 selamat hari ibu.

Tuesday, May 3, 2016

Tidur siang hari

Salam
Hai

Masih aku teringat, zaman duduk asrama. Asal tengahari perkara paling best tidur. Wajib tidur. Lepas bangun dari tidur, dalam nak dekat2 azan asar tu kadang2 bengong kejap. Fikir ni waktu subuh atau terlambat bangun pagi? Lepas dah sedar yang hanya tidur waktu tengahari rasa homesick menyucuk2. Rindu mak, rindu abah, rindu itu, ini, sana, sini...

Macam hari ini, aku cuti. Duduk di rumah baca novel. Tertidur. Perkara sama berlaku lagi. Aku memang jarang dan tak suka tidur siang hari. Bagi mengelak kan perkara2 seperti di atas berlaku. Tapi hari ini aku mati akal. Blank tak tahu nak buat apa.

Bangun saja tidur jam 15.59pm tadi. Aku buka galery gambar di henset. Hobi baru aku sekarang. Tengok muka sendiri. Loser kan. Lepas itu rasa rindu pada semua orang. Menampar2. Rindu kehidupan dan keluarga aku yang dahulu. Lengkap dengan berabah. Rindu suasana rumah lama di ampang. Dengan kawan2 masa kecil aku. Rindu zaman sekolah. Seorang knk2 penuh wawasan. Rindu zaman jadi pelajar universiti. Rindu itu. Rindu ini. Students di kl. Kwn2 rakan sekerja di kl. Dan akhir sekali air mata berlinang. Huu.. nampak lah lonely nya aku ni....

Aku renung kipas siling... 😑

Sunday, May 1, 2016

Perasaan yang paling dalam

Salam
Hai

Aku duduk merebahkan punggung di lantai. Badan aku sandar ke dinding. Lutut diangkat beteleku. Lebih kurang begitu. Fikiran menerawang, mcm biasa fikirkan yang macam2.

Apa yang dialami 2 hari lepas buat aku tarik balik rasa yang senang itu hari. Ambil hati aku letak tepi semula. Dan tunggu lagi. Beri masa pada diri lagi. Dan itu lah yang semanjang aku buat bila reset perasaan kudos bodoh mcm ini.

Kejap. Aku keliru. Ini perasaan saja atau sangka buruk atau salah faham atau realiti kehidupan. Aku pejam mata. Cuba rasa perasaan yang paling dalam. Palinggggg dalamm... pernah kau orang buat mcm ni. Rasa perasaan yang terrrdalam kau ada.?

Satu satu moment bersilih ganti. Dan dah dekat tujuh bulan aku tunggu ni. 3 hari lepas aku rasa ok. Tapi mati balik 2 hari lepas. Keliru aku. Mcm yang aku kata ini perasaan saja atau buruk sangka atau salah faham atau realiti kehidupan.?? Aku pandang klcc......



Friday, April 29, 2016

I'm still ok

Salam
Hai

Yup. It's always end with the sad story pun. Tapi aku tak tahu kenapa aku harus tak give up. Tak apa lah. Kalau Allah kata selalu ada harapan untuk orang yang berdoa dan berusaha. Kalau takda pun anggap lah ini journey dalam aku mencari diri aku. Good night. 😂

Thursday, April 21, 2016

Menguda

Salam
Hai

Kejadian tempoh hari agak mengguris hati aku. Ini bukanlah kali pertama aku rasa macam itu. Entah lah.. seorang kawan lama yang kau ikhlas membantu, mahu sama2 berjaya. Dan akhirnya setelah segala banyak pertimbangan dari kau dia buat kau macam sampah. Nak sengih lagi? Nampak dayus la dayah. Nanti lepas tu boleh panggil aku double D.. Dayahdayus.

Aku tak mahu letak ego aku setinggi langit. Tapi aku serik, terluka dan takot untuk percaya. Takot ini semua alasan sementara mahu menguda aku. Termenung....

Thursday, March 31, 2016

And

Salam
Hai

It happen again. And it hurt me so bad. Pheww..

Apa pun terjadi berjalanlah tanpa henti. I know u can do this. Chaiyokkk.. 💜💜💓💓

Monday, March 21, 2016

Bad day

Salam
Hai

Bad day. Tadi pagi2 bersiap2 nak pergi kerja. Mak cakap tingkap dapur terbuka, bila cek2, ada orang umpil. Cubaan pecah rumah nampak nya.

Dan mak pun kebetulan mmg ta sihat pagi tu. Bebekalkan semangat juang sebab nak jugak bekerja aku masuk kereta. Start enjin dan enjin berbunyi lain macam. Gila cuak. Last2 decide tak pergi kerja dan hantar mak ke klinik dan hantar repair kereta.

Jadinya.. begitulah. Bila segalanya dah tertulis begitu siapa mampu ubah. Yang kita mampu. Berdoa mohon pada Allah utk ubah dan jadikan segalanya baik2 saja.

Minta jauh dari segala kejahatan dan tipu daya manusia. May Allah protect us.

COVID lagi....