Wednesday, February 15, 2012

hidup belum bermula

assalamualaikum
hai


pagi ini indah. aku bangun tersenyum. tapi senyum tak sampai telinga. eh jarang sangat lah dah aku bangun dengan rasa happy. sebab entah rumah ini tak macam rumah lama aku yang sangat empuk nyaman nya. haha. aku bukan nak cerita tentang empuk kejadah semua itu. aku duduk tersandar di kepala katil. mata aku tujukan ke kipas yang hanya berkelajuan tiga. nak aku kira berapa kali pusingannya aku sendiri tak tahu di mana mulanya. tiga bilah itu seakan sama. mungkin mengira pusingan kipas adalah perkara mustahil yang manusia boleh lakukan.

fikiran langsung tak terfikir tentang kipas. yang aku tahu tentang kipas. kalau dia berkelajuan tiga. maka panas lah malamku tanpa hujan yang boleh menyejukkan umbun-umbun rumah. dalam detak detik hati aku yang acapkali berkira-kira tentang kipas yang takda hala tuju itu aku memikirkan tentang aku. yang masih belum ada pergerakkan dalam hidup. eh kenapa lah macam gitu. lembap. aku terdiam. malas nak mengutuk diri sendiri. aku tak mahu menyesal dalam perkara yang lepas. sebab.. aku cuba percaya yang hidup ini adil. walaupun jauh dibenak aku selalu memikirkan mana adil nya hidup ini. tapi takpa. aku pegang di side yang hidup ini adil.

lantas. aku terfikir. hidup aku belum bermula. loser kan.? tapi benar. hidup aku belum bermula. mungkin hari ini hari orang lain.  dan hari aku akan tiba juga.;) 



chiow




Thursday, January 19, 2012

ada yang lebih bahagia daripada cinta

assalamualaikum
hai

hari ini aku asyik tersenyum. bahagia pula terasa. ada juga sumbangan aku pada orang sekeliling. takda la loser semata kan life aku ini. kalau kebelakangan ini jiwa selalu dirundung pilu. tak mengapa lah. sebab aku percaya aku punya masa dan ruang di mana aku juga aku happy seperti manusia lain. cukup lah sekadar aku lalui sahaja hidup ini dengan rasa bahagia.

macam semalam. masa aku dok online dengan cousin tercinta yang dah feeling-feeling jadi wartawan tu. dia mintak aku suggest satu dua nama untuk photographer. aku ingat untuk dia guna sebab nak organizekan wedding mana-mana artis. rupa nya tak. dia nak masuk kan dekat magazine mana tah. stailista.  kalau aku tahu mesti dan-dan tu juga aku ngaku aku photographer. ;) ok tipu. haha. then aku pun dengan naif nya rekemen satu nama daripada kawan sekolah aku. hm tak tahu lah apa jadi lepas itu. kalau itu dapat membantunya aku juga turut happy. dan hari ini aku suggestkan lagi satu nama untuk wedding planner pula. Idhama Fitri. oww. diva nya kau nyah. aku dapat tengok kalau kawan-kawan happy pun cukup lah.;p

hm. ada yang lebih membahagiakan daripada cinta kan. dapat tolong orang sekeliling. buat mereka happy. pun dah boleh buat kita happy. ;) seronoknya aku rasa. hm. aku tengah berfikir. semuga bila aku ada atas bumi ni dengan masa aku yang mungkin suntuk ni. at least aku ada juga benda-benda boleh aku happy lakukan. biarlah bukan aku pun yang masuk magazine ke apa kan.


p/s: life is concerned dealing with other people


chiow

cakap depan kipas

assalamualaikum
hai

kenapa masa kecil kita suka cakap depan kipas? aha-aha. cute kan kita masa tu. sibuk nak cakap depan kipas. kunun habis misteri nusantara lah kan. bila kita kenang sekarang. kita rasa benda itu lucu. tapi masa kecil kita sangat terpegun dengan apa yang kita lakukan. itu kita masa dulu.

sekarang. aku tak cakap depan kipas dah. sebab aku dah mampu fikir kan masa depan aku. apa terbaik untuk diri aku. memilih situasi selamat untuk hidup, kan? tanpa lukakan hati orang lain. sambil menjaga hati sendiri. tapi kalau orang lain tak tahu jaga hati kita. dan tak tahu nak hormati hak kita, time tu. kita ada hak untuk pilih mana satu strategi terbaik. semua untuk hidupkan situasi selamat. sampai bila?



p/s: The value of identity of course is that so often with it comes purpose



chiow

Monday, January 16, 2012

aku dan pen.;)

assalamualaikum
hai

huyo-huyo.! ha kan dah tinggal satu lagi paper. macam teruja tahap nak melompat-lompat. tahu? ;) suka nya. dah terbayang-bayang dah zaman-zaman bersenang-lenang kat rumah. 

hari ini paper ke-5. paper yang aku rasa sederhana tahap kesusahannya. jadi lah.. sebab aku mampu untuk syok sendiri menjawab nya.;) tinggal satu paper. yakni quality. hanya orang yang berquality saja yang belajar subject tu..aww. ;D

tujuan entry ini cuma lah nak sangat tunjuk batak. sebab aku rasa ini second time lah aku guna pen sampai habis dakwat. kalau tak, dia hilang. jatuh dan rosak. dakwat kering. jadi di paper kelima ia benar-benar sudah kosong. lantas aku tinggal kan sebagai kenangan untuk budak petang yang duduk di kedudukan aku tadi. kira kenangan untuk dia lah lebih kurang;D

pen aku macam ini. gambar bawah ini. gila teruja.;) aku masih ada dua batang lagi pen itu. nak tulis banyak-banyak lah. bagi dua kali teruja. ah poyo lah kau.;p



p/s: ada satu dua hari dalam hidup kita yang kita rasa perlu share benda yang tiada significantnya.;)






chiow

Friday, January 13, 2012

bercakap bagai pokok tiada daunnya.

assalamualaikum
hai

;) bergembiralah..;) u go girl.


kesah nya. hati seorang wanita. ihih. what the.... ehem. kau bukan ada hati pun, ini kan pula hati seorang wanita. sudah lah kau.

nak tergelak rasa nya. aishh lawak kelakar seram tahu.



chiow

Friday, December 30, 2011

2012

assalamualaikum
hai

whoaa. anda-anda semua. esok sudah 31 disember 2011. bermakna esok hari terakhir 2011. em sedey. kenapa 2011 tinggal kan aku cepat sangat. tahun 2011 aku dimulakan dengan kenangan masuk degree di uitm malaka. plus duduk di rumah Lanang yang berpemandangan indah. hm tak sangka dah nak tamat pun semua itu. rasa macam baru semalam aku bersungguh check in di malaka. 2011. bukan tahun impian aku. banyak kenangan pahit yang patut aku luput kan di sini. supaya aku tak bawak nya ke 2012.

sebab 2012 merupakan tahun impian aku. impian untuk segala-galanya. aku harapkan semua yang terbaik untuk aku di tahun 2012. oh tak sabar lah untuk tahu apa hikmah yang berlaku di sebalik semua kesedihan 2011. kata orang apa yang berlaku ada hikmah nya. tersembunyi sesuatu kebaikan di sebalik kejadian. ye. aku akan pegang itu. sebab aku percaya hanya Allah yang tahu terbaik untuk kita. ;D hm lapang hati aku bila aku sendiri yang kata kan begitu. yang paling tak sabar. untuk semua berita gembira 2012 setelah kesedihan yang telah di rasai di 2011. hm.

sebab semua orang pun dah buat azam 2012 maka di sini aku mahu list kan semua cita-cita aku untuk 2012.kalau nak senarai melambak-lambak. tapi kesimpulannya aku doa kan yang baik-baik sahaja untuk diri sendiri. sedey lah. good bye the worse 2011.



chiow

Saturday, December 3, 2011

burung pulang ke sarang

assalamualaikum
hai

dengan nada batak to the max. semalam aku balik dengan kaklong and ika. masuk dekat tol pedas sebab nak drop kan dia kat sana. dekat tepi tol tu saja. tapi kena masuk dan bayar tol lah. tapi itu bukan aku nak cerita. yang nak di jadikan cerita adalah apabila. aku turun dari kereta. aku dapati langit tol pedas tu penuh dengan burung. banyak gila bapak. sumpah teruja beb. sory kalau aku sangat batak. tapi mula-mula rasa teruja. bila beberapa saat aku usha burung-burung tu aku lantas terfikir. dalam banyak-banyak burung yang sangat busy mahu balik ke sarang tu. pasti ada sekor dua yang sakit perut. sebelum tudung dihinggapi oleh najis burung lebih baik aku cepat-cepat masuk dalam kereta semula. heee...;D memang batak lah. banyak sangat. gila indah pemandangan waktu itu. ha.. nampak lah pencinta alam nya aku ini. peace!;)



macam ini lah lebih kurang. tapi ini baru segerombolan kan. kau orang bayang kan begini. sebanyak segerombolan. tapi ada banyak lagi gerombolan burung. sebab mungkin kawasan pokok-pokok and tali letrik tu rumah diorang. so memang penuh kat udara. ha... berdisplin la semua burung. kagum. subhanallah.



chiow

COVID lagi....