Salam
Hai
Hari ni hari ibu. Sekali sekala kalau duduk sorang2. Fikir aku akan kehilangan ibu satu hari nanti lain macam rasa nya. Pernah juga la.. termimpi, dalam mimpi tu aku dapat tukar. Tuhan beri abah dan ambil mak dari aku. Aku nangis sungguh2. Sampai aku cakap dalam mimpi tu kalau nak ambil, jangan la ambil mak aku. Bila aku sedar, air mata aku betul2 keluar dan teresak2. Pergh.. sadis ya amat.
Masa aku kecil. Memang aku rasa aku tak ngam dengan mak. Masa tu aku paling menyampah bila dia suka cubit aku. Belasah aku dengan hanger dan taknak bukak pintu bila aku balik main lebih dari waktu azan magrib. Aku punya stress masa tu, rasa macam nak bungkus kain baju lari dari rumah. Wahaha.
Lepas abah meninggal dunia. Aku ambil hampir lebih kurang setahun untuk adapt dengan mak. Nak paham kehendak dia. Nak cuba jadi kawan baik dia. Bukan perkara senang. Dan akhirnya, memang.. memang tuhan dah susun betul2.. dia memang ibu terperfect buat aku. (Menangis).
Bertungkuslumus turun naik pejabat matrik sebab nak rayu aku yang failed matrik itu hari. Duduk sebelah jadi instructor sampai aku confident drive kereta manual dengan jayanya. Teman aku untuk setiap interview aku. Teman aku di hari konvo saat semua orang mempunyai ramai sanak saudara, sedangkan aku hanya ada dia. Dengar segala masalah dalam diri, pelajaran, pekerjaan, percintaan dan segalanya macam dia yang alami masalah itu. Dan banyak lagi.
Semuga Allah balas budi baik mak dengan syurga dan dijauhkan mak dari azab api neraka. Semuga hidup mak aman, sihat, dikurniakan rezeki dan kegembiraan. Saya sayang mak saya. 😂 selamat hari ibu.