Sunday, November 15, 2015

Tiada kesudahan

Salam
Hai

Tadi habis class ob. Entah lah.. enjoy betul aku dengan life as student ni sebenarnya. Sampai satu tahap bila aku tak pergi class aku rasa sesal yang mendalam sampai kadang2 rasa hidup tak lengkap. Ini jalan yang aku pilih. Sambung belajar.

 Masih aku ingat.Januari tahun 2015.. Beranikan diri aku sambung master. Now aku di hujung semester 3. Tgl lagi 3 sbjek yang aku expect akan habis di april 2016. Thesis ogos 2016. Dan aku akan grad. Hopefully, sempat dan tepatlah masa aku. At least aku harap dapatlah aku merasa berjubah master. 

Thursday, November 12, 2015

Abah

Salam
Hai

Esok 13 nov. Ye.. hari jadi arwah abah aku. Kalau dia masih hidup dia akan berumur 64 tahun. Entah macam mana la agaknya rupa dia kalo dia masih ada. Rindunya lah hai. Seorang kawan lelaki yang paling romantik aku pernah miliki. Dia juga seorang pemimpin yang paling superb. Seorang guru yang paling sporting. Seorang technician yang amat cekap dan dia ada segalanya. Serba boleh betul arwah abah aku. mana nak cari lelaki macam itu lagi weh. serba boleh. hushh..

Senang kata sebagai ayah arwah abah aku berjaya lah jugak mendidik kami. Bukan lah sebagai perdana menteri atau pun manusia kerja besar2 dan kaya raya. Cukup lah kami jadi orang. Hidup macam orang. Tahu letak duduknya diri.

Aku doa kan semuga roh abah dicucuri rahmat. Ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan tak henti2 berdoa semuga abah tenang di sana. Rindu sangat nak peluk. Pegang perut buncit abah dan hidu aroma abah. Lama sangat dah tak jumpa. Kalau tak dapat jumpa suami macam abah. Dapat yang sipi2 pun jadi lah.

Saturday, November 7, 2015

Deep

Salam
Hai

Aku tak tau nak express kan bagaimana. Rasanya ada di dalam ini. Ya.. di sini. Deep inside my heart. Hu..

Today going to be my last day. Aku dah cakap pada diri aku. 'It's time to give up now..' entah lah. Setelah beberapa usaha ini, aku tak tahu pula ini adalah jawapan yang terakhir. Aku letakkan usaha yang sungguh2 kot untuk 10 bulan ini. Tak tahu adakah ini betul jawapan kepada semua persoalan ini?

So selepas2 ini. Aku akan hidup bersama labu2 aku. Pencarian berakhir di sini. Good bye.

Friday, November 6, 2015

Perkara november

Salam
Hai

Yes. Aku ade video zumba baru. Jadi semangat nak berzumba tu masih mantap buat masa ni. Baru lah 3 hari aku semangat berzumba balik. Whatever it is. Mission haruslah seperti biasa. Walaupun semangat ada sikit terhakis. Tapi aku bisik pada diri. Kalau buat sesuatu biar kerana kebaikan diri dan juga niat kerana Allah. Kadang2 aku rasa plastik sangat penulisan aku ni. Yang sebenarnya bkn lah untuk menunjuk2 kebaikan atau apa. Ia adalah suntikan utk ingat kan diri jadi baik. Kerana sebelum ini banyak sangat aura negatif. So at least kalau dah tulis, esok2 bila baca balik kita macam ingat balik. Apa yang kita mahu dalam hidup. Begitu.

Banyak sebenar perkara dalam otak ni. Assignment ada lebih kurang tiga lagi. Class master akan berakhir dalam sebulan lagi. Hal kerja, terikat dengan due date template markah, key in markah dalam sistem dan juga beberapa perkara. Dan dalam hari selepas tamat key markah dalam sistem. Aku akan ada kursus yang berturut yakni selama 4 hari. So aku ada kurang lagi satu saja hari latihan yang aku rasa akan penuh juga nanti. Due by end of this year juga. Dan aku bagi due lagi pada diri. Juga sampai end of the year. Pergh.. cabaran sangat nih.

Korang boleh la ready nak gelak kan aku kalau aku masih gagal. Ye.. harus gelak kan ok.☺☺

Okeh. Sebenarnya siang tadi banyak la juga aku makan.

#sekarangpundahbolehgelakkan.

COVID lagi....