Saturday, October 31, 2015

Uhu

Salam
Hai

Rasa nak lempang diri sendiri. Come on. Jangan jadi pengecut. Okebai. 😅

Monday, October 26, 2015

Jujur

Salam
Hai

Secara jujurnya aku takut sekiranya Allah jawab persoalan yang bermain di hati. Takut jawapannya tak seperti yang aku inginkan. Jujur. Walaupun hakikatnya aku memang mahukan jawapan yang pasti, tapi sebab aku manusia biasa yang ada impian yang macam2. Yang merancang macam2 utk hidup yang aku harapkan, kadang rasa kecewa. Tapi aku tahu, jawapan Allah itu adalah rencana yang terbaik. Tak apalah kalau kecewa sehari dua. Bersabarlah wahai hati. You can do it. Kau pernah lalui dulu. Chaiyok...!!☺☺☺😊

Saturday, October 24, 2015

Termenung

Salam
Hai

Sabtu. Lepas pada hari ini bermaksud aku tinggal la beberapa detik sahaja. Aku tak tau apa perlu nya aku kira. Petang karang class aku bermula jam 3. Dari pagi lepas sarapan aku kemas2 barang2 aku dan buat sedikit exercise ringan. Itu saja yang aku ada utk aktiviti pagi ini walaupun sebenarnya assignment aku belambak terlambak2 nya.

Lepas aktiviti pagi, aku duduk keringkan badan. Sambil itu aku pandang cermin, aku senyum pada cermin. Lama juga aku pandang ke arah cermin. Sambil otak aki fikir macam2. Naik turun keyakinan diri. Aku syak aku kena join kem bina semangat la supaya boleh meningkatkan motivasi diri.😅😅😆☺

Lepas tu aku lihat pada jam. Dekat 2 jam juga lah aku termenung tadi. Kalah ikan termenung nih. Moh la mandi. ☺☺

Semoga Allah mudahkan jalan aku.

Thursday, October 15, 2015

pernah

salam
hai

kau pernah rasa give up dengan hidup? 
ya aku pernah. 
dan kebelakangan ini rasa give up tu macam menjadi-jadi.
macam serba tak kena. 
nak pergi ke dunia mana pun tak tahu. 
segala nya tergantung. 
tapi last-last aku muhasabah diri aku. 
aku cakap,
semua ini Allah yang tentukan.
hidup aku pun sebenar memang menuju satu.
Allah.
sambil-sambil tu jalan, 
cari apa saja yang boleh lengkapkan benda yang aku rasa tak lengkap dan tergantung tu.
dan lepas tu rasa oke sikit. 
datang lah kekuatan.
tapi sekeliling aku selalu,
memaksa aku untuk rasa give up.
dan akhirnya aku decide.
untuk selalu fikir.
aku tak berseorangan.
aku ada Dia.
ALLAH.

nasib manusia itu lain-lain.
dan apa yang pasti semua ada sebab dibelakangnya.
hikmah.

COVID lagi....