assalamualaikum
hai
tadi aku attend untuk seminar IR di mitc. yup di melaka. boleh nak category kan lah jugak yang ini antara seminar aku yang pertama secara rasmi yang melibatkan dunia luar, semasa aku bergelar student HR yang kununnya. okeh aku mungkin patut ubah ayat berkenaan menjadi lebih positif. bukan kununnya. tapi student HR yang.. em.. memang student HR. hidup HR! (tiba-tiba;p)
aku teruja. (bila je aku tak teruja kan) sebab.. yup aku akui dengan pengetahuan aku yang sangat cetek ini, aku mengandaikan aku dah pun terlibat dalam satu event yang handal. ewah handal la pulak kan. dan sangat bagus. we talk about reality of industry. banyak input yang aku dapat walaupun belum lah lekat sepenuhnya. tapi yang pasti awareness tentang kursus aku memang ada sekarang. di mana aku harus benar-benar ada pengetahuan serta apa yang orang kata kan fikiran yang terbuka. bukan saja terbuka tetapi yang matang dan juga intelek.
aku benar-benar kagum. dengan mereka yang mempunyai pandangan yang sebenarnya ada je di setiap minda semua orang. tapi apa yang membezakan antara A dan B adalah. bagaimana mereka berani untuk melontarkan pandangan itu. dan bertindak pantas bersama dengan kepantasan minda yang sangat agresif berfikir untuk mendapatkan maklumat. sebab kan aku jenis yang.. ya Allah.. RAM zaman tok kaduk. sampaikan. cepat betul aku angguk bila dapat jawapan. sepatutnya aku harus berfikir laju-laju bila dapat jawapan dan tanya lagi segala persoalan yang akan timbul sampailah aku puas hati. malangnya, aku tak begitu. so aku memang terasa kagum lah dengan mereka-mereka seperti mereka.
macam mana lah nak jadi CKO kan. kalau K aku hanya lah separas buku lali kaki.;) aku ada cita-cita tinggi. tapi entah bila aku nak jadi berani. ha-ha. kalau nak jadi berani kena buat apa eh... ke hanya cukup dengan doa?? ahaha. sengal.......
p/s: aku selalu mencipta impian. tapi tak banyak yang aku dah capai...;/
*IR = industrial relation
chiow