Thursday, May 7, 2020

Kenangan

Salam
Hai

Jam 2 petang.  14 ramadhan.

Sekejap je dah masuk pertengahan ramadhan kan.  Dan untung kita ramadhan kali ini pkp dan kita masih cuti.  Lepas tu ada banyak sangat masa untuk solat sunat dan baca quran.  Tolonglah semua ambil peluang ini (cakap pada diri sendiri juga). 

Di waktu pkp ni,  aku tak pasti.  Ada sesuatu bergelumang dalam hati aku.  Kadang2 sambil duduk2 datang satu aura.  Yang mana kenangan2 lama datang kembali.  Dan bila dia datang perasaan waktu itu berat sangatttt macam rasa dia sebijik masa waktu yang aku kenang tu.  Contoh lah,  teringat waktu berbuka puasa ramai2 di sekolah asrama di raub.  Terbayang satu2 kawan dan perasaan menunggu bacaan doa berbuka.  Dengan lampu dan bau. 

Selain itu,  suasana jalan tar.  Hari sabtu,  jalan2 sampai penat sambil cari baju raya.  Ditemani lagu raya.  Hoi.  Aku tak boleh ingat.  Ini sebahagian kenangan.  Ada yang tiba2 datang kenangan tu mengalir air mata.  Korang ada tak rasa macam aku???

Parah kan.  Yang lawak bukan waktu duduk2 saja.  Hari tu keluar beli barang dapur di bigaeon.  Boleh aku terkenang.  Perasaan tu meronta2.  Hmmmm...

Normal ke macam ini?? 😊

Semoga kita masih ada banyak masa. 😂

Tuesday, May 5, 2020

Covid19 dan PKP


Salam

Hi, mungkin dah terlambat untuk aku baru nak menulis tentang PKP dan Covid19. Hm, It's ok lah kot. Nukilan aku untuk kenangan aku bila aku baca semula di masa hadapan. okeh mana nak mula??

18 Mac 2020, tarikh keramatlah bagi aku. Semua rakyat Malaysia macam culture shocked masa ni. Buat julung kalinya kita semua kena duduk rumah, tak boleh keluar. Hanya ketua keluarga saja yang dibenarkan keluar. Itu pun untuk beberapa urusan tertentu. Setiap hari pun semua orang setia menonton berita, mengira-ngira statistik naik turun jumlah mangsa covid, kematian dan kawasan-kawasan yang diperketatkan. Hm, pada awalnya aku agak perkara ini memang mencabar bagi semua orang. Rata-rata dari kita semua merasakan ini adalah perkara sukar, especially bagi mereka yang mempunya cabaran dirumah seperti masalah keluarga, kewangan dan beberapa masalah lain.

Now PKP dan berada di tahap matang, kita semua dah sedia maklum dengan bahaya dan cara mencegahnya, kerajaan pun dah sikit-sikit bagi kita untuk pergi kerja. Sedikit-sedikit buka kedai, perniagaan office dan premis. Aku harap kita tahu lah tanggungjawab masing-masing.

Kita dah makin mula adapt, dengan WFH, dah mula adapt dengan aktiviti apa nak buat dirumah. Banyak sebenarnya. Makin tahu menghargai masa bersama family dan anak yang mana kita tak dapat semasa sebelum PKP. Aku sendiri dalam masa dua bulan ini dapat lihat sendiri gerak membesarnya anak aku, bagaimana dia belajar dan perkembangan pelajaran dia (dah pandai cakap dan buat akal). hm, kalau dulu malam saja aku dapat tengok dia sebelum dia tidur. PKP ini juga aku luang masa untuk masak, mengemas dan melaksanakan kerja-kerja surirumah dengan suami aku. Ya itu dari sudut hikmah.

Bagi aku ini teguran keras Allah untuk kita. Terlalu banyak masa yang kita bazirkan. Terlalu banyak saat yang kita buang especially masa untuk mengenang dan memahami kuasa Allah. PKP juga buat aku memang berfikir dalam-dalam tentang betapa pelbagainya cara Allah tunjukkan kuasa dia buat kita. Aku mula makin sedar dengan segala masa yang aku bazirkan. Aku juga mula dekatkan diri aku dengan Allah, alquran dan mudah-mudahan taqwa aku bertambah. Hikmah besar sangat buat kita. aku mula fikir apa saja yang aku cari diluar sedangkan semua ada di dalam. Tiada apa yang perlu aku cari selain daripada Allah.

Korang ada rasa begini tak? hm aku tak pasti apa rasa aku. Tapi terlalu banyak hikmah yang aku dapat lihat daripada dugaan ini.

Ok lah. Aku tak pasti macam mana aku nak tamatkan post ini. So aku end kan macam ini saja lah ya. Okebai!

COVID lagi....