Tuesday, September 16, 2014

Hilang hingar bingar

Salam
Hai

Aku menghayati permandangan sawah padi sepanjang highway kedah itu. Memang aim aku dah terbayang2 sawah bendang di sana. Tergeletek2 hati aku bila aku dapat lihat sawah padi. Face to face. Ya aku memang batak begini.

Sambil2 drive aku dapat lihat beberapa orang kampung memancing di tali air sawah. Syok nye..... detik hati aku. Aku berpendapat, begitu seronoknya kalau dapat menetap di daerah itu. Orangnya nampak baik2. ;)

Ini merupakan kali yang keberapa jugak aku dah menjejaki kaki ke kedah dan perlis. Ini merupakan jelajah paling aku hayati. Aku memang gemar travel masuk ke kampung orang. Hati aku aman bila di kampung yang masih lagi kampung.

Dalam perjalanan ke padang besar, di kiri kanan jalan merupakan kawasan pertanian yang luas dan besar. Memang saujana mata memandang. Boleh aku lihat di tengah kehijauan rumput dari ladang tebu dan tanaman kontan segala, ada trek jalan tanah merah. Ya, aku biasa lihat di dalam telenovela sepanyol permadangan itu.

Di dalam telenovela. Trek begitu selalunya di lalui oleh kereta kuda. Mereka bela kuda di situ. Di malaysia ia merupakan kawasan lapang yang aku teka ia kawasan penanaman tebu dan mungkin tanaman2 lain. Dari kejauhan. Di hujung nunnnnnn di akhir keluasan tanah berumput hijau. Aku dapat lihat kawasan bukit bukau berbatu kapur. Ya, ia seperti gua. Ditumbuhi pohon2 renek dan nampak hijau hijau hijau. Ada batu kapur dicelah2 kehijauan.

Damai. Nyaman. Aku suka tempat ini. Ya aku suka tempat itu. Sambil drive aku layan mata. Saujana mata memandang.

Aku cakap pada mak, "seronok betul tinggal di sini" hmmm....

Semalam aku tiba di kl. Puih... hiruk pikuk kota. 'Aku mula merindui pemandangan semalam.....'

Friday, September 12, 2014

Public diary

Salam
Hai

Aku pulang dari kerja awal hari ini. Hari jumaat.

Sambil duduk berlunjur kaki dan bersandar di kepala katil, tangan aku ligat mencari2 entry zaman tok kaduk. Masa tu aku baru belajar2 share perasaan di blog. Sebelum delete aku baca dulu. Ada yang buat aku tergelak. Ada yang buat aku rasa annoyed dengan diri sendiri. Puih. Lepas delete2. Aku terfikir. Bagus juga ya menulis di blog. Sebab kalau takda org baca pun sekurang2 bila dah menginjak usia boleh buat bahan bacaan dan mengimbau. Dis is my public diary gituh...;/ tak releven langsung. Haish.. meh aku belanja gambar. Memang lately gambar wajib buat peace. Haha.

Sunday, September 7, 2014

Positif

Salam
Hai

Positif. I am looking foward for a good news from you. Positif. Still waiting for u... ;)

Layan gambo dekat one city skypark ni ha.

Thursday, September 4, 2014

Ketenangan sebenar

Salam
Hai

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hatimu akan tenang. Dan kerjakanlah solat 5 waktu. Kerana di dalam solat itu kita akan mengingati Allah dan akan dikurniakan ketenangan...

Tuesday, September 2, 2014

5 perkara

Salam
Hai

Aku pulang awal hari ini. Kesihatan tidak membenarkan aku untuk terus bekerja.

Sebelom tidur malam ini, aku terkenang satu perkara. Waktu sihat sebelum sakit. Ya.. harap kesakitan ini kesakitan yang sementara.

Hmmm... get well soon bebeh. Nitez.

COVID lagi....